PEMBELIAN BUKU KOPERASI SEKOLAH

 26 Januari 2021 - Pada hari ini berlangsung jualan buku tulis dan alatan  dari koperasi sekolah. Penjualan ini juga dilakukan secara 'Drive Thru' bagi mematuhi SOP yang ditetapkan. Tuan Pengetua turut turun padang bagi melihat proses penjualan buku dilakukan. Syabas dan tahniah kepada pihak koperasi sekolah.

 




 


AGIHAN BUKU TEKS

 25 Januari 2021 - Agihan Buku Teks kepada para pelajar dilakukan secara 'Drive Thru'  pada hari ini. Hal ini demikian bagi mematuhi SOP ketika pandemik yang melanda negara ketika ini. Segala agihan berjalan lancar seperti yangdirancang dengan kawalan para guru yang komited dan dedikasi.

 

 






SALAM TAKZIAH

 22 Januari 2021 - Seluruh warga SMKDPB merakamkan ucapan takziah kepada Pn Rashidah binti Hassan atas kepulangan suaminya ke Rahmatullah pada jam 11.30 malam 21 Januari 2021. Allahyarham En Rosman bin Bachok merupakan Pengetua SMK Taman Universiti.  Semoga Pn Rashidah serta keluarga tabah menghadapinya. 

Berikut merupakan ucapan salam takziah daripada Ketua Pengawas yang mewakili semua pelajar SMKDPB.





LAWATAN TIMBALAN PENGARAH PENDIDIKAN JOHOR

 21 Januari 2021- Lawatan pemantauan pembukaan sekolah oleh Tn Haji Omar bin Salleh, Timbalan Pengarah Pendidikan Johor (Sektor Pembangunan Murid) ke SMKDPB pada hari ini. Beliau meninjau SOP yang ditetapkan oleh KPM dan MKN. Beliau turut meninjau keadaan persekitaran sekolah termasuk asrama murid, dewan makan, padang, dewan dan bilik-bilik khas. Beliau turut diiringi En Muzakkir bin Mohd Sidek, Timbalan PPD Pembangunan Murid.

 


 

 

 


MESYUARAT GURU BIL.1/2021 (SECARA MAYA)

 

17 Januari 2021 - Mesyuarat Guru Kali Pertama 2021 telah diadakan secara maya melalui medium Google Meet. Cikgu Mohd Shaphri mempengerusikan mesyuarat pada hari ini. Mesyuarat ini dijadikan panduan kepada guru untuk menjalankan sesi PDPC dan PDPR  mengikut arahan dan norma baharu. Pematuhan terhadap SOP amat dititikberatkan oleh Tuan Pengetua agar semua warga SDPB terhindar  daripada Virus Covid-19. Semoga tahun 2021 menjadikan guru-guru lebih bersemangat dalam memastikan kemenjadian murid-murid.





PEMBELAJARAN SEWAKTU PKP (13/1/2021-26/1/2021)

 11 Januari 2021- Berdasarkan pengumuman YAB Perdana Menteri serta Takwim Penggal dan Cuti Persekolahan Tahun 2021, pengoperasian institusi pendidikan bawah KPM adalah tertakluk kepada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) atau Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sesuatu kawasan.

Berikut merupakan rumusan jadual pengoperasian institusi pendidikan semasa musim PKP, PKPB, PKPP.



TAHNIAH & TERIMA KASIH PN. RAHAYU , TAHNIAH DAN SELAMAT DATANG EN. ABD. AZIZ

 3 Januari 2021 - Tahniah diucapkan kepada Pn Rahayu binti Kamari, PK Kokurikulum SMKDPB yang dinaikkan pangkat sebagai PK HEM di SMK Dato' Mohd Yunus Sulaiman. Terima kasih selama menabur bakti di SMKDPB.

 

 

Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada Cikgu Abd Aziz bin Mohamed, GKMP dari SMK Dato' Mohd Yunus Sulaiman yang dinaikkan pangkat sebagai PK Kokurikulum di SMKDPB. 



Sesi serah tugas telah disempurnakan pada 10 Januari 2021 disaksikan Cikgu Mohd Shaphri bin Mohd Yusof, Pengetua SMKDPB.