SETITIS TINTA PENGETUA

Assalamualaikum wbt dan Salam Muafakat Johor,
Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam Muafakat Johor. Bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia serta izin-Nya, kita dapat meneruskan khidmat bakti di sekolah tercinta ini. Semoga kegemilangan dan kejayaan terus menerangi kehidupan kita semua yang mempunyai amanah besar untuk meningkatkan akses pendidikan berkualiti di sekolah kita. Marilah kita memperbaharui tekad dan menyuntik semangat baru dalam melonjakkan kecemerlangan SMK Dato Penggawa Barat pada tahun 2018 dan tahun- tahun yang mendatang. Sesungguhnya, sekolah adalah nadi utama dalam usaha membangunkan modal insan yang memacu kemajuan negara pada masa hadapan. Matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju amat bergantung kepada keupayaan warga sekolah terutamanya para pendidik yan berpengetahuan kelas pertama, berketrampilan dan berdaya saing yang sihat bagi melakar pembangunan modal insan dalam kalangan murid SMK Dato Penggawa Barat berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Para pendidik harus mempunyai hala tuju yang jelas dan mengutamakan aktiviti peningkatan profesionalisme agar mampu memberi impak yang tinggi terhadap kecemerlangan anak didik dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah. Dalam menghadapi persaingan pada peringkat global, kejayaan sesebuah sekolah amat bergantung pada pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang dimiliki oleh warga sekolah. Oleh itu, setiap warga pendidik perlu meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran serta melipatgandakan usaha bagi melahirkan modal insan yang berilmu, kreatif dan inovatif untuk mengisi keperluan masa kini dan masa hadapan. Bagi memastikan kelangsungan pembangunan pendidikan, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) dilaksanakan. Pelan ini melakarkan visi sistem pendidikan dan murid yang memenuhi keperluan negara pada masa hadapan. Pelan ini berhasrat mencapai lima keberhasilan teras pendidikan bagi menentukan kejayaan sistem pendidikan. Lima aspirasi sistem pendidikan Malaysia ialah akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Justeru, PPPM juga telah menyusun transformasi yang dilaksanakan dalam tiga gelombang. Gelombang pertama memberi sokongan kepada para pendidik, gelombang kedua mempercepat peningkatan kemajuan sistem, dan gelombang ketiga ialah beranjak ke arah kecemerlangan dengan peningkatan keluwesan operasi. Oleh itu, sebagai pendidik kita hendaklah menerima transformasi ini dengan minda yang terbuka dan melaksanakannya bagi mencapai visi yang dihasratkan. Pengajaran yang berkesan melibatkan proses memindahkan ilmu oleh guru di samping memperkembang potensi murid. Bagi murid, pembelajaran merupakan suatu proses mengumpul maklumat dan pengalaman secara berterusan. Dalam hal ini, pengintegrasian ICT dalam PdPc memberikan kesan berganda kepada murid-murid bagi melahirkan murid yang kreatif dan inovatif. Oleh hal yang demikian, pelbagai aplikasi seperti e-pembelajaran, sidang video dan pelbagai inovasi teknologi yang diperkenalkan amat relevan dengan keperluan semasa murid kerana teknologi ini membolehkan murid mendapat maklumat dalam masa yang singkat. Dalam era globalisasi, warga sekolah semestinya melengkapkan diri dengan maklumat terkini supaya dapat bertindak balas terhadap pembangunan teknologi baru. Kejayaan-kejayaan yang dilakar selama ini adalah disebabkan pengamalan budaya kerja cemerlang oleh semua warga sekolah ini. Budaya kerja ini bukan sahaja dapat melahirkan golongan pendidik dan murid yang berdedikasi tetapi juga memberi impak yang besar kepada ‘output’ dan ‘outcome’ hasil daripada pengamalan budaya kerja tersebut. Diharapkan generasi yang dihasilkan kelak adalah golongan murid yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik tetapi merangkumi semua aspek kehidupan sebagaimana yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga SMK Dato Penggawa Barat dalam memberikan sumbangan kepada pihak sekolah. Segala usaha murni ini perlu diteruskan lagi agar mencapai kejayaan yang lebih cemerlang seterusnya dapat menyumbang bakti pula kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat hendaklah dijadikan amalan. Semoga segala tugas yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Ingatlah, orang hebat mampu melahirkan beberapa karya berkualiti, tapi guru berkualiti mampu melahirkan ribuan orang hebat. Selamat menjalankan tugas kepada semua warga SMK Dato Penggawa Barat, moga 2018 kita berada di mercu. Yakinlah dan pastikan SDPB MENJUARAI.
MOHD SHAPHRI BIN MOHD YUSOF

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1437H/2016M

27 JANUARI 2016 - Sambutan Maulidur Rasul peringkat SMK Dato' Penggawa barat telah diadakan dengan gilang-gemilang . Ceramah Maulidur Rasul saw telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Kamal bin  Mohd Said Pengarah Pendidikan Rawatan Nurul Muhibbin, Kluang, Johor D.T. Antara aktiviti yang diadakan sepanjang majlis ini ialah bacaan Quran, sajak, syair, qasidah, tayangan slide, nasyid, ceramah, anugerah tokoh guru dan tokoh pelajar serta jamuan. Majlis ini telah mendapat sambutan yang padu oleh para pelajar dan guru-guru .
















LARIAN RIA 2016

17 Jan 2016 - SMK Dato' Penggawa barat telah mengadakan Larian Ria yang telah dirasmikan oleh pengetua cemerlang , Tn Hj hashim Bin Mohd Dom . Jumlah mata yang diperoleh menobatkan rumah Panglima sebagai johan keseluruhan bagi acara larian ria ini .




t

PELANCARAN NILAM PERINGKAT SMK DATO' PENGGAWA BARAT

17 Jan 2016- Majlis Pelancaran NILAM telah diadakan di Dewan Sri Gemilang yang dirasmikan oleh pengetua cemerlang , Tn Haji Hashim Bin Mohd Dom . Semoga tahap pembacaan pelajar dapat ditingkatkan .



MAJLIS PERPISAHAN PN CHONG

14 JANUARI 2016 bertempat di Dewan Sri Gemilang SMK Dato' Penggawa Barat telah diadakan Majlis Perpisahan Guru Cemerlang Fizik yang diraikan Pn Chong . Semoga perpindahan beliau menjadi satu permulaan yang baru dan terbaik .



INNOVATIFE PRACTICES IN EDUCATION AND INDUSTRY EXHIBITION 2016


# PELAJAR YANG BERMINAT SILA HUBUNGI CIKGU RASHID SAINI SEBELUM 31 JANUARI 2016

CERAMAH KESELAMATAN OLEH POLIS PONTIAN 2016

4 Januari 2016 - Ceramah berkaitan aspek keselamatan oleh pihak polis Pontian telah diadakan pada pagi ini. Ceramah disampaikan oleh ASP Miserang bin Busno - Pegawai Perhubungan Sekolah. Beliau memberi beberapa tips berkaitan langkah keselamatan yang perlu diambil oleh para pelajar. Semoga para pelajar mendapat manfaatnya.









PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN SATU 2016 DAN PENDAFTARAN ASRAMA

2 Januari 2016 - Majlis Pendaftaran Pelajar Tingkatan Satu 2016 telah diadakan pagi ini di Dewan Seri Gemilang, SMKDPB. Majlis perasmian disempurnakan oleh Tn Hj Zaidi ( Timbalan PPD Pontian ). Seramai 128 orang pelajar tingkatan satu mendaftar pada hari ini. Tahniah dan syabas kerana anda terpilih ke SMKDPB- Sekolah Berprestasi Tinggi. Semoga legasi kecemerlangan anda diteruskan di sini.





 















MAKLUMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT 2016

SILA BAWA:
1. FAIL PERIBADI
2. SALINAN KEPUTUSAN PT3 ( 2 SALINAN)
3. SALINAN KAD PENGENALAN ( 2 SALINAN)
4. SALINAN KAD PENGENALAN IBU DAN BAPA ATAU PENJAGA ( 2 SALINAN )
5. SALINAN SLIP GAJI TERKINI IBU DAN BAPA ATAU PENJAGA ( 2 SALINAN )
6. BUKU REKOD KESIHATAN.
7. BUKU NOTA INTELEKTUAL

ARAHAN: PN SHARIFAH AIN ( Penyelaras Tingkatan Empat)