Haziq Juara Divisyen Dua Liga Hoki Remaja Malaysia Bersama Politeknik Malaysia 2014


 24 Feb 2014 -Mohd Hakimuddin Haziq b Hishamuddin telah mengharumkan nama Kebitaraan Hoki SMKDPB setelah berjaya menjulang kejuaraan Divisyen Dua Liga Hoki Remaja Malaysia 2014 bersama pasukan hoki Politeknik Malaysia. Pada perlawanan akhir yang berlangsung pada 23 Februari, pasukan hoki Politeknik Malaysia telah menumpaskan pasukan Sekolah Sukan Bukit Jalil di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil dengan jaringan 2-1. Kini, pasukan hoki Politeknik Malaysia akan berhadapan pula dengan Naib Juara Divisyen Satu iaitu UniKL pada peringkat suku akhir Piala Milo 2014 yang bakal berlangsung pada minggu hadapan. Tahniah dan ucapan Selamat Maju Jaya diucapkan pada beliau dan guru pembimbing, Encik Shahrulnizam b Bunjamin. Semoga mereka dan pasukan hoki Politeknik Malaysia akan berjaya pula menjulang Piala Milo 2014. Terima kasih atas sokongan pihak SMKDPB, terutamanya pengetua dan para guru yang mengajar tingkatan 5 Anggerik.

Pejabat Kesihatan Pontian : Kawalan Denggi

25 Feb 2014 : Disampaikan oleh En. Razlan bin Hamidon:

Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genusFlavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).
Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.
Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus)
Rawatan utama adalah terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk mengekalkan makan, terutamanya minum air. Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum, tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk. Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan banyaknya.Cara yang lain untuk mencegah penyakit ini juga pesakit perlu bersenam pada waktu pagi atau berjoging dan beriadah.Minum air paling penting dalam hidupan harian kita.Minum air mineral sekurang-kurangnye 8 gelas (2 liter) sehari atau selebih-lebihnya pun hanya maksimum 16 gelas (4 liter) sehari.
Cara mencegah denggi yang utama adalah menghapuskan atau mengurangkan vektor nyamuk pembawa denggi. Langkah menghapuskan takungan air (seperti dalam bekas bunga) terbukti berkesan bagi mengawal penyakit bawaan nyamuk.
Pengunaan ubat jentik-jentik juga berkesan untuk menghapuskan jentik-jentik, manakala penggunaan kelambu dan juga semburan (fogging) juga boleh membantu.
Justeru, semua warga SMK Dato' Penggawa Barat di minta untuk membuat tinjauan dan pembersihan kawasan persekitaran sekolah dan kediaman sendiri bebas daripada pembiakan nyamuk aedes.
Sekian.

UJIAN SIKAP PENGAKAP RAJA 2014

20-22 Feb 2014 - Adik Muhammad nashruddin bin Mohd Shah telah menghadiri Ujian Sikap Pengakap Raja 2014 di Kem Jubli Intan, Tanjung Laboh, Batu Pahat. Beliau merupakan satu-satunya calon yang mewakili Daerah Pontian pada tahun ini. Sepanjang 3 hari beliau diuji kemahiran memasang khemah, pengembaraan, temu duga dan pemeriksaan buku log. Dalam ujian ini beliau LULUS BERSYARAT dan diminta membuat projek Pionering atau Knotting Board sebelum melayakkan beliau menghadiri U Pentarafan Pengakap Raja. Insyaallah kita doakan semoga beliau berjaya sebagai Pengakap Raja Tahun 2014.




 

PELANCARAN MINGGU ANTI DADAH 2014

23 Feb 2014 - Majlis Pelancaran Minggu Anti Dadah 2014 diadakan pada pagi ini dan disempurnakan pelancarannya oleh En Mohd Shahpri bin Yusof , Penolong Kanan Pentadbiran. Majlis yang dijalankan seawal jam 7.30 pagi ini bertujuan mendidik pelajar-pelajar tentang keburukan dadah dan menyemai sikap membenci dadah dalam kalangan pelajar.
Majlis ini diserikan lagi dengan perutusan Timbalan Pengarah Pelajaran Johor yang dibacakan oleh Tn Hj Misran bin Selamat , Penolong Kanan Tingkatan Enam. Seterusnya acara mendeklamasikan sajak bertajuk 'Bangkit Sedar Bangsaku' dan diakhiri dengan Ikrar Anti Dadah yang diketuai Saudara Ahmad Syukri. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakannya.











FESTIVAL LAYANG-LAYANG SEDUNIA KALI KE-19

 
19-23 Feb 2014 - Festival Layang-Layang Sedunia Kali Ke-19 telah berlangsung di Pasir Gudang, Johor. Pasukan laang-layang SMKDPB telah menghantar 6 orang peserta bagi menyertai Festival layang-layang tersebut. Para pelajar diiringi guru penasihat iaitu En Rashid bin Saini dan En Haris bin Mustafa. Melalui festival ini para pelajar dapat mempamerkan hasil seni masing-masing dan dapat bertemu dengan ramai pelayang dari seluruh dunia.

Language Month Activity (English Crossword Puzzle Contest)

Language Month Activity (English Crossword Puzzle Contest) Click Here

KEJOHANAN MEMANAH MSSD 2014

Kejohanan Memanah MSSD telah diadakan pada 17-18 Feb 2014 di Maahad Pontian. Tahniah kepada kepada Muhammad Syazwan B. Mohd Amin kerana telah menjuarai acara memanah kategori Lelaki 15tahun dan semua peserta yang telah menaikkan nama SMKDPB dalam acara ini.










 Berikut adalah keputusan pertandingan.

                                                      Keputusan
Peserta

Jarak 30m
(rank)
Jarak 50m
(rank)
Keseluruhan
(rank)
Kategori Lelaki  15 tahun

Muhammad Syazwan B. Mohd Amin
Muhammad Afif Fahim B. Asmuni
Muhammad Arif Daniel B. Abd Wahab
Muhammad Fathun Amirrun B. Md Nor Azam



1
7
15
10


1
5
13
6


1
7
13
8
Kategori Perempuan 15 tahun

Amanda Maisarah Bt Norazman
Nurul Illya Zafirah Bt Zulfikri
Alya Syazwani Bt Shazlen
Wan Nurul Amirah Bt Wan Ahmad Kamal



2
3
9
11


8
7
16
17


5
6
9
12
Kategori Perempuan 18 tahun

Nurul Nabiha Humairah Bt Yahya
Nur Amirah Zakirah Bt Shazlen
Nur Farisha Irwayu Bt Amri


2
5
15


3
12
15


3
5
15

Tokoh NILAM Daerah Pontian 2014

18 Feb 2014: Tahniah dan syabas kepada adik WAN AZMIRA WAN SAIDIN dan NURZAHIRAH BTE ZAINAL dari kelas 5 Cemara di atas kejayaan Johan Tokoh Nilam Daerah Pontian bagi kategori Bahasa Melayu dan Johan Tokoh Nilam Daerah Pontian bagi kategori Bahasa Inggeris. Manakala WAN AZMIRA WAN SAIDIN telah dinobatkan sebagai TOKOH NILAM PERINGKAT DAERAH PONTIAN 2014.

PASUKAN PING PONG SMKDPB

12- 13 Februari 2014 – Bertempat di SJKC Pei Chun  pasukan ping pong SMKDPB telah menyertai Kejohanan Ping Pong MSSD. Dalam pertandingan ini adik Nurul Azwa dari kelas 3 Angsana telah mendapat tempat ke-3 kategori perseorangan perempuan. Tahniah diucapkan kerana beliau merupakan satu-satunya pelajar perempuan Melayu dari SMKDPB. Terima kasih juga buat Ayahanda Tn Hj Hashim yang memberi suntikan semangat kepada para peserta sebelum berjuang. Terima kasih buat guru kelab ping pong iaitu Pn Rabiatul Adawiah, Pn Azizah dan Pn Musliha.


Majlis Perpisahan PN.SITI NORISME LAILI BINTI ISNAN

15 Feb 2014 : Majlis perpisahan PN.SITI NORISME LAILI BINTI ISNAN telah diadakan di Dewan Seri Gemilang pada jam 12.30 tengah hari. Majlis penyampaian hadiah penghargaan telah disempurnakan oleh Tn. Hashim bin Mohd Dom Pengetua, SMK Dato' Penggawa Barat.

KEJOHANAN BOWLING PERINGKAT DAERAH

10 Februari 2014 - Kejohanan ini disertai oleh 8 orang pelajar SMKDPB di Pusat Bowling Diaman, Johor Jaya, Pasir Gudang. Beberapa pelajar kita telah meraih kejayaan dalam pertandingan yang disertai oleh semua sekolah menengah dalam Derah Pontian. Mereka akan ke peringkat MSSJ dalam masa terdekat ini. Moga pulang dengan kejayaan, amin...

Kategori (Bawah 18) Perempuan:
JOHAN - Nur Syuhada Bt. Omar (Ting.5)
NAIB JOHAN - Syaza Amira Bt. Zulkeplee (Ting.4)

Kategori (Bawah 18) Lelaki:
NAIB JOHAN - Muhammad Amirul Safwan B. Salamat (Ting.5)
Ke-5 - Muhammad Ikram B. Kamal Fairuz (Ting.4)


PELANCARAN BULAN BAHASA DAN PROGRAM 3K 2014

9 Februari 2014 – Pelancaran Bulan Bahasa dan Program 3K peringkat sekolah telah disempurnakan oleh Tn Hj Hashim bin Mohd Dom, Pengetua Cemerlang SMKDPB. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu Bahasa Jiwa Bangsa, Persembahan Multimedia Bulan Bahasa, Persembahan Multimedia Program 3K, Ucapan Pelancaran oleh Tn Pengetua dan diakhiri dengan nyanyian lagu Negaraku.
                Pelbagai aktiviti dirancang sepanjang Bulan Bahasa peringkat sekolah yang melibatkan Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris, Panitia Bahasa Arab, Panitia Bahasa Cina dan Panitia Bahasa Jepun.  Para pelajar digalakkan menyertai semua aktiviti yang telah dirancang.
                Bagi program 3K pula, segala aktiviti yang berkaitan dengan Keselamatan, Kesihatan dan Keceriaan telah disusun untuk pendedahan kepada para pelajar dan mengaplikasikannya. Program 3K bertujuan memastikan sekolah mempunyai sistem yang mantap bagi menangani sebarang isu berkaitan dengan keselamatan, kesihatan serta keceriaan sekolah
                Semoga seluruh warga SMKDPB memberi sokongan dalam menjayakan aktiviti yang dirancangkan demi ke arah kecemerlangan.











KEJOHANAN CATUR MSSD 2014

Pada 5 dan 6hb Februari yang lepas Kejohanan Catur MSSD Pontian telah diadakan di SMA Mahaad Pontian. Sekolah kita telah meraih naib johan bagi kategori Perempuan Bawah 18. Beliau ialah Noraza binti Muhamad dari 5CA.  Bagi kategori Lelaki Bawah 15 tempat keempat di sandang oleh Mohamad Syazwan bin Mohd. Amin dari 3MA. Bagi kategori Perempuan Bawah 15 tempat kelima di sandang oleh Nur Akilla binti Ahmad dari 3MA juga.

Diucapkan tahniah juga kepada semua pelajar-pelajar lain yang terlibat dalam pertandingan ini. Ketiga-tiga pelajar di atas akan mewakili Daerah Pontian ke Peringkat Negeri yang akan diadakan pada 20, 21 dan 22 Februari ini di Batu Pahat. Latihan Pusat akan diadakan pada 17, 18 dan 19 Februari di PKG Bandar. Semoga berjaya di peringkat seterusnya.