PENTING "TERKINI": Penyerahan Borang Opsyen / SBPA

28 Disember 2011: Kepada SEMUA warga SMKDPB, mohon dikembalikan ke pejabat borang Opsyen / SBPA yang telah lengkap ditandatangani ke pejabat pada hari Khamis 29 Disember 2011. Kerjasama dari semua didahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.

Arahan Tn. Pengetua

Anugerah Kecemerlanagan Kokurikulum Peringkat Negeri 2011

28 Disember 2011: Satu majlis Kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Negeri Johor diadakan di Hotel Goodhope, Skudai, Johor Bahru.
Dengan beberapa persaingan yang sengit akhirnya SMKDPB dianugerahkan dengan 2 kategorikan :
  1. Pasukan Cemerlang Kokurikulum (Kelab & Persatuan) Sekolah Menengah : Kelab Bijak PNB
  2. Anugerah Guru Cemerlang Kokurikulum Sekolah Menengah : Cik Marlia Bt. Awang
Tahniah, semoga tahun 2012 SMKDPB akan lebih cemerlang.

Majlis Anugerah Kecemerlangan KAA 2010 Peringkat Negeri

30 Disember 2011: Anugerah Kecemerlangan KAA 2010 Sektor Pendidikan Islam JPNJ diadakan di Bilik Gerakan JPNJ. SMKDPB dianugerahkan:
  1. Anugerah Pelajar lelaki Akademik dan kepimpinan Terbaik KAA SPM2010- tempat Pertama (Mohd Amirul Syafiq Norasram)
  2. Anugerah Matapelajaran Terbaik KAA SPM 2010 (Pendidikan Syariah Islamiah)
  3. Anugerah Matapelajaran Terbaik KAA SPM 2010 (Pendidikan Al-Quran dan Sunnah)
  4. Anugerah Peningkatan Pencapaian Sekolah KAA SPM 2008, 2009 2010 (GPS)
  5. Anugerah Sekolah Terbaik Bandar KAA PMR 2010 (Kedua)
  6. Anugerah Sekolah Terbaik KAA SPM 2010 (Pertama)
  7. Anugerah Lonjakan Saujana Akademik KAA SPM 2010
  8. Anugerah Sekolah Gemilang KAA 2010
Tahniah kepada semua yang terlibat atas anugerah-anugerah yang diterima.

Gotong Royong Semua Pelajar Tingkatan 2, 3, 4, 5 & Pra-U2 Tahun 2012

Satu gotong royong kelas akan dijalankan sebagaimana ketetapan berikut:
  • Tarikh : 2 Januari 2012
  • Hari : Isnin
  • Masa : 8.30 pagi
  • Tempat : Kelas Masing-masing
  • Pakaian : T-Shirt Sekolah

Diharapkan SEMUA pelajar dapat hadir pada hari tersebut bagi membersihkan kelas masing-masing agar pada hari pertama persekolahan Pembelajaran dan Pengajaran dapat dijalankan tanpa gangguan. Harap Maklum.

Kemasukan IPTA sesi 2012/2013

Tarikh Tutup Permohonan Ke Intitusi Pengajian Tinggi Awam 2012 (IPTA) ialah pada 31 Disember 2011 : klik untuk maklumat terperinci.

PMR 2011 Mencatat Sejarah : 121 "Perfect Score"

22 Disember 2011: SMKDPB mencatat sejarah apabila seramai 121 daripada 234 orang telah memperolehi keputusan “perfect score”(51.7%).

Secara pecahannya seramai 32 orang “perfect” 9A, 83 orang “perfect” 8A dan 6 orang “perfect” 7A.

Pelajar “near miss” pula adalah seramai 29 orang dengan keputusan 7A1B (21 orang) dan 8A1B (8 orang)

Jumlah pelajar cemerlang ini meningkat berbanding PMR 2010 seramai 115 daripada 230 (50%).

Berikut adalah pencapaian GPMP setiap mata pelajaran

  1. BM : 1.05
  2. BI : 1.21
  3. Sejarah : 1.30
  4. Geografi : 1.39
  5. Bahasa Arab : 1.94
  6. Bahasa Cina : 1.13
  7. P. Islam : 1.21
  8. Matematik : 1.15
  9. Sains : 1.15
  10. KHB (KT) : 1.13
  11. KHB (ERT) : 1.02
  12. KHB (PERT) : 1.09
  13. KHB(PK) : 1.15

Atas kecemerlangan ini SMKDPB tealah dianugerahkan :

  1. Anugerah Bilangan Calon Cemerlang Teramai Sekolah Kawalan. (121 orang)
  2. Anugerah GPS Terbaik Sekolah Kawalan (1.22).
  3. Anugerah Peratus Keseluruhan Tertinggi Sekolah Kawalan (99.57%)
Tahniah Pencapaian 121 'Perfect Score" PMR 2011


Peningkatan daripada 115 'perfect score' (9A/8A) 2010 kepada 121 'perfect score' (9A/8A)  2011. Syabas kepada semua guru yang telah menyumbang kepada kejayaan tesebut. 'Tahniah'.

Kemasukkan ke Sekolah Menengah Teknik atau Vokasional 2012


Pelajar-pelajar tingkatan tiga yang akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 dan berminat menyambung belajar tingkatan 4 di Sekolah Menengah Teknik atau Vokasional bagi sesi pengambilan tahun 2012 bolehlah membuat permohonan sekarang.
Permohonan SMT SMV
Pendidikan teknikal dan vokasional dihasratkan memberi peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri negara. Bagi merealisasikan hasrat ini, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) Kementerian Pelajaran menawarkan program-program yang membolehkan murid berpotensi menjadi separa profesional dalam pelbagai bidang teknikal dan kejuruteraan.
Kementerian Pelajaran juga dalam proses menukarkan status Sekolah Menengah Vokasional kepada Kolej Vokasional secara berperingkat-peringkat sebagai sebahagian usaha memantapkan lagi sistem pendidikan negara serta menghapuskan stigma bahawa pengajian vokasional adalah untuk pelajar yang tidak dapat menguasai bidang akademik. Perubahan nama itu akan melibatkan pindaan Akta Pendidikan serta rombakan kursus-kursus teknikal dan vokasional, dengan pelajar yang dikeluarkan tidak terbatas di peringkat sijil kemahiran tetapi merupakan lulusan setaraf diploma atau diploma lanjutan.

Aliran

Bahagian Pendidikan Teknik Vokasional Kementerian Pelajaran menawarkan 3 aliran dan 1 kolej;
  • Aliran Teknikal
  • Aliran Vokasional
  • Aliran Kemahiran
  • Kolej Vokasional

Aliran Teknikal

Aliran teknikal dikhususkan kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik pada peringkat PMR. Objektif bidang teknikal adalah untuk membantu melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan (pertanian dan perdagangan). Setelah tamat pengajian di SMT, pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di peringkat diploma di IPTA (universiti, politeknik, kolej komuniti), kolej matrikulasi teknikal, kolej matrikulasi umum, atau Tingkatan 6.
Aliran teknikal menyediakan 6 pakej kursus iaitu Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik, Perdagangan, Sains Pertanian dan AgroTeknologi.

Aliran Vokasional

Aliran vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang berpencapaian baik dan sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorakvocational (berkaitan pekerjaan). Isi kandungan bidang vokasional mempunyai komponen teori dan praktikal yang seimbang. Objektif aliran ini adalah untuk membantu melahirkan separa profesional (juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan. Setelah tamat pengajian, pelajar berpeluang ke IPTA, IPTS, dan institut latihan kemahiran awam dan swasta, atau terus ke alam pekerjaan.
Aliran vokasional menyediakan 17 pakej kursus iaitu Automotif, Penyejukan dan Penyamanan Udara, Amalan Bengkel Mesin, Kimpalan, Elektrik dan Elektronik, Pengurusan Perniagaan, Fesyen, Katering, Seni Kecantikan, Perkhidmatan dan Perkembangan Kanak-kanak, Bakeri, Pelancongan, Hortikultur Hiasan dan Lanskap, Teknologi Tanaman, Agroindustri Tanaman, Agroindustri Ternakan dan Pengaturcaraan Komputer.
Aliran Kemahiran & Kolej Vokasional
Aliran kemahiran dikhususkan kepada murid pencapaian rendah pada peringkat PMR dan sangat cenderung kepada pembelajaran secara hands-on (amali). Isi kandungan kursus-kursus bidang kemahiran ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Murid yang tamat dengan jayanya mengikut peraturan yang ditetapkan oleh JPK akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh industri.
Murid akan dilatih menjadi tenaga kerja mahir untuk bekerja di industri atau membuka perniagaan sendiri apabila tamat pengajian. Disamping itu juga, murid boleh melanjutkan latihan kemahiran pada peringkat yang lebih tinggi di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), kolej komuniti, dan pelbagai institut latihan kemahiran swasta.
Mulai tahun 2010, BPTV memperkenalkan program traineeship kepada murid aliran ini jika mereka berminat dan mendapat persetujuan ibubapa. Program ini membolehkan murid mengikuti pembelajaran di sekolah selama 3 hari, dan 2 hari di tempat kerja yang sesuai dengan kursus yang diikuti murid. Tempat kerja ditentukan dengan persetujuan sekolah dan ibubapa dengan kerjasama industri. Program traineeship ini memberi peluang murid mendapat pendedahan awal kepada alam pekerjaan semasa di bangku sekolah lagi.
Aliran kemahiran menyediakan 20 pakej kursus iaitu Pemesinan, Jurukimpal, Pelukis Pelan Kejuruteraan Mekanikal, Juruteknik Automotif, Mekanik Penyejukbekuan & Penyamanan Udara, Pembuat Perabot, Jurubina Bangunan, Jurubina Bangunan (Asas Kayu), Jurukerja Paip, Pelukis Pelan Senibina, Timber Processing and Finishing, Juruteknik Elektrik, Juruteknik Elektronik Industri – Peralatan, Demi Chef, Pembuat Pakaian Wanita, Pendandan Rambut, Jurukecantikan, Juruteknik Akuakultur, Juruteknik Ladang Pertanian dan Jurupemprosesan Makanan.
Kolej Vokasional pula menyediakan 14 pakej kursus iaitu Pemesinan Industri, Teknologi Kimpalan, Teknologi Automotif, Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara, Teknologi Elektrik, Seni Kulinari, Kosmetologi, Fesyen dan Membuat Pakaian, Hortikultur Hiasan, Landskap, Mekanisasi Agro, Agroindustri Tanaman, Agroindustri Ternakan Ruminan dan Agroindustri Ternakan Poltri

Syarat Umum

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  • Pemohon hendaklah:
    • Berada di Tingkatan 3 dan akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2011.
    • Telah menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2011.
  • Kesihatan diri pemohon:
    • Mestilah sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal.
    • Bebas dari penyakit seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, alahan (allergy), pekak, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh membahayakan atau menghadkan pelajar daripada menjalankan kerja kursus dan kerja amali.
  • Pemohon kursus Kejuruteraan (Elektrikal, Mekanikal dan Awam) mestilah tidak rabun warna.

Syarat Khusus

  • Aliran Teknikal – Minimum B semua 8 mata pelajaran dalam peperiksaan PMR
  • Aliran Vokasional – Pencapaian sederhana dalam peperiksaan percubaan PMR
  • Aliran Kemahiran – Pencapaian rendah dalam peperiksaan percubaan PMR
  • Kolej Vokasional – Pencapaian baik dalam peperiksaan percubaan PMR

Permohonan

Temuduga

  • Pemohon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga di SMT/SMV yang berkenaan.
  • Pemohon diminta hadir temuduga dengan berpakaian lengkap sekolah. Sila bawa bersama salinan kad pengenalan, keputusan peperiksaan  percubaan PMR 2011 yang telah disahkan oleh pihak sekolah pemohon dan sijil-sijil berkaitan.

Tarikh Tutup

Tarikh tutup permohonan untuk ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional 2012 adalah pada 19 Disember 2011.

TINDAKAN SEGERA - KEPADA SEMUA GURU SMK DATO' PENGGAWA BARAT.

Guru-guru SMK Dato' Penggawa Barat diharapkan dapat mengisi penilaian kendiri Standard Guru Malaysia (SGM) secara atas talian. Tarikh akhir pengisian yang ditetapkan oleh pihak sekolah ialah pada 16 Disember 2011. Tujuan pengisian ini adalah untuk mengenal pasti kelemahan dan penambahbaikan kendiri guru-guru. Guru-guru boleh mendapatkan maklumat untuk mengisi SGM secara atas talian dengan berpandukan modul dan bahan taklimat yang boleh dilayari melalui blog:  http://ictpontian.blogspot.com/

Sila lihat Pautan Guru dan klik SGM-Standard Guru Malaysia.
Diharapkan guru-guru memaklumkan kepada rakan guru yang lain agar dapat mengisi SGM secara atas talian sebelum tarikh yang diberikan di atas. Kerjasama dan komitmen guru-guru didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.

Kelas Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK) SMKDPB 2011

International Mathematic Olympiad(IMO) atau pun Olimpiad Matematik Antarabangsa adalah Kejohanan Pertandingan Matematik Dunia yang disertai lebih 100 negara dari seluruh dunia. Di Malaysia, pertandingan ini lebih dikenali sebagai Olimpiad Matematik Kebangsaan atau OMK. Ia terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia. Di Malaysia, Persatuan Sains Matematik (PERSAMA) mengelolakan pertandingan ini setiap tahun di beberapa pusat di seluruh negara.

Sehubungan dengan itu, di bawah peruntukan Kebitaraan Matematik Sekolah Kluster Kecemerlangan, satu kelas OMK telah dianjurkan selama 4 hari, iaitu pada 24, 25, 29 dan 30 November 2011 bertempat di SMKDPB. 50 orang pelajar telah terpilih untuk mengikuti kelas ini dan mereka dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu OMK Senior (tingkatan 3 dan 4) dan OMK Junior (tingkatan 1 dan 2). Sepanjang 4 hari ini, mereka telah mempelajari pelbagai bentuk soalan dan teknik menjawab OMK.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada tenaga pengajar Ms Cho Swee Ling yang sudi memberi tunjuk ajar kepada pelajar. Tahniah juga diucapkan kepada pelajar kerana sanggup datang ke sekolah walaupun pada musim cuti sekolah serta memberi komitmen yang baik sepanjang kelas berlangsung. Semoga perkongsian ilmu ini dapat menghasilkan keputusan yang cemerlang dalam Pertandingan OMK 2012 dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi iaitu IMO.







KURSUS ICT SECARA ATAS TALIAN

Untuk makluman guru-guru SMK Dato' Penggawa Barat, Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dengan kerjasama Intel telah menganjurkan kursus secara atas talian. Kursus ini akan dikira sebagai 3 hari berkursus sekiranya guru-guru berjaya menyiapkannya dan menghantar Rancangan Pengajaran kepada pihak BPG. Sijil akan dihantar setelah guru-guru berjaya menyelesaikannya. Untuk maklumat lanjut guru-guru boleh melayari blog di bawah untuk mendaftar dan mengikuti kursus yang ditawarkan. Selamat berkursus.


Kursus Pembangunan Web dalam Matematik

19 November 2011: Satu kursus lagi di bawah peruntukan Kebitaraan Matematik Sekolah Kluster Kecemerlangan.

Pada kali ini sekali lagi Prof. Madya Zaleha Binti Ismail, pensyarah di Jabatan Matematik Universiti Teknologi Malaysia telah diundang untuk membimbing dalam pengendalian kursus.

Antara isi kandungan kursus ini, guru-guru matematik didedahkan dengan teknik-teknik pengisian yang diperlukan untuk dimuatkan dalam sesuatu laman web yang berkaitan dengan matematik. Bagi membolehkan kejayaan kursus ini berjaya, tapak laman web mesti diwujudkan.

Objektif kursus ini antaranya ialah:
  1. Matematik diterokai secara global
  2. Peningkatan minat pelajar dalam mempelajari matematik dihujung jari
  3. Kaedah pendekatan yang lebih mesra pelajar

PROGRAM KEMBALI KE SEKOLAH (Pemulihan Akademik) Pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2, 2011

  1. Berdasarkan pencapaian Peperiksaan Akhir Tahun2011, didapati sebahagian pelajar masih belum dapat menguasai beberapa matapelajaran dengan baik.
  2. Sehubungan itu, beberapa orang guru telah bersetuju untuk mengadakan kelas pemulihan bagi membantu pelajar-pelajartersebut.Jadual kelas serta senarai nama pelajar yangterlibat terdapat pada link di bawah.
  3. Pelajar akan dikenakan bayaran sebanyak RM2.00 bagi setiap kali menghadiri kelas.Wangini adalah untuk kegunaan nota dan lembaran kerja yang berkaitan.
  4. Ketika menghadiri kelas,pelajar dikehendaki memakai uniform atau pakaian sukan sekolah,lengkap berstokin dan berkasut. Oleh kerana kantin sekolah ditutup sepanjang cuti persekolahan, pelajar perlu membawa bekalan makanan sendiri.

Senarai nama dan jadual kelas boleh didapati di sini.

KELAS TINGKATAN 2 & 3 Sesi 2012

Streaming Kelas Bagi Pelajar Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 Sesi 2012
Kepada semua pelajar sesi petang 2011, anda boleh melihat kelas anda pada sesi 2012 dengan menekan link di bawah:

1. Kelas Tingkatan 2 2012
2. Kelas Tingkatan 3 2012

Catur Bestari 2011

Sekolah kita berjaya mendapat tempat ke-2 dan ke3 dalam  Pertandingan Catur Bestari, peringkat negeri. Pertandingan tersebut telah diadakan Kip Mart Tampoi pada 17 November 2011. Naib Johan telah dimenangi oleh kumpulan 'Bravo' yang diwakili oleh Nurul Nadzirah bt.Abdul Karim, Nurul Hani Izzatie bt. Md. Hussieni, Khairah Mohd Yatim, Maslinda bt.Saadon dan Nur Husna Ismail. Manakala tempat ke-3 telah dimenangi oleh kumpulan 'Sky Walker' yang telah diwakili oleh  Nur Syazeha Muhamdan, Azyan Najiha bt.Azman, Nur Faezun bt.Khalil, Nur Hidayu Abdul Syukor dan Amirul Amin. Tahniah diucapkan di atas pencapaian dan kejayaan tersebut.


Pemberian Wang Bantuan RM100

Pengagihan wang bantuan RM100 telah disempurnakan mulai 10.30 pagi 17 November 2011. Seramai 1215 orang pelajar dan ibubapa telah hadir bagi mendapatkan bantuan wang berkenaan. Kepada pelajar yang masih belum menerimanya, boleh menuntut  wang tersebut di pejabat sekolah dalam tempoh 14 hari dari tarikh tersebut.

Mesyuarat Konvensyen PNB 2012

Pihak Permodalan Nasional Berhad dan pihak sekolah telah merancangan untuk mengadakan Konvensyen PNB 2012 di SMKDPB peringkat kebangsaan. Rombongan PNB telah diketuai oleg En.Aziz bin Anuar diiringi dua pegawai tinggi pihak permodalan.


Majlis Bacaan Yasin & Solat Hajat Khusus bagi SPM & STPM 2011 telah diadakan pada 14 Nov 2011 mulai jam 9.00 pagi berakhir jam 11.00 pagi bertempat di Surau, SMKDPB. Seramai 115 ibubapa/penjaga telah menghadiri ke majlis tersebut.


 Jamuan akhir tahun Tingkatan 5, 2011 telah diadakan pada 11 Nov 2011 bertempat di Dewan Seri Gemilang. Majlis telah bermula 11.30 tengah hari berakhir 1.00 petang. Seramai 258 orang pelajar telah menghadiri ke majlis tersebut.




Jamuan akhir tahun 2011 (JAT2011) guru-guru SMKDPB telah diadakan pada 13 Nov 2011 bertempat di Hotel Pontian, Pontian, Johor. Majlis JAT2011 telah bermula 12.30 tengah hari berakhir 2.00 petang. Seramai 83 orang guru telah menghadiri ke majlis tersebut.




Amanat YDP PIBG di Majlis Solat Hajat Khusus SPM & STPM

13 November 2011: Majlis Solat hajat Khusus untuk SPM dan STPM telah dijalankan di Surau SMKDPB dengan menjemput semua ibu bapa / penjaga.

Majlis solat dimulakan dengan tazkirah oleh Ust. Wan Yusli dan seterusnya solat hajat diimamkan oleh Ust. Haris Mustafa.

Walaupun pada majlis tersebut YDP PIBG Datuk Nasir Safar tidak dapat hadir, tetapi beliau masih dapat menyampaikan amanat beliau melalui 'facebook'. Berikut adalah amanat YDP .. saksikan!!

Bengkel Penggunaan Geogebra Oleh Prof. Madya Dr. Zaleha Ismail

12 November 2011: Satu kursus di bawah Program Kebitaraan Matematik Sekolah Kluster Kecemerlangan telah dianjurkan dengan jayanya.

Pada kursus kali ini pihak Penyelaras Kebitaraan telah mengundang Pensyarah dari UTM Skudai Prof. Madya Dr. Zaleha Binti Ismail dengan dibantu oleh 2 orang mahasiswi.

Kursus ini bermula pada jam 8.00 pagi sehingga jam 12.30 tengahari dengan kehadiran seramai 18 orang peserta.

Antara objektif kursus ini adalah:
  1. Mempertingkatkan mutu penyediaan BBM bagi guru-guru matematik.
  2. Mempelbagai kaedah penyampaian P & P di dalam kelas
  3. Meningkatkan minat pelajar dalam mempelajari matematik
  4. Meningkatkan kualiti pencapaian GPMP matematik PMR, SPM dan STPM

Pihak pentadbiran sekolah mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Panitia Matematik dan semua guru yang terlibat bagi menjayakan kursus tersebut. Semoga SMKDPB akan terus gemilang dalam menuju ke arah Sekolah Berprestasi Tinggi.

Majlis Penyerahan Trofi Filem Pendek Alam Sekitar kepada SMK Dato' Penggawa Barat yang telah mewakili Malaysia ke "ASEAN Celebrates the ASEAN Environmentally Sustainable Development Film Festival"


ASEAN Celebrates the ASEAN Environmentally Sustainable Development Film Festival 2011
Environment Ministers from ASEAN Member States as well as China, Japan, and the Republic of Korea joined the celebration of the ASEAN Environmentally Sustainable Development Film Festival with the theme 'Change the Climate Change' in Phnom Penh .

"The Film Festival aims to inspire and promote awareness of ASEAN citizens on the importance of multi-stakeholders' participation in addressing climate change. The richness of experiences in varied circumstances shows us many different ways for each of us to take part actively in environmental stewardship to attain the ASEAN Community by 2015," said Dr Surin Pitsuwan, Secretary-General of ASEAN.

The ASEAN region is endowed with rich natural resources that sustain essential life support systems both for the region and the world. ASEAN, as elsewhere, however, is facing an enormous challenge in addressing climate change, a defining and most challenging sustainable development issue of the 21st century. The sense of urgency among all levels of communities in the world is therefore heightened for continued efforts to address this challenging issue.

The Film Festival is a part of the implementation of ASEAN Environmental Education Action Plan (AEEAP) 2008-2012, which aims to inspire and promote awareness of ASEAN citizens on the importance of multi-stakeholders' participation in addressing climate change. The short films provide brief highlights of unique, creative, indigenous and impactful initiatives taken by Malaysia, ranging from government, private sector, international organisations, civil society groups, to academia, to contribute to collective efforts in tackling climate change.

At the end of the film screenings, token of appreciation in a form of trophy were presented by Dr Mok Mareth, Senior Minister, Minister of Environment, Cambodia, to the filmmaker, National Secondary School of Dato' Penggawa Barat, Malaysia and their representatives as a recognition for their efforts in making valuable documentation for the Film Festival, and to inspire and encourage them to continue showing appreciation and care for the environment. The trophy represents the collective effort of all ASEAN Member States in promoting public awareness and participation in addressing environmental issues through the Film Festival with a vision of Clean and Green ASEAN.



Majlis Pesaraan En.Lim Poh Thai pada 8 Nov 2011

Pada 08 November 2011 telah berlangsungnya Majlis Sekalung Budi Sejambak Kasih Sempena Persaraan En.Lim Poh Thai, Guru DG52 Tingkatan 6. Majlis dimulakan dengan menjemput yang diraikan berarak sehingga ke kerusi VVIP, Dewan Seri Gemilang, diiringi pelajar-pelajar tingkatan 6  yang membawa hadiah - hadiah yang diletakkan di dalam dulang hantaran, pembawa bunga telur dan pasukan kompang. Majlis diteruskan dengan ucapan Ayahanda Pengetua diikuti tayangan slide serta ucapan terakhir En.Lim Poh Thai. Kemudian diteruskan dengan acara penyampaian hadiah .

Terima Kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini terutama sekali kepada semua warga - warga  sekolah.  Terima Kasih juga diucapkan kepada semua pihak penaja yang sudi menaja Majlis ini. Akhir sekali JUTAAN TERIMA KASIH diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan Majlis ini. Terima Kasih.



Majlis Apresiasi Kecemerlangan Koakademik 2011

Majlis Apresiasi Kecemerlangan Koakademik telah diadakan pada 3 November 2011 bertempat di Dewan Seri Gemilang SMK Dato'Penggawa Barat. Seramai 37 orang pelajar telah menerima anugerah kecemerlangan koakademik yang terdiri daripada 7 jenis acara pertandingan dan kejohanan. Anugerah pencapaian tertinggi yang telah dinobatkan ialah "Johan Pertandingan Pembinaan Filem Pendek Alam Sekitar, peringkat kebangsaan dan wakil Malaysia ke "ASEAN Environmentally Sustainable Development (ESD) Film Festival 2011" peringkat ASEAN di Cambodia pada 10hb hingga 20hb Oktober 2011. Seterusnya pertandingan "Solar Boat" Peringkat Kebangsaan; Sajak dan Cerpin Bahasa Cina Peringkat Kebangsaan dan Kuiz Kimia Peringkat Kebangsaan.










Jamuan Akhir Tahun Asrama "E-Gala Jardin Fe'erique" 2011

29 Oktober 2011: Satu majlis Jamuan Akhir Tahun Asrama SMKDPB dengan tema "E-Gala Jardin Fe'erique" telah diadakan dengan penuh gemilang.

Secara keseluruhannya dari segi persediaan, perlaksanaan dan pengemasan dikendalikan oleh pelajar-pelajar aspura dan aspuri. Mereka telah berjaya mengendalikan dengan jayanya. Tahniah kepada semua pelajar.

Acara bermula sekitar jam 9.00 malam dengan kehadiran semua pentadbir, warden-warden asrama, penyelia asrama dan pengawal keselamatan.

Dalam ucapan rasmi En. Shapri (PK Pentadbiran) selaku wakil rasmi Tn. pengetua mengucapkan tahniah kepada semua ajk yang bertungkus lumus mengendalikan majlis tersebut. Beliau juga mengucapkan syabas kepada pelajar kerana sentiasa memberikan kerjasama yang baik dalam pentadbiran asrama.

Dalam majlis jamuan kali ini, mereka turut meraikan mantan warden iaitu Pn. Alisa Jaafar yang telah mengundur diri secara rasminya pada 31 Julai 2011. Ddalam ucapan ringkas Pn. Alisa, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua atas kerjasama semua pelajar sepanjang beliau bertugas sebagai warden semenjak 2008. Harapan beliau semoga semua pelajar memperolehi Perfect Score dalam peperiksaan.


Kem Easy Math SPM 2011

22 - 23 Oktober 2011, satu lagi program kebitaraan matematik di bawah peruntukan Sekolah Kluster Kecemerlangan telah menganjurkan Kem Easy Math SPM di Dewan Seri Gemilang.

Seramai 200 pelajar terpilih tingkatan 4 dan 5 telah mengikuti kem tersebut.

Rata-rata pelajar yang mengikuti kem tersebut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Panitia Matematik kerana menganjurkan kem tersebut lebih-lebih lagi dalam keadaan yang semakin hampir dengan SPM.

Antara objektif kem ini ialah:
  1. Meningkatkan GPMP matematik SPM kurang daripada 1.04
  2. Mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran topik-topik sukar dalam matematik SPM