TEMPAT KETIGA ANUGERAH CITRA MAJALAH WILAYAH SELATAN

31 Oktober – Majlis Anugerah Citra Majalah sekolah 2012 telah diadakan di Jabatan Pendidikan Johor pada hari ini. Majlis ini anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama JPNJ sempena sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan. Majlis ini dirasmikan oleh En Abdul Aziz bin Redzuan yang mewakili Pengarah Pendidikan Johor. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Yang Berbahagia Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh  (Sasterawan Negara ) yang turut menyampaikan ceramah yang bertajuk Genius dan Jati Diri Melayu Dalam Pantun.


                Pelajar SMKDPB iaitu Rabbiyatul Khaidariah binti Khairuzamri (5 Anggerik ) telah mendapat tempat ketiga dalam kategori  penulisan puisi. Sajak yang beliau tulis dan dimuatkan dalam Majalah Pelopor bertajuk Dakapan Bahasa telah menempatkannya sebagai pemenang tempat ketiga. Hadiah disampaikan oleh  Yang Berbahagia Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh  (Sasterawan Negara ). Beliau mendapar sijil penyertaan, wang tunai RM100 dan buku. Tahniah diucapkan.