MAJLIS PENTAULIAHAN PESERTA ARPRM SMK DATO’ PENGGAWA BARAT, PONTIAN

PONTIAN, 30 Disember 2020 : Suatu Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) SMK Dato Penggawa Barat Peringkat Negeri Johor 2020 telah dilaksanakan oleh Pegawai Pendidikan Daerah, YBhg Tuan Hj Jasni Omar di Bilik Sarana PIBG, SMK Dato’ Penggawa Barat.

Seramai 18 orang peserta Anugerah Gangsa dan 4 peserta Anugerah Perak yang layak menerima Sijil Pentauliahan ARPRM bagi SMK Dato’ Penggawa Barat pada kali ini. Walaubagaimanapun hanya 7 pelajar Anugerah Gangsa yang dijemput pada hari ini kerana kekangan Covid-19, sementara 4 pelajar Anugerah Perak telah diraikan pada majlis yang serupa pada 25 November 2020 yang lalu. 

Dalam ucapan perasmian beliau, Hj Jasni melontarkan idea supaya para pemimpin ARPRM di sekolah ini mendokumentasikan gerakerja dan aktiviti2 yang dijalankan sebagai suatu pencapaian KPI sekolah dan juga guru2 yang terlibat. Beliau juga menyarankan supaya pelajar-pelajar Cina dan India serta kaum-kaum lain digalakkan menyertai program ARPRM ini yang memberi peluang seluas-luasnya kepada semua pelajar tanpa mengira bangsa, kaum, agama dan jantina. 

Pegawai Pendidikan Daerah Pontian juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak dan agensi yang bekerjasama dan membantu pelaksanaan ARPRM di sekolah-sekolah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah seperti Pejabat Daerah Pontian, Pejabat Belia dan Sukan Daerah, Kolej Komuniti Tanjong Piai, dan lain-lain jabatan yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.  

Turut hadir pada majlis ini ialah En Suffian Fabilah, Pengarah Kolej Komuniti Tg Piai; En Muzakkir Mohd Sidek, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, En Shaphri Mohd Yusof, Pengetua SMK Dato’ Penggawa Barat dan En Sidek Md Said, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian. 

Pada majlis yang sama juga diraikan Tuan Hj Jasni Omar, Pegawai Pendidikan Daerah Pontian yang akan tamat perkhidmatan awam beliau pada 31 Disember 2020, dan akan memulakan alam persaraan beliau pada 1 Januari 2021. Majlis pada hari ini adalah program terakhir beliau sebagai seorang penjawat awam. 

Selamat bersara diucapkan kepada Tuan Hj Jasni Omar, selamat maju jaya kepada SMK Dato’ Penggawa Barat yang bakal merealisasikan Peserta Anugerah Emas ARPRM Daerah Pontian dalam waktu yang terdekat nanti

#sumber berita FB Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.

PENYERAHAN SURAT KENAIKAN DG48-TAHNIAH

13 Disember 2020 - Satu majlis ringkas mematuhi SOP telah diadakan di Bilik Wawasan SMKDPB bertujuan untuk menyerahkan Surat Kenaikan Pangkat DG48 kepada 12 orang guru iaitu Chua Ee Ling, Norhafiza bt Nasiron, Halimah bt A.Wahid, Afzan binti Othman, Hafiza binti Ahmad, Noorhidayati binti Jamari, Hafzanisa binti Mohd Yasin, Khaliza binti Parmin, Norshaidda binti Senin, Rusni Azma binti Ahmad, Nazarizal binti Mohd Samion dan Wagiman bin Sangat. Tahniah diucapkan.

 



BONUS- 'BEST OF THE BEST' PERTANDINGAN E-THIC 2020

 8 Disember 2020- Pengumuman oleh pihak penganjur Environtmental Conservation Association of Malaysia & Asia Pacific Region pada hari ini sekali lagi memberi kejayaan kepada  pasukan inovasi sekolah. Dalam pertandingan Inovasi E-Thic bulan lepas kelima-lima pasukan inovasi SMKDPB mendapat Anugerah Emas dan lanjutan daripada itu pemenang Anugerah Emas bersaing sesama sendiri dan hasilnya:

1. Tempat Pertama - 'Best Of The Best Award' Green Technology Award (GTA) di berikan kepada Inovasi Nastraw (Banana Straw)

2. Teempat Keempat- "Best Of The Best Award' Secondary School diberikan kepada Inovasi E-Water (Eco Portable Water Filter)

 




 

Tahniah diucapkan kepada murid-murid pasukan inovasi sekolah dan guru-guru pembimbing. SDPB Menjuarai.

 

 

 

 






KEPUTUSAN RASMI ANUGERAH KECEMERLANGAN PEMBANGUNAN BAKAT MURID PERINGKAT NEGERI JOHOR 2020


26 November 2020 - Keputusan rasmi Anugerah Kecemerlangan Pembangunan Bakat Murid Peringkat Negeri Johor Tahun 2020 telah wara-wara kepada umum. Alhamdulillah, SMKDPB meraih 3 anugerah melalui:

1. Cikgu Anuar bin Salleh - Johan Anugerah Guru Cemerlang Kokurikulum (Lelaki)

2. Muhammad Syafiq bin Mohd Salleh - Naib Johan Anugerah Murid Cemerlang Kokurikulum Sek.Men. Lelaki

3. Halimatul Saadiah binti Pairit - Ketiga Anugerah Murid Cemerlang Kokurikulum Sek. Men. Perempuan.

Tahniah diucapkan. Walaubagaimanapun majlis penyampaian hadiah dan sijil AKPBM akan diadakan pada awal tahun 2021 berikutan pandemik yang melanda. 


ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA - ANUGERAH PERAK

 25 November 2020- ARP Rakan Muda peringkat daerah Pontian telah diadakan di Pejabat Belia daerah Pontian hari ini. 4 orang pelajar SMKDPB telah mendapat anugerah tersebut iaitu adik Muhammad Syafiq, Halimatul Saadiah, Athirah dan Hanis Zahidah. Semoga anugerah ini menjadi pemangkin kepada rakan-rakan lain untuk memperolehnya.



JOHAN PIDATO BAHASA MELAYU PERINGKAT KEBANGSAAN 2020

24 November 2020- Pada hari ini, keputusan pertandingan Karnival Bahasa Melayu peringkat kebangsaan diumumkan. Salah satu pertandingan yang disertai oleh peserta SMK Dato' Penggawa Barat ialah Pertandingan Pidato Sekolah Menengah.

Alhamdulillah, adik Halimatul Saadiah binti Pairit telah dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama pertandingan pidato. Beliau mengulangi kejayaan 2019 apabila adik Muhammad Syafiq bin Salleh muncul pemenangnya. Tahniah diucapkan kepada adik Halimatul Saadiah binti Pairit atas kejayaan ini. Sekalung penghargaan juga buat guru-guru pembimbing dan team teknikal yang membantu.

KLIK LINK PIDATO UTAMA DI SINI.

KLIK LINK PIDATO SPONTAN DI SINI

 

 

Untuk makluman, adik Halimatul Saadiah muncul Johan Pidato Peringkat Daerah Pontian dan seterusnya muncul Johan Pidato Peringkat Negeri Johor. Dalam pertandingan yang diadakan secara maya ini, adik Halimatul telah menyampaikan pidato yang bertajuk PKP MEMBENTUK KEPELBAGAIAN KREATIVITI  dan tajuk pidato spontan yang dijalankan secara live melalui Google Meet ialah BIDANG TEKNIKAL DAN VOKASIONAL.

SDPB MENJUARAI.

PEEMAKLUMAN KEPADA MURID

PEMAKLUMAN:

SEMUA MURID SMK DATO' PENGGAWA BARAT TINGKATAN 1 HINGGA TINGKATAN 5 DIHARAP DAPAT MENGIKUTI PDPR MELALUI MEDIUM/PLATFORM YANG DIMAKLUMKAN OLEH GURU-GURU MATA PELAJARAN.

TERIMA KASIH.

PEMAKLUMAN

 







DIALOG PRESTASI PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2020

 4 November 2020 - Dialog Prestasi Peperiksaan Percubaan SPM telah diadakan di Dewan Seri Gemilang SMKDPB. En Mohd Shapri bin Mohd Yusof, Pengetua SMKDPB telah membentangkan keputusan peperiksaan percubaan SPM 2020. En Nazarali bin Ali, Timbalan PPD Pontian turut hadir dalam dialog kali ini. Semoga apa yang dirancang dan dihasratkan akan menjadi kenyataan dan calon-calon SPM 2020 akan memperoleh keputusan cemerlang.


JAMUAN AKHIR TAHUN KEBIRU 2020

 28 November 2020 - Majlis Jamuan Akhir Tahun 2020 anjuran Kebiru telah diadakan di Horizon Hills,, Johor. Majlis ini merupakan aktiviti tahuan  dan diadakan dengan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM. Alhamdulillah perjalanan majlis penuh meriah. 





PROGRAM KAUNSELING PASCA PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2020

 20-21 Oktober 2020 - Program kaunseling pasca Peperiksaan Percubaan SPM 2020 telah diadakan selama 2 hari. Program bertujuan menjentik minda sihat warga SDPB khususnya kepada bakal calon SPM 2020. Program ini dikendalikan oleh Cikgu Rozitah binti Md Kaseran (Kaunselor) dan dengan penceramah jemputan. Antara pengisiannya ialah "Senyum Ceria" oleh Cikgu Mohd Yusof, "Road To Success" oleh Pn Mazliza, kaunselor PPD, "Fight or Flight" oleh Mr.Gabriel Tan Chee Tan Chee Kion dan "Brain Gym" oleh En Muhammad Faiz, Pegawai Kaunseling Pelajar, IPGTHO.Semoga para pelajar mendapat manfaatnya dan terima kasih kepada penceramah jemputan.

 



 

 

 


KETUA PENGAWAS DAN PENOLONG KETUA PENGAWAS SESI 2020-2021

13 Oktober 2020 - Tahniah diucapkan kepada adik Mohd Fahim Azfar bin Aili dan adik Nurheqmah binti Abdul Rahman kerana memenangi jumlah undi tertinggi untuk dilantik selaku Ketua Pengawas dan Penolong Ketua Pengawas SDPB sesi 2020-2021.

Pengundian kali ini dijalankan secara online melalui aplikasi google form bagi menyahut cabaran norma baharu pasca covid-19. Semoga Adik Mohd Fahim dan Adik Nurheqmah dapat menjalankan tugas dengan cemerlang.

JOHAN DAN KEEMPAT PIDATO BAHASA MELAYU 2020 NEGERI JOHOR

11 Oktober 2020 - Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Online anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah diadakan di JPNJ. SMKDPB telah berjaya menjadi Johan dan tempat Keempat dalam pertandingan Pidato Bahasa Melayu Sekolah Menengah 2020. Hadiah disampaikan semula oleh Tn Pengetua pada hari ini di biliknya.

Sebelum itu, peserta pidato bahasa Melayu iaitu adik Halimatul Saadiah binti Pairit telah dinobatkan sebagai Johan dan adik Muhammad Iman bin Ismail mendapat tempat keempat peringkat negeri Johor. Adik Halimatul Saadiah akan mewakili negeri Johor ke pertandingan peringkat kebangsaan.

HALIMATUL SAADIAH BINTI PAIRIT


MOHD IMAN BIN ISMAIL

 

 


JOHAN E-SYARAHAN AGAMA PENDIDIKAN KHAS NEGERI JOHOR 2020

6 Oktober 2020- Tahniah kepada adik Taufik Hidayah murid PPKI SMKDPB yang menjadi johan dalam pertandingan E-Syarahan Agama Pendidikan Khas peringkat negeri Johor. Tahniah juga kepada Ustaz Md Amin yang melatihnya. Adik Taufik akan mewakili negeri johor ke peringkat kebangsaan Doakan kejayaan beliau.




TAHNIAH PASUKAN INOVASI - 5 PINGAT EMAS DI PERINGKAT ASIA PASIFIK

 5 Oktober 2020- Kejayaan pasukan inovasi sekolah yang diketuai oleh En. Mohd Shaphri bin Mohd Yusof ,Tuan Pengetua dalam pertandingan Eco-Green Technology Honourable Innovation  Competition 2020 (E-Thic 2020) peringkat Asia Pasifik merupakan suatu yang membanggakan warga SDPB.

GURU-GURU PEMBIMBING
PINGAT EMAS

 


Pasukan inovasi telah menghantar 5 produk inovasi yang bertemakan Eco-Green dan kesemua 5 pasukan mendapat pingat Emas. Tahniah diucapkan kepada para pelajar dan guru-guru atas kejayaan yang diraih. Semoga terus berusaha mengharumkan nama SDPB Menjuarai di persada antarabangsa.

PINGAT EMAS
PINGAT EMAS
PINGAT EMAS

PINGAT EMAS

 


BENGKEL PENGENALAN ASAS TERNAKAN IKAN HIASAN DAN AQUAPONIK

23 September 2020 - Bengkel Pengenalan Asas Ternakan Ikan Hiasan dan Akuaponik di PPKI SMK Ayer Baloi telah diadakan pada hari ini. Cikgu Mohd Ehsan dan Cikgu Md Amin bersama-sama anak-anak PPKI SMKDPB telah memberi ceramah dan tunjuk cara penjagaan ikan hiasan dan akuaponik di SMK Ayer Baloi.

Tahniah.

 

 

 

 


PERTANDINGAN VIDEO PELABURAN ANJURAN PNB 2020

 23 September 2020 - Tahniah kepada Cikgu Marlia binti Awang dan Cikgu Mohd Ehsan bin Saad serta anak-anak SDPB dalam Pertandingan Video Pelaburan anjuran Pelaburan Nasional Berhad (PNB).

Tempat ke-9 : Mohd Fahim Azfar (RM1000)
5 hadiah saguhati (5 × RM500).
Hebat!

SELAMAT DATANG CIKGU NORMASLINA BINTI SAMAOND

15 September 2020 - Selamat Datang kepada ahli keluarga baru SDPB iaitu Cikgu Normaslina binti Samaond GKMP Sains dan Matematik SDPB yang baru. Beliau merupakan GAB yang sebelum ini bertugas di SMK Benut. Semoga terus mencipta kegemilangan di SMKDPB.


TERIMA KASIH CIKGU NORAINI MOHAMAD DAN CIKGU SITI MURSHIDAH MAHASAN

15 September 2020 - Tahniah kepada Cikgu Nooraini binti Muhammad (tengah di gambar satu); mantan GKMP Sains dan Matematik SDPB yang telah berhijrah ke SMK Teluk Kerang, Pontian sebagai PK Kokurikulum bermula 1 September yang lalu.

Selamat Maju Jaya juga diucapkan kepada Cikgu Siti Murshida binti Mahasan; mantan GAB Sains SDPB yang kini bertugas di SMK Dato' Ali Haji Ahmad, Pontian atas keperluan perkhidmatan.

Kedua-dua insan yang banyak berjasa ini telah diraikan sewaktu Majlis Perpisahan anjuran Kelab Bilik Guru SDPB petang tadi.

Semoga terus cemerlang!

LADAP - PBD & FLIPPED CLASSROOM

 8 Sept.2020- LADAP pada hari ini diadakan dalam norma baharu di Dewan Seri Gemilang, SMKDPB. Tajuk LADAP ialah PBD dan FLIPPED CLASSROOM. Penceramah undangan ialah Pn Rafidah binti Harun, Pen. Pemulihan Khas dari PPD Pontian. Moga semua mendapat manfaat.