PENANGGUHAN SEKOLAH GANTI BAGI CUTI KERANA JEREBU

| Ditulis oleh UNIT PERHUBUNGAN PPD PONTIAN |


MAKLUMAN PENTING 

Pengetua & Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Pontian.

Adalah dimaklumkan bahawa cuti jerebu pada 21/06/2013 (Jumaat) yang sepatutnya digantikan pada 27/07/2013 (Sabtu), ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kemudian.

PPD Pontian.

TADARUS AL-QURAN

Program Tadarus Al-Quran sempena Ramadan telah diadakan setiap hari di surau sekolah. Program yang bermula setiap hari pada pukul 12.30 tengah hari bermula dengan sesi Tadarus, Solat Zohor dan Tazkirah. Pelajar-pelajar dan guru-guru bertadarus mengikut jadual dan surah yang ditetapkan. Semoga amalan kita di bulan yang mulia ini diterima Allah.Amin.

Majlis Pesaraan En. Ho Ah Chong

18 Julai 2013 : Berkhidmat mulai 25 April 1982 di SMK Dato' Penggawa Barat hingga 18 Julai 2013  di SMK Dato' Penggaw Barat,  En.. Ho Ah Chong merupakan antara guru yang paling lama berkhidmat di sekolah ini. Selama 31 tahun berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, pelbagai pengalaman dan cabaran yang di yang ditempuhi. Justeru, Majlis Pesaraan En. Ho Ah Chong telah diadakan pada hari dengan penuh gemilang khusus daripada pihak warga pelajar SMK Dato' Penggawa Barat. Buat En. Ho Ah Chong terimalah puisi khas daripada seluruh warga SMK Dato' Penggawa Barat :


Perjalanan Pesaraan

Pada usia 56 tahun
guru
engkau berdiri gagah
sebagai tokoh gemilang
anugerah cemerlang
di harimu.

Guru
dengan lagu sendu lagu syahdu engkau diraikan
mengenang jasa mengenang segala
tercerna pada lukisan. waktu
sebagai pendidik tak kenal erti
jerih dan jemu.

Guru
jasamu dalam ingatan.
tingginya menyapu awan
antara terima kasih dan rasa kehilangan
di atas segala pengorbanan.

Guru
kami iringkan doa
di perjalanan. persaraan sebagai
seorang akademik seorang pendidikan formal
yang bergelar Yang Bersara.

Pentaksiran Kompetensi Matematik dan Sains Tingkatan 1 dan 2

Pentaksiran Kompetensi Matematik dan Sains Tingkatan 1 dan 2 seluruh negara akan diadakan pada:

  • Tarikh : 30 Julai 2013 (Selasa)
  • Tempoh : 45 minit setiap matapelajaran
  • Soalan: Kemahiran Berfikir Aras Tinggi / Higher Order Thinking Skills
  • Trend Soalan: Tingkatan 1 Trend soalan TIMSS (Trends in International Mathematics and Science Study)  dan Tingkatan 2 Trend soalan PISA (Programme for International Student Assessment)

Sehubungan dengan itu diharap semua murid dapat melihat contoh-contoh soalan TIMSS dan PISA dilaman web atau melayari laman web BPK (Bahagian Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia)

Berikut adalah contoh soalan TIMSS dan PISA yang boleh dijadikan sebagai rujukan:
  1. TIMSS Math Grade 3,4 Sample Question
  2. TIMSS Math Grade 7,8 Sample Question
  3. TIMSS Sc Grade 3,4 Sample Question
  4. TIMSS Sc Grade 7,8 Sample Question 
  5. PISA Math Form 2 Sample Question
  6. PISA 2006 Science

Pengumuman

"Sila lihat pautan baru untuk program-program menjelang SPM dan tadarus Al-Quran di Takwim SPM & Jadual Tadarus Al-Quran.

Majlis Apresiasi Kejayaan Kuiz Inovasi Antarabangsa & Kuiz Pelaburan PNB 2013

8 Julai 2013 :Majlis Apresiasi Kejayaan Inovasi Sains Antarabangsa & Kuiz Pelaburan PNB 2013 telah disempurnakan oleh Tn.Hj.Hashim bin Mohd Dom, Pengetua Cemerlang SMK Dato' Penggawa Barat. Majlis ini diadakan bagi meraikan kejayaan yang telah dimiliki oleh pasukan-pasukan sekolah yang telah meraih kejuaraan di arena antarabangsa dan kebangsaan. Tahniah & syabas di atas kejayaan mereka.

SAMBUTAN HARI KOKURIKULM 2013

5 Julai 2013: Hari Kemuncak Kokurikulum adalah satu acara tahunan yang diadakan  bagi memberi penghargaan kepada para pelajar bergiat  aktif dalam bidang kokurikulum, melatih para pelajar aktif dalam bidang kemasyarakatan di samping itu memberi peluang kepada ibubapa menghargai kegiatan anak mereka di sekolah. Program ini telah telah diadakan mulai 4 Julai 2013 hingga 5 Julai 2013. Majlis penutupan rasmi telah diadakan pada hari ini dan telah disempurnakan oleh YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan, Timbalan Menteri Kewangan, DMSM, PIS merangkap Ahli Parlimen Pontian.



Alhamdulillah, Kejayaan milik kita lagi JOHAN Kuiz Pelaburan PNB Malaysia 2013 Enam tahun berturut-turut 2008 hingga 2013

2 Julai 2013 :  Pertarungan akhir berlangsung pada 1 Julai 2013 mempertemukan SMK Dato' Penggawa Barat dengan SMK Bintang Pagi, Seremban. Slogan 'SDPB Menjuarai' menjadi realiti apabila sekali lagi SMK Dato' Penggawa Barat dinobatkan sebagai JOHAN Kuiz Pelaburan PNB Malaysia 2013 buat kali keenam berturut-turut. Dengan ini sekali lagi, sekolah kita akan menyimpan Piala Pusingan  buat kali kedua berturut-turut.  Majlis penyampaian Piala Pusingan dan wang tunai sejumlah RM8,000.00  telah disempurnakan oleh YAB Tun Ahmad Sarji bin Abd Hamid di  Hotel Klana Resort, Seremban. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan sekolah kita kerana sekali lagi telah mengharumkan nama sekolah di peringkat kebangsaan. Menurut Haji Sahadun bin Kimin, Penolong Kanan Kokurikulum SMK Dato' Penggawa Barat, satu majlis apresiasi khas akan diadakan pada minggu hadapan bagi memberi penghargaan kepada pasukan sekolah yang telah mengharumkan nama sekolah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Tahniah & syabas kepada adik Mohd Noor Afiq bin Mohd Yazed, adik Nur Firza Shahirah bt Wari, adik Maisarah Nabilah bin Mohd  Nasir dan guru pembimbing Cikgu Norizah bt. Karim serta seluruh warga sekolah.




Tempat ke-3, Pertandingan ASEAN PLUS 3 Junior Science Odyssey 2013 peringkat antarabangsa di Korea.

1 Julai 2013 : Tahniah dan syabas kepada  adik Fatin Nabilah Binti Roslaile, adik Muhammad Syafiq Bin Mohd Saib dan adik Lee Wen Yee telah berjaya memenangi pingat gangsa untuk kategori Fizik dalam Pertandingan ASEAN+3 Junior Science Odyssey 2013 di Korea. Sepanjang program ini, pelajar telah dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan di mana mereka telah diuji dalam kemahiran kendalian amali di makmal  bagi kategori kimia dan fizik.
Manakala kemahiran kerja lapangan bagi kategori biologi. Negara-negara yang terlibat ialah Brunei, Indonesia, Malaysia, 'the Philippines', China, Korea, Singapore, Thailand, Vietnam, dan Sweden. Terima kasih kepada mereka kerana telah mengharumkan nama negara dan membawa nama SMK Dato' Penggawa Barat menjuarai tempat-3 bagi kategori Fizik di persada pentas dunia. Tahniah & syabas sekali lagi.