Majlis Penyerahan Bingkisan Istimewa : Kerja Rumah Terancang Cuti Pertengahan Tahun


Kerja rumah telah menjadi komponen yang penting dalam persekolahan di Malaysia. Walaupun terdapat banyak laporan yang menyatakan bahawa amaun kerja rumah yang diterima oleh pelajar agak berlebihan, tetapi dari sudut lain, kerja rumah dianggap berfaedah kerana dapat menyumbang kepada pencapaian yang tinggi. Justeru, sebagai satu inovatif pihak SMKDPB, satu majlis penyerahan Bingkisan Kerja Rumah Terancang kepada setiap wakil kelas dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 telah diadakan pada 27 Mei 2011.

Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

Barisan Tenaga Pengajar SMKDPB 2011
16 Mei 2011: Pada hari ini barisan semua guru SMKDPB mula berkumpul jam 7.30 pagi untuk diraikan dalam satu majlis rasmi iaitu Sambutan Hari Guru. Perarakan dengan paluan kompang mengiringi barisan tenaga pengajar ini hingga ke Dewan Seri Gemilang. Sebelum melangkah masuk silat menyambut telah dipersembahkan dengan gandingan pesilat-pesilat sekolah.

Aturcara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Bangsa Johor. Dalam majlis rasmi tersebut, 2 perutusan dari Menteri Pelajaran dan Pengarah KPM telah dibacakan oleh GPK Tg. 6 dan GPK 1. Dalam ucapan Tn. Pengetua walaupun ringkas tetapi cukup bermakna kepada semua warga SMKDPB di mana beliau mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua dan menyeru kepada semua agar meneruskan lagi matlamat sekolah untuk terus menuju kegemilangan.

Selesai acara rasmi di dewan semua guru diraikan dengan jamuan di Dewan makan Asrama. Cabutan nama bertuah anjuran Kelab Bilik Guru turut menyerikan lagi suasana majlis jamuan tersebut.

Selamat Hari Guru. Terima kasih cikgu.



Sambutan Hari Guru SMKDPB 2011 - The best home videos are here

Program Lawatan Penanda Aras di Kuala Terengganu pada 25 hingga 27 April 2011 Unit Prauniversiti, SMK DPB.




Program Verifikasi Instrumen PPKKPS 1/2011 & Rancangan Penambahbaikan Sekolah

Program ini telah diadakan pada 11 Mei 2011 bertempat di SMK Dato'Penggawa Barat, Pontian, Johor. Seramai 14 orang pengetua dan 77 orang guru besar daripada sejumlah 13 buah Sekolah Menengah Harian, sebuah Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan, 51 buah Sekolah Rendah Kebangsaan, 25 buah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan sebuah Sekolah Rendah Jenis kebangsaan Tamil telah berkumpul di SMK Dato'Penggawa Barat bagi menghadiri bengkel tersebut.

Lawatan Penanda Aras di Kota Bahru


Kenangan bersama Pentadbir di SMK Bachok dan Di MRSM Pasir Tumboh


13-15 Mei 2011: Seramai 30 oarang guru SMKDPB yang terdiri daripada PK Pentadbiran, PK HEM, PK Petang, 4 orang Guru Kanan, 9 orang Guru Cemerlang, 2 orang Kaunselor, Ketua-ketua Panitia dan Guru media dan perpustakaan serta Guru-guru penyelaras kecemerlangan PMR telah mengikuti satu rombongan untuk Lawatan Penanda Aras di Kota Bahru.

Dua buah sekolah telah menerima kehadiran kami iaitu MRSM Pasir Tumboh dan SMK Bachok.

MRSM Pasir Tumboh merupakan MRSM ranking pertama di Malaysia dalam PMR 2010 dengan GPS 1.0115. Beberapa rahsia kejayaan dikongsi bersama dengan penjelasan program-program kecemerlangannya.

SMK Bachok pula amat menyerlah dalam matapelajaran Bahasa Arab PMR di mana sekolah ini sentiasa mengekalkan keputusan 100% dalam Bahasa Arab. Dalam keputusan peperiksaan PMR 2010 yang lalu seorang pelajar keturunan cina Wee Soo Yen telah memperolehi keputusan A dalam Bahasa Arab. Pelajar ini telah menerima Anugerah Maulidur Rasul 2011 yang telah disampaikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong pada 15 Februari 2011.

Secara keseluruhannya objektif lawatan ini berjaya membuka minda guru-guru untuk menyerapkan idea-idea yang baik bagi kecemerlangan SMKDPB

Tahniah kepada penganjur lawatan atas usaha memartabatkan lagi kegemilangan SMKDPB.

Untuk mengenali lebih dekat lagi sila klik disini untuk laman web rasmi MRSM Pasir Tumboh dan di sini untuk SMK Bachok.




Lawatan Perkongsian Pintar - The best home videos are here

Tn.Hj Muhammad Nor bin Abdul Ghani Turun Padang ke Daerah Pontian


Seramai 14 orang pengetua dan 77 orang guru besar daripada sejumlah 13 buah Sekolah Menengah Harian, sebuah Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan, 51 buah Sekolah Rendah Kebangsaan, 25 buah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan sebuah Sekolah Rendah Jenis kebangsaan Tamil telah berkumpul di SMK Dato'Penggawa Barat bagi mendengar amanat dan motivasi Pengarah Pelajaran Negeri Johor, Tn.Hj.Mohammad Nor bin Abdul Ghani.


Mari Kita Bersama Menyanyikan Lagu Tema Hari Guru 2011

Majlis Apresiasi Sekolah Kluster Kecemerlangan pada 7 Mei 2011

7 Mei 2011: Majlis Apresiasi Sekolah Kluster Kecemerlangan peringkat sekolah telah dilangsungkan dengan penuh rasa kebanggaan kepada semua warga sekolah. Timbalan PPD Pontian, Tn. Hj. Ismail Bin Rosdi telah sudi menerima undangan untuk menyerahkan watikah pengiktirafan pada majlis tersebut.

Dalam ucapan Tuan Timbalan, PPD Pontian amat berbangga sekali dengan pengiktirafan ini lebih-lebih lagi ianya merupakan pengiktirafan pertama kategori sekolah harian di luar daerah Johor Bahru. Beliau mengingatkan kepada semua pelajar supaya prestasi akademik, kokurikulum dan sahsiah mestilah mencapai standard sekolah kluster untuk mengekalkan berada di SMKDPB. Begitu juga dengan komitmen guru, beliau percaya semua tenaga pengajar SMKDPB berada pada standard Guru Cemerlang.
 (sila klik di sini untuk persembahan power point Tn. Pengetua)

Majlis Perpisahan Hjh. Mariah dan Menyambut Kedatangan PK Pentadbiran, KB dan Staf Baru

6 Mei 2011: Kelab Staf Sokongan telah menganjurkan satu Majlis dengan menggabungkan 4 Agenda iaitu Majlis Perpisahan Pn. Hjh. Mariah, Kedatangan Staf Baru Noor Amienah, PK Pentadbiran baru En. Mohd Shapri dan Ketua Bidang Teknik Vokesional baru Pn. Mahani telah diadakan di Dewan Makan Asrama.

Majlis dimulakan dengan ucapan Tn. Pengetua dan seterusnya ucapan daripada yang diraikan Pn. Hjh.Mariah A. Rashid. Cenderahati sebagai tanda ingatan turut mengiri yang diraikan.

Majlis Apresiasi Sekolah Kluster Kecemerlangan SMK Dato'Penggawa Barat.


7hb Mei 2011 (Sabtu)
 8.00 pagi
 Dewan Seri Gemilang


Majlis Kecemerlangan Ko-Kurikulum Mingguan (Kawad Kaki 2011) pada 5hb Mei 2011


Ceramah 'Integriti Dalam Perkhidmatan Pendidikan (Guru)" pada 3 Mei 2011 bertempat di Bilik 'Wadah Informasi' SMKDPB.


Falsafah PIN

  1. Pelan Integriti Nasional (PIN) digubal dengan merangkumi semangat dan prinsip Perlembagaan Persekutuan. Hakikat kehidupan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama adalah suatu kurniaan dan kelebihan untuk dimanfaatkan. PIN juga menyerap falsafah dan prinsip Rukun Negara, iaitu membina masyarakat yang bersatu padu, adil, demokratik, liberal dan pro"gresif serta berpegang teguh pad a lima prinsip Rukun Negara. PIN turut dibimbing oleh falsafah dan cabaran Wawasan 2020 ke arah mewujudkan sebuah negara maju menurut acuan sendiri menjelang 2020.

  2. Sebagai sebuah pelan yang lahir selaras dengan aspirasi rakyat dan dilaksanakan untuk kesejahteraan mereka, PIN mencerminkan ciri-ciri khusus masyarakat dan negara Malaysia. Di samping itu, PIN mengambil kira perkembangan antarabangsat pengalaman negara-negara lain serta impak arus globalisasi.

  3. Ringkasnya, PIN adalah kesinambungan dan penterjemahan falsafah, prinsip, dan matlamat yang hendak dicapai dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara serta beberapa dasar strategik sebelum ini, di samping mengambil kira pelbagai perkembangan dan cabaran baru.
  4. Konsep

  5. PIN ialah sebuah pelan induk yang bertujuan memberikan hala tuju serta bimbingan kepada semua komponen atau sektor masyarakat dan negara. PIN juga memupuk, menyemai dan membaja sistem kehidupan masyarakat dan negara dalam usaha besar membina sebuah masyarakat yang bermoral dan beretika, sekaligus negara yang berintegriti.

  6. PIN merupakan suatu gagasan yang dicetuskan oleh pucuk pimpinan dengan sokongan padu rakyat pelbagai kaum, lapisan dan wilayah. Kerjasama antara semua pihak ini menjadi kekuatan bagi mengubah atau menambahbaik nilai dan amalan masyarakat serta institusinya.

  7. Pendekatan PIN ialah mengkoordinasikan usaha semua komponen dan sektor dalam gerakan pemantapan integriti. PIN memerlukan keseluruhan institusi governan negara iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman supaya meningkatkan integriti mereka, menghormati dan mempertahankan prinsip pemisahan kuasa, serta melaksanakan fungsi masing-masing dengan cekap, telus, adil dan berkesan. PIN juga memerlukan pelbagai komponen dan institusi dalam masyarakat supaya merangka dan melaksanakan program pemantapan integriti mereka. Sinergi pelaksanaan program integriti oleh semua komponen dan sektor tersebut akan dengan sendirinya menyumbang kepada pemantapan integriti seluruh masyarakat dan negara.
  8. Objektif Umum

  9. Objektif umum PIN ialah untuk merealisasikan hasrat Wawasan 2020, iaitu menjadi sebuah negara maju menurut acuan sendiri dengan "membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan diitunjangi oleh budi pekerti yang luhur.
  10. Objektif khusus

  11. Objektif khusus PIN adalah seperti berikut :
    • Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat bekerjasama dalam usaha besar membina masyarakat yang bersatu padu, berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika;
    • Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam usaha peningkatan integriti supaya integriti menjadi budaya masyarakat dan diamalkan dalam semua bidang;
    • Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat serta mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti;
    • Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara, dan peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat; dan
    • Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani cabaran abad ke-21 khususnya cabaran globalisasi dengan lebih berkesan
    Kesimpulan

  12. Penghayatan dan penterjemahan falsafah, prinsip dan objektif PIN oleh pelbagai sektor masyarakat dan negara sudah pasti akan menjadi suatu kekuatan yang ampuh bagi mengubah wajah masyarakat dan negara Malaysia. Kekuatan ini juga akan membolehkan Malaysia menangani cabaran baru abad ke-21 dengan lebih berkesan. Kesemua ini akan menyumbang kepada pencapaian cita-cita menjadi masyarakat maju mengikut acuan sendiri. 

Majlis Maulidur Rasul 2011 pada 19 Februari 2011


Sekolah Kecemerlangan Kluster


Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya. Sekolah Kluster diwujudkan bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia. Sekolah mestilah mencapai sekurang-kurangnya Taraf Cemerlang berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM).

Ceramah Motivasi Kearah Kecemerlangan PMR Pelajar Sesi Petang

3 Mei 2011: Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengatur satu program ceramah motivasi kepada pelajar sesi petang bagi memastikan kecemerlangan pelajar dapat dipertingkatkan dan seterusnya meningkatkan pencapaian PMR . Dengan menjemput penceramah yang amat berwibawa En. Hamid Bin Selamat Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan PPD Pontian, pelajar begitu teruja sepanjang ceramah beliau selama dua jam itu.

Secara keseluruhannya objektif program tersebut tercapai dan kami amat berterimakasih kepada PPD Pontian atas kerjasama yang diberikan.

Semakan Tawaran Ke Tingkatan Enam Bawah Tahun 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran Ke Tingkatan Enam Bawah Tahun 2011 boleh dibuat mulai 02 Mei 2011 di Portal KPM. Semakan melalui SMS juga boleh dibuat dengan menaip :

MOE<jarak>T6<jarak>[No_KP] dan hantarkan kepada 15888
Sekian, terima kasih.