MESYUARAT AJK MAULIDUR RASUL S.A.W BIL.2/ 2017


Mesyuarat kali Ke-2 ini membincangkan mengenai persiapan Majlis Sambutan Maulidur Rasul S.A.W yang akan diadakan pada hari sabtu 13 Januari 2018 akan datang. Sambutan kali ini berbeza dari tahun-tahun sebelumnya kerana julung-julung kali dianjurkan bersama pihak ALUMNI, PIBG dan PEWARIS. Persiapan rapi perlu dibuat bagi memastikan majlis yang akan diadakan nanti berjalan lancar dan mencapai objektif yang diharapkan. 


Semua warga SDPB yang terdiri dari kalangan murid, ibu bapa, bekas-bekas guru dan murid, komuniti, masyarakat setempat dan seluruh warga Pontian dijemput hadir bagi memeriahkan sambutan ini. Lebih manis lagi penceramah yang akan bersama pada majlis tersebut ialah Al-Fadhil Ustaz Dato' Badlishah bin Alauddin, seorang penceramah dan pendakwah yang terkemuka di Malaysia. 
 Moga dengan kehadiran tuan/ puan dapat menyerikan lagi sambutan yang kami anjurkan ini.



PELANCARAN "BULAN MEMBACA 2017" PERINGKAT SEKOLAH

Bulan Ogos telah diisytiharkan oleh kerajaan sebagai Bulan Membaca Kebangsaan untuk menepati tuntutan matlamat ke arah mewujudkan masyarakat Malaysia yang maju dan kaya maklumat. Perpustakaan Negara Malaysia sebagai institusi yang terlibat secara langsung dengan usaha menggalakkan pembacaan dan juga selaku Urusetia Gerakan Membaca telah melancarkan Bulan Membaca Kebangsaan yang pertama pada 31 Julai 1995.
Majlis yang telah dirasmikan oleh Dato' Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, Menteri Pendidikan pada ketika itu bertemakan "Mari Membaca Bersama". Sempena Bulan Membaca ini, beberapa program telah diatur sepanjang bulan seperti Pameran; Pertandingan Fotografi; Kem Komputer; dan Konvensyen Bercerita Asean.

Bermula tahun 2001 pada bulan Julai telah diistiharkan Bulan Membaca Kebangsaan bagi menggantikan bulan Ogos. Majlis telah dilancarkan oleh Dato' Seri Dr. Siti Hasmah Haji Mohd. Ali pada 16 Julai 2001.

Pada 10 September 2017 Pelancaran Bulan Membaca peringkat sekolah diadakan bagi memberi laluan Peperiksaan Percubaan SPM 2017 yang telah diadakan sepanjang Ogos 2017. Di antara aktivit-aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan ini adalah Kem Membaca, Silent Reading, Ulasan Buku, sajak dan program nilam.



SOUTHERN INTERNATIONAL SCOUT FIESTA 2017 / SISF2017


22 Julai 2017 – Southern International Scout Fiesta 2017 (sisf2017) diadakan di SMK Dato’ Penggawa Barat, Pontian, Johor. Program yang menggabungkan pelbagai unit pengakap dalam satu fiesta dianggap sebagai satu pembaharuan dalam aktiviti kepengakapan. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi memeriahkan suasana. Lebih 5000 peserta termasuk pelawat yang hadir dalam program ini termasuklah dari Singapura dan Indonesia.

Pelancaran program ini telah disempurnakan oleh Tn Hj Zaidi bin Ahmad, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah selaku wakil rasmi Pegawai Daerah Pontian, manakala Majlis Penutupan Rasmi pula disempurnakan oleh Datuk Ismail bin Ramli, Pengerusi Yayasan Pengakap Malaysia.
Dalam majlis ini juga seramai 21 orang pemimpin pengakap dianugerahi Bintang JDT dan Pingat JDT sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka.



















MAJLIS ZIARAH & MARHABAN WARGA SDPB SEMPENA AIDIL FITRI 1438H

9 Julai 2017 : ''Apabila seorang lelaki mengunjungi saudara muslimnya, maka seolah-olah dia berjalan di jalan syurga sehingga dia duduk. Apabila dia sudah duduk maka rahmat Allah mengelilinginya. Jika dia berkunjung pada waktu pagi, maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoakannya hingga petang dan begitulah sebaliknya.''

“Sesiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah, nescaya penyeru (malaikat) akan berseru kepadanya: “Alangkah bagusnya engkau, alangkah bagusnya perjalananmu, telah tersedia untukmu sebuah rumah di dalam syurga!”.
(Hadits riwayat at-Tirmidzi)


Majlis ziarah dan marhaban warga SDPB sempenan Aidil Fitri 1438H telah diadakan pada 7hb-8hb Julai 2017. Seramai lebih dariapada 15 keluarga kakitangan guru turut menyertai majlis ini. Program anjuran Kelab KEBIRU SDPB ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan di antara warga staf melalui program kunjung mengunjung yang diadakan.


 Amalan ziarah-menziarahi amat dituntut dalam Islam, apatah lagi di musim Aidilfitri. Aidilfitri membuka ruang kepada kita untuk mengaplikasikan ajaran Islam mengenai konsep berkenal-kenalan dan mengeratkan silaturahim. Sekolah Ramadan yang dilalui telah mengajar dan mendidik hati untuk sentiasa tunduk dan patuh kepada perintah Allah dan Rasul-Nya.

  









SEMANIS KASIH RAMADAN

18 Jun 2017 - Program SEMANIS KASIH RAMADAN merupakan bingkisan Ramadan sumbangan ahli pengakap SMKDPB buat penduduk Pontian sekaligus mempromosikan Southern International Scout Fiesta 2017 ( sisf2017).Program ini diadakan di Bazaar Ramadan  Mini Stadium Pontian.











PERSARAAN PN HJH KALSOM BINTI MOHD NOH

25 Mei 2017 - Setelah 23 tahun menabur khidmat bakti di bumi SMKDPB maka pada hari ini secara rasminya Pn Hajah Kalsom menamatkan perkhidmatannya. Suatu tempoh perkhidmatan yang lama bagi seorang guru di SMKDPB sehinggalah SMKDPB diiktiraf Sekolah Berprestasi Tinggi. Terima kasih Pn Hajah Kalsom... Jasamu dikenang sepanjang zaman...
 
Diarak menggunakan  Kombi
 
Retired
 
Menyerahkan Kad Perakam Waktu buat kali terakhir

JAMBOREE ON THE AIR PERINGKAT KEBANGSAAN - STESEN PONTIAN 2017

20 Mei 2017 - Jamboree On The Air Peringkat Kebangsaan 2017 telah berlangsung serentak di seluruh negara. Ahli pengakap SMKDPB menyertai jambori ini dengan menyertai Stesen Pontian yang dibuka di SMK Sri Kukup. Para peserta telah mendapat pengalaman berkomunikasi dalam pelbagai cara seperti Morse Code, Pheonitic Code, Semaphore dan Simplex. para peserta juga dapat berkomunikasi dengan rakan dari seluruh negara.
Lebih mengujakan, Stesen Pontian juga menerima kunjungan 30 ahli pengakap Singapura yang turut melakukan aktiviti yang diwajibkan. Semoga pengalaman ini akan membantu ahli pengakap dalam kehidupan.

MAJLIS ANUGERAH BINTANG DAN PINGAT JOHOR DARUL TA'ZIM 2017


12 MEI 2017 - Majlis Anugerah Bintang dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor telah di adakan di ADTEC Batu Pahat, Johor.Majlis yang gilang-gemilang ini pertama kali diadakan  bagi memberi pengiktirafan  atas komitmen, pengorbanan, jasa dan sumbangan warga pengakap dan juga orang perseorangan yang telah banyak membantu Pengakap Johor dalam pelbagai aktiviti. Majlis pengurniaan Bintang dan Pingat Johor Darul Ta’zim ini telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Prof. Datuk Dr. Hj. Mohd. Noh bin Dalimin DSDK., PGDK.,ASDK. Ahli Majlis Pengakap Negara.





Warga SMKDPB turut berbangga kerana Pengetua Cemerlang, Tn HJ Hashim bin Mohd Dom telah dipilih untuk menerima BINTANG JOHOR DARUL TA’ZIM sementara En. Anuar bin Salleh, En. Mohd. Zaid bin Man dan En. Suhizulhisam bin Keliwon telah dipilih menerima PINGAT JOHOR DARUL TA’ZIM. Tahniah dan syabas atas kurniaan ini dan juga kerana memacu Pengakap SMKDPB ke mercu kejayaan.
 
TN.HJ.HASHIM
 
EN.MOHD.ZAID
 
EN.ANUAR, EN.SUHIZULHISAM, TN.HJ.HASHIM DAN EN MOHD ZAID
 
BERSAMA PEMIMPIN PENGAKAP PONTIAN YANG MENERIMA ANUGERAH









KURSUS KEPIMPINAN PUSTAKAWAN DAN PRS 2017

27-28 April 2017 – Kursus Kepimpinan Pustakawan dan PRS telah diadakan di Tanjung Piai Resort. Kursus selama 2 hari 1 malam ni bertujuan menerapkan sifat kepimpinan dalam diri peserta. Semoga peserta mendapat manfaatnya.




CERAMAH ISRAK MIKRAJ PELAJAR ASRAMA

28 APRIL 2017 - Ceramah Israk Mikraj khusus untuk pelajar asrama telah diadakan di Surau Nurhidayah SMKDPB. Ceramah ini disampaikan selepas solat maghrib oleh Ustaz Faizul Hadi  dari Maahad Pontian. Pada malamnya diteruskan program Qiamullail. Semoga para pelajar sarama mendapat keberkatan-Nya.

CERAMAH MOTIVASI PELAJAR ASRAMA OLEH ALUMNI

28 APRIL 2017 - Pada pagi ini satu ceramah motivasi telah diadakan khusus untuk pelajar-pelajar asrama SMKDPB. Ceramah ini telah disampaikan oleh alumni SMKDPB. Semoga para pelajar asrama mendapat suntikan motivasi. terima kasih kepada semua pihak yang menjayakannya.



Poetry Recital Competition 2017

27 APRIL 2017 - Bertempat di SMK Dato' Ali Haji Ahmad, 2 orang peserta SMKDPB  telah menyertai  Poetry Recital Competition. Peserta tersebut ialah  Puteri Nurhazwani binti Mohd. Kopl dan Nur Irsalina Saiza binti Saifullizan. Tahniah diucapkan kerana mendapat Naib Johan Daerah Pontian.

CERAMAH ISRAK MIKRAJ MENGISI SLOT KEROHANIAN WARGA SMDKPB

27 APRIL 2017 - Ceramah Israk Mikraj 2017 telah diadakan di Dewan Seri Gemilang pada pagi ini bagi mengisi slot kerohanian. Penceramah undangan ialah Ustaz Wan Yusli dari SDAHA. 
Peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 622 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Makkah ke Madinah. Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib dan isterinya Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid ibn Harithah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah. Peristiwa Israk Mikraj ini tercatat dalam surah Al-Israa’ ayat 1 (Al-Quran:17:1). Surah An-Najm (al Quran:53:13-18) juga menceritakan peristiwa ini.
Semoga semua warga SMKDPB mendapat pengajaran daripada Rasulullah s.a.w.