SMKDPB DI AKHBAR BERITA HARIAN 26 APRIL 2012


26 April 2012: Tahniah kepada adik Nurul Najihah Bakar tingkatan 1di atas kejayaan mengharumkan nama sekolah dengan mendapat Johan Permainan SAHIBBA peringkat negeri Johor, kategori sekolah menengah. Dengan kemenangan tersebut adik Nurul Najihah Bakar telah membawa hadiah, sijil dan wang bernilai RM250. Pertandingan anjuran DPB dan JPN Johor ini telah diadakan di JPN Johor pada 24 April 2012. Semoga adik Nurul Najihah Bakar yang akan mewakili negeri Johor akan memperoleh Juara di peringkat Kebangsaan. Syabas dan tahniah.



BENGKEL KAJIAN TINDAKAN DAERAH PONTIAN 2012


25 April – Bengkel Penulisan Kajian Tindakan Sekolah-Sekolah Daerah Pontian telah dijalankan pada pagi ini di Dewan Gemilang, SMKDPB. Program  yang bermula pada pukul 7.45 pagi telah tamat pada pukul 4.30 petang. Program ini disertai seramai 267 orang guru dari semua sekolah di daerah Pontian. Program yang berlangsung sehari ini dirasmikan oleh Tn Hj Abd Wahid bin Md Yusof – Penolong PPD Unit Teknik dan Vokasional sementara majlis penutupan rasmi disempurnakan oleh Tn Hj Hashim bin  Mohd Dom – Pengetua SMKDPB merangkap Pengerusi Kajian Tindakan Daerah Pontian.  Penceramah program ialah Tn Hj Abd Kahar bin Ismail. Beliau turut dibantu oleh AJK Kajian Tindakan Daerah Pontian dan Guru-guru Cemerlang Daerah Pontian. Diharapkan para peserta dapat menyiapkan penulisan hasil Kajian Tindakan seperti tarikh yang ditetapkan. Sekian.


Pasukan Kawad Kaki KRS Perempuan: Naib Johan 2012

18 April 2012: Tahniah kepada pasukan kawad kaki KRS perempuan kerana telah dinobatkan sebagai Naib Johan Peringkat Daerah bagi tahun 2012 yang telah dijalankan di Dataran kawad SMK Telok Kerang.
Walaupun tidak selaku juara, tapi secara keseluruhannya, persembahan yang ditunjukkan oleh pasukan Kawad KRS Perempuan SMKDPB ini amat menarik sekali. Tahniah kepada semua yang terlibat.

SMKDPB DI DADA AKHBAR - BERITA HARIAN 23.4.12


HARI BUKU SEDUNIA


23 April- Sambutan Hari Buku Sedunia peringkat SMK Dato’ Penggawa Barat telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Hashim Mohd Dom (Pengetua - Sesi Pagi) dan En Ariffin bin Bajuri (PK Petang – Sesi Petang). Sambutan ini bertujuan menyedarkan pelajar dan warga SMKDPB khususnya tentang kepentingan buku dalam kehidupan seseorang.  Acara sambutan dipelbagaikan  dengan persembahan ulasan buku oleh pelajar, persembahan multimedia, derma buku dan pameran buku. Semoga warga SMKDPB dapat merealisasikan motto 1 HARI 1 BUKU.

Public Speaking Competition Daerah Pontian



18 April 2012 : Pertandingan Pengucapan Awam Bahasa Inggeris Daerah Pontian 2012 telah dijalankan pada 18 April 2012 bertempat di SMK Kayu Ara Pasong. Tahniah di atas kejayaan mendapat tempat ke-3 kepada saudari Nurliana binti Ariffin yang telah mewakili sekolah.

Semoga berjaya mewakili daerah Pontian pada tahun hadapan. Bersedialah dengan yang terbaik.



MAJLIS APRESIASI KITAR SEMULA 2012

18 April - Satu Majlis Apresiasi Kitar Semula 2012 telah diadakan pada hari ini bertujuan mengiktiraf SMKDPB sebagai penyumbang terbanyak kitar semula di negeri Johor. Program ini turut dihadiri oleh En. Zainal Fitri Bin Ahmad Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) Johor, Pegawai Pelajaran Daerah Pontian dan pegawai-pegawai PPSPPA. Para pelajar diingatkan agar "FIKIR DAHULU SEBELUM BUANG"

Dalam ucapan beliau, beliau mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada SMKDPB kerana Kelab Kitar Semula SMKDPB telah menyumbangkan bahan kitar semula tertinggi di Negeri Johor bagi tahun 2011.

Selamat Datang 4 Guru Pelatih UTM Skudai

19 Mac 2012: Seramai 4 orang guru pelatih daripada UTM Skudai telah melapor diri di SMK Dato' Penggawa Barat. Mereka akan berada di sini untuk menjalani latihan mengajar sehingga 29 Jun 2012. Pihak sekolah mengalu-alukan kehadiran mereka.

Guru yang dimaksudkan:

1. Cik Maliani Binti Mohamad @ Mat Lazim (Opsyen KHB)
2. Cik Nurul Janah Binti Abu Naim (Opsyen Matematik)
3. En. Mohd Azam Iskandar Bin Che Aziz (Opsyen KHB)
4. En. Muhammad Azri Bin Abd. Rahim (Opsyen Fizik)

Semoga mereka dapat menimba ilmu perguruan dengan sebaik-baiknya di sini dan menjadi seorang guru yang berwawasan serta berdedikasi.

Kejohanan Catur Peringkat Daerah 2012


15 April 2012 : Kejohanan Catur Peringkat Daerah 2012 telah diadakan di SMA (Arab) AN-Nur Benut pada 3 dan 4 April lepas. Sebanyak 4 kategori dipertandingkan. SMK. Dato’ Penggawa Barat telah menjadi johan bagi kategori Perempuan Bawah 18. Seramai 3 orang pelajar dari SMKDPB akan mewakili daerah pada 20 hingga 22 April ini di Mersing. Latihan pusat akan diadakan pada 17 hingga 19hb April ini di PKG Teluk Kerang pada pukul 8 hingga 3 petang untuk persiapan ke peringkat negeri. Tahniah diucapkan! Semoga pulangmu membawa kejayaan! Amin!
  • Nurul Farazilla binti Ab. Rahman (Tempat pertama - PB18)
  • Noor Faezun binti Mohd Khalil (Tempat ketiga - PB18)
  • Noraza binti Mohamad (Tempat ketiga - PB15)

PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK PMR, SPM & STPM 2012

14 April 2012 : Hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia sebagaimana yang telah dinyatakan dalam falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah jelas untuk menghasilkan generasi bangsa Malaysia yang mempunyai tahap kecemerlangan yang tinggi dari aspek emosi, rohani, intelek dan jasmani. Jesteru itu para ibubapa pelajar Sekolah Kluster SMK DBP, Pontian perlu diberi pendedahan yang sewajarnya tentang kecemerlangan pelajar agar mereka merasakan keterlibatan mereka dalam menentukan kecemerlangan anak-anak merupakan sumbangan yang paling utama, ibarat mutiara yang dimiliki, digilap suapaya terus berkilau. Program bermula dengan amanat YDP PIBG SMKDPB dan diikuti dengan ceramah kecemerlangan oleh Prof.Madya Dr.Husin bin Junoh. Program ini telah diadakan di Dewan Sri Gemilang, SMKDPB.

Kursus Kecemerlangan Akademik PMR, SPM & STPM 2012 Anjuran PIBG & SMK Dato' Penggawa Barat.

Tarikh : 14 April 2012
Masa : 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Tajuk : 'Kecemerlangan Anak Sepanjang Hayat'
Penceramah :  KUITTHO (Kolej Universiti Tun Husein Onn)

Semua ibubapa kelas peperiksaan (PMR, SPM & STPM) dijemput hadir.

SYARAHAN BAHASA MELAYU DAERAH PONTIAN 2012

9 APR - Pertandingan Syarahan Bahasa Melayu Daerah Pontian 2012 telah diadakan di SMK Sri Kukup. Peserta sekolah diwakili oleh Khairul Amri ( 3 Angsana ). Beliau memberikan persembahan terbaik dan mendapat Naib Johan dalam pertandingan ini. Beliau  mendapat sokongan ibu dan kakaknya yang turut hadir dalam majlis tersebut. Syabas dan tahniah!

Kejohanan Bola Baling MSSD Pontian Tahun 2012



9 April 2012: Kejohanan Bola Baling MSSD Pontian 2012 telah berlangsung di MRSM Pontian selama 3 hari bermula 3 April hingga 5 April 2012. SMK Dato’ Penggawa Barat telah menghantar 2 pasukan lelaki dan 2 pasukan perempuan. Pasukan Perempuan (A) telah berjaya mendapat JOHAN setelah menewaskan pasukan dari MRSM Pontian di peringkat suku akhir dan berjaya menewaskan pasukan dari SMK Dato’ Mohd Yunos Sulaiman di peringkat akhir. Kejayaan ini patut dibanggakan kerana sudah sekian lama SMK Dato’ Penggawa Barat tidak menggenggam kejuaraan ini. Diharap ini akan menjadi titik permulaan dan pembakar semangat kepada para pelajar yang lain untuk terus mengharumkan nama SMK Dato’ Penggawa Barat dalam bidang sukan. Tahniah diucapkan!
 

FESTIVAL INOVASI & KREATIVITI UTM 2012 (UTMOST IMAGINATION) 29 MAC 2012– 1 APRIL 2012


1 April 2012 : SMKDPB telah mengambil bahagian dalam beberapa pertandingan sempena Festival Inovasi & Kreativiti UTM (UTMost Imagination) yang berlangsung di Padang Kawad UTM. Antara acara-acara tersebut ialah


DC MOTOR CHALLENGE
MATH FAST AND FURIOUS
GRAVITY CHALLENGE
DEEP WATER FLOATING
CHEMISTRY PUZZLE
MINI TOWER COMPETITION
MENGHIAS KEK
CHEMICAL GARDEN

Dengan usaha dan latihan yang bersungguh-sungguh SMKDPB telah berjaya memenangi beberapa acara yang dipertandingkan. Tahniah, syabas dan terima kasih kepada peserta-peserta yang berusaha mengharumkan nama SMKDPB.


Berikut ialah antara kejayaan-kejayaan yang telah dicapai

Tempat ketiga dalam pertandingan Chemistry puzzle. Tewas kepada pasukan MRSM KULIM dan Matrikulasi Teknikal Pahang.
Cheng Zheng Yi
Yiauw Ding Ye



Tempat ketiga pertandingan Dc Motor. Tewas kepada Sek Men Vokasional Kluang dan Matrikulasi Teknikal Pahang
Mohd Aizat B Zulkifli
Sofreezan Shaufi B Soprudin
Muhammad Hafizuddin B Mohd Mumazaini

Johan dalam kedua-dua kategori yang dipertandingkan dalam acara Math Fast and Furious.
See Lee Xin

Johan dalam pertandingan Chemical Garden dengan menewaskan MRSM Kulim dan Sek Men Sains Kluang.
Norhaliza Bt Hamdan
Nur Fatin Amani Bt Aili
Nurhazirah Bt Abdullah.

FESTIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI 2012

7 APRIL 2012 - Festival Sains dan Teknologi Sekolah-sekolah Menengah Daerah Pontian telah diadakan di SMKDPB dan SMK Dato Ali Haji Ahmad. Sebanyak 11 acara telah dipertandingkan. Program ini bertujuan mencungkil bakat dan inovasi pelajar. Selain itu, festival ini juga bertujuan menarik minat pelajar mempelajari mata pelajaran Sains. Penutupan rasmi telah disempurnakan oleh  En Md Roslan bin Marjan dari PPD Pontian. Tahniah dan syabas kepada para pemenang.


Pertandingan - pertandingan yang akan dijalankan adalah seperti berikut:
  • - Teknologi Pelancaran Roket
  • - Solar Boat Race
  • - Solar Car Race
  • - Cooking With Nature
  • - Saintis Muda 
  • -Roket parachut
  • -Roket sasaran
  • -Roket Payload
  • Roket Rekabentuk
Sekali lagi sekolah kita telah meraih kejayaan antaranya ialah:
  1. Johan: ,'Solar Boat Race', 'Solar Car Race' ,'Chamical Garden'  dan 'Glider' Menengah Rendah ; 
  2. Naib Johan : Saintis Muda dan 'Glider' Menengah Atas ; 
  3. Ketiga: 'Solar Boat Race', 'Portable Cooking With Nature'  dan 'Chamical Garden'  

Sejak dilancarkan, pelbagai program dan aktiviti telah berjaya dilaksanakan menepati matlamat dan sasaran yang telah ditetapkan iaitu meningkatkan kesedaran dan memupuk kreativiti serta inovasi sebagai budaya hidup masyarakat Malaysia. 

PERTANDINGAN PESTA PANTUN DAERAH PONTIAN 2012

4 April 2012 : SMK Dato' Penggawa Barat telah menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Pesta Pantun Daerah Pontian 2012. Pertandingan ini berlangsung selama 2 hari dan berakhir pada 4 April 2012. Antara sekolah yang terlibat ialah:

SMK Seri Kukup, Pontian telah memenangi Johan Pertandingan Pesta Pantun Daerah Pontian 2012. Manakala SMK Dato'Penggawa Barat telah mendapat Naib Johan di dalam pertandingan tersebut.


Pantun merupakan satu puisi Melayu sejati. Pantun terpendek terdiri daripada dua baris yang mempunyai ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang sama dihujungnya. Baris-baris ini pula boleh dikumpulkan menjadi empat, enam ataupun lapan baris. Jarang terdapat pantun yang melebihi lapan baris dan pada kebiasaannya pantun terdiri daripada empat barisan.
Pantun terbahagi kepada dua bahagian sama banyak rangkapnya, iaitu bahagian pembayang dan diikuti pula dengan maksud pantun. Bahagian pembayang bagi pantun empat kerat terdiri daripada dua ayat pembayang dan dua ayat maksud, dan bagi pembayang pantun lapan kerat adalah empat ayat pembayang dan empat ayat maksud dan demikianlah seterusnya.

Program Kepimpinan Pelajar - Taman Negara Endau-Rompin PETA

30 Mac 2012 : Program Kepimpinan Pelajar anjuran Unit HEM dan Unit Kaunseling, SMK Dato'Penggawa Barat telah diadakan dengan hasrat untuk meningkat daya kepimpinan dan jati diri pelajar, khususnya bagi pemimpin kelab-kelab beruniform dan persatuan-parsatuan pelajar SMK Dato'Penggawa Barat. Program ini telah diadakan di Taman Negara Endau-Rompin Peta, Johor selama 3 hari bermula 30 Mac 2012 hingga 1 April 2012.
Taman Negeri Endau-Rompin merupakan salah satu daripada sebilangan kecil hutan hujan tropika tanah pamah di Malaysia. Terletaknya di legeh Sungai Endau dan Sungai Rompin di Johor bersempadan dengan Pahang, kawasan ini yang seluas 50,000 hektar (500 kilometer persegi) dianggar berumur sekitar 250 juta tahun.
Pelbagai jenis tumbuhan yang unik terdapat di sini seperti keruing, meranti, paku-pakis, periuk kera dan orkid hutan. Pada sekitar 1985, satu ekspedisi sains menemui 25 spesies tumbuhan yang baru.
Di Taman Negara Endau-Rompin juga terdapat banyak hidupan liar seperti harimau, gajah dan babi hutan,  Badak Sumbu Sumatera yang terbesar di dunia. Spesies tempatan yang lain termasuk binturung (bear cat) dan Ungka Tangan Putih (white handed gibbon) yang merupakan spesies mawas yang tunggal di kawasan ini. Di sini juga terdapat pelbagai jenis serangga dan burung yang jarang ditemui di tempat lain.
Terdapat juga banyak air terjun dan denai kecil di Taman Negeri ini. Air Terjun Buaya Sangkut dengan ketinggian 120 meter merupakan kawasan air terjun yang paling cantik. Ia ada lima tingkat dan mampu mengalirkan empat perpuluhan lima juta liter air seminit.
Kawasan ini juga penuh dengan mitos dan legenda dan telah menjadi sebuah kawasan rekreasi dan pelancongan yang mashyur di Malaysia. Ramai pelancong gemar menjejaki hutan ini, khususnya di habitat Jakun di mana mereka dapat mendengar cerita-cerita mitos hutan yang terpesona. Taman ini juga memberikan wawasan bernilai tentang budaya orang asli yang unik, teknik ketakatan serta kemahiran pemburuan dan pengesanan haiwan. .

Perkhemahan merupakan penginapan yang paling popular. Terdapatnya empat tapak perkhemahan yang dapat menampung kira-kira 300 ratus orang, yakni di Kuala Jasin, Batu Hampar, Upeh Guling dan Kuala Marong. Pada waktu sekarang, Taman ini tengah merancang untuk memberikan lebih kemudahan kepada pelancong selaras dengan matlamat untuk membentukkan taman negara ini sebagai destinasi pelancong yang utama.

Perjalanan ke Taman Negeri Endau-Rompin bermula dari Kampung Peta, iaitu sebuah perkampungan orang Hulu. Dari Kampung Peta, kami  menaiki bot kecil selama 40 minit untuk sampai ke kawasan perkhemahan Kuala Jasin. Dari sini, kami berjalan kaki kira-kira enam jam untuk sampai ke kawasan Air Terjun Buaya Sangkut.



Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Cawangan Negeri Johor di atas sumbangan tak terhingga yang telah diberikan diantaranya ialah  3 kenderaan pengangkutan ke Taman Negara,  2 pasukan perubatan  dengan kelengkapan  MOK (Medical Oxygen Kit), 10 anggota pakar pertolongan cemas dan khidmat bimbingan yang diberikan sepanjang aktivit-aktiviti yang diadakan.



BAHAS ALA PARLIMEN 2012


2 April 2012 – Pasukan Bahas Ala Parlimen SMK Dato’ Penggawa Barat muncul juara setelah menewaskan pasukan bahas SMK Sri Kukup. Pasukan SMKDPB yang diwakili oleh Muhammad Nur Syafiq Mohd Ali , Nuramira Mohd Ariffin, Nur Husna Ismail, Siti Noorseha Pairit dan Nurul Nasuha Mohd Mustafa telah menunjukkan persembahan yang meyakinkan para juri untuk muncul juara. Pasukan ini dibimbing oleh En Anuar Salleh dan Pn Sharifah Ain Hj Ali.
                Sebelum ini pasukan bahas SMKDPB telah menempuh perjalanan yang berliku sebelum sampai ke pertandingan akhir. Pada 23 Mac SMKDPB bertemu SMA An-Nur, dalam pertandingan ini SMKDPB diundi sebagai pembangkang berjaya mengalahkan SMA An-Nur . Muhammad Nur Syafiq dipilih sebagai pembahas terbaik.
                Seterusnya pada 26 Mac pasukan SMKDPB bertemu SMK Dato’ Mohd Yunus Sulaiman. Sekali lagi diundi sebagai pembangkang dan berjaya menewaskan SMKDMYS. Dalam pertandingan ini juga Muhammad Nur Syafiq dipilih sebagai pembahas terbaik.
                Mengakhiri perjalanan di peringkat daerah SMKDPB bertemu SMK Sri Kukup. Dalam undian yang dijalankan SMKDPB juga diberi peranan sebagai pembangkang dan berjaya mengenepikan saingan sengit daripada SMK Sri Kukup. Pembahas terbaik juga dirangkul oleh Muhammad Nur Syafiq.
                Tahniah diucapkan kepada pasukan bahas dan sekalung tahniah juga kepada Muhammad Nur Syafiq yang berjaya menjadi pembahas terbaik bagi ketiga-tiga perbahasan tersebut. Kepada guru pembimbing juga diucapkan tahniah. Juga tidak dilupakan kepada semua guru dan pelajar SMKDPB  yang  memberi  idea, buah fikiran, sokongan dalam apa jua bentuk. Kami amat menghargainya!
                Mohon doa restu dan sokongan warga SMKDPB kepada pasukan bahas yang akan bertanding di peringkat negeri pada 12 Apri 2012. Semoga pasukan ini akan terus mara ke peringkat yang lebih tinggi. Insyallah.

Bahas Guru Akhir Peringkat Negeri Sempena Hari Guru 2012

31 Mac 2012: SMKDPB dipilih sebagai tuan rumah Pertandingan Akhir Bahas Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sempena Hari Guru peringkat Negeri Johor.

Pada Majlis Penutup Ketua Sektor Akademik Pn. Hjh. Saadiah Said selaku wakil rasmi Tuan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Johor telah melapangkan masa untuk hadir bagi menutup rasmi majlis tersebut.

Tuan PPD Pontian, warga PPD Pontian, Pengetua-pengetua sekolah-sekolah daearah Pontian turut hadir memberikan sokongan.

Terima kasih kepada semua jawatankuasa daripada semua sekolah menengah daerah Pontian yang bertindak bagi menjayakan majlis dengan jayanya.