PENGUMUMAN SEMASA

Assalamualaikum wbt dan Salam Muafakat Johor, JEMPUTAN "MAJLIS JEJAK KASIH BEKAS PELAJAR TN.HJ HASHIM BIN MOHD DOM PADA 19HB OGOS 2017, JAM 2.00 PETANG
HUBUNGI :ISMAIL BIN HJ AHMAD : 0137257475 SEBARANG SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN MELALUI AKAUN MAYBANK (151025740046-ISMAIL BIN JH AHMAD)

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PUSTAKAWAN DAN PRS 2016

20hb April 2016 : Majlis Penyampaiann Watikah Pustakawa Sekolah dan Pembimbing Rakan Sebaya telah disempurnakann oleh Tn Hj. Hashim bin Mohd Dom sebagai satu pengiktirafan dan penghargaan ihak sekolah terhadap pengorbanan, komitmen dan tanggungjawab yang diberikan oleh mereka yang terpilih berkenaan.


KUIZ ASEAN 2016


LAWATAN KE ASPURA DAN ASPURI BERSAMA HOMEROOM 2016

 

8 APRIL 2016 - Satu lawatan ke asrama putra dan asrama putri bersama homeroom telah direalisasikan pada pagi ini. Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat dan memantau  setiap bilik asrama. Turut hadir pada pagi ini Pn Siti Hasnah Bahari (PK HEM), Pn Rohati Sood (PK KOKO) ketua-ketua bidang serta guru homeroom. Tahniah kepada para pelajar Aspura dan Aspuri, semoga kebersihan dan keceriaan ini diteruskan setiap hari. terima kasih juga kepada guru-guru yang hadir.













JOHAN BAHAS ALA PARLIMEN DAERAH PONTIAN 2016


7 APRIL 2016 - Pertandingan Bahas Ala Parlimen Daerah Pontian 2016 peringkat akhir telah diadakan di Dewan Seri Gemilang, SMKDPB Pontian. Pertandingan akhir ini menemukan pasukan bahas SMK Dato' Mohd Yunus Sulaiman (Pembangkang) dan SMK Dato' Penggawa Barat (Kerajaan). Usul yang dibawa oleh pihak kerajaan ialah Institusi Keluarga Membentuk Modal Insan Sempurna. Usul ini dibahaskan  dan akhirnya diterima. Oleh hal demikian, SMKDPB telah dinobatkan sebagai Johan dan pembahas terbaik dimiliki oleh Siti Hajar Mazlan (SMKDPB). Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan semoga berjaya membawa nama Daerah Pontian ke peringkat seterusnya.


KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2016

6hb April 2016: Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) merupakan satu aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertujuan untuk mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan dalam kalangan murid.

Program KM1M yang akan berlangsung selama 3 hari iaitu 4, 5 dan 6 April 2016 di  SMK Dato' Pengawa Barat. Pelbagai aktiviti telah diadakan sempena KM1M ini diantaranya ialah sepeti dibawah :
                                                                        I.        Pertandingan Pemimjam buku terbanyak
                                         II.        Pertandingan Menulis Sajak Sukan
                                        III.        Pertandingan Menjawab Silang Kata
                                        IV.        Pertandingan Mencipta Silang Kata
                                        V.        10 Minit bersama buku
                                       VI.        Persembahan Bahas Ala Parlimen
                                      VII.        Kuiz spontan – Pengetahuan Am
                                     VIII.        Persembahan Kior Lagu Nilam dan Lagu Mari membaca .
                                       IX.        Persembahan Sajak
                                        X.        Majlis Pelancaran KM1M