PENGUMUMAN SEMASA

Assalamualaikum wbt dan Salam Muafakat Johor, JEMPUTAN "MAJLIS JEJAK KASIH BEKAS PELAJAR TN.HJ HASHIM BIN MOHD DOM PADA 19HB OGOS 2017, JAM 2.00 PETANG
HUBUNGI :ISMAIL BIN HJ AHMAD : 0137257475 SEBARANG SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN MELALUI AKAUN MAYBANK (151025740046-ISMAIL BIN JH AHMAD)

PERTANDINGAN VIDEO DOKUMENTARI SOFT SKILLS PERINGKAT KEBANGSAAN 2016

10 NOVEMBER 2016 - Pertandingan Video Soft Skills Peringkat Kebangsaan telah diumumkan dan Pasukan Video SMKDPB telah mendapat Anugerah Gangsa dalam pertandingan tersebut.   Pasukan SMKDPB telah mempersembahkan Video Dokumentari : Produk Plastik. Penggambaraan dilakukan di sekitar Kilang NCI , Kedai NCI, Legoland serta kawasan sekolah. Tahniah kepada para Krew dan guru penasihat Video Soft Skills. SDPB Menjuarai!

SPM 2016 BERMULA

7 NOVEMBER 2016 - Seramai 171 orang pelajar SPM SMKDPB menduduki peperiksaan SPM tahun ini. Pada pagi ini para ibu bapa turut memberi sokongan dan motivasi kepada para pelajar SPM 2016. Majlis dimulakan dengan ucapan ringkas Tn Hj Hashim bin  Mohd Dom, Pengetua Cemerlang SMKDPB yang memberi dorongan dari seluruh warga SMKDPB. Seterusnya bacaan doa oleh Ustaz Hj Abd Shukor. Semoga kejayaan perfect score menjadi milik para pelajar.





TEMPAT KEDUA PERTANDINGAN LANDSKAP NEGERI JOHOR 2016

5 NOVEMBER 2016 - Keputusan pertandingan Landskap 2016 diumumkan pada hari ini bertempat di Hutan Bandar Kulai. SMKDPB telah dinobatkan pemenang tempat kedua. SMKDPB telah membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM11,000 ( RM1000 + RM10,000). Hadiah disampaikan oleh YAB Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Besar Johor. Tahniah SMKDPB








RESTU ILMU PELAJAR SPM2016

2 NOVEMBER 2016 - Majlis Restu Ilmu pelajar SPM 2016 telah berlangsung pada pagi ini bertempat di Dewan Seri Gemilang. Majlis ini disempurnakan oleh Tn Hj Hashim bin Mohd Dom, Pengetua Cemerlang SMKDPB. Semoga para pelajar mendapat keberkatan sepanjang peperiksaan SPM dijalankan.