PENGUMUMAN SEMASA

Assalamualaikum wbt dan Salam Muafakat Johor, JEMPUTAN "MAJLIS JEJAK KASIH BEKAS PELAJAR TN.HJ HASHIM BIN MOHD DOM PADA 19HB OGOS 2017, JAM 2.00 PETANG
HUBUNGI :ISMAIL BIN HJ AHMAD : 0137257475 SEBARANG SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN MELALUI AKAUN MAYBANK (151025740046-ISMAIL BIN JH AHMAD)

Sukan Pemilihan Atlit Sekolah 2011


23-24 Februari 2011: Aktiviti Sukan Pemilihan Atlit Sekolah ke Kejohanan Olahraga MSSD telah dijalankan dengan jayanya. Acara bermula jam 8.00 pagi dan berakhir kira-kira 11.00 pagi. Semua pejar yang terlibat telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan persaingan antara rumah sukan juga amat memberangsangkan dengan kehadiran penyokong-penyokong rumah sukan masing-masing.

Semua guru yang terlibat juga menunjukkan komitmen yang baik sekali. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam mengendalikan aktiviti ini. Majulah Sukan Untuk Negara.




Klik pada Galeri Gambar atau di sini untuk gambar-gambar seterusnya

Ceramah Jauhi Dadah Oleh AADK

21 Februari 2011 (Isnin): Sempena Karnival 3K satu ceramah " Jauhi Dadah" telah disampaikan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) daerah Pontian.

Ceramah dijalankan di dewan Sri Gemilang pada pukul 2:30 hingga 3.45 petang.

Ceramah ini antara lain mengingatkan pelajar tentang bahayanya penyalahgunaan dadah dan kesannya kepada diri, keluarga dan masyarakat.

Semua pelajar didapati mencatat maklumat-maklumat yang disampaikan oleh penceramah di dalam buku dairi pelajar.


"1 Malaysia 1 ummah" disambut meriah


19 Februari 2011 (Sabtu): Sambutan Maulidur Rasul bertemakan "1 Malaysia 1 ummah" peringkat sekolah telah dijalankan dengan sambutan yang meriah sekali. Semua pelajar dan guru islam berkumpul di hadapan surau sebelum berarak kira-kira jam 8.00 pagi. Perarakan diketuai oleh YDP PIBG, Pengetua dan barisan pentadbir.

Aturcara di dewan dimulakan dengan ucapan Tn. Pengetua dan seterusnya ceramah dari penceramah undangan. Persembahan daripada pelajar-pelajar SMKDPB turut dimuatkan bagi menyerikan lagi majlis.

Secara keseluruhannya perjalanan majlis berjalan lancar. Tahniah kepada semua guru atas komitmen yang baik dalam mengendalikan majlis.

(Klik pada Galeri Gambar atau di sini untuk gambar-gambar seterusnya.)

Larian Perdana Mahkota



12 Februari 2011: Tepat jam 7.30 pagi sekitar 600 pelajar dan 60 orang guru telah berkumpul untuk menyertai acara Larian Perdana Mahkota. Semua peserta bergerka ke SMKDAHA kerana acara ini dibuat bergabung bersama-sama dengan warga SMKDAHA dan PPD Pontian.

Acara dimulakan dengan bacaan doa oleh murid sekolah SMK Dato' Ali Haji Ahmad. Kemudian semua peserta menyanyikan lagu Kebangsaan dan Lagu Negeri Johor. Semua yang hadir mula melakukan Senaman J-Robik yang di ketuai oleh barisan murid SMK Dato' Penggawa Barat.

Dalam ucapan perasmian Tuan PPD Pontian; En. Ab Rahim Bin Lamin, mengucapkan tahniah kepada semua yang hadir. Beliau juga berharap semua yang hadir menjadikan kegiatan sukan dan senaman sebagai rutin harian agar kesihatan dapat dijaga serta dapat meningkatkan prestasi kerja dan akademik masing-masing. Peserta larian dilepaskan dengan didahului katagori guru perempuan, guru lelaki, dan diikuti oleh kumpulan pelajar.



Klik pada Galeri Gambar atau disini untuk koleksi gambar

Pengosongan Bangunan & Demonstrasi Memadam Kebakaran












17 Februari 2011: Pada jam 2.40 pm sempena Karnival 3K, loceng kecemasan dibunyikan menandakan satu latihan kebakaran sedang dijalankan. Semua pelajar diarahkan ke tapak pengumpulan di hadapan dewan mengikut laluan sebagaimana pelan laluan kecemasan yang telah diketahui oleh semua pelajar dan guru.

Kecekapan dan tahap disiplin yang tinggi oleh pelajar serta komitmen yang baik oleh guru maka semua bangunan dapat dikosongkan dalam jangka masa dibawah 5 minit. Ini merupakan kejayaan bagi latihan tersebut.

Selepas pengumpulan pelajar, semua Guru Tingkatan menyemak ahli tingkatan masing-masing bagi memastikan semua pelajar selamat dan dapat menyelamatkan mangsa-mangsa yang mungkin tertinggal.

Satu taklimat ringkas diberikan oleh pegawai bomba Pontian dan seterusnya mereka membuat demonstrasi memadam kebakaran. Guru dan pelajar diberikan peluang untuk melakukan aktiviti ini.

Aktiviti ini berakhir pada jam 3:20pm.

Maulidur Rasul 1432H Peringkat Daerah Pontian












15 Februari:- Seramai lebih kurang 400 orang pelajar SMKDPB telah hadir mengikuti acara perbarisan. Mereka telah hadir seawal jam 7.30 pagi lagi bagi memeriahkan sambutan tersebut. Tidak ketinggalan pasukan kompang SMKDPB diberi penghormatan untuk mengepalai semua kontingen yang terlibat dalam perbarisan.

Semua peserta perbarisan berkumpul di dataran padang Mini Stadium sebelum bergerak ke Masjid pada jam 8.30 pagi.

Pada sambutan kali ini, SMKDPB dinobatkan sebagai Johan Peserta Teramai dan Johan Keseragaman Perbarisan. Walaubagaimanapun bagi kategori sepanduk SMKDPB dianugerahkan tempat ke-3.

Acara sambutan berakhir pada jam 11.00 pagi. Terima kasih kepada semua guru yang terlibat dalam mengendalikan peserta-peserta. Semoga keunggulan SMKDPB terus cemerlang.





Banyak lagi gambar-gambar menarik.. sila klik "Galeri Gambar" atau di sini

Ceramah Pertolongan Cemas Oleh JPA












Pada 14 Februari 2011, sempena hari pelancaran Karnival 3K, Anti Dadah dan Anti Rokok pihak sekolah telah menjemput pegawai daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menyampaikan satu ceramah berkaitan Pertolongan Cemas dan demonstrasi.

Majlis dimulakan dengan ucapan PK Petang bagi melancarkan Karnival tersebut dan seterusnya menjemput En. Mohd Sazali Suboh dari JPA untuk menyampaikan ceramahnya.

Terima kasih kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut.

Majlis ceramah berakhir jam 3.00 petang.

Selamat datang MPSM Kuala Terengganu

Pada 12 Februari 2011, Majlis Pengetua Sekolah-sekolah Malaysia (MPSM) Kuala Terengganu telah hadir ke SMKDPB bagi tujuan lawatan. Kunjungan tiba pada jam 10.00 pagi dengan seramai 34 orang pengetua daripada sekolah-sekolah Berasrama Penuh dan sekolah-sekolah Elit sekitar daerah Kuala Terengganu.

Aturcara dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Tuan Pengetua SMKDPB dan diikuti dengan ucapan balas dari wakil MPSM Kuala Terengganu. Seterusnya semua tetamu dihidangkan dengan jamuan makan tengahari.

Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua guru yang terlibat dalam mengendalikan sambutan kunjungan rombongan tersebut walaupun pada jangkaan awalnya mereka akan hadir jam 11.00 pagi tetapi atas komitmen yang sangat baik oleh semua guru yang terlibat, segalanya berjalan dengan sempurna sekali.

Ambilan Pelajar ke-3


Seramai 8 orang pelajar baru tingkatan 1 telah mendaftar pada 7 Februari 2011 . Pendaftaran dikendalikan oleh Pn. Rashidah Hassan (Penolong PK Petang 2) dan Pn. Hjh. Zaiton Hitam (Kaunselor) di Bilik Mesyuarat Intelek jam 1.00 tengahari.

Sedikit taklimat ringkas daripada PK Petang, Pn. Rashidah dan Pn. Hjh. zaiton telah diberikan kepada pelajar dan ibu bapa. Pendaftaran selesai jam 2.00 petang.