SETITIS TINTA PENGETUA

Assalamualaikum wbt dan Salam Muafakat Johor,
Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam Muafakat Johor. Bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia serta izin-Nya, kita dapat meneruskan khidmat bakti di sekolah tercinta ini. Semoga kegemilangan dan kejayaan terus menerangi kehidupan kita semua yang mempunyai amanah besar untuk meningkatkan akses pendidikan berkualiti di sekolah kita. Marilah kita memperbaharui tekad dan menyuntik semangat baru dalam melonjakkan kecemerlangan SMK Dato Penggawa Barat pada tahun 2018 dan tahun- tahun yang mendatang. Sesungguhnya, sekolah adalah nadi utama dalam usaha membangunkan modal insan yang memacu kemajuan negara pada masa hadapan. Matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju amat bergantung kepada keupayaan warga sekolah terutamanya para pendidik yan berpengetahuan kelas pertama, berketrampilan dan berdaya saing yang sihat bagi melakar pembangunan modal insan dalam kalangan murid SMK Dato Penggawa Barat berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Para pendidik harus mempunyai hala tuju yang jelas dan mengutamakan aktiviti peningkatan profesionalisme agar mampu memberi impak yang tinggi terhadap kecemerlangan anak didik dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah. Dalam menghadapi persaingan pada peringkat global, kejayaan sesebuah sekolah amat bergantung pada pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang dimiliki oleh warga sekolah. Oleh itu, setiap warga pendidik perlu meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran serta melipatgandakan usaha bagi melahirkan modal insan yang berilmu, kreatif dan inovatif untuk mengisi keperluan masa kini dan masa hadapan. Bagi memastikan kelangsungan pembangunan pendidikan, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) dilaksanakan. Pelan ini melakarkan visi sistem pendidikan dan murid yang memenuhi keperluan negara pada masa hadapan. Pelan ini berhasrat mencapai lima keberhasilan teras pendidikan bagi menentukan kejayaan sistem pendidikan. Lima aspirasi sistem pendidikan Malaysia ialah akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Justeru, PPPM juga telah menyusun transformasi yang dilaksanakan dalam tiga gelombang. Gelombang pertama memberi sokongan kepada para pendidik, gelombang kedua mempercepat peningkatan kemajuan sistem, dan gelombang ketiga ialah beranjak ke arah kecemerlangan dengan peningkatan keluwesan operasi. Oleh itu, sebagai pendidik kita hendaklah menerima transformasi ini dengan minda yang terbuka dan melaksanakannya bagi mencapai visi yang dihasratkan. Pengajaran yang berkesan melibatkan proses memindahkan ilmu oleh guru di samping memperkembang potensi murid. Bagi murid, pembelajaran merupakan suatu proses mengumpul maklumat dan pengalaman secara berterusan. Dalam hal ini, pengintegrasian ICT dalam PdPc memberikan kesan berganda kepada murid-murid bagi melahirkan murid yang kreatif dan inovatif. Oleh hal yang demikian, pelbagai aplikasi seperti e-pembelajaran, sidang video dan pelbagai inovasi teknologi yang diperkenalkan amat relevan dengan keperluan semasa murid kerana teknologi ini membolehkan murid mendapat maklumat dalam masa yang singkat. Dalam era globalisasi, warga sekolah semestinya melengkapkan diri dengan maklumat terkini supaya dapat bertindak balas terhadap pembangunan teknologi baru. Kejayaan-kejayaan yang dilakar selama ini adalah disebabkan pengamalan budaya kerja cemerlang oleh semua warga sekolah ini. Budaya kerja ini bukan sahaja dapat melahirkan golongan pendidik dan murid yang berdedikasi tetapi juga memberi impak yang besar kepada ‘output’ dan ‘outcome’ hasil daripada pengamalan budaya kerja tersebut. Diharapkan generasi yang dihasilkan kelak adalah golongan murid yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik tetapi merangkumi semua aspek kehidupan sebagaimana yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga SMK Dato Penggawa Barat dalam memberikan sumbangan kepada pihak sekolah. Segala usaha murni ini perlu diteruskan lagi agar mencapai kejayaan yang lebih cemerlang seterusnya dapat menyumbang bakti pula kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat hendaklah dijadikan amalan. Semoga segala tugas yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Ingatlah, orang hebat mampu melahirkan beberapa karya berkualiti, tapi guru berkualiti mampu melahirkan ribuan orang hebat. Selamat menjalankan tugas kepada semua warga SMK Dato Penggawa Barat, moga 2018 kita berada di mercu. Yakinlah dan pastikan SDPB MENJUARAI.
MOHD SHAPHRI BIN MOHD YUSOF

PENGUMUMAN

MESYUARAT AGUNG PIBG 2018 TARIKH : 24HB FEBRUARI 2018 MASA : 8.00 PAGI TEMPAT DSG

MAKLUMAT TERKINI

MAKLUMAT TERKINI:

1. GOTONG-ROYONG KELAS/ TINGKATAN AKAN DIADAKAN SEPERTI JADUAL ASAL IAITU PADA HARI ESOK 1 JANUARI 2015 BERMULA JAM 8.30 PAGI - 12.00 T.HARI.

2. PENGAGIHAN BUKU TEKS TINGKATAN LIMA (5) JUGA AKAN DIADAKAN PADA HARI ESOK 1 JANUARI 2015 BERMULA JAM 8.30 PAGI.

3. PENDAFTARAN TINGKATAN SATU DAN PENDAFTARAN ASRAMA KEKAL PADA TARIKH 10 JANUARI 2015.

4. SEGALA PINDAAN AKTIVITI YANG DIJADUALKAN PADA 4 JANUARI - 8 JANUARI 2015  DIBATALKAN

SEKIAN UNTUK TINDAKAN DAN MAKLUMAN. TERIMA KASIH.  



     
                         
                     

ICOMPEX 2015


* Pelajar yang berminat sila hubungi En Rashid bin Saini.

SENARAI PELAJAR MENGIKUT KELAS TINGKATAN 5 2015

Sila klik disini

PERHATIAN : KEPUTUSAN PT3 2014

PELAPORAN PT3 bagi calon PT3 2014 boleh diperoleh/diambil :

                Tarikh  : 22 Disember 2014
                Masa    : 10.00 pagi hingga 12.00 Tengah hari
                Tempat : Dewan Sri Gemilang

Nota : Pakaian Baju Seragam sekolah / Baju Sukan Sekolah

NOTIS MESYUARAT GURU


JAMBORI ANTARABANGSA PENGAKAP PERAK 2014

24-30 November 2014 - Bertempat di pantai peranginan Teluk Batik, Lumut, Perak, Pengakap Laut Kumpulan 14 Pontian dari SMK Dato’ Penggawa Barat telah menyertai Jambori Pengakap Antarabangsa Perak ( Perak International Jamboree 2014). Seramai 32 orang ahli-ahli pengakap diiringi oleh Cg Anuar Salleh, Cg Mohd Zaid bin Man dan Cg Nurul Hafsah bt Abu Sajid berkampung selama 7 hari 6 malam di Teluk Batik, Perak.

Jambori Pengakap yang berstatus antarabangsa ini dirasmikan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Bertemakan Apreasisasi Budaya dan Pelancongan, jambori ini turut disertai oleh pengakap-pengakap dari luar negara iaitu Brunei, Indonesia, Khazastan, Thailand, Filipina, Cambodia, Mexico, Singapura dan Libya.  Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang jambori antaranya  seperti tarian, pakaian tradisional, aktiviti lasak, aktiviti lawatan ke Pulau Pangkor, Lawatan ke kapal TLDM, lawatan ke Paya Bakau dan sukan rakyat.
Pelbagai pertandingan diadakan dan Kontinjen Negeri Johor telah mendapat tempat pertama dalam acara tarian tradisional, tempat kedua dalam pertandingan pintu gerbang, tempat ketiga dalam acara pakaian tradisional dan tempat kelima dalam acara fotografi. Kejayaan ini membolehkan Kontinjen Negeri Johor dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Jambori Pengakap Antarabangsa Perak.
Para pelajar yang menyertai jambori ini turut memperoleh Sijil Penyertaan dan Sijil Pencapaian untuk Anugerah Aman Jaya ( Sijil ini diberi kepada 400 peserta terbaik daripada 7100 peserta yang mampu menyelesaikan aktiviti yang disertai dan seramai 32 orang ahli pengakap SMKDPB memperolehnya)
Tahniah kepada ahli-ahli Pengakap Kumpulan 14 Pontian @SMK Dato’ Penggawa Barat. Semoga Pengakap SMKDPB terus maju. Sekali Berpengakap Selamanya Berpengakap.





 BERSAMA PRAMUKA, INDONESIA
 TAKLIMAT DI ATAS KD HANG TUAH




 TURUN DARI KD HANG TUAH
 PENERANGAN OLEH LASKAR




 PINTU GERBANG JOHOR
 MALAM PENGAKAP BERSELAWAT




 TERMINAL JETI KE PANGKOR
 PERASMIAN OLEH SULTAN PERAK
 




 ANUGERAH AMAN JAYA
 MENYAMBUT PENGAKAP KHAZASTAN



SENARAI PELAJAR TINGKATAN 2 DAN TINGKATAN 3 TAHUN 2015

           Pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 bagi sesi 2014 boleh menyemak kedudukan kelas masing-masing untuk sesi persekolahan tahun 2015.

TINGKATAN 2 (TAHUN 2015)

TINGKATAN 3 (TAHUN 2015)

PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG ( 3 NOV 2014)


Unit Bimbingan & Kaunseling  dan Kelab Moral SMKDPB telah menjalankan  Program KAMI PRIHATIN WARGA EMAS &  Program KAMI SAYANG ANAK ISTIMEWA & ORANG TUA pada 3 November 14.

5 Pelajar Islam ; Muhammad Haziq , Mohamad Syazwan, Anis Eliisa,Nor Azlin, dan Azfareen Azrith telah dibawa oleh Pn.Ummu Atiqah dan Hjh.Zaiton ke Kampung Sungai Bunyi untuk bertemu mesra 5 penduduk warga emas . Manakala Cik Leng Soe Yee telah membawa 4 pelajar , Tan Yi Yang,Chua Jing Ning,Lau kai Yee dan Tiew Jia Qi ke Rumah Orang Tua & Kanak-kanak Istimewa Saleng, Kulai.

Buah tangan dari unit Bimbingan & Kaunseling dan Kelab Moral telah diserahkan sebagai tanda prihatin.

            Program ini bertujuan untuk menerapkan perasaan berkasihsayang dan prihatin kepada warga emas dan insan yang kurang bernasib baik. Program ini juga dapat  melahirkan pelajar yang bersyukur terhadap apa yang sedang mereka miliki iaitu kesempurnaan jasad mereka dan keluarga yang lengkap dan bahagia. Peserta pelajar juga diharap dapat belajar bersungguh-sungguh dan bertekad apabila berjaya dalam hidup dapat memberi  manfaat kepada orang lain.Berkongsi nikmat kehidupan bersama  orang lain sangat digalakkan dalam Islam kerana  apabila mati anak Adam sedekah jariah akan membantunya di alam barzah.