Hari Terbuka Sekolah 2013

28 Jun 2013 : Pada hari ini Hari Terbuka Sekolah telah diadakan bertujuan untuk untuk mengadakan pertemuan bersama ibubapa bagi melakukan penambahbaikkan prestasi para pelajar dengan sokongan dan kerjasama ibubapa. 
Dato' Nasir bin Safar selakukan YDP PIBG turut sama hadir bagi memberi motivasi khususnya kepada para pelajar SMK Dato' Penggawa Barat.

Ceramah Kerjaya Juruterbang Anjuran Kelab Bimbingan Rakan Sebaya

27 Jun 2013 : Ceramah kerjaya telah disampaikan oleh Kapten Azrien Syahrizam  bin Ahmad, Juruterbang MALINDO pada hari  ini. Seramai 302 pelajar tingkatan 4, 6 Bawah dan 6 Atas aliran sains tulen telah hadir mendengar ceramah tersebut. Tujuan ceramah ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang pulang kerjaya sebagai juruterbang antarabangsa.

PEMERIKSAAN KHAS SBT KOHORT 4 SEKOLAH MENENGAH TAHUN 2013

25 Jun 2013 : Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) telah menyenaraikan SMK Dato’ Penggawa Barat sebagai salah sebuah sekolah yang tersenarai dalam pencalonan Sekolah Berprestasi Tinggi bagi Tahun 2013. Dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan, kerajaan akan memberi tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Salah satu sub-NKRA tersebut ialah Sub-NKRA Sekolah Berprestasi Tinggi. 

Matlamat utama sub-NKRA ini ialah:
  1. Mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik.
    • Meningkatkan kualiti pencapaian institusi pendidikan melalui peningkatan tahap autonomi dan akauntabiliti, membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan masing-masing (pemusatan dalam aspek kurikulum dan anggota perkhidmatan)
  2. Menghasilkan pelajar yang cemerlang.
    • Sebagai tempat untuk melatihkan pelajar cemerlang bertaraf antarabangsa dan yang menjadi personaliti unggul dalam semua bidang
  3. Merapatkan jurang antara sekolah-sekolah di dalam sistem.
    • Sebagai inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan tahap yang lebih tinggi melalui bimbingan dan jaringan antara sekolah sekolah tersebut.

Justeru, pada hari ini kumpulan Jemaah Nazir Kebangsaan telah hadir ke SMK Dato’ Penggawa bagi menjalankan tugas verifikasi penilaian SBT. Semoga sekolah kita layak untuk dicadangkan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi. Amin.


The 2nd ASEAN Plus Three Junior Science Odyssey (APT JSO)




 24 Jun 2013: Today, a new history of our school has been created. Members of  SMKDPB should be proud of our school as a group of our students  has succeeded in representing Malaysia to The 2nd  ASEAN Plus Three Junior Science Odyssey (APT JSO). They departed from the school to the airport at 11am. This entourage is led by Hj Abdul Kahar bin Ismail , and with him there are three Form 3 students. They are Fatin Nabilah Binti Roslaile, Lee Wen Yee, and Muhammad Syafiq bin Mohd Saib.

Here are the rules of the competition :

  1. Purpose
A.    Encourage and challenge gifted science students to excel in the field of Science and Technology.
B.    Stimulate students’ intellectual curiosity through various experiences and experiments.
C.   Foster friendship and networking among gifted students in the APT region.
D.   Motivate students to pursue careers in Science and Technology.

  1. Theme

  1. Date
24 June ~ 1 July 2013 (8 days)

  1. Venue
Busan, ROK

  1. Participants
A.    Each country must send two (2) teams.
B.    Each team must consist of three (3) students and one (1) teacher
                      i.    Selected gifted and talented students should be aged between 13 to 15 years.
                     ii.    Teachers should be educators of Science in their respective countries.

  1. Hosted by
ASEAN+3 Center for the Gifted in Science (ACGS)
Korea Science Academy (KSA)

  1. Supported by
 Ministry of Education, Science and Technology, Korea
Korea Foundation for the Advancement of Science and Creativity (KOFAC)
Society of International Gifted in Science, Korea
ASEAN Secretariat


  1. Website

1.    Selection Criteria for Students

The programme will target top Science students from ASEAN.

To ensure that selected students benefit fully from their participation, the Science students should:

a.    Between 13 and 15 years of age as on January of the contest year;

b.    Have experience in science research or competitions;

c.    Possess good oral proficiency in English;

d.    Be academically able and is among the top 5% of their cohort; and,

e.    Be willing to network with fellow students at the JSO.


2.    Selection Criteria for Teachers
To ensure that the teachers benefit fully from their participation, the Science teachers should be:

a.    Educators or senior personnel in Science in a school or another educational
institution;

b.    Proficient in English;

c.    Able to share their learning points and experiences to other Science                            
Teachers; and,

d.    Able to implement teaching ideas or strategies in school.


Ø     PROGRAMME

  1. Student Programme
A.    Part 1 - Lectures and Teaching Laboratory Skills
B.    Part 2 - Laboratory Skills Assessments (40%)
§  Size of Team:
Three (3) students in one (1) team; made up of students from the same country
§  Awards: Gold, Silver & Bronze Medals
§  Assessed by teachers from ASEAN+3 nations

C.   Part 3 - Presentation of Field Projects (60%)
§  Size of Team
Six (6) students in two (2) two teams; made up of students from the same country
§  Awards: Gold, Silver & Bronze Medals
§  Assessed by teachers from ASEAN+3 nations

D.   Overall – Three (3) trophies
§  1 Gold, 1 Silver and 1 Bronze
§  Certificates for all Participants

  1. Teacher Programme
A.    Purpose: Build capacities of Science Educators

B.    Themes
§  Poster presentations:
§  Presentations:

C.   Poster Size: 70 cm (W) x 100 cm (H)
● Transportation information
We will provide you with transportation from Busan International Airport to Kroea Science Academy





PENGUMUMAN PENTING

Asalamualaikum dan Selamat sejahtera, berikutan jerebu yang teruk melanda Daerah Pontian, Majlis Tindakan Negara melalui Pejabat Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri Johor, telah memutuskan agar semua sekolah bagi Daerah Pontian, DIARAH MENGAMBIL CUTI BERGANTI , pada hari Jumaat, 21 Jun 2013, harap maklum.

KURSUS PEMANTAPAN GURU BAHARU DAERAH PONTIAN 2013


Bertempat di Felda Residence Tanjung Leman Mersing, satu Kursus Pemantapan Guru Baharu Daerah Pontian telah diadakan bermula 18 Jun sehingga 20 Jun. Seramai 46 orang guru baharu iaitu guru yang mula mendapat penempatan bermula 2010 telah terpilih untuk mengikuti kursus yang dianjurkan oleh pihak PPD termasuklah 3 orang guru SMKDPB iaitu Puan Ummu Atikah Miskam, Puan Julimah Tukimin dan Puan Fadhlunnisak Hanaffi.

Kursus 3 hari 2 malam ini telah dipenuhi dengan jadual yang padat dengan ilmu pengetahuan yang harus diterapkan oleh guru-guru baharu seperti kami. Bermula dengan sesi Ice Breaking oleh Tn Hj Md Ali bin Abdullah, diikuti sesi 2 Etika Perguruan oleh En Md Roslan bin Marjan, Sesi 3 Etiket dan Protokol oleh En Nazarali bin Ali, sesi 4 PPPM dan Halatuju Pendidikan Masa Kini oleh En Hasan bin Abd Rashid daripada PPD Mersing, dan seterusnya Sesi LDK yang dipantau dan dibantu oleh semua fasilitator.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Tn Hj Msduki bin Hj Shahri sendiri yang sudi meluangkan masa untuk kami guru baharu Daerah Pontian. Diharap kursus ini dapat meninggalkan impak yang besar kepada kami guru baharu SMKDPB dalam merealisasikan harapan sekolah untuk mencapai Sekolah Berprestasi Tinggi. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada PPD Pontian kerana menganjurkan kursus yang pastinya dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kami guru baharu Daerah Pontian.



Sekian, terima kasih.


Disediakan oleh,
Puan Fadhlunnisak Hanaffi

Majlis Penyampaian Tawaran Baru (New Deals) kepada Pengetua Tahun 2012, Bidang Keberhasikan Utama Negara (NKRA) Pendidkan.

Penerimaan Sijil Anugerah
Tawaran Baru Pengetua
Bidang Keberhasilan
Utama Negara
18 Jun 2013 : Majlis Penyampaian Tawaran Baru (New Deals) kapada Pengetua Tahun 2012, Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan telah disempuranakan oleh, YB Dato' Seri Idris bin Jusoh, Menteri Pendidkan II, Kementerian Pendidikan Malaysia di 'Royal Ballroom, Palace of The Golden Horses', Selangor. Tahniah dan syabas kepada SMK Dato’ Penggawa Barat kerana telah menerima tawaran baru tersebut pada tahun ini. Sub-waran sejumlah RM135,500 telah diberikan kepada SMK Dato' Penggawa Barat sebagai ganjaran tawaran tersebut. Seramai 140 orang guru dan staf sokongan akan menerima agihan tawaran tersebut mengikut kelayakkan dengan  syarat tidak kurang daripada 6 bulan berkhidmat di SMKDPB pada tahun 2012 dan bebas rekod kesalahan tatatertib. Tahniah kepada yang layak menerimanya.

Pelaksanaan Tawaran Baru kepada Pengetua merupakan pengiktirafan
Bersama Tan Sri  Abdul Ghafar bin Mahmud
Ketua Pengarah Pendidkan Malaysia
kerajaan Malaysia terhadap kepentingan peranan dan tanggungjawab pemimpin sekolah dalam membangunkan modal insan kelas pertama melalui pencapaian murid sekolah. Kerajaan berharap dengan menyediakan ganjaran yang menarik ini, pemimpin sekolah akan sentiasa berusaha meningkatkan kecemerlangan prestasi mereka.

Tawaran Baru kepada Pengetua telah mula dilaksanakan pada tahun 2010 ke atas semua Pengetua yang telah berada di sesebuah sekolah yang dinilai sekurang-kurangnya bagi tempoh enam (6) bulan. Prestasi Pengetua atau Guru Besar diukur berdasarkan kombinasi skor Gred Purata Sekolah (GPS) peperiksaan awam dan skor PKS-SKPM 2003. Menerusi Tawaran Baru Kepada Pengetua, pencapaian prestasi Pengetua diukur berdasarkan dua (2) kategori iaitu ;

I)              Sekolah yang melepasi sasaran 88.00 peratus Skor Komposit (SK) dan ke atas, atau
II)            Melonjak kedudukan (ranking) sekolah berbanding kedudukan tahun sebelumnya.

Di bawah kategori melonjak kedudukan (ranking), dua (2) pencalonan sekolah yang layak ditentusahkan (verifikasi) iaitu Lonjakan Perdana (LP) dan Enrolmen Besar (EB). Bagi kategori LP sekolah perlu melonjak sekurang-kurangnya 300 kedudukan berbanding tahun sebelumnya. Manakala  bagi kategori EB yang mempunyai enrolmen 1500 dan ke atas, sekolah perlu melonjak sekurang-kurangnya 200 kedudukan berbanding tahun sebelumnya.

Senarai sekolah disenarai pendek oleh Pejabat Pelaksanaan Pengurusan [Delivery Management Office(DMO)], Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) layak ditentusahkan atau diverifikasi oleh JNJK. JNJK akan melaksanakan pemeriksaan ke atas sekolah-sekolah yang layak dicalonkan bagi menentusahkan skor PKS-SKPM masing-masing.

Barisan penerima Tawaran Baru Pengetua
Tuan Haji Hashim kedudukan No.7 dari kerusi sebelah kanan barisan pertama

Selepas pemeriksaan oleh JNJK serta tapisan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) dan Bahagian Audit Sekolah (BAS), Jawatankuasa Induk Bayaran Insentif Tawaran Baru (BITB) akan menentukan kedudukan sebenar sekolah untuk dipertimbang dan diperakubagi menerima BITB. Di samping itu, Pengetua juga perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:
a)    Markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) pada tahun dinilai berada atau melebihi 90.00 peratus;
b)    Bebas daripada tindakan tatatertib pada tahun dinilai; dan
c)    Tiada laporan audit berteguran pada tahun dinilai


Tn Hj. Hashim bin Mohd Dom telah diberi penghormatan sebagai Ketua Penerima Tawaran Pengetua bagi mewakili Negeri Johor Darul Takzim
Berada di kedudukan keempat dari kanan YB Dato' Seri Idris bin Jusoh, 
Menteri Pendidikan II
Pemeriksaan ini adalah penting untuk menentusahkan skor PKS-SKPM tahun dinilai bagi membantu DMO memilih Pengetua yang layak menerima ganjaran BITB tahun dinilai. Sekolah-sekolah yang berada pada zon kelayakan akan dikunjungi oleh JNJK bagi tujuan penentusahan dalam pemeriksaan yang dinamakan Pemeriksaan Khas Tawaran Baru Kepada Pengetua.

Menerusi pemeriksaan ini JNJK akan hadir selama seharian di sekolah bagi maksud menentusahkan skor Penarafan Kendiri Sekolah menggunakan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (PKS-SKPM) 2003. Kaedah Penentusahan yang akan dilaksanakan merangkumi pemeriksaan terhadap aspek semakan dokumen sekolah, pencerapan pengajaran dan pembelajaran, pemerhatian dan temu bual. Bagi tujuan ini empat instrumen akan digunakan iaitu;
a)    Instrumen Pemastian Standard SKPM-Sekolah;
b)    Instrumen Pemeriksaan Khas Tawaran Baru Kepada Pengetua;
c)    Instrumen Pemeriksaan Khas Tawaran Baru Kepada Pengetua Tahun - Sekolah Berprestasi Tinggi; dan
d)    Standard 4: Pembelajaran dan Pengajaran
Pencerapan pengajaran dan pembelajaran adalah aspek yang sangat penting dan merupakan syarat wajib khususnya pencerapan terhadap pengetua. JNJK juga boleh memantau penolong-penolong kanan dan guru-guru mengikut opsyen JNJK yang hadir. Pengenalan Tawaran baru Pengetua merupakan pengiktirafan kepada Pengetua dan Guru Besar dalam usaha mereka melonjakkan kecemerlangan sekolah. Syabas dan tahniah kepada seluruh warga SMK Dato' Penggawa Barat.


KEM PENDIDIKAN MARIN PENGAKAP LAUT PERINGKAT KEBANGSAAN 2013

SMKDPB Marine Troop

14 – 16 Jun 2013 Perkhemahan Pendidikan Marin Peringkat Kebangsaan Kali Ke-2 Tahun 2013 telah diadakan di Pulau Tinggi, Mersing, Johor. Seramai 72 orang peserta dari seluruh Malaysia telah menyertainya. Saya, Muhammad Idzham bin Hamdan dan Yaqzan bin Zaidi telah dipilih menyertai peserta pengakap laut dari seluruh Malaysia.
                Kami tiba di Jeti Tanjung Leman pada awal pagi Jumaat 14 Jun 2013 dan seterusnya menaiki feri  yang sedia menunggu ke Pulau Tinggi. Ketibaan kami disambut oleh En Zakaria - Ketua Jabatan Taman Laut Johor. Selepas sesi penerangan dan mendirikan khemah maka kami berehat seketika sambil menikmati keindahan Pulau Tinggi. Pada waktu petang, kami melakukan aktiviti ‘water confidence’ sebagai persediaan untuk snorkel. Pada waktu malam kami didedahkan dengan hidupan di laut.         
     
                Hari Kedua – Kami melakukan istiadat ‘Colors’. Selepas itu melakukan Jungle Trekking dan menanam bakau.  Aktiviti ini melayakkan kami mendapat lencana ‘ Ekologi Marin’. Seterusnya kami ke Pulau Metinggi untuk aktiviti Snorkle. Kami juga mengkaji punca-punca kepupusan penyu dan membuat sesi pembentangan pada sebelah petangnya. Pada pukul 6.00 petang istiadat ‘Sunset’ telah diadakan. Pada waktu malamnya kami mengadakan persembahan malam kebudayaan.

                Hari Terakhir – Majlis penutupan rasmi telah diadakan pada pagi ini. Kami dianugerahkan sijil dan lencana kepandaian oleh Ketua Persatuan Pengakap Malaysia.  Selepas selesai berkemas maka kami pun bertolak pulang ke Jeti Tanjung Leman. Sesungguhnya pengalaman ini sukar ditemui dan kami bersyukur kerana kami terpilih untuk menikmati pengalaman ini dan menimba ilmu berkaitan marin.

Salam Pengakap!

18th May 2013: Winners of Madsen 1st Junior Age Group (14&U) Tennis Tournament 2013

 We are pleased to say thank you to each of you who have participated in our tournament last weekend and thanks to our participant’s supporting parents and coaches. We appreciate you for taking the time and effort to be here.

We also would like thank the supporting parents and coaches for your participation and the sharing your ideas and expertise.

We certainly hope that the tournament has been all that you expected it to be and that you have taken the opportunity to make new friends and renew old acquaintances and to have discussion and exchange of many tennis experiences suggestions and opinions.

We thank you. This tournament would not have been a success without you and we are looking forward to seeing you again in our future events.

 

Christen Madsen
Tournament Director
Madsen 1st Junior Age Group
Tennis Tournament 2013
Madsen Open

Madsen 1st Age Group Tennis Tournament 2013
Boys Singles 14&U - Winner
Mohammad Irfan Halim (SMKDPB Pontian Johor)

 

Madsen 1st Age Group Tennis Tournament 2013
Boys Doubles 14&U - Runner Up
Muhammad Azri Ramlee & Mohammad Irfan Halim
with
Tournament Director of Madsen Open, Mr. Christen Madsen

SMKDPB MENJUARAI PERTANDINGAN KUIZ ILMU WAHYU PERINGKAT NEGERI JOHOR 2013

15hb Jun 2013 : Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah Menengah (MISS) Peringkat Negeri Johor yang telah diadakan di SMKA Bandar Penawar, Kota Tinggi. Penyertaan khusus kepada sekolah-sekolah yang menawarkan kelas Aliran Agama sahaja seperti (SMAP, SMKA, KAA dan SABK) Sebanyak 6 acara telah dipertandingkan bagi kategori menengah rendah dan menengah atas antaranya pertandingan Hiwar (dialog) Bahasa  Arab, Kalimatus Sobah (Pengucapan Pagi), Hafazan Al-Quran, Qiraat Saba’ah Bittarannum, Kuiz Bahasa Arab dan Kuiz Ilmu Wahyu.

                SMKDPB telah menghantar 4 orang wakil yang kesemuanya dari tingkatan 5AK. 3 orang peserta menyertari acara Kuiz Ilmu Wahyu (Menengah Atas) telah menjadi JUARA pertandingan tersebut. Mereka ialah saudari Nur Auni Binti Mohamad Jurimi, Nur Syahmina Binti Mohidin dan Nur Adlina Binti Md. Azmi manakala seorang lagi peserta menyertai acara Qiraat Saba’ah Bittrannum (Menengah Atas) iaitu Nur Zaimah Binti Zainal telah memenangi tempat kedua. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat!

LADAP KALI KE-4


15 Jun – Latihan Dalam Perkhidmatan Kali Ke-4 telah diadakan pada pagi ini. LADAP kali ini dibahagikan kepada dua slot iaitu Bengkel FROG VLE  dan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS). Para peserta yang terdiri daripada guru-guru SMKDPB telah didedahkan kepada cara mengaktifkan Frog VLE dan seterusnya membina laman web berasaskan Frog VLE. Guru-guru juga diharapkan menggunakan medium ini sebagai perantara untuk berinteraksi dengan para pelajar dan guru-guru dari sekolah-sekolah lain.
                Sesi kedua diteruskan dengan pengenalan kepada Sistem Pengurusan Sekolah (SPS). SPS merupakan satu komponen dalam Penyelesaian Bersepadu Projek Rintis Sekolah Bestari. Objektif SPS ialah mewujudkan satu primary data maklumat sekolah. Sistem ini telah dibangunkan pada awal tahun 2009 dengan pembangunan pangkalan data yang mengambil kira fungsi dan keperluan data aplikasi iaitu Sistem Maklumat Murid (SMM), Educational Management Information System (EMIS), Sistem Salahlaku dan Disiplin Murid (SSDM) dan Integrated Student Information System (ISIS). Penyeragaman  sistem-sistem berkenaan mengambil kira penyelarasan kod yang terkandung dalam Data Dictionary Sektor Awam (DDSA).

                Kursus pada kali dikendalikan oleh En Mohd Shahpri bin Mohd Yusof dan En Mohd Khidhir bin Ibrahim. Semoga guru-guru mendapat manfaat yang berguna. 

Pelancaran Bulan Membaca, Bulan Bahasa, Bulan Teknik & Vokasional, Hari Koperasi dan Bulan Pelaburan Bijak PNB 2013

17 Jun 2013 : Majlis Pelancaran Bulan Membaca, Bulan Bahasa, Bulan Teknik &
Vokasional, Hari Koperasi dan Bulan Pelaburan Bijak PNB 2013 telah disempurnakan dengan jayanya pada hari ini. Majlis pelancaran telah bermula mulai jam 7.15 pagi dan berakhir pada jam 7.50 pagi. Majlis ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan penghayatan dan motivasi pelajar terhadap amalan membaca, cintai bahasa, hayati ilmu teknik dan vokasional serta menjiwai amalan pelaburan sebagai salah satu amalan seharian.

Third Place : SMKDPB English Debate Competition Johor 2013



14 Jun 2013: SMKDPB English Debate Team have improved from last year's fourth place to grab the third place in this year's competition. Hosted by the Pasir Gudang PPD, the competition was held from 11 to 13 June 2013 in SK Taman Megah Ria.
In the Quarter Finals, our charismatic debaters successfully beat the odds by beating SM Convent Kluang. However, their progress was halted by the eventual winners SM Sultan Ismail, Johor Bahru.
Nevertheless, kudos to SMKDPB English Debaters for such groundbreaking feat! Let's pray that 2014 would herald another landmark achievement by us in reaching the finals.
To the Fifth Former Debaters, all the best in your post-school undertakings!


Setinggi-tinggi Kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t di atas kurniaanNya kita telah mendapat "New Deal" 2012.

13 Jun 2013: Syabas dan Tahniah kepada warga SMKDPB kerana telah mendapat ' New Deal 2012' . Setinggi -tinggi kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah s.w.t yang telah menganugerah sekolah kita mendapat tawaran baru tersebut. Semoga kejayaan ini akan memberi suntikan motivasi kegemilangan yang lebih padu untuk mencapai tahap kecemerlangan yang lebih tinggi lagi di masa hadapan.

PROGRAM KOLABORASI DAN PERKONGSIAN PENDIDIKAN KE SM KEJURUAN 7, BANDUNG, INDONESIA

25 Mei – 30 Mei 2013  Program Kolaborasi dan Perkongsian Pendidikan ke SM Kejuruan 7, Bandung, Indonesia telah diadakan. Program ini disertai oleh 24 orang pelajar dan 5 orang guru SMKDPB.   Kami  bertolak dari SMKDPB ke Lapangan Terbang,Changi, Singapura pada pukul 1.30 pagi. Penerbangan Air Asia ke Bandung pada pukul 9.00 pagi. Kami tiba di  Lapangan Terbang Hussein Sasteranegoro, Bandung pada pukul 11.00 pagi.



                Kami melawat ke SM Kejuruan 7, Bandung pada 28 Mei yang mana sekolah tersebut merupakan sekolah vokasional ‘Kimia’. Persekitaran sekolah yang kondusif dan elit ini menampakkan suasana ceria. Kami disambut dengan ramah oleh para pelajar dan gurunya. Kami juga membuat persembahan zapin dan seterusnya menyaksikan persembahan angklung yang sangat hebat daripada SM Kejuruan 7.  Pengalaman berkolaborasi dengan para pelajar dan guru-guru sekolah amat menarik. Kami berkongsi pelbagai cerita berkaitan pelajaran dan aktiviti sekolah.
                Pada 29 Mei , kami berkesempatan melawat ke Taman Wisata Alam, Gunung Tangkuban Perahu. Pemandangan yang amat menarik  dan memukau pandangan. Seterusnya kami juga berkesempatan bersiar-siar di sekitar Bandar Bandung.
                Pada 30 Mei, kami bertolak pulang dengan penerbangan Air Asia melalui Changi Airport. Kami tiba di sekolah pada pukul 6.00 petang. Sesungguhnya pengalaman yang diperoleh amat bernilai kepada kami. 
Persekitaran SM Kejuruan 7