PENTING "TERKINI": Penyerahan Borang Opsyen / SBPA

28 Disember 2011: Kepada SEMUA warga SMKDPB, mohon dikembalikan ke pejabat borang Opsyen / SBPA yang telah lengkap ditandatangani ke pejabat pada hari Khamis 29 Disember 2011. Kerjasama dari semua didahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.

Arahan Tn. Pengetua

Anugerah Kecemerlanagan Kokurikulum Peringkat Negeri 2011

28 Disember 2011: Satu majlis Kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Negeri Johor diadakan di Hotel Goodhope, Skudai, Johor Bahru.
Dengan beberapa persaingan yang sengit akhirnya SMKDPB dianugerahkan dengan 2 kategorikan :
  1. Pasukan Cemerlang Kokurikulum (Kelab & Persatuan) Sekolah Menengah : Kelab Bijak PNB
  2. Anugerah Guru Cemerlang Kokurikulum Sekolah Menengah : Cik Marlia Bt. Awang
Tahniah, semoga tahun 2012 SMKDPB akan lebih cemerlang.

Majlis Anugerah Kecemerlangan KAA 2010 Peringkat Negeri

30 Disember 2011: Anugerah Kecemerlangan KAA 2010 Sektor Pendidikan Islam JPNJ diadakan di Bilik Gerakan JPNJ. SMKDPB dianugerahkan:
  1. Anugerah Pelajar lelaki Akademik dan kepimpinan Terbaik KAA SPM2010- tempat Pertama (Mohd Amirul Syafiq Norasram)
  2. Anugerah Matapelajaran Terbaik KAA SPM 2010 (Pendidikan Syariah Islamiah)
  3. Anugerah Matapelajaran Terbaik KAA SPM 2010 (Pendidikan Al-Quran dan Sunnah)
  4. Anugerah Peningkatan Pencapaian Sekolah KAA SPM 2008, 2009 2010 (GPS)
  5. Anugerah Sekolah Terbaik Bandar KAA PMR 2010 (Kedua)
  6. Anugerah Sekolah Terbaik KAA SPM 2010 (Pertama)
  7. Anugerah Lonjakan Saujana Akademik KAA SPM 2010
  8. Anugerah Sekolah Gemilang KAA 2010
Tahniah kepada semua yang terlibat atas anugerah-anugerah yang diterima.

Gotong Royong Semua Pelajar Tingkatan 2, 3, 4, 5 & Pra-U2 Tahun 2012

Satu gotong royong kelas akan dijalankan sebagaimana ketetapan berikut:
  • Tarikh : 2 Januari 2012
  • Hari : Isnin
  • Masa : 8.30 pagi
  • Tempat : Kelas Masing-masing
  • Pakaian : T-Shirt Sekolah

Diharapkan SEMUA pelajar dapat hadir pada hari tersebut bagi membersihkan kelas masing-masing agar pada hari pertama persekolahan Pembelajaran dan Pengajaran dapat dijalankan tanpa gangguan. Harap Maklum.

Kemasukan IPTA sesi 2012/2013

Tarikh Tutup Permohonan Ke Intitusi Pengajian Tinggi Awam 2012 (IPTA) ialah pada 31 Disember 2011 : klik untuk maklumat terperinci.

PMR 2011 Mencatat Sejarah : 121 "Perfect Score"

22 Disember 2011: SMKDPB mencatat sejarah apabila seramai 121 daripada 234 orang telah memperolehi keputusan “perfect score”(51.7%).

Secara pecahannya seramai 32 orang “perfect” 9A, 83 orang “perfect” 8A dan 6 orang “perfect” 7A.

Pelajar “near miss” pula adalah seramai 29 orang dengan keputusan 7A1B (21 orang) dan 8A1B (8 orang)

Jumlah pelajar cemerlang ini meningkat berbanding PMR 2010 seramai 115 daripada 230 (50%).

Berikut adalah pencapaian GPMP setiap mata pelajaran

  1. BM : 1.05
  2. BI : 1.21
  3. Sejarah : 1.30
  4. Geografi : 1.39
  5. Bahasa Arab : 1.94
  6. Bahasa Cina : 1.13
  7. P. Islam : 1.21
  8. Matematik : 1.15
  9. Sains : 1.15
  10. KHB (KT) : 1.13
  11. KHB (ERT) : 1.02
  12. KHB (PERT) : 1.09
  13. KHB(PK) : 1.15

Atas kecemerlangan ini SMKDPB tealah dianugerahkan :

  1. Anugerah Bilangan Calon Cemerlang Teramai Sekolah Kawalan. (121 orang)
  2. Anugerah GPS Terbaik Sekolah Kawalan (1.22).
  3. Anugerah Peratus Keseluruhan Tertinggi Sekolah Kawalan (99.57%)
Tahniah Pencapaian 121 'Perfect Score" PMR 2011


Peningkatan daripada 115 'perfect score' (9A/8A) 2010 kepada 121 'perfect score' (9A/8A)  2011. Syabas kepada semua guru yang telah menyumbang kepada kejayaan tesebut. 'Tahniah'.

Kemasukkan ke Sekolah Menengah Teknik atau Vokasional 2012


Pelajar-pelajar tingkatan tiga yang akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 dan berminat menyambung belajar tingkatan 4 di Sekolah Menengah Teknik atau Vokasional bagi sesi pengambilan tahun 2012 bolehlah membuat permohonan sekarang.
Permohonan SMT SMV
Pendidikan teknikal dan vokasional dihasratkan memberi peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri negara. Bagi merealisasikan hasrat ini, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) Kementerian Pelajaran menawarkan program-program yang membolehkan murid berpotensi menjadi separa profesional dalam pelbagai bidang teknikal dan kejuruteraan.
Kementerian Pelajaran juga dalam proses menukarkan status Sekolah Menengah Vokasional kepada Kolej Vokasional secara berperingkat-peringkat sebagai sebahagian usaha memantapkan lagi sistem pendidikan negara serta menghapuskan stigma bahawa pengajian vokasional adalah untuk pelajar yang tidak dapat menguasai bidang akademik. Perubahan nama itu akan melibatkan pindaan Akta Pendidikan serta rombakan kursus-kursus teknikal dan vokasional, dengan pelajar yang dikeluarkan tidak terbatas di peringkat sijil kemahiran tetapi merupakan lulusan setaraf diploma atau diploma lanjutan.

Aliran

Bahagian Pendidikan Teknik Vokasional Kementerian Pelajaran menawarkan 3 aliran dan 1 kolej;
  • Aliran Teknikal
  • Aliran Vokasional
  • Aliran Kemahiran
  • Kolej Vokasional

Aliran Teknikal

Aliran teknikal dikhususkan kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik pada peringkat PMR. Objektif bidang teknikal adalah untuk membantu melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan (pertanian dan perdagangan). Setelah tamat pengajian di SMT, pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di peringkat diploma di IPTA (universiti, politeknik, kolej komuniti), kolej matrikulasi teknikal, kolej matrikulasi umum, atau Tingkatan 6.
Aliran teknikal menyediakan 6 pakej kursus iaitu Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik, Perdagangan, Sains Pertanian dan AgroTeknologi.

Aliran Vokasional

Aliran vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang berpencapaian baik dan sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorakvocational (berkaitan pekerjaan). Isi kandungan bidang vokasional mempunyai komponen teori dan praktikal yang seimbang. Objektif aliran ini adalah untuk membantu melahirkan separa profesional (juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan. Setelah tamat pengajian, pelajar berpeluang ke IPTA, IPTS, dan institut latihan kemahiran awam dan swasta, atau terus ke alam pekerjaan.
Aliran vokasional menyediakan 17 pakej kursus iaitu Automotif, Penyejukan dan Penyamanan Udara, Amalan Bengkel Mesin, Kimpalan, Elektrik dan Elektronik, Pengurusan Perniagaan, Fesyen, Katering, Seni Kecantikan, Perkhidmatan dan Perkembangan Kanak-kanak, Bakeri, Pelancongan, Hortikultur Hiasan dan Lanskap, Teknologi Tanaman, Agroindustri Tanaman, Agroindustri Ternakan dan Pengaturcaraan Komputer.
Aliran Kemahiran & Kolej Vokasional
Aliran kemahiran dikhususkan kepada murid pencapaian rendah pada peringkat PMR dan sangat cenderung kepada pembelajaran secara hands-on (amali). Isi kandungan kursus-kursus bidang kemahiran ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Murid yang tamat dengan jayanya mengikut peraturan yang ditetapkan oleh JPK akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh industri.
Murid akan dilatih menjadi tenaga kerja mahir untuk bekerja di industri atau membuka perniagaan sendiri apabila tamat pengajian. Disamping itu juga, murid boleh melanjutkan latihan kemahiran pada peringkat yang lebih tinggi di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), kolej komuniti, dan pelbagai institut latihan kemahiran swasta.
Mulai tahun 2010, BPTV memperkenalkan program traineeship kepada murid aliran ini jika mereka berminat dan mendapat persetujuan ibubapa. Program ini membolehkan murid mengikuti pembelajaran di sekolah selama 3 hari, dan 2 hari di tempat kerja yang sesuai dengan kursus yang diikuti murid. Tempat kerja ditentukan dengan persetujuan sekolah dan ibubapa dengan kerjasama industri. Program traineeship ini memberi peluang murid mendapat pendedahan awal kepada alam pekerjaan semasa di bangku sekolah lagi.
Aliran kemahiran menyediakan 20 pakej kursus iaitu Pemesinan, Jurukimpal, Pelukis Pelan Kejuruteraan Mekanikal, Juruteknik Automotif, Mekanik Penyejukbekuan & Penyamanan Udara, Pembuat Perabot, Jurubina Bangunan, Jurubina Bangunan (Asas Kayu), Jurukerja Paip, Pelukis Pelan Senibina, Timber Processing and Finishing, Juruteknik Elektrik, Juruteknik Elektronik Industri – Peralatan, Demi Chef, Pembuat Pakaian Wanita, Pendandan Rambut, Jurukecantikan, Juruteknik Akuakultur, Juruteknik Ladang Pertanian dan Jurupemprosesan Makanan.
Kolej Vokasional pula menyediakan 14 pakej kursus iaitu Pemesinan Industri, Teknologi Kimpalan, Teknologi Automotif, Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara, Teknologi Elektrik, Seni Kulinari, Kosmetologi, Fesyen dan Membuat Pakaian, Hortikultur Hiasan, Landskap, Mekanisasi Agro, Agroindustri Tanaman, Agroindustri Ternakan Ruminan dan Agroindustri Ternakan Poltri

Syarat Umum

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  • Pemohon hendaklah:
    • Berada di Tingkatan 3 dan akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2011.
    • Telah menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2011.
  • Kesihatan diri pemohon:
    • Mestilah sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal.
    • Bebas dari penyakit seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, alahan (allergy), pekak, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh membahayakan atau menghadkan pelajar daripada menjalankan kerja kursus dan kerja amali.
  • Pemohon kursus Kejuruteraan (Elektrikal, Mekanikal dan Awam) mestilah tidak rabun warna.

Syarat Khusus

  • Aliran Teknikal – Minimum B semua 8 mata pelajaran dalam peperiksaan PMR
  • Aliran Vokasional – Pencapaian sederhana dalam peperiksaan percubaan PMR
  • Aliran Kemahiran – Pencapaian rendah dalam peperiksaan percubaan PMR
  • Kolej Vokasional – Pencapaian baik dalam peperiksaan percubaan PMR

Permohonan

Temuduga

  • Pemohon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga di SMT/SMV yang berkenaan.
  • Pemohon diminta hadir temuduga dengan berpakaian lengkap sekolah. Sila bawa bersama salinan kad pengenalan, keputusan peperiksaan  percubaan PMR 2011 yang telah disahkan oleh pihak sekolah pemohon dan sijil-sijil berkaitan.

Tarikh Tutup

Tarikh tutup permohonan untuk ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional 2012 adalah pada 19 Disember 2011.

TINDAKAN SEGERA - KEPADA SEMUA GURU SMK DATO' PENGGAWA BARAT.

Guru-guru SMK Dato' Penggawa Barat diharapkan dapat mengisi penilaian kendiri Standard Guru Malaysia (SGM) secara atas talian. Tarikh akhir pengisian yang ditetapkan oleh pihak sekolah ialah pada 16 Disember 2011. Tujuan pengisian ini adalah untuk mengenal pasti kelemahan dan penambahbaikan kendiri guru-guru. Guru-guru boleh mendapatkan maklumat untuk mengisi SGM secara atas talian dengan berpandukan modul dan bahan taklimat yang boleh dilayari melalui blog:  http://ictpontian.blogspot.com/

Sila lihat Pautan Guru dan klik SGM-Standard Guru Malaysia.
Diharapkan guru-guru memaklumkan kepada rakan guru yang lain agar dapat mengisi SGM secara atas talian sebelum tarikh yang diberikan di atas. Kerjasama dan komitmen guru-guru didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.