PROGRAM KOLABORASI DAN PERKONGSIAN PENDIDIKAN KE SM KEJURUAN 7, BANDUNG, INDONESIA

25 Mei – 30 Mei 2013  Program Kolaborasi dan Perkongsian Pendidikan ke SM Kejuruan 7, Bandung, Indonesia telah diadakan. Program ini disertai oleh 24 orang pelajar dan 5 orang guru SMKDPB.   Kami  bertolak dari SMKDPB ke Lapangan Terbang,Changi, Singapura pada pukul 1.30 pagi. Penerbangan Air Asia ke Bandung pada pukul 9.00 pagi. Kami tiba di  Lapangan Terbang Hussein Sasteranegoro, Bandung pada pukul 11.00 pagi.



                Kami melawat ke SM Kejuruan 7, Bandung pada 28 Mei yang mana sekolah tersebut merupakan sekolah vokasional ‘Kimia’. Persekitaran sekolah yang kondusif dan elit ini menampakkan suasana ceria. Kami disambut dengan ramah oleh para pelajar dan gurunya. Kami juga membuat persembahan zapin dan seterusnya menyaksikan persembahan angklung yang sangat hebat daripada SM Kejuruan 7.  Pengalaman berkolaborasi dengan para pelajar dan guru-guru sekolah amat menarik. Kami berkongsi pelbagai cerita berkaitan pelajaran dan aktiviti sekolah.
                Pada 29 Mei , kami berkesempatan melawat ke Taman Wisata Alam, Gunung Tangkuban Perahu. Pemandangan yang amat menarik  dan memukau pandangan. Seterusnya kami juga berkesempatan bersiar-siar di sekitar Bandar Bandung.
                Pada 30 Mei, kami bertolak pulang dengan penerbangan Air Asia melalui Changi Airport. Kami tiba di sekolah pada pukul 6.00 petang. Sesungguhnya pengalaman yang diperoleh amat bernilai kepada kami. 
Persekitaran SM Kejuruan 7