24 lagi Sekolah Berprestasi Tinggi diiktiraf : Tahniah SMKDPB

 PUTRAJAYA 18 Sept. - Sejumlah 24 lagi sekolah diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), membabitkan 14 sekolah rendah dan 10 sekolah menengah di bawah kohort keempat tahun ini.
Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan SBT di seluruh negara sebanyak 115. "Sehubungan itu, sasaran kementerian bagi membangunkan dan mewujudkan sepuluh buah SBT setiap tahun dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2.0 telah tercapai serta melepasi sasaran," katanya pada majlis penyerahan sijil pengiktirafan SBT di sini hari ini.
Beliau berkata, pengiktirafan itu membolehkan setiap sekolah berkenaan menerima peruntukan khas berjumlah RM700,000 untuk tahun pertama, RM500,000 tahun kedua dan RM3000,000 tahun ketiga.
Senarai kali ini, katanya, turut menyaksikan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SKJT) Ladang Rem, Kota Tinggi Johor menjadi SKJT pertama menerima pengiktirafan sebagai SBT.
Sekolah-sekolah lain yang terpilih ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Mariam dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Penggawa Barat di Johor; Sekolah Menengah (SM) Sains Kubang Pasu Kedah, SM Sains Machang Kelantan; SK Convent Pahang, Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Jempol Negeri Sembilan; dan SK Putrajaya Presint 11 (1), Putrajaya.
SK Convent Of The Infant Jesus 1 (M) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sharifah Rodziah di Melaka; SK Sultan Idris II, SK Marian Convent, SM Sains Raja Tun Azlan Shah dan SBP Integrasi Gopeng di Perak; dan SK Convent Green Lane, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Han Chiang dan SMKA Al-Irshad di Pulau Pinang.
SK Taman Megah, SK Bukit Jelutong, SK Sri Petaling, Sekolah Menengah Agama (SMA) Persekutuan Kajang dan SBP Integrasi Rawang di Selangor; serta SK Convent Bukit Nanas (1) dan SJKC Kuen Cheng 2 di Kuala Lumpur. - BERNAMA



PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan mengiktiraf 24 lagi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) membabitkan 14 sekolah rendah dan 10 sekolah menengah bagi kohort empat tahun ini.
Ia juga menyaksikan pengiktirafan kali pertama yang diterima Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) iaitu SJKT Ladang Rem, Johor.
Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pengiktirafan itu menjadikan jumlah keseluruhan SBT sehingga kini adalah 115 berbanding sasaran sebanyak 110 sekolah.

"Menerusi pengiktirafan itu, setiap sekolah akan menerima peruntukan RM700,000 bagi tahun pertama; RM500,00 (kedua) dan RM300,000 bagi tahun seterusnya.

"Selain itu, setiap pengetua, guru besar, uru dan Anggota Khidmat Sokongan (AKS) yang layak akan menerima Bayaran Insentif SBT berbentuk bayaran sekali sahaja (one-off) sebanyak RM1000.00 untuk sekolah menengah dan RM700.00 untuk sekolah rendah.

"Ini bermakna pada hari ini kerajaan akan memberikan peruntukan khas berjumlah RM 16.8 juta kepada 24 SBT berkenaan," katanya ketika mengumumkan senarai SBT di sini, sebentar tadi.


Senarai SBT Kohort 4 Tahun 2013

Johor
SK Tengku Mariam
SJKT Ladang Rem
SMK Dato' Penggawa Barat

Kedah
SM Sains Kubang Pasu

Kelantan
SM Sains Machang

Melaka
SK Convent of the Infant Jesus 1 (M)
SMKA Sharifah Rodziah

Negeri Sembilan
SBP Integrasi Jempol

Pahang
SK Convent

Perak
SK Sultan Idris II
SK Marian Convent
SM Sains Raja Tun Azlan Shah
SBP Integrasi Gopeng

Pulau Pinang
SK Convent Green Lane
SJK (C) Han Chiang
SMKA Al-Irshad

Selangor
SK Taman Megah
SK Bukit Jelutong
SK Sri Petaling
SMA Persekutuan Kajang
SBP Integrasi Rawang

Putrajaya
SK Putrajaya Presint 11 (1)

Kuala Lumpur
SK Convent Bukit Nanas (1)
SJK (C) Kuen Cheng 2


... sumber berita: MyMetro 18 September 2013 (klik di sini)