PERHATIAN KEPADA LEPASAN SPM 2016

31.1.2017 - PELAJAR-PELAJAR LEPASAN SPM 2016 YANG INGIN  MENYEMAK MARKAH PAJSK, SILA DATANG KE SEKOLAH ESOK ( 1 FEBRUARI 2017 )  JAM 9.00 PAGI HINGGA 12.00 TENGAH HARI. SILA BERJUMPA CIKGU HAFZANISA DI BILIK GURU AMAN. SEKIAN. 

# SILA MAKLUMKAN KEPADA RAKAN YANG LAIN.

MAJLIS MERAIKAN TAHUN BARU CINA ANJURAN KEBIRU

24 Jan 2017: MAJLIS JAMUAN " POT LUCK " SEMPENA TAHUN BARU CINA 2017

HARI.  : Selasa
MASA : mulai 9.00pg
Tempat: BILIK GURU Aman.

#gongxifacai
#bantukebirubantuguru




MAJIS SAMBUTAN ULANG TAHUN KELAHIRAN GURU-GURU BULAN JANUARI

22 Januari 2017: Majlis Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Guru-Guru Bulan Januari telah diadakan dan disampaikan oleh Puan Hajah Zainuriah Binti Aman. Anjuran ini telah diadakan oleh ahli kelab Kebiru.


CERAMAH PROTOKOL & PENGENDALIAN PERHIMPUNAN KOKURIKULUM

18 Januari 2017: Ceramah ini disampaikan oleh Encik Khairul Akmar dari unit kokurikulum Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ)




MAJLIS APRESIASI PENGAKAP LAUT KUMPULAN 14 PERINGKAT SEKOLAH 2017

15 Jan 2017: Majlis apresiasi ini diadakan bagi memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada semua warga Pengakap SMKDPB yang telah memberi sumbangan yang besar bagi memaju dan menaikkan imej pengakap sekolah ini di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. En. Anuar Salleh telah mendapat Anugerah Pemimpin Kumpulan Pengakap Terbaik Malaysia 2016 manakala, En. Suhizulhisam Keliwon telah mendapat Anugerah Pemimpin Pengakap Remaja Terbaik Malaysia 2016. SMK Dato' Penggawa Barat telah dinobat sebagai Kumpulan Pengakap Terbaik Malaysia 2016.



MAJLIS PELANCARAN BULAN MEMBACA PERINGKAT SEKOLAH 2017

8 januari 2017: Majlis pelancaran bulan membaca peringkat sekolah telah diadakan bagi mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu melalui pembacaan di peringkat sekolah. Majlis telah disempurnakan oleh Tn. Haji Hashim bin Mohd. Dom, pengetua cemerlang SMKDPB. Majlis dihiasi dengan ulasan buku Bahasa Melayu, persembahan deklamasi sajak, ulasan buku Bahasa Inggeris dan pelancaran oleh pengetua dan diakhiri dengan gimik Pelancaran Program Membaca.