INOVASI ICOMPEX'14 PERINGKAT KEBANGSAAN 2014


23-25 Mac 2014. Pertandingan Inovasi Icompex’14 Peringkat Kebangsaan telah diadakan di POLIMAS, Jitra , Kedah. Pasukan SMKDPB telah menghantar 6 pasukan yang terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan 5. Pasukan SMKDPB telah menampilkan inovasi yang bertajuk Multi-Function Red Cabbage, Multi-Function Furniture, Smart Dustbin, AW System, Stirling Machine dan Waste Sugarcane Charcoal. Alhamdulillah dalam pertandingan ini Pasukan Multi-Function Red Cabbage telah memperoleh Pingat Emas, AW System dan Waste SugarcaneCharcoal memperoleh Pingat Perak dan Smart Dustbin memperoleh Pingat Gangsa. Tahniah buat para pelajar dan guru-guru pengiring. Terima kasih juga buat warga SMKDPB yang sentiasa mendoakan kejayaan team inovasi. SDPB Menjuarai!








PENTARAFAN PENGAKAP RAJA 2014

22-26 MAC 2014- Pentarafan Pengakap Raja 2014 telah diadakan di Kem Pengakap Jubli Intan, Tg Labuh Batu Pahat Johor. Satu-satunya peserta yang mewakili daerah Pontiah ialah adik Mohd Nashruddin bin Mohd Shah, ahli Pengakap Laut Kumpulan 14, SMKDPB. Beliau yang telah lulus secara 'bersyarat' ketika Ujian Sikap pada 20-22 Februari yang lalu telah menyertai 107 orang calon Pengakap Raja bagi seluruh negeri Johor. Sama-samalah kita mendoakan agar beliau berjaya sebagai Pengakap Raja pada tahun ini. Untuk makluman keputusan rasmi akan dikeluarkan oleh ibu pejabat Pengakap Malaysia dalam tempoh 2-3 bulan dari sekarang.

* Terima kasih buat Pesuruhjaya Pengakap Pontian, En Zaki Azman dan barisan Timbalan Pesuruhjaya Daerah Pontian yang turun ke Tanjung Labuh untuk memberi kata-kata semangat dan perangsang buat calon Pontian.





KEMPORI PENGAKAP DAERAH PONTIAN 2014

20-22 MAC 2014 - Satu perkhemahan KEMPORI Pengakap daerah Pontian telah diadakan di SMK Kayu Ara Pasong.  Perkhemahan ini bertujuan memahirkan diri ahli pengakap dengan jenis-jenis ikatan, kawad tongkat, masakan rimba, dan pioneering. Pasukan Pengakap Laut Kumpulan 14 SMKDPB menghantar 8 orang peserta terdiri 2 orang Pengakap Muda dan 6 orang Pengakap Remaja. Mereka diiringi Pn Siti Salwani bt Hamdan.  KEMPORI ini dirasmikan oleh Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor, Tn Hj Yaacob bin  Hj Abd Karim.
















Bengkel Lompat Tali Berprestasi Tinggi & Berirama

Bengkel Lompat Tali Berprestasi Tinggi & Berirama akan dijalankan seperti ketetapan berikut:
  1. Tarikh       : 28 & 29 Mac 2014
  2. Hari          : Jumaat dan Sabtu
  3. Masa        : 8.00 pagi - 10.30 malam
  4. Tempat     : Dewan Seri Gemilang SMKDPB
Jurulatih Profesional didatangkan khas dari Perlis akan mengendalikan bengkel tersebut.
Pelajar-pelajar yang berminat sila hubungi Cikgu Zanariah ditalian 012-7494144.
Penyertaan adalah TERHAD. Keutamaan kepada pelajar-pelajar yang membuat tempahan awal.

Tahniah SPM 2013 : Kekal kedudukan ke-3 Sekolah Kawalan & kedudukan ke-7 Negeri Johor.

20 Mac 2014 : Tahniah dan syabas diucapkan kepada warga SDPB diatas kejayaan mengekalkan kedudukan ke-3 Sekolah Kawalan & kedudukan ke-7 Negeri Johor.  Perfect Score A+ ,         1 orang (Lee Wen Hui) , Perfect A, 38 orang pelajar. SDPB telah mendapat 3 anugerah :
  1. Anugerah Sekolah Cemerlang Kategori Sekolah Mencapai Lulus 100% Peratus Mendapat Sijil.
  2. Anugerah Sekolah Cemerlang Kategori Sekolah Kawalan, Gred Purata Sekolah Terbaik (GPS:1.92).
  3. Anugerah Sekolah Cemerlang Mencapai ETR dalam tiga aspek yang dinilai.

KEPUTUSAN SPM DAN STPM 2013 DAN TATACARA PAKAIAN



PEMBERITAHUAN CALON SPM DAN STPM 2013

PERHATIAN KEPADA SEMUA CALON SPM DAN STPM 2013 

                Keputusan Peperiksaan SPM Dan STPM 2013 akan dikeluarkan pada 19 Mac 2014 (STPM) dan 20 Mac 2014 (SPM) selepas  pukul 11.00 pagbertempat di Dewan Seri Gemilang, SMK Dato Penggawa Barat.

Berikut adalah Peraturan Am kekemasan diri para calon semasa mengambil slip keputusan berkenaan:

1.     Pakaian Perempuan:
1.1   Pakaian  yang sopan.
1.2   Digalakkan berbaju kurung.

2.     Pakaian Lelaki:
2.1   Pakaian yang kemas.
2.2   Digalakkan berbaju kemeja dan seluar ‘slack’

3.     Larangan (Tidak dibenarkan):
3.1       Memakai selipar.
3.2       Memakai seluar jeans.
3.3       Memakai baju/ t-shirt yang mempunyai lambang parti politik.
3.4       Memakai lain-lain pakaian yang mencolok mata.

4.     Rambut lelaki dan perempuan bukan muslim.
4.1      Kemas
4.2      Pendek (lelaki)
4.3      Tidak diwarnakan.

5.   Peringatan tambahan.
5.1              Para pelajar yang masih belum mengambil fail peribadi diminta berjumpa kaunselor di kaunter kaunseling untuk mendapatkannya.
5.2              Para pelajar yang masih belum memulangkan buku yang dipinjam di perpustakaan diminta berbuat demikian di kaunter perpustakaan.  


“Terima kasih atas kerjasama dan keprihatinan anda”




MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-29


15 Mac 2014 – Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-29 telah diadakan pada pagi ini bertempat di Dewan Seri Gemilang, SMK Dato’ Penggawa Barat, Pontian, Johor. Kehadiran ibu bapa dan penjaga pelajar SMKDPB amat memberangsangkan sehingga memenuhi dewan.  Majlis ini dirasmikan oleh  YB Datuk Ir. Hj. Hasni bin Haji Mohammad (P.G.D.K., K.M.N., P.I.S., A.M.N.) Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Negeri Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Benut.
                Dalam ucapan perasmiannya, beliau mengingatkan para guru dan ibu bapa penjaga pelajar agar memastikan pelajar-pelajar pada hari ini bersedia untuk menghadapi cabaran era pembangunan khususnya di Pontian yang semakin berkembang maju dengan pembangunan demi pembangunan yang rancak berjalan ketika ini.  Dalam ucapannya beliau turut bersetuju dengan permintaan PIBG yang memohon peruntukan menurap jalan di dalam kawasan sekolah dan akan dilakukan dalam masa yang terdekat. Seterusnya beliau turut meluluskan peruntukan sebanyak RM5000 untuk tabung PIBG.
                Majlis Agung PIBG Kali Ke-29 diteruskan dengan  sesi pembentangan minit mesyuarat, laporan kegiatan aktiviti PIBG, penyata kewangan, membahaskan usul dan seterusnya mencalonkan dan memilih barisan ahli jawatankuasa PIBG sesi 2014/2015. Mesyuarat agung ini disudahi dengan cabutan bertuah kepada tetamu yang hadir  dan majlis tamat pada pukul 12.30 tengah hari.












  












              



MESYUARAT KITAR SEMULA PERINGKAT NEGERI JOHOR 2014










10 MAC 2014 – Isnin.  Mesyuarat Pelaksanaan Pelancaran Kelab Kitar Semula Sekolah-sekolah Negeri Johor tahun 2014 kali kedua telah diadakan di Bilik Mesyuarat Intelek, SMK Dato Penggawa Barat, Pontian, Johor selaku tuan rumah majlis pelancarannya yang akan diadakan pada 2 APRIL 2014 jam 2.00 petang . Majlis perasmian akan disempurnakan YB Datuk Halimah binti Mohd  Sadique selaku Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia. Dijangka seramai 1000 para jemputan akan hadir  di SMKDPB yang terdiri daripada para pengetua ,guru besar dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan seluruh negeri Johor.  SMKDPB dipilih selaku tuanrumah adalah kerana SDPB telah menjuarai 2 tahun berturut-turut [ 2012 dan 2013 ]  dalam melaksanakan aktiviti Kelab Kitar Semula Sekolah Menengah dalam kategori pengumpulan barangan kitar semula terbanyak.

Cadangan pelaksanaan Kelab Kitar Semula / Alam Sekitar ini ialah
1]  Ditubuhkan di semua sekolah negeri Johor.
2]  Perjalanan kelab kitar semula / alam sekitar diuruskan oleh pihak sekolah dan
      menggunapakai modul yang dibangunkan dan dipersetujui oleh Kemnterian Pendidikan  
      Malaysia.
3]   Lawatan berkala dan khidmat nasihat daripada pegawai 3 R negeri.
4]   Laporan perjalanan kelab kitar semula / alam sekitar di akhir tahun [ PPSPPA dan pihak
      sekolah ]
5]   Pertandingan kutipan barang kitar semula tertinggi bagi peringkat daerah, negeri dan
      kebangsaan tahun 2014  telah bermula  dan terbuka kepada semua sekolah Menengah dan
      Rendah  [  2 kategori ]  termasuk  Tadika.

Beberapa aktiviti pertandingan inovasi, kreativiti dan rekacipta di kalangan pihak sekolah akan dilaksanakan dalam majlis pelancaran tersebut. Jawatankuasa pengelola majlis pelancaran telah dibentuk terdiri daripada  pegawai-pegawai PPSPPA  daerah-daerah negeri Johor yang dianjurkan secara bersama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Antara acara pada  majlis tersebut ialah pidato dan coral spe\aking yang bertemakan  3 R [ Reuse, Reduse , Recycle ] di samping pameran hasil-hasil barangan terbuang dan tayangan gambar.


Tuan Haji Asri bin Amat selaku Pengarah PPSPPA Johor  berharap agar  majlis ini dapat menarik minat di kalangan pelajar, pihak sekolah dan masyarakat  dalam meningkatkan tahap kesedaran, keperluan serta kepentingan kitar semula di kalangan para pelajar sekolah rendah dan menengah melalui amalan pendidikan secara teori dan praktikal secara betul  di samping memupuk sikap suka menabung. 

KURSUS KOPERASI 2014












KUIZ MATEMATIK 2014

10.3.2014 - Satu siri Kuiz Matematik telah diadakan pada pagi ini yang melibatkan pelajar-pelajar Tingkatan 3,4 dan 5 SMKDB. Kuiz Matematik ini diadakan sempena Bulan Sains dan Matematik 2014. Bertujuan menguji kemahiran pelajar dalam disiplin Matematik. Kuiz ini dikelolakan oleh Cg Norani Basri - Guru Cemerlang Matematik SMKDPB.








BULAN SAINS DAN MATEMATIK SMKDPB

8 MAC 2014: Sempena dengan Bulan Sains dan Matematik, beberapa aktiviti telah dijalankan bagi pelajar-pelajar sesi petang seperti Kuiz Matematik dan Kuiz Sains yang telah disertai oleh semua pelajar Tingkatan 1 dan 2.

Selain itu, Pertandingan Cepat Kira Matematik pula disertai seramai 30 orang pelajar, manakala Pertandingan Teknologi Pelancaran  Roket telah disertai oleh 60 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar -pelajar Tingkatan 1dan 2.

Semoga matlamat untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang Sains dan Matematik dapat tercapai menerusi program yang diadakan ini.