Bengkel Teknik Menjawab Matematik PMR dan SPM 2011














24 September 2011: Satu program Sekolah Kluster Kecemerlangan SMKDPB telah dijalankan dibawah kendalian Panitia Matematik dengan aktiviti "Teknik Menjawab Matematik PMR dan SPM 2011".

Dua orang penceramah berpengalaman telah diundang bagi memenuhi kehendak aktiviti tersebut iaitu En. Mohd Salleh Bin Asmuni (Guru Cemerlang SMK Ayer Baloi, Pontian) untuk pelajar calon PMR dan Pn. Jalilah Binti Kassim (Guru Cemerlang SMK Dato' Abdul Rahman Andak, Simpang Rengam) untuk pelajar calon SPM.

Secara keseluruhannnya semua pelajar hadir dan memberikan komitmen yang sangat baik sepanjang aktiviti dijalankan.

Terima kasih kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan aktiviti tersebut.

Majis Solat Hajat Perdana (SHAP) PMR,SPM & STPM 2011

Majlis Solat Hajat Perdana (SHAP) PMR,SPM & STPM SMK DATO'PENGGAWA BARAT telah diadakan bertujuan untuk memohon keberkatan dan keredhaan Allah sebelum pelajar menduduki Peperiksaan Awam PMR,SPM & STPM 2011. Selain itu juga, majlis SHAP ini diadakan bagi memperoleh keberkatan daripada Allah setelah  beroleh kejayaan dalam pelbagai aktiviti dan program yang telah dilalui sepanjang 2011 di samping mengeratkan silatur rahim warga SMKDPB.


Doa untuk Mu, wahai anak didikku,

Ya Allah, jadikanlah anak-anak dan penuntut-penuntut kami dari golongan orang-orang yang berjaya dan orang-orang yang mendapat kemenangan di dalam pembelajaran dan peperiksaan, dan jadikanlah mereka dari golongan hamba-hambaMu yang soleh.
Ya Allah, jadikanlah kami dan mereka dari golongan orang yang berilmu dan orang yang membuat kebaikan, dan janganlah Engkau jadikan kami dan mereka daripada golongan orang yang jahat dan orang yang membuat kerosakan.
Ya Allah bukakanlah hati mereka sebagaimana terbukanya hati orang-orang yang arif bijaksana , dan kurniakanlah kepada mereka kepada mereka kefahaman di dalam agama, dan ajarkanlah kepada mereka perkara ta�wil dan tunjukkanlah mereka ke jalan yang benar dan kurniakanlah kepada mereka kefahaman para nabi , hafalan para rasul, ilham para malaikat muqarrabin di dalam keadaan afiat, wahai Tuhan yang maha Pengasih dari segala yang lain yang mengasihani.
Ya Allah, lapangkanlah bagi mereka dada-dada mereka, dan permudahkanlah bagi mereka urusan-urusan mereka, dan kurniakanlah taufiq dan hidayah kepada mereka, dan luruskanlah mereka dan kumpulkan bagi mereka di antara perkara yang betul dan perkara yang berpahala, dan lindungilah mereka daripada membuat kesalahan terlarang daripada mendapat nikmat dan lupa.
Ya Allah, terangilah cahaya pada hati-hati mereka dengan cahaya hidayatMu, sebagaimana Engkau terangi bumi dengan cahaya matahari Mu, dan bukakanlah pintu kemenangan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat , wahai Tuhan yang Maha Pemberi keputusan, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui.
Ya Allah, Keluarkanlah mereka daripada kesamaran dan muliakanlah mereka dengan cahaya kefahaman, dan bukakanlah kepada mereka pintu-pintu ilmu, dan hiasilah mereka dengan akhlak yang baik dan sopan santun, dan jauhkanlah mereka daripada kemungkaran akhlak, perbuatan hawa nafsu, dan penyakit, dengan rahmat Mu Tuhan yang Maha Pengasih dari segala yang lain yang mengasihani.

Karnival Sains Dan Teknologi, Peringkat Kebangsaan 2011 (Tempat Ketiga :Kategori Solar Boat)



Solar Boat Competition adalah satu pertandingan menghasilkan satu rekabentuk bot yang dilengkapi ciri-ciri kecekapan tenaga dan menggunakan sumber semulajadi secara optimum. Rekabentuk berasaskan konsep sains dan mempunyai ciri-ciri aerodinamik. Saiz dan berat model Solar Boat adalah bebas. Konsep kelajuan dan kedudukan sel solar akan diambil kira semasa penghakiman.  Kuasa maksima setiap rekabentuk model Solar Boat tidak boleh melebihi 1 watt. Bilangan dan jenis solar yang akan digunakan di peringkat kebangsaan akan dibekalkan oleh pihak penganjur. Peralatan lain seperti alat gantian dan aksesori bot seperti soldering iron, screw driver, motor di peringkat kebangsaan juga disediakan oleh pihak penganjur.

Pertandingan ini terbahagi kepada 4 peringkat iaitu :
a) Pembangunan dan pembinaan model bot - 4 jam
b) Persediaan persembahan Multimedia Powerpoint - 4 jam
c) Pembentangan persembahan multimedia - 10 minit
d) Pertandingan kelajuan

Sempena Karnival Sains Dan Teknologi, Peringkat Kebangsaan 2011, pihak sekolah telah mewakili negeri ke Pertandingan Solar Boat yang diadakan pada 19hb hingga 22 September 2011. Pihak sekolah telah berjaya mendapat tempat ketiga peringkat kebangsaan.

Peserta yang telah mewakili sekolah ialah:

  1. Sofreezan bin Soprudin
  2. Khairul Anuar bin Saib
  3. Muhammad Amirul Amin bin Shafiee
Tahniah diucapkan kepada semua guru dan pelajar yang terlibat. Tahniah kepada semua warga SMKDPB.



Koleksi soalan-soalan percubaan SPM 2011 seluruh negara

Untuk tindakan guru-guru berkenaan, sila muat turun soalan-soalan percubaan SPM 2011 seluruh negara di sini.

Majlis Penyampaian Hadiah Minggu Terakhir, Program Bulan Penghayatan Sejarah Dan Bulan Patriotik 2011

 


Pelajar-pelajar yang telah berjaya telah menerima hadiah masing-masing. Penyelaras mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pentadbir dan guru-guru serta murid-murid yang telah memberikan sokongan yang padu bagi menjayakan aktiviti tahunan ini. Terima kasih.....

KEM EASY MATH PMR BERMULA 17HB HINGGA 18HB SEPT 2011.


Seramai 300 orang pelajar Tingkatan 3 telah mengikuti  "EASY MATHS CAMP 2011" bertempat di Dewan Seri Gemilang pada 17 September hingga 18 September 2011.

kaedah yang logik dan tepat

Di antara objektif kem tersebut adalah untuk memberi kemahiran cara penyelesaian paling mudah bagi subjek Matematik PMR menggunakan teknik "Easy Maths".  Kem tersebut dikendalikan oleh EASY MATHS CENTRE, 30-D, Aras 2, Jalan Mawai, 81900 Kota Tinggi, Johor (Tel 012-5720476/012-5136435/109-5696626) dengan kerjasama Panitia Matematik SMKDPB di bawah Program Kebitaraan Sekolah Kluster Kecemerlangan. Penceramah kem tersebut adalah En Murad bin Ismail (Guru Cemerlang Matematik dan Guru Inovatif Peringkat Negeri Johor ).
Rata-rata pelajar begitu seronok mengikuti program berkenaan dan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas usaha pihak sekolah dalam memastikan kecemerlangan matematik PMR 2011.
Tahniah kepada Panitia Matematik kerana telah berjaya dalam mengendalikan program ini.

Kaedah yang menarik dan berkesan
Penggunaan jari lebih cepat dari mesin kira

Permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran malaysia dan Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kementerian Pelajaran Malaysia Tahun 2012


Kepada yang berkenaan dan yang berminat, sila klik di bawah :

  1. Permohonan Matrikulasi KPM 2012/2013 ( Tarikh tutup permohonan ialah 10 Oktober 2011).
  2. Permohonan SBP KPM 2012 (Tarikh tutup permohonan ialah 15 Oktober 2011)
Sekian, terima kasih.                                                                                                        

Koleksi soalan-soalan percubaan PMR 2011 seluruh negara

Untuk tindakan guru-guru berkenaan, sila muat turun soalan-soalan percubaan PMR 2011 seluruh negara di sini.

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN STPM 2011

Semua calon peperiksaan STPM 2011 SMK Dato'Penggawa Barat boleh memuat turun jadual waktu peperiksaan STPM 2011 di sini

Bertarung untuk Cemerlang " Percubaan SPM 2011" 6 Sept.2011


Peperiksaan Percubaan SPM bermula pada hari ini 6 Sept 2011,  seramai 217 calon menduduki peperiksaan tersebut yang dimulai dengan Bahasa Melayu 1. Seluruh warga SMKDPB mendoakan semoga berjaya dengan "Perfect Score".