PENGUMUMAN SEMASA

Assalamualaikum wbt dan Salam Muafakat Johor,
TAHNIAH KEPADA EN.MOHD SHAPHRI BIN MOHD YUSOF
DIATAS PERLANTIKAN SEBAGAI PENGETUA SMK DATO PENGGAWA BARAT

HARI KEPUTERAAN SULTAN JOHOR


LAWATAN PENANDAARASAN



12 November – Pada pagi ini satu rombongan Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Langat, Banting, Selangor  telah tiba untuk mengadakan  Lawatan Penandaarasan ke SMK Dato’ Penggawa Barat, Pontian, Johor. Rombongan diketuai Pn. Hjh. Foziah bt Hj. Mohamad Azahari ( Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Langat ) bersama 19 orang  pegawai  tiba pada pukul  10.30 pagi  dan disambut oleh Tn Hj Hashim bin Mohd Dom ( Pengetua Cemerlang) bersama-sama barisan pentadbir sekolah.
                Lawatan ini bertujuan mengukuhkan jalinan kerjasama antara pihak Pejabat Pelajaran Daerah dan pihak sekolah. Selain itu, lawatan ini juga bertujuan untuk melihat sendiri keberkesanan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) yang diamalkan oleh sekolah-sekolah di dalam negeri Johor. Semoga jalinan kerjasama ini akan terus utuh dalam memartabatkan dunia pendidikan selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Terima kasih.
                       



TAKZIAH

8 November - Salah seorang pelajar Tingkatan 3 Dahlia iaitu Adik Siti Nurhidayah binti Hamidon telah kembali ke Rahmatullah pada pukul 11.30 pagi ini akibat sakit perut. Allahyarhamah yang tinggal di Kayu Ara Pasong mengadu sakit perut dan rebah di rumah dibawa ke hospital oleh keluarganya dan pihak hospital mengesahkan kematiannya. Seluruh warga SMKDPB merakamkan ucapan takziah kepada keluarga allahyarhamah. Al-Fatihah.

Majlis Penutupan Bulan Membaca 2012


6 Nov 2012 : Bulan Membaca merupakan agenda tahunan yang dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah SMK Dato’ Penggawa Barat selama sebulan dengan pelbagai aktiviti dirangkakan dan dilaksanakan bagi menggalakkan budaya membaca dalam kalangan warga SMK Dato’ Penggawa Barat.

Membaca merupakan suatu proses untuk memperolehi ilmu dan maklumat dengan menggunakan deria dan minda samaada melalui bahan-bahan bercetak atau media elektronik seperti komputer dan sebagainya. Deria dan minda yang dicerna dengan ilmu pengetahuan hasil pembacaan akan menjana kehidupan manusia yang sentiasa inginkan perubahan. sedikit ilmu yang diperolehi akan merangsang minat dan naluri dalam diri untuk menambah ilmu pengetahuan yang lain seterusnya akan terbentuk satu budaya membaca di kalangan masyarakat. Jesteru, Majlis Penutupan Bulan membaca telah diadakan pada 31 Oktober 2012 di Dewan Seri Gemilang mulai 7.15 pagi. Majlis penutupan telah disempurnakan oleh En Ahmad Rahim bin Senawi Pegawai Hal Ehwal Lembaga Pertubuhan Peladang, Daerah Johor Bahru. Berikut adalah kategori hadiah yang telah disampaikan dalam majlis tersebut:

v Kategori Peminjam  Buku Terbanyak sempena Program Membaca Bestari
-         Sesi pagi 2 orang
            Sesi petang 2 orang
v Kategori Ulasan Buku Sijil Penyertaan  kepada peserta
v Kategori Penyampai Ulasan Buku Terbaik
Sumbangan  hadiah daripada En Mohd Shapri bin Mohd Yusof (GPK 1) bernilai RM200
-Kategori Bahasa Melayu
-Kategori Bahasa Inggeris
v Kategori Public Speaking Tingkatan 3
-         Peserta 3 orang
-         Pemenang Tempat ketiga.Kedua dan Pertama
v Kategori Jejak Maklumat
-Ahli jawatankuasa atau urusetia Jejak Maklumat  (23 orang)
-Pemenang  Jejak Maklumat 2012  (wakil kumpulan)
  Tempat Ketiga menerima set alat tulis dan sijil
  Tempat Kedua dan Tempat Pertama menerima  buku dan sijil
v Pengiktirafan Kategori  100 Pembacaan Tertinggi Program Membaca Bestari
-mengikut Tingkatan 5, 4 dan 3
v Pengiktirafan  Jauhari  Anugerah Gangsa Kategori Individu setiap Tingkatan
-Tingkatan 5
-Tingkatan 4
-Tingkatan 3 
v Pengiktirafan Jauhari Anugerah Perak Kategori Individu setiap Tingkatan
-Tingkatan 5
-Tingkatan  4
v Pengiktirafan Jauhari Anugerah Emas Kategori Individu (sijil dan buku)
-         5 orang (sesi pagi) 1 orang (sesi petang) 
v Pengiktirafan Jauhari Anugerah NILAM Kategori Individu (sijil dan buku)
-         4 orang
v Pengiktirafan Jauhari Tertinggi Kategori Kelas (Guru Tingkatan sesi pagi/petang)
Masing-masing Menerima wang tunai sebanyak RM 100
Sumbangan daripada PIBG
-         Sesi pagi  Tingkatan 3 Cemara
-         Sesi petang  Tingkatan 2 Kenanga
v Pengiktirafan Tokoh NILAM  2012-  sesi pagi dan sesi petang
-Sijil, buku  & Trofi Piala Pengetua
Sumbangan daripada Tn Haji Hashim bin Mohd Dom bernlai RM300



Bengkel Penggunaan GeoGebra untu guru-guru


4 Nov 2012: Bengkel penggunaan GeoGebra dalam Matematik telah dilaksanakan di Pusat Akses,  SMKDP. Peserta bengkel terdiri daripada wakil guru-guru Matematik dari 17 buah sekolah-sekolah menengah daerah Pontian. Penceramah ialah Pengerusi Institut GeoGebra Johor Bahru iaitu Profesor Madya Dr Zaleha binti Ismail. Para peserta perlu mengikuti bengkel ini selama 10 jam bagi melayakkan mereka mendapat Sijil Pengiktirafan GeoGebra. Bengkel  ini bertujuan mendedahkan guru-guru Matematik perisian GeoGebra untuk digunakan dalam p&p. Semoga ilmu yang diperolehi dapat diaplikasi secara konsisten.


SPM/STPM 2012 BERMULA

5 Nov 2012 : Seramai 215 calon SPM dan 298 calon STPM SMKDPB kini sedang bertarung di medan pertempuran SPM/STPM 2012 bagi memiliki sempurna A+/A yang diimpikan. Seluruh warga SMK Dato'Penggawa Barat sentiasa mendoa'kan kejayaan yang diimpikan akan dikecapi bersama.






HARI KETIGA - KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 2012/2013


4 November 2012
7.00 pagi             -Senam robik.
9.00 pagi             -Aktiviti ‘Explorace’ – Pelajar didedahkan dengan pelbagai permainan yang berkaitan 
                            dengan kepimpinan.  Objektifnya untuk melatih pelajar membina strategi, mendengar 
                            arahan dan memberi arahan dengan betul dan tepat.
12.30 t.hari         -Majlis penutupan rasmi disempurnakan oleh Pengetua Kolej Tun Razak. Majlis turut 
                            diserikan dengan kehadiran Tn Hj Hashim bin Mohd Dom ( Pengetua SMKDPB), 
                            Pn Siti Hasnah binti Bahari ( PK HEM SMKDPB) serta guru-guru. Pada majlis ini juga 
                            Tn Hj Hashim bin Mohd Dom menyampaikan watikah pelantikan pengawas sesi 
                            2012/2013 kepada Ketua Pengawas iaitu adik Mohd Hamzi  bin  Mohd Kasmadi.
2.45 petang        -Bertolak pulang ke sekolah.

·         Catatan oleh Adik Nur Hanani binti Mohd Hanafiah ( 4 Anggerik)


Majlis Solat Hajat Khusus SPM & STPM 2012

4 Nov 2012 : Majlis Solat Hajat Khusus SPM & STPM 2012 telah diadakan sebagai usaha terakhir mendoakan kecemerlangan calon-calon SPM/STPM SMKDPB yang akan bertempur di medan perjuangan mulai hari esok 5 November 2012. Majlis bermula dengan tazkirah oleh Ustaz Wan Yusli Wan Ibrahim dan diikuti dengan solat dhuha, solat taubat, solat hajat dan bacaan surah Ya Sin.

Mesyuarat Guru dan Jamuan Akhir Tahun 2012


3 Nov 2012 : Mesyuarat guru SMKDPB telah diadakan di Hotel GoodHope, Skudai, Johor Bahru sebagai satu anjakan paradigma bagi merancang dan menjana idea pengurusan dan perlaksanaan sekolah yang lebih inovatif, profesional dan efektif. Majlis diteruskan dengan Mesyuarat Agung Kelab Bilik Guru SMKDPB. Tahniah diucapkan kepada Tn.Hj.Mohd.Razi bin Jidi kerana telah menerajui kepimpinan Kelab Bilik Guru SMKDPB bagi sesi 2013/2014.

HARI KEDUA - KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 2012 / 2013


3 November 2012

7.00 pagi –   Pelajar dilatih  kawad kaki oleh bakal Leftenan Muda, iaitu Rahmat.
8.30 pagi  –  Aktiviti diteruskan dengan sesi ceramah oleh Saudara Mohd Nur Al-Sufi bin Romele tentang
                    ‘Kepimpinan dan Pengaruh’. Daripada sesi ceramah ini, para pengawas didedahkan dengan
                     cara-cara menjadi lebih yakin dan pandai memberi arahan.
10.00 pagi  – Pelajar dikehendaki membuat ‘cheers’, ‘trademark’ dan bendera bagi kumpulan masing-
                     masing.
11.00 pagi  – Pelajar diajar untuk melakukan energizer. Seterusnya, para pelajar dibahagikan  kepada tiga
                     kumpulan dan setiap kumpulan diberikan tali yang panjang. Mereka dikehendaki mengikat
                     simpulan tali tanpa melepaskan tangan.
12.30 t.hari –Makan tengah hari, solat, rehat.
2.30 petang –Pelajar melakukan  aktiviti mendengar arahan ketua dengan betul.
4.30 petang –Pelajar melakukan aktiviti ‘team building’.
6.00 petang –Makan, solat berjemaah serta tazkirah.
8.45 malam –Sesi ‘Kembara Malam’.

HARI PERTAMA - KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS SESI 2012 / 2013


 2 November 2012

11.00 pagi            – Pelajar perempuan bertolak dari SMKDPB ke UTM
12.00 pagi            – Pelajar perempuan tiba di Kolej Tun Razak UTM
12.30 tengah hari  – Pelajar mendaftar dan taklimat ringkas oleh Kem Komanden, Rustam mengenai 
                               perjalanan kem. Sementara menunggu pelajar lelaki tiba dan program selanjutnya, kami  
                               bermain permainan ‘Roller-Coaster’.
3.40 petang           –Ketibaan pelajar lelaki dan semua  pelajar ke Dewan Sultan Iskandar untuk sesi 
                               ceramah oleh Astronaut Amerika Syarikat, Dr. Daniel T Barry yang bertajuk ‘Dream 
                               Comes True’. Daripada sesi ceramah ini, pelajar didedahkan bahawa setiap insan perlu 
                               mengekalkan cita-cita dari kecil dan tidak berputus asa mencapainya.
6.00 petang          – Pelajar diserahkan kepada kakak dan abang angkat dan diberikan bilik. Mereka 
                               dikehendaki berkenal-kenalan dan beramah-mesra bersama kakak dan abang angkat  
                               mereka.
8.00 malam          – Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut ‘Superhero’.  Sesi bual 
                               santai dilaksanakan oleh Abang Rustam. Daripada sesi bual santai ini, mereka 
                               mendapati terdapat pelbagai cara untuk menjadi seorang pemimpin yang berwibawa.  
                               Antara aktiviti yang diadakan ialah ‘Tali ilusi’, ‘Catwalk’, ‘Gantung diri’ dan 
                               ‘Mengenali kawan baik pemimpin iaitu mikrofon’.

JAMUAN AKHIR TAHUN DAN DOA RESTU PELAJAR TINGKATAN 5


1 Nov – Jamuan Akhir Tahun dan Doa Restu pelajar Tingkatan 5 diadakan di Dewan Sri Gemilang pada pagi ini. Majlis ini dimulakan dengan jamuan dan seterusnya memohon doa restu daripada guru-guru.
Majlis yang gilang-gemilang ini disempurnakan oleh En Mohd Shahpri bin Mohd Yusof (Penolong Kanan). Dalam ucapannya En Mohd Shahpri meminta agar pelajar-pelajar Tingkatan 5 membuktikan transformasi nilai berganda dapat direalisasikan sekali lagi pada tahun ini. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5 yang mengharumkan nama sekolah dalam pelbagai bidang kurikulum dan kokurikulum sehingga ke pentas antarabangsa sepanjang berada di SMKDPB.
Didoakan semoga pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM bermula  pada hari Isnin, 5 November ini akan berjaya dengan ‘Perfect Score’. Anda boleh! Ayuh buktikannya!.