SETITIS TINTA PENGETUA

Assalamualaikum wbt dan Salam Muafakat Johor,
Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam Muafakat Johor. Bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia serta izin-Nya, kita dapat meneruskan khidmat bakti di sekolah tercinta ini. Semoga kegemilangan dan kejayaan terus menerangi kehidupan kita semua yang mempunyai amanah besar untuk meningkatkan akses pendidikan berkualiti di sekolah kita. Marilah kita memperbaharui tekad dan menyuntik semangat baru dalam melonjakkan kecemerlangan SMK Dato Penggawa Barat pada tahun 2018 dan tahun- tahun yang mendatang. Sesungguhnya, sekolah adalah nadi utama dalam usaha membangunkan modal insan yang memacu kemajuan negara pada masa hadapan. Matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju amat bergantung kepada keupayaan warga sekolah terutamanya para pendidik yan berpengetahuan kelas pertama, berketrampilan dan berdaya saing yang sihat bagi melakar pembangunan modal insan dalam kalangan murid SMK Dato Penggawa Barat berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Para pendidik harus mempunyai hala tuju yang jelas dan mengutamakan aktiviti peningkatan profesionalisme agar mampu memberi impak yang tinggi terhadap kecemerlangan anak didik dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah. Dalam menghadapi persaingan pada peringkat global, kejayaan sesebuah sekolah amat bergantung pada pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang dimiliki oleh warga sekolah. Oleh itu, setiap warga pendidik perlu meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran serta melipatgandakan usaha bagi melahirkan modal insan yang berilmu, kreatif dan inovatif untuk mengisi keperluan masa kini dan masa hadapan. Bagi memastikan kelangsungan pembangunan pendidikan, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) dilaksanakan. Pelan ini melakarkan visi sistem pendidikan dan murid yang memenuhi keperluan negara pada masa hadapan. Pelan ini berhasrat mencapai lima keberhasilan teras pendidikan bagi menentukan kejayaan sistem pendidikan. Lima aspirasi sistem pendidikan Malaysia ialah akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Justeru, PPPM juga telah menyusun transformasi yang dilaksanakan dalam tiga gelombang. Gelombang pertama memberi sokongan kepada para pendidik, gelombang kedua mempercepat peningkatan kemajuan sistem, dan gelombang ketiga ialah beranjak ke arah kecemerlangan dengan peningkatan keluwesan operasi. Oleh itu, sebagai pendidik kita hendaklah menerima transformasi ini dengan minda yang terbuka dan melaksanakannya bagi mencapai visi yang dihasratkan. Pengajaran yang berkesan melibatkan proses memindahkan ilmu oleh guru di samping memperkembang potensi murid. Bagi murid, pembelajaran merupakan suatu proses mengumpul maklumat dan pengalaman secara berterusan. Dalam hal ini, pengintegrasian ICT dalam PdPc memberikan kesan berganda kepada murid-murid bagi melahirkan murid yang kreatif dan inovatif. Oleh hal yang demikian, pelbagai aplikasi seperti e-pembelajaran, sidang video dan pelbagai inovasi teknologi yang diperkenalkan amat relevan dengan keperluan semasa murid kerana teknologi ini membolehkan murid mendapat maklumat dalam masa yang singkat. Dalam era globalisasi, warga sekolah semestinya melengkapkan diri dengan maklumat terkini supaya dapat bertindak balas terhadap pembangunan teknologi baru. Kejayaan-kejayaan yang dilakar selama ini adalah disebabkan pengamalan budaya kerja cemerlang oleh semua warga sekolah ini. Budaya kerja ini bukan sahaja dapat melahirkan golongan pendidik dan murid yang berdedikasi tetapi juga memberi impak yang besar kepada ‘output’ dan ‘outcome’ hasil daripada pengamalan budaya kerja tersebut. Diharapkan generasi yang dihasilkan kelak adalah golongan murid yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik tetapi merangkumi semua aspek kehidupan sebagaimana yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga SMK Dato Penggawa Barat dalam memberikan sumbangan kepada pihak sekolah. Segala usaha murni ini perlu diteruskan lagi agar mencapai kejayaan yang lebih cemerlang seterusnya dapat menyumbang bakti pula kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat hendaklah dijadikan amalan. Semoga segala tugas yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Ingatlah, orang hebat mampu melahirkan beberapa karya berkualiti, tapi guru berkualiti mampu melahirkan ribuan orang hebat. Selamat menjalankan tugas kepada semua warga SMK Dato Penggawa Barat, moga 2018 kita berada di mercu. Yakinlah dan pastikan SDPB MENJUARAI.
MOHD SHAPHRI BIN MOHD YUSOF

PESANAN CEGAH DENGGI MUSIM PERAYAAN


MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN TAHLIL PERDANA 2014

23 Julai 2014 – Majlis Khatam Al-Quran dan Tahlil Perdana telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Seri Gemilang SMKDPB. Majlis ini diadakan pada pukul 12.45 tengah hari. Majlis dimulakan dengan Tahlil Perdana, Khatam Al-Quran dan seterusnya bingkisan Syawal kepada para pekerja swasta. Alhamdulillah, majlis yang dirancang berjalan dengan lancar.
 







PECUTAN AKHIR KECEMERLANGAN SPM 2014



23 Julai 2014 – Program Pecutan Akhir Kecemerlangan SPM telah diadakan pada pagi ini khusus untuk pelajar Tingkatan Lima. Program anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKDPB telah dikendalikan oleh  JAZIM Motivation Group (JMG). Program yang bermula pada pukul 8.00 pagi dan tamat pada pukul 12.40 tengah hari.  Program ini bermatlamat membangkitkan semangat pelajar dalam menghadapi peperiksaan awam dan teknik serta tips belajar pada saat akhir. Semoga para pelajar mendapat manfaat daripada program ini.










PERKONGSIAN TARBAWI 2014

17-18 Julai 2014 – Satu Program  Semalam Di Smi As Siddiq ( Iftar, Qiamulail, Sahur & Perkongsian Pendidikan) telah diadakan SMI As Siddiq, Simpang Renggam, Johor.  Seramai 38 orang pelajar terlibat yang terdiri daripada 27 orang pelajar 4AK, 9 orang pelajar 2AK dan 2 orang pelajar 2KA. Program ini bertujuan  mengadakan perkongsian pendidikan ruhiah bagi memperkukuh jiwa dan rohani pelajar, selain itu menjadikan Ramadan sebagai bulan yang penuh bekalan takwa.












 

BAHAYA DENGGI, HAPUSKAN AEDES

20 Julai 2014 – Satu majlis penerangan tentang Bahaya Denggi, Hapuskan Aedes telah diadakan pada pagi ini. Penerangan ini disampaikan oleh Pn Siti Hasnah bt Hj Bahari, Penolong Kanan HEM SMK Dato’ Penggawa Barat. Dalam penerangannya beliau menyarankan agar semua pelajar bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah, rumah dan persekitaran daripada menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. Tanggungjawab bersama ini perlu dimainkan oleh semua pihak dalam usaha membanteras pembiakan nyamuk Aedes seterusnya mengelakkan penyakit Demam Denggi. Majlis diteruskan dengan tayangan video berkaitan pembiakan nyamuk Aedes dan penyakit demam denggi. Semoga warga SMKDPB dilindungi Allah daripada penyakit demam denggi. Insyaallah.




  





BINGKISAN SYAWAL 1435H


17 Julai - Bingkisan Syawal 1435 untuk pekerja-pekerja swasta SMKDPB telah diadakan pada pagi ini.  Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menghargai jasa pekerja-pekerja swasta yang banyak membantu pihak sekolah terutamanya dalam aspek keselamatan, kebersihan dan keceriaan. Seramai 21 orang pekerja swasta menerima Bingkisan Syawal yang disampaikan oleh Tn Hj Hashim bin Mohd Dom, Pengetua Cemerlang SMKDPB. Semoga kemeriahan menyambut Aidil Fitri dapat dikongsi bersama. Salam Aidil Fitri buat semua pekerja-pekerja swasta SMKDPB.







MAJLIS PELANCARAN SAHUT CABARAN TIMSS 2015



13 Julai 2014 – Majlis Pelancaran Sahut Cabaran TIMSS 2015  Peringkat SMK Dato’ Penggawa Barat telah diadakan pada  tengah hari ini.  Majlis pelancaran ini disempurnakan oleh Tn Hj Hashim bin Mohd Dom, Pengetua SMKDPB. 
         
Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menaikkan semangat para pelajar yang terlibat khususnya pelajar Tingkatan Dua untuk menyahut cabaran TIMSS (Trends in Mathematics and Science Study ) 2015. SMKDPB merupakan antara 19 buah sekolah di negeri Johor dan antara 217 buah sekolah di Malaysia yang terpilih untuk menyahut cabaran TIMSS 2015. Untuk itu para pelajar diminta bersedia menyahut cabaran TIMSS dan melonjakkan nama SMKDPB ke persada antarabangsa.











LADAP


12 Julai 2014- Latihan Dalam Perkhidmatan ( LADAP ) diadakan pada hari ini di Wadah Informasi, SMKDPB. LADAP kali ini dimulai dengan taklimat Info 5 Minit Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 oleh Tn Hj Hashim bin Mohd Dom, Pengetua SMKDPB.

      Sesi seterusnya disampaikan oleh Cg Sharifah Ain bt Hj Ali, Guru Cemerlang Sejarah yang bertajuk Mind Map. Beliau  mendorong para guru untuk membina Mind Map yang diasaskan oleh Tony Buzan. Sesi perbengkelan juga diadakan bagi menambahkan pemahaman guru-guru dan boleh diaplikasikan dalam pengajaran di dalam kelas.

        Sesi terakhir disampaikan oleh En Rahmat bin Sarbani, Kaunselor Cemerlang SMKDPB yang bertajuk Pengurusan Stress. Beliau menyampaikan panduan dan tips yang berkesan untuk menangani stress. Salah satu cara yang dipraktikkan ialah  Teknik Tapping.

       Tahniah kepada para penceramah. Semoga ilmu yang disampaikan dapat dimanfaatkan oleh para guru dalam sesi pengajaran di dalam kelas dan dalam kehidupan seharian.














HARI TERBUKA SEKOLAH 2014

10 Julai 2014 : Kerjasama dan penglibatan antara guru dan ibubapa amat penting dalam memastikan
kecemerlangan serta fokus pelajar berada tepat pada landasannya. Justeru, hari terbuka yang  diadakan saban tahun merupakan peluang terbesar untuk merapatkan hubungan para guru dan ibubapa. Pada hari khamis yang permai kali ini, para pelajar Tingkatan 3,4 dan 5 bersama ibubapa mahupun penjaga masing-masing telah terlibat dalam hari terbuka.

Seawal jam 8 pagi, kenderaan ibubapa  mula membanjiri perkarangan luar sekolah. Ibubapa dan penjaga dengan diringi para pelajar menuju ke dewan sekolah di mana sesi pertemuan dan perbincangan berlangsung. Sudah menjadi kelaziman, riak ceria dan bangga jelas terpancar pada wajah para pelajar yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang sebaliknya bagi pelajar yang kurang bernasib baik dalam peperiksaan akhir pertengahan tahun 2014 diselubungi kesuraman dan perasaan berat hati untuk berjumpa para guru.
Selaku guru di Sekolah Berprestasi Tinggi, mereka masing-masing telah menjalankan tanggungjawab dengan profesional, efisien dan secara ikhlas memberikan dorongan, galakan serta teguran membina kepada para pelajar bagi menaikkan motivasi para pelajar khususnya bagi mereka yang bakal menduduki peperiksaan awam yang dianggap besar dalam sistem persekolahan menengah di Malaysia iaitu PT3 dan SPM.  Ibubapa juga dilihat profesional dan terbuka dalam setiap perbincangan kerana mereka sedar dan percaya segala laporan guru berlandaskan fakta dan atas satu matlamat iaitu memperbaiki atau setidak-tidaknya mempertahankan tahap akademik dan kualiti anak masing-masing.
Peratusan ibubapa yang hadir juga meningkat dan ini merupakan petanda baik bagi keseluruhan warga SDPB MENJUARAI.  
Program yang antara lain bermatlamat untuk memaklumkan kekuatan dan kelemahan pelajar kepada ibu
bapa serta bersama-sama bertindak progresif untuk memajukan potensi diri pelajar bagi mencapai tahap cemerlang serta menyediakan diri pelajar yang berpotensi untuk lulus cemerlang ke arah persediaan lebih kompetitif ini tidak akan terhenti di sini sahaja. Pelbagai program kerjasama PIBG sedang giat dirancang bagi memastikan mutu pelajar yang lahir dari SDPB MENJUARAI tidak akan dipandang sebelah mata oleh masyarakat setempat khasnya dan masyarakat global amnya.

REHLAH MENJALIN UKHWAH

21 Jun 2014 : Satu program Rehlah Menjalin Ukhwah telah dijalankan di Gunung Lambak, Kluang. Program ini melibatkan pelajar-pelajar SMKDPB dan bersama pelajar-pelajar SMK Sultan Abdul Jalil, Johor. Seramai 46 orang pelajar SMKDPB 4 orang guru pengiring dan  telah menyertai program ini.


OBJEKTIF PROGRAM


1. Menjalin ukhwah peserta Program Zero To Hero dari SMKDPB dan PRS SMKSAJ serta  guru di kedua sekolah.

2. Menarik minat dan memotivasikan pelajar dalam aktiviti yang mencabar iaitu mendaki gunung.

3. Melahirkan pelajar yang mencintai alam sekitar dan merasai kehebatan  Allah SWT yang mencipta dan mentadbir alam ini.

4. Memperhebatkan kecerdikan emosi dan spiritual  para pelajar dalam aktiviti yang dijalankan.



(Guru)

1. Pn.Hjh.Zaiton Binti Hitam
2.En.Mohd. Ramli bin Sulaiman.
3.Pn.Zabilin binti Harjin
4.Cik Marlia binti Awang