SENARAI SEMAK MASALAH PELAJAR & PROGRAM KEPERLUAN MURID SMKDPB 2020

Makluman dari Unit Bimbingan dan Kaunseling.

Semua pelajar Tingkatan 1 hingga 5 dikehendaki menjawab soal selidik : Senarai Semak Masalah Pelajar dan Senarai Semak Program Keperluan Murid SMK Dato' Penggawa Barat Tahun 2020.

Sila klik link berikut
                                                   KLIK DI SINI

AMANAT PENGETUA


PEMBERITAHUAN


PERUTUSAN KHAS PERDANA MENTERI EKORAN PENULARAN COVID-19



Semua perhimpunan termasuk mesyuarat antarabangsa, acara sukan, sosial dan keagamaan ditangguh atau dibatal ikut kesesuaian hingga 30 April 2020 - PM Tan Sri Muhyiddin

Elakkan hadiri sebarang bentuk perhimpunan boleh dedahkan diri kepada jangkitan #COVID19 - PM Tan Sri Muhyiddin

Rakyat dinasihat ambil langkah boleh hindarkan diri sendiri, anak serta keluarga daripada dijangkiti COVID-19 - PM Muhyiddin

TWO-PAGE ASSIGNMENT

SEMUA SUBJEK TELAH DIUPLOAD MENGIKUT TINGKATAN. SILA KLIK LINK DI BAWAH. SELAMAT BERCUTI.





PERKHEMAHAN PASUKAN BADAN BERUNIFORM PERINGKAT ANTARABANGSA 2020


9-12 Mac 2020 – Bertempat di Pusat Kokurikulum, Jasin, Melaka telah diadakan  Perkhemahan  Pasukan Badan Beruniform Peringkat Antarabangsa Tahun 2020. Seramai 14 orang pelajar dari pelbagai unit beruniform telah menyertainya. Guru pengiring ialah Cikgu Mohd Zaid bin Man dan Cikgu Nazarizal bin Samion. Berikut merupakan kejayaan yang diperoleh dalam pertandingan yang dijalankan.

*JOHAN KEUSAHAWANAN*
Muhammad Nazrin Irfan Bin Norazman (Kadet Polis)
Ariq Alzam Bin Sabri (Pengakap)

*JOHAN IKHTIAR HIDUP*
Muhammad Nur Luthfy Bin Md Azmi (Pengakap)
Muhammad Fauzi Bin Azman (Pengakap)

*JOHAN  PANDU ARAH*
Wafi’ Rahiman Bin Rosman (PKBM)
Muhammad Amir Aiman bin Nor Hisham (Pengakap)

*JOHAN SUKAN TRADISIONAL*
Wafa Raqeeba Binti Rosman (Puteri Islam)
Nurul Zahida Binti Zaidi (Pengakap)


*NAIB JOHAN SUKAN TRADISIONAL*
Muhammad Rif’at Bin Ahmad (Pengakap)
Muhammad Taufiq Bin Mohd Nizam (Kadet Polis)


*NAIB JOHAN MERENTAS HALANGAN*
Noraisamaswani Binti Sapoan (Pengakap)
Noor Syazwani Binti Mohd Zin (Pengakap)

*KETIGA IKATAN & GAJET*
Halimatul Saadiah Binti Pairit (Pengakap)
Ain Afiqah Binti Mohd Zamri (Kadet Polis





REKOD BAHARU KEJOHANAN 4 X 400 M LELAKI

8-11 Mac 2020 - Rekod Baharu Kejohanan 4 X 400 meter lelaki 18 telah dicipta di Stadium Kluang, Johor. Salah seorang pelajar iaitu  adik Muhammad Amirul Hakim bin Yahya dari SMKDPB turut serta dalam acara ini dan menyumbangkan pingat  emas untuk kontinjen Pontian. Sekalung tahniah diucapkan buat adik Amirul Hakim dan Guru Pengiring merangkap jurulatih iaitu Cikgu Suhizulhisam bin Keliwon.








LADAP #3A (AWARE, ALERT, ACTION) - PENGURUSAN MARAH

10 Mac 2020 - LADAP berkaitan #3A telah diadakan pada hari ini bertempat di Wadah Informasi. Penceramah iaitu Cikgu Mohd Shapri, Pengetua SMKDPB telah mengutarakan tajuk bagi bulan Mac iaitu Pengurusan Marah. Suasana santai dan unsur kecindan diselitkan dalam ladap kali ini. semoga bermanfaat kepada semua guru SMKDPB.





PERHIMPUNAN BERFOKUS BERSAMA KPPD PONTIAN

8 Mac 2020 - Perhimpunan Berfokus telah diadakan di SMKDPB dan dihadiri oleh KPPD, Cikgu Haji Jasni bin Omar dan juga semua Pengetua dan Guru Besar daerah Pontian. Tujuannya supaya perhimpunan berfokus SMKDPB dijadikan benchmark kepada sekolah-sekolah lain di daerah Pontian.









KEJOHANAN FLOORBALL MSSJ 2020

7 Mac 2020 - Kejohanan Floorball MSSJ 2020 telah berlangsung di Stadium Tertutup Kluang, Johor. Pasukan floorball SMKDPB telah memperoleh kejayaan besar iaitu Johan L18, Ketiga P18, Ketiga L15 dan Keempat P15. Tahniah diucapkan kepada para peserta dan juga Cikgu Azman, Cikgu Raihani, Cikgu Norsyamsiah, Cikgu Juliana dan Cikgu Ezaty.


KEPUTUSAN SPM 2019


5 Mac 2020-  Keputusan SPM 2019 telah diumumkan pada hari ini. Seorang pelajar SMKDPB iaitu  adik Veronica Lim Ying Hui telah memperoleh perfect score  10A+. Tahniah diucapkan. Selain itu, beberapa peningkatan dalam subjek tertentu turut meningkat pencapaian sekolah kali ini dengan memperoleh GPS 2.42. Tahniah diucapkan kepada semua warga SMKDPB.
VERONICA LIM YING HUI

















KARNIVAL PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT DAERAH TAHUN 2020 M/1441H


3 Mac 2020 - Bertempat di SMK Sri Tanjung telah diadakan Karnival Pendidikan Islam Sekolah Menengah Peringkat Daerah Pontian. Alhamdulillah beberapa kejayaan dibawa pulang oleh peserta SMKDPB.


Johan Mimbar Daie (L)

Muhamad Fahim Azfar bin Aili

Naib Johan Mimbar Daie (P)
Nur Afrina Jasmin bt Hasanuddin

Ketiga Khat (P)
Hurin Aqilah bt Zazali

Naib Johan Hafazan Terbuka
Muhammad Nur Luthfy bin Md Azmi

Ketiga Nasyid
Muhammad Amirul Afif Bin Mohd Hairul Hafiz
Muhammad Nabil Farid Bin Musa
Muhammad Nur Hamzirin Bin Muhammad Jun
Muhammad Rif’at Bin Ahmad Sidek
Muhammad Nur Luthfy Bin Md Azmi
Imran Zulkamal Bin Md Lutfy
Afnan Naufal Azlan Bin Abdullah



TATACARA PENGAMBILAN KEPUTUSAN SPM 2019

PERHATIAN KEPADA SEMUA CALON SPM 2019

                Keputusan Peperiksaan SPM 2019 akan dimumkan pada 5 MAC 2020 selepas  pukul 10.00 pagbertempat di Dewan Seri Gemilang, SMK Dato Penggawa Barat

Berikut adalah Peraturan Am kekemasan diri para calon semasa mengambil slip keputusan berkenaan:

1.     Pakaian Perempuan:
1.1   Pakaian  yang sopan.
1.2   Digalakkan berbaju kurung.

2.     Pakaian Lelaki:
2.1   Pakaian yang kemas.
2.2   Digalakkan berbaju kemeja dan seluar ‘slack’

3.     Larangan (Tidak dibenarkan):
3.1       Memakai selipar.
3.2       Memakai seluar jeans.
3.3       Memakai baju/ t-shirt yang mempunyai lambang parti politik.
3.4       Memakai lain-lain pakaian yang mencolok mata.

4.     Rambut lelaki dan perempuan bukan muslim.
4.1      Kemas
4.2      Pendek (lelaki)
4.3      Tidak diwarnakan.

*** semua pelajar wajib mendaftar sebagai ahli alumni SMKDPB dengan bayaran yuran sebanyak RM  5 sebelum mengambil slip keputusan

5.   Peringatan tambahan.
5.1              Para pelajar yang masih belum mengambil fail peribadi diminta berjumpa kaunselor di kaunter kaunseling untuk mendapatkannya.
5.2              Para pelajar yang masih belum memulangkan buku yang dipinjam di perpustakaan diminta berbuat demikian di kaunter perpustakaan.  

“Terima kasih atas kerjasama dan keprihatinan anda”