Karnival Sekolah-sekolah Kluster peringkat negeri Johor 2012

18 Julai 2012 : Kebitaraan Matematikdan Hoki SMK Dato’ Penggawa Barat telah menyertai Karnival Sekolah-sekolahKluster peringkat negeri Johor yang diadakan di SMK Tinggi Kluang. Pelbagaiaktiviti dan pertandingan telah dianjurkan oleh pihak SMK Tinggi Kluang.Kebitaraan Matematik SMK Dato’ Penggawa Barat telah menyertai Kuiz MatematikMenengah Atas, Kebitaraan Hoki pula menyertai Pameran dan sepasukan tiga orang pelajartingkatan dua menyertai pertandingan Glider. Kuiz Matematik Berjaya meraihhadiah saguhati. Karnival yang meriah ini turut melibatkan pelajar-pelajarsekolah rendah sekitar daerah Kluang.

HARI KOKURIKULUM DAN HARI KOPERASI SMKDPB 2012

19 Julai – Sambutan Hari Kokurikulum dan Hari Koperasi SMK Dato’ Penggawa Barat telah berlangsung pada hari ini dengan jayanya. Sambutan ini telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran Yang Berbahagia Dato’ Md. Haron bin Rahim CEO Hasil Persada Sdn. Bhd. Beliau turut menyempurnakan majlis penutupan rasmi yang diadakan di Dewan Sri Gemilang pada pukul 2.00 petang.
Pelbagai aktiviti disediakan antaranya gerai jualan, permainan ‘indoor’ dan ‘outdoor’, perkhemahan, kawad kaki, ‘explorace’ dan sebagainya. Antara objektif Hari Kokurikulum dan Hari Koperasi diadakan adalah memupuk semangat bekerjasama dalam pasukan, mengembangkan minat dan bakat dalam aktiviti kokurikulum, melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai pemimpin dan menjadi ahli yang bertanggungjawab, membina kecerdasan mental dan kecergasan fizikal dan meningkatkan motivasi diri. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan aktiviti Hari Kokurikulum dan Hari Koperasi SMKDPB.

Hari Kokurikulum peringkat sekolah telah diadakan dengan pelbagai acara menarik telah disediakan. Antaranya adalah j
ualan pelbagai jenis makanan oleh
pelajar melalui gerai-gerai khas yang telah dibuka pada hari tersebut. Aktiviti ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 6.30 petang. Walaupun hampir semua peserta gerai berada dalam keletihan , namun senyum masih terukir di bibir mereka.

Semangat yang ditunjukkan ini amatlah positif dan dana yang dikumpulkan ini adalah untuk membantu program-program kelab diadakan tanpa bergantung kepada peruntukan yang terhad yang disdiakan oleh pihak sekolah. Sejumlah 30 peserta perkhemahan, 20 gerai jualan serta 20 aktiviti permainan, pertandingan dan demontrasi telah diadakan pada hari tersebut.

Pontian Seven a-Side Hockey Carnival 2012

17 July 2012 : Pontian Seven a-Side Hockey Carnival 2012 was held on the 17th of July 2012. A total of 26 teams took part in the solitary category which was the boy's and the girl’s under 10 and 14 category.


The SMK Dato' Penggawa Barat Hawkyers Club became the co-sponsor for this prestigious event. The participation from teams all over Pontian such as SSP, SDAHA, SMK Yunus Sulaiman, SMK Kayu Ara Pasong and others school has really promoted healthy sportsmanship and international friendship which is beyond age, ethnic, religion and political belief. Congratulations to the SMK Dato' Penggawa Barat A Team, Winners of the girl's under 14 category and SMK Kayu Ara Pasong Team Winners of the boy's under 14 category.

KEMPAS 2012

17 Julai 2012: Seramai 57 pelajar SMKDPB telah mengikuti Ujian Saringan bagi pemilihan peserta Kem Pendidikan Alam Semulajadi (KEMPAS) 2012 peringkat kebangsaan  di Kuala Lumpur, ajuran MOSTI dan Universiti Putra Malaysia. Ujian saringan telah dimulakan pada jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi. Hanya 3 orang pelajar yang terbaik akan mewakili Negeri Johor Darul Takzim ke peringkat Kebangsaan.

Hari Perbincangan Akademik 2012

13 Julai 2012 : Program transformasi berganda SMK Dato' Penggawa Barat diteruskan dengan Perjumpaan Perbincangan Akademik yang telah diadakan pada hari ini. Hampir 1000 ibubapa yang telah hadir menyertai program yang diadakan ini. Ibubapa juga telah diberikan motivasi dan keyakinan untuk mendorong dan membimbing anak-anak mereka yang terdiri dari murid-murid SMK Dato' Penggawa Barat untuk mencapai impian Sempurna A dan A+ bagi PMR, SPM dan STPM 2012.

PERTANDINGAN PENGUCAPAN AWAM


Tahniah dan syabas kepada Adik Mohamad  Hamdi ( 4 Anggerik) dan Adik Hazimah Izzati ( 4 Cemara ) kerana telah memenangi tempat Ke-2 dan Ke-3 dalam Pertandingan Pengucapan Awam anjuran bersama Syarikat Air Johor (SAJ), Jabatan Pelajaran Johor serta sokongan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) . Pertandingan yang diadakan di Dewan Sri Gemilang, SMK Dato’ Penggawa Barat telah disertai oleh 4 buah sekolah di daerah Pontian.

Senaman J-Robik 1M1S 2012


10 Julai 2012 : Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid selaras dengan ungkapanMinda Yang Cerdas Terletak Pada Tubuh Yang Sihat”. Bersukan memainkan peranan yang penting bagi melahirkan modal insan yang sihat, cergas dan produktif agar dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi negara. Justeru, program kecergasan J-Robik telah diadakan bertempat Dataran Munshi dan Dewan Seri Gemilang, SMK DatoPenggawa Barat. Pelbagai teknik senaman diperkenalkan bagi menarik minat murid-murid agar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif di sekolah dan juga di rumah.

Congratulations to the winners of the Solar Boat and Solar Car Competition

4 July 2012 : Congratulations to the SMK Dato' Penggawa Barat, Winners of the Solar Boat and Solar Car competition, Johor Science and Technology Festival.




Congratulations to all the winners from SMK Dato' Penggawa Barat :
Solar Car Competition
  •  Muhammad Zahin Iman b. Zabiddin
  •  Mohd. Aizat bin Zulkifli
  •  Suraj Singh a/l Kuldip Singh
Solar Boat Competition
  •           Sofreezan Shaufi bin Soprudin
  •           Khairul Anwar bin Mohd Saib
  •           Muhammad Afiq bin Mohamad Sani
Thanks to all of the participants of competition. 

Johor Science and Technology Festival 2012


3 July 2012 : Located at SMK Dato' Penggawa Barat, Pontian, Johor, Johor Science and Technology Festival is one of the many events planned by Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Apart from providing exposure related to the latest development in science and technology, it is also meant to promote and delivery the innovative ideas that can be accessed by the community. It is a festival that showcases science and technology with the same freshness and flair that would be expected from an arts festival. Events can be varied, including exhibitions, live demonstrations of experiments, guided tours and panel discussions as well as events linking science to the arts or history, such as plays and competition. The core content is of science and technology, but the style comes from the world of the arts. The exhibitions were attended by approximately 2000 people.

Tahniah Dan Syabas Kejayaan Johan Pertandingan Video Kreatif Negeri Johor 2012


30 Jun 2012 : Tahniah dan syabas diucapkan kepada adik Nurul Asyiqah bt. Mohammad Khidir, adik Alia Nadihah bt. Amir, adik Nor Faiqah Balqis bt. Mahmod dan Aina Syahzani bt. Izam di atas kejayaan mengharumkan nama sekolah, mendapat Johan  dalam Pertandingan Video Kreatif Negeri Johor " Satu Malaysia Membenteras Dadah". Pertandingan anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Johor telah diadakan di SK Tengku Abdul Rahman, Johor Bahru. Semoga kejayaan ini akan berterusan di peringkat kebangsaan bagi mewakili negeri Johor.