SEJARAH

   
     Sejarah sekolah ini bermula pada tahun 1959, iaitu ketika bermulanya pelaksanaan pelajaran Menengah Kebangsaan. Pada ketika itu, pelajar-pelajarnya ditumpangkan belanjar di Government English School, Pontian. Pada tahun 1965, pelajar-pelajarnya dipindahkan ke sekolah yang ada sekarang iaitu bangunan sekolah yang asalnya dirancangkan untuk sekolah lanjutan kampung. Nama sekolah ini adalah sempena nama gelaran Orang Besar Johor yang pada masa dahulu pernah memerintah kawasan Barat Daya Johor termasuk Pontian. Jawatan Dato’ Penggawa Barat disandang oleh Dato’ Abdul Samad Ibrahim dalam zaman pemerintahan Sultan Abu Bakar.
SMKDPB pernah menempa sejarah sebagai sekolah menengah kebangsaan yang pertama mengadakan sistem sewaan buku teks kepada pelajar-pelajarnya dan merupakan antara beberapa buah sekolah sahaja yang pernah mengadakan kemudahan serupa.
Dalam tahun 1970, mata pelajaran sains tulen mula diperkenalkan di sekolah ini. Pada peringkat permulaan, beberapa orang guru siswazah dari Indonesia telah ditempatkan di sekolah ini khusus untuk mengajarkan mata pelajaran Sains Tulen dan Ilmu Hisab.
Pada tahun 1978, tercipta satu lagi sejarah sekolah iaitu Tingkatan Enam Aliran Sastera dimulakan. Seramai 43 orang pelajar peintis memulakan pelajaran dalam dua belas buah kelas. Pada tahun berikutnya, Tingkatan Enam Aliran Sains dimulakan.
Pada 19 April 1989, majlis pelancaran sekolah contoh KBSM telah diadakan dan dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah.
Infrastruktur di SMKDPB juga semakin bertambah dengan penambahan bangunan. Bermula dengan 3 blok bilik darjah dan 3 blok bengkel pertukangan, kini infrastrukturnya telah lengkap. Selain bilik darjah makmal sains, bengkel pertukangan, perpustakaan dan surau terdapat juga dua buah makmal komputer iaitu makmal komputer bestari dan makmal literasi komputer.
Terdapat juga empat buah bilik bestari untuk empat mata pelajaran utama bestari – Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Pembangunan sekolah ini bertambah indah dengan pembinaan sebuah dewan. Pada tahun 2002, sebuah bilik khas untuk galeri sejarah telah diadakan dan dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Pontian.
SMKDPB mula mencipta kejayaan demi kejayaan sepanjang tahun 90-an dan namanya mula bermain di bibir warga di daerah Pontian dan negeri Johor. Dalam tahun 1996, sekolah ini berjaya memenangi pertandingan 3K peringkat kebangsaan. Pada tahun 1997, SMKDPB berjaya menjadi naib johan Sekolah Harapan Negara peringkat kebangsaan. Dalam tahun 1998, sekali lagi sejarah dicipta apabila sekolah ini terpilih sebagai sekolah perintis Projek Sekolah Bestari.
Dalam tahun yang sama juga, sekolah ini memenangi anugerah yang tertinggi di peringkat pendidikan iaitu Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan. Anugerah tersebut telah menyemarakkan lagi semangat warga SMKDPB untukmencapai kejayaan demi kejayaan. Bermulanya abad ke 21, SMKDPB terus mencipta kejayaan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
Pada tahun 2002, SMKDPB mencipta sejarah untuk memenangi Anugerah Emas 3K Program Juara Antara Juara.
Pada tahun 2003, pelajar SMKDPB telah mengorak langkah dengan menyertai pertandingan di peringkat kebangsaan. Tiga orang pelajar berjaya meraih tempat kedua dalam Kuiz Koperasi peringkat kebangsaan dan seorang pelajar telah terpilih sebagai peserta terbaik. Beliau akan dibawa melancong ke negeri Jepun. Dua orang pelajar juga telah memenangi tempat pertama dan kedua bagi kuiz sains dan alam sekitar.
Pada 22 April 2011, SMKDPB telah diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan yang diumumkan sendiri oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia di Putrajaya.
Pada 11 Jun, Seramai 4 ahli jemaah nazir persekutuan dan negeri Johor telah hadir ke SMKDPB untuk membuat penilaian bagi pencalonan "New Deal" atau Tawaran Baru bagi tahun 2011 walau bagaimana buat pertama kali kalinya pada tahun tahun berikutnya SMKDPB telah berjaya mendapat  Pengiktirafan Tawaran Baharu Kepada Pengetua (New Deal) 2012, diikuti dengan Pengiktirafan Tawaran Baharu Kepada Pengetua (New Deal) 2013.
Pada tahun 2013 SMKDPB telah dianugerahkan  sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Kohort 4.
Pada tahun 2013 Seramai 18 guru tingkatan 6 dan seramai 364 pelajar tingkatan 6 telah berpindah ke Pusat Tingkatan 6 Negeri Johor (SMK Bandar, Pontian).
Pada tahun 2014 SMKDPB telah menerima dan mengabadikan Piala Pusingan secara kekal Kuiz PNB  6 Tahun Berturut-turut.
Bermulai 11 Januari 2015 SMK Dato' Penggawa Barat telah bermulanya perlaksanaan Sekolah Satu Sessi (SSS) .
Kini SMK Dato' Penggawa Barat telah lebih bersedia mengorak langkah untuk mencipta nama di peringkat antarabangsa.







TUAN HAJI HASHIM BIN MOHD DOM (2007-2017)

PUAN HAJAH ZAHRAH BINTI HAJI AHMAD (1998-2006)
ENCIK ABDUL WAHAB BIN SUNGIP (1996-1998)

TUAN HAJI MOHD KOSNIN BIN AMAT KAMARI (1990-1996)
TUAN HAJI RAMLI BIN HAJI ABDULLAH (1988-1990)

TUAN HAJI ABDUL HAMID BIN HASSAN (1975-1987)
TUAN HAJI SAAD BIN BONGKEK
(1973-1974)
TUAN HAJI TARMIZI BIN HAJI RIDZUAN (1970-1972)
TUAN HAJI YUSOF BIN ABDULLAH
(1964-1969)


Ringkasan Peristiwa dan kejayaan SMK Dato' Penggawa Barat

1990
  • Bilangan guru ialah 92
  • Bilangan pelajar ialah 1626 
  • Pemohonan pembinaan 12 bilik darjah dan 3 makmal sains telah diluluskan dan projek tersebut dalam pembinaan
  • Gelanggang serbaguna dalam pembinanan
  • Projek membaikpuluhkan padang belakang sekolah telah diluluskan dengan anggaran $50000 
  • Tuan Hj Mohd Kosnin b Amat Kamari dilantik sebagai pengetua SMKDPB menggantikanTuan Haji Ramli b Hj Abdullah (1988-1990).
1993

  • Blok gemilang siap dibina 
1996
  • sebuah surau baru mula digunakan
  • sekolah memenangi tempat pertama pertandingan 3K peringkat kebangsaan dan pengurusan kewangan cemerlang
  • Encik Abdul Wahab b Sungip dilantik sebagai pengetua SMKDPB menggantikan Tuan Hj Mohd Kosnin b Amat Kamari (1990-1996).
1997
  • memenagi tempat kedua anugerah sekolah harapan negara peringkat kebangsaan 
1998
  • bermula projek sekolah bestari
  • memenangi anugerah kualiti menteri pendidikan 
  •  Puan Hajah Zahrah b Hj Ahmad dilantik menjadi penggetua SMKDPB yang baru menggantikan Encik Abdul Wahab b Sungip (1996-1998). 
  • Pada 14 Mac 1998, ALUMNI SMKDPB ditubuhkan 
1964 Tuan Hj Yusof b Abdullah dilantik sebagai pengetua SMKDPB yang baru.
1965  Pelajar-pelajarnya dipindahkan ke sekolah yang ada sekarang iaitu bangunan sekolah yang asalnya dirancangkan untuk sekolah lanjutan kampung.
1967 12 Mac sekolah dirasmikan oleh YB Encik Khir Johari, Menteri Pendidikan Malaysia.
1970
  • mata pelajaran sains tulen mula diperkenalkan di sekolah ini.
  • peringkat permulaan, beberapa orang guru siswazah dari Indonesia telah ditempatkan di sekolah ini khusus untuk mengajarkan mata pelajaran Sains Tulen dan Ilmu Hisab.
  • Tuan Hj Tarmizi b Hj Ridzuan dilantik sebagai pengetua SMKDPB menggantikan Tuan Hj Yusof b Abdullah
1972
    • Satu blok banguna dua tingkat didirikan (blok damai) bagi menempatkan 3 buah makmal dan perpustakaan.
1973
  • Tuan Hj Saad b Bongkek dilantik sebagai pengetua SMKDPB menggantikan Tuan Hj Tarmizi b Hj Ridzuan (1970-1973)
1975
  • Tuan Hj Abul Hamid b Hassan dilantik sebagai pengetua SMKDPB menggantikan Tuan Hj Saad b Bongkek (1973-1975)
1978
  •  tercipta satu lagi sejarah sekolah iaitu Tingkatan Enam Aliran Sastera dimulakan.
  • Seramai 43 orang pelajar peintis memulakan pelajaran dalam dua belas buah kelas
  • Sebuah surau dibina (balai Islam) 
1979
  • Bilik kebal dibina bagi menyimpan kertas soalan peperiksaan awam 
  • Tingkatan Enam Aliran Sains dimulakan


1981
  • Bangunan asrama putera di dalam pembinaan
  • Bangunan dewan makan sedang dibina
  • Projek mengindahkan kawasan sekolah telah mula dijalankan


    1982
    • Padang permainan baru mula digunakan 
    • mendapat tander untuk satu bangunan mengandungi makmal, perpustakaan  dan dewan besar
    1983
    • Bangunan dan dewan makan baru asrama putera siap dibina
    • dewan makan sebelumnya dijadikan kantin sekolah 
    1984
    • Bilangan guru pula adalah seramai 87 orang. 
    • Jumlah pelajar pada tahun ini adalah seramai 2082 orang di dalam 54 kelas. 34 buah kelas di bahagian pagi dan 20 kelas di bahagian petang.
    • Boaster pumps telah dipasang di asrama bagi menyelesaikan masalah tekanan air rendah.
    • Dewan makan asrama telah mula digunakan dan tidak perlu lagi berkongsi dengan kantin sekolah.
    • Asrama pusat terdiri daripada sebuah blik tiga tingkat siap dibina
    • Sebuah bangunan dua tingkat yang menempatkan 2 buah makmal sains tulen, pusat sumber dan 2 bilik darjah mula dibina.
    • Sebuah bangunan kedai koperasi sekolah didirikan dengan perbelanjaan wang koperasi sendiri. 
    • Bangunan kantin sekolah telah diperbesarkan sekali ganda dari yang dahulu. 
    • sebuah bilik persalinan pelajar perempuan telah didirikan dengan perbelanjaan PIBG sekolah.
    • Sebuah tempat letak basikal telah didirikan dengan peruntukan YB Wakil Rakyat Pontian, Tuan Haji Mokhtaram Rabidin dan PIBG sekolah juga telah menambah satu lagi tempat telak basikal.
    • Sebahagian padang sekolah telah ditambak oleh Pejabat Pelajaran Daerah Pontian.
    • Sebuah bangunan bilik mandi telah didirikan di asrama pusat sekolah untuk kemudahan penghuni asrama yang semankin meningkat.
    • Sebuah jalan baru telah dibuat untuk laluan keluar masuk. Jalan tanah merah ini tanya untuk laluan basikal dan jalan kaki sahaja.
    • Sekolah ini telah dipilih sebagai salah sebuah sekolah dari 5 buah sekolah Menengah dalam negeri Johor yang memulakan matapelajaran baru iaitu Kemahiran Manipulatif.
    • Pada 26 Mac, SDBP menjadi tuan rumah pertandingan bahas Bahasa Inggeris peringkat akhir antara SDBP dan SSP.
    • Pada 28 Mac, pelajar Persatuan Anak Seni  telah ,emgecat semula lambang sekolah di tembuk bangunan D.
    • 31 Mac SDPB menerima kunjungan rasmi dari rombongan PERTENA sekolah Tun Habab Kota Tinggi.
    1985
    •  Bilangan guru pula adalah seramai 91 orang. 
    • Jumlah pelajar pada tahun ini adalah seramai 2077 orang di dalam 54 kelas. 37 buah kelas di bahagian pagi dan 19 kelas di bahagian petang.
    • Beberapa buku pinjaman sekolah telah dipinjamkan kepada sekolah Menengah Benut untuk kegunaan pelajar-pelajar tingkatan 6 yang baru dibuka di sekolah tersebut.
    • Sekolah telah menjalankan projek mencantikkan kawasan sekolah iaitu menambahkan pokok naungan dan pokok bunga biasa, membina 24 buah bangku simin dibina di bawah pokok naungan di sekeliling sekolah dan membina beberapa buah tempat ikan.
    • Projek sains dan rekeriasi sedang dalam pembinaan.
    • Sekolah menerima bantuan sebanyak $2000 untuk membina sebuah gelanggang sepak takraw/ bola tampar daripada wakil Rakyat Pontian, YB Hj Mokhtaram b Rabidin.
    • sebuah blok dua tingkat (blok elok) mula digunakan. 
    1986
    • Bilangan guru pula adalah seramai 91 orang. 
    • Jumlah pelajar pada tahun ini adalah seramai 2115 orang di dalam 54 kelas. 34 buah kelas di bahagian pagi dan 23 kelas di bahagian petang.
    • Sekolah menerima bantuan dari Peruntukan Menteri Besar Johor sebanyak $5000 dan $3000 bari Peruntukan Ahli Parlimen Pontian untuk buku-buku perpustakaan dan pusat sumber.
    • Almari-almari baju baru telah dibekalkan untuk asrama puteri.
    • Pn Zainab bt mD Sham telah bertugas sebagai Penyelia Asrama menggantikan Pn Asiah bt Bakar yang ebrtukar ke Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru.
    • Kelab komputer asrama ditubuhkan.
    • Pelajar-pelajar dan pekerja-pekerja sekolah telah mengecat semula bangunan sekolah. Pejabat Pelajaran Pontian telah memberi bantuan cat bagi menampung kekurangan cat yang dibeli oleh pihak sekolah.
    • Taman bunga telah dibina dan air pancutan telah dibina di kolam ikan.
    • Di kawasan asrama putera juga telah dibina sebuah taman baru.
    • Pada 19 April Pasukan Tentera Malaysia menggunakan sekolah sebagai pusat pengambilan rekrut.
    • Pada 31 Ogas sekolah telah dipilih sebagai pusat mengundi.
    1987
    • sebuah surau baru dibina hasil sumbangan YB Pn Hjh Khatijah Mohd Som, ADUN Pulai Sebatang yang juga bekas guru sekolah ini dan derma guru, ibu bapa dan pelajar
    1988
    • sebuah gelanggang tenis dan bola jaring siap dibina
    • YB Pn Hajah Khatijah bt Mohd Som, ADUN Pulai Sebatang telah memberi bantuan berjumlah     RM 2000 untuk melengkapkan Bilik Kaunseling
    • Tuan Haji Ramli b Hj Abdullah dilantik sebagai pengetua SMKDPB menggantikan Tuan Hj Abul Hamid b Hassan (1975-1988)
    1989
    •      satu sejarah apabila Majlis Pelancaran Sekolah Contoh KBSM telah diadakan di sekolah ini.
    •      bilik gerakan dirasmikan oleh PPD Pontian
    •      Projek gotong royong membina blok harmoni 
    •      Blok harmoni siap dibina pada bulan Oktober
    1995 Menerima Anugerah Kindahan dan Keselamatan (3K).
    1996 Menerima Anugerah Pengurusan Kewangan Cemerlang Kebangsaan.
    1998 Menerima Anugerah Sekolah Harapan Negara Peringkat Kebangsaan.
    1998 Menerima Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan.
    1999 Diiktirafkan sebagai Sekolah Bestari Malaysia.
    2000
    • SMKDPB kearah kecemerlangan
    • sedang berusaha untuk mendapatkan sebuah dewan
    • Tn Hj Jefridin, Setiausaha Sulit Timbalan Perdana Menteri memberi sumbangan kewangan untuk membeli komputer kepada Unit Disiplin
    2000 Menerima Anugerah 3K antara Juara.
    2001
    • pembinaan dewan bermula
    2002
    • Dewan Sri Gemilang mula digunakan
    • Mulai tahun 2002 bekas pelajar yang menamatkan persekolahan akan terus mendaftar sebagai ALUMNI sekolah 
    • SMKDPB merupakan sekolah pertama perkenalkan Woodball
    • 27 Jun  Tn Hj Mohd Kosnin menjadi tokoh guru daerah Pontian
    2003
    • Geleri sejarah mula ditubuhkan
    • Keluaran pertama malajah Pelopor elektronik
    2006
    • Johan Kebangsaan  kuiz perdana
    2007
    • Puan Hajah Zahrah bt Hj Ahmad (1998-2007) bersara dan Tuan Hj Hashim b Mohd Dom menggantikan beliau sebagai pengetua SMKDPB
    2010 Menerima Anugerah Sekolah Bestari 5 Bintang.
    2011 Penyerahan Piala Pusingan Luiz PNB  3 Tahun Berturut-turut.
    2011 Diiktirafkan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) (Fasa 4).
    • Pada 22 April 2011, SMKDPB telah diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan yang diumumkan sendiri oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia di Putrajaya.
    2012
    • Pada 11 Jun, Seramai 4 ahli jemaah nazir persekutuan dan negeri Johor telah hadir ke SMKDPB untuk membuat penilaian bagi pencalonan "New Deal" atau Tawaran Baru bagi tahun 2011.
    2012 Pengiktirafan Tawaran Baharu Kepada Pengetua (New Deal).
    2013 Pengiktirafan Tawaran Baharu Kepada Pengetua (New Deal).
    2013 Diiktirafkan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Kohort 4.
    2013 Perpindahan keluar Guru-guru dan para pelajar tingkatan 6 ke Pusat Tingkatan 6 Negeri Johor (SMK Bandar, Pontian).
    2014 Penyerahan Piala Pusingan Luiz PNB  6 Tahun Berturut-turut.
    2015 Bermula perlaksanaan Sekolah Satu Sessi (SSS) .