TAHNIAH JOHAN HOKI PEREMPUAN B18 & NAIB JOHAN HOKI LELAKI B18 KEJOHANAN HOKI DAERAH PONTIAN 2014

29 April 2014 : Tahniah dan syabas kepada pasukan Hawkeyers SDPB menjuarai di atas pencapaian seperti di atas. Tahniah kerana berjaya mengekalkan tiga tahun berturut-turut menjuarai Hoki B18 perempuan peringkat daerah.

PENDAFTARAN PELAJAR BARU TINGKATAN 6 SESI 2014

Semua pelajar yang ditawarkan ke Tingkatan 6 diminta mendaftar di Sekolah Pusat Tingkatan 6 (SMK Bandar Pontian, Taman Megah, Pontain) seperti pada ketepan di bawah:

  • Tarikh   : 5 Mei 2014
  • Masa    : 8.30 pagi
  • Pakaian : Smart, Kasual/Uniform sekolah lama
  • Wang Secukupnya RM85
  • Dokumen yang perlu:
    1. Surat Tawaran
    2. Salinan yang disahkan:
      • Kad pengenalan
      • Sijil Beranak/kelahiran
      • Slip SPM
      • Slip SPM
      • Sijil berhenti sekolah

Sekian, Harap maklum.


PERKHEMAHAN LENCANA AHLI BOT PENGAKAP LAUT 2014


24-26 April – Perkhemahan Lencana Ahli Bot  Pengakap Laut telah diadakan di Kem Awal Marin, Rambah yang melibatkan 50 peserta dan 20 orang pemimpin. Pengakap Kumpulan 14 Pontian telah menghantar  5 orang peserta. Perkhemahan yang julung-julung kali diadakan di negeri Johor  oleh Pesekutuan Pengakap Malaysia (PPM) Unit Laut Daerah Pontian. Tujuan perkhemahan ini diadakan adalah untuk melatih ahli-ahli pengakap laut supaya dapat mengetahui keselamatan di air, pengendalian bot dan enjin, komunikasi laut, Bosun’s call, simpulan dan sejarah kepelautan. Pelbagai aktiviti diadakan termasuklah  latihan terapung di air, water confident, latihan menyelamat, isyarat  semaphore, aliran pasang  surut air laut, kod morse, radio amatur, dan ikatan.
Setiap aktiviti yang dijalankan terutamanya aktiviti laut telah dibantu oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Pontian yang menghantar dua buah bot dengan kekuatan 8 orang anggota, sementara seorang penyelam bertauliah dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Teluk Kemang, Port Dickson juga turut membantu. Alhamdulillah semua aktiviti yang dirancang berjalan lancar.
Majlis penutupan rasmi ini disempurnakan oleh En Mohammad Hood bin Md Noh, Pegawai PPD Pontian. Beliau turut menyempurnakan pemakaian lencana ahli bot kepada para peserta yang lulus. Turut hadir Tn Hj Maskun ( Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor) dan En Mohd Zaki bin Azman ( Pesuruhjaya Pengakap Daerah Pontian).
  













PERTANDINGAN SAHIBBA PERINGKAT DAERAH

22 APRIL- Seramai 3 orang peserta telah menyertai pertandingan Sahibba peringkat daerah diiringi oleh  Pn. Julimah Tukimin. Berikut adalah keputusan pertandingan.

Tempat:       SMK Telok Kerang
Keputusan:  Kategori Ting 3 -Naib Johan (Nurul Najihah Bt Bakar -3Ma)
                                 Ting 2 - Ketiga (Muhammad Nurluqman B. Azmi -2Ak)
                                 Ting 1 - Ketiga (Nurul Mieza Farhana -1Da)
Tahniah kepada semua pemenang dan guru-guru yang membimbing.
 
 

 

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN 4 : "GROW MODEL DAN PERANCANGAN STRATEGIK"

26 April 2014 : Seramai  86 guru telah hadir sesi LADAP 4 yang dikendalikan
oleh En.Mohd Shaphri bin Mohd Yusof selaku Jurulatih Utama LADAP sekolah. Pengisian pada kali ini berkenaan Model GROW yang akan dilaksanakan pada tahun bagi setiap panitia matapelajaran. Sesi kedua telah diteruskan dengan Pembinaan Perancangan Strategik 2016-2019 akan bermula pada tahun hadapan.

PELANCARAN HARI BUKU SEDUNIA 2014



23 April 2014 : Hari Buku Sedunia adalah acara tahunan yang diraikan setiap 23 April dan telah diadakan buat pertama kalinya oleh UNESCO pada 23 April 1995. Antara objektif penganjuran acara ini adalah untuk mempromosikan pembacaan, penerbitan dan juga hak cipta terpelihara sesuatu bahan bacaan. Bersempena dengan acara ini, pelbagai sambutan telah diadakan di seluruh dunia. Di antara aktiviti yang dijalankan ialah 'Silent Reading', Bacaan NILAM, Sajak dan bengkel e-Book.

TIPS MENANGANI JENAYAH SIBER

17 April- Satu ceramah mengenai tips menangani jenayah siber telah diadakan di Dewan Sri Gemilang pada pukul 5.00pm-6.30pm. Ceramah ini telah disampaikan oleh Pn. Julihana bt Othman. Antara jenayah siber yang biasa kita dengar adalah:
1)Penipuan  2) Kerosakan atau pengubahsuaian keatas program atau data komputer  3)Kecurian maklumat  4)capaian secara tidak sah keatas sistem  5)Menyalin perisian seara tidak sah  6)Pengintipan  7)Judi siber  8)Skim cepat kaya  9)Pornografi  10)Penggodan atau 'Hacker'  11)Penyebaran virus

 
 
 
 
 
 

MAJLIS GRADUASI PELAJAR CEMERLANG SPM 2013


14 April – Majlis Graduasi Pelajar Cemerlang SPM 2013 telah diadakan pada pagi ini bertempat di Dewan Seri  Gemilang, SMK Dato’ Penggawa Barat, Pontian, Johor. Majlis ini bertujuan meraikan dan menghargai para pelajar yang telah mengharumkan nama sekolah. Majlis perasmian disempurnakan oleh Tn Hj Hashim bin Mohd Dom, Pengetua Cemerlang, SMKDPB. Dalam ucapan perasmiannya beliau menyeru para graduasi agar terus kekal cemerlang dan membawa nama baik sekolah ke alam pendidikan tinggi dan seterusnya ke alam pekerjaan.  Seramai 122 orang graduasi telah menerima pengiktirafan ini.  Dalam majlis ini juga para guru yang telah menaikkan GPS sekolah telah diberikan Anugerah Perdana dan Anugerah Emas.  Sementara adik Aminnur Rusydi bin Mohd Pairus telah dipilih menerima Anugerah Khas Kokurikulum. Tahniah diucapkan.














PROGRAM JERAYAWARA BAHASA MELAYU SPM 2014

12 APRIL 2014 – Program Jerayawara Bahasa Melayu SPM telah diadakan di Dewan Blok Intelek, SMK Dato’ Penggawa Barat, Pontian, Johor. Program ini dikendalikan oleh Tn Hj Samat bin Buang, Guru Cemerlang Bahasa Melayu dari Melaka. Program ini menyasarkan pelajar tingkatan lima seramai 205 orang yang merupakan calon SPM 2014. Program ini dimulakan pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 petang. Diharapkan para pelajar dapat memanfaatkan ilmu dan tips yang dicurahkan serta memperoleh kecemerlangan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu  SPM. Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Samat yang sanggup datang ke Pontian dan menjayakan program ini.















Karnival Kokurikulum KRK Daerah Pontian 2014

8 April- Seramai 9 orang pelajar telah menyertai karnival KRK.
Tempat: SMK Tan Sri Osman Mohd Sa'at
Masa: 8.00 pagi
Perasmi: Tn Hj. Roslan B. Marjan.

Acara yang dipertandingkan:
1) Penulisan esei BM   2) Public Speaking  3) Pelancaran Roket  4) Lukisan Inovasi

Acara yang dimenangi:
1) Public speaking - Johan-lelaki (Jonathan Chee Yan Hao)
                            - Naib Johan- perempuan (Shasha Arzila Tarmizi)
2) Lukisan Inovasi -Johan- lelaki (Akmal Safiuddin Aspar)
                            - Ketiga-perempuan(Nur Alia Syazwani)

*Johan bagi public speaking & lukisan inovasi akan ke peringkat negeri pada 30 April di SMK Simpang Renggam. Tahniah kepada semua pemenang.

 
 
 

PERTANDINGAN DRAMA KOMSAS 2014

10 April – Pertandingan Drama  Komsas Sekolah-sekolah Menengah Daerah Pontian telah berlangsung pada hari ini bertempat di Dewan Seri Gemilang, SMKDPB. Pertandingan yang dimulakan seawal jam 8.30 pagi turut disertai oleh 5 buah sekolah menengah iaitu SMK Ayer Baloi, SMK Teluk Kerang, SMK Dato’ Ali Haji Ahmad, SMK Dato’ Mohd Yunus Sulaiman dan SMK Dato’ Penggawa Barat.
SMKDPB telah  mementaskan Drama Gelanggang Tok Wali dengan dibimbing oleh En Mohd Shaiful bin Norsiman. Dalam pertandingan tersebut SMKDPB telah mendapat tempat kedua. Adik Mohd Shah Fiqri yang memegang watak Ripin telah dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.
Majlis penyampaian hadiah dan penutupan rasmi disempurnakan oleh  En Nazarali bin Ali, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Pontian.
Tahniah kepada seluruh krew drama yang bertungkus-lumus membuat latihan dan props. Terima kasih juga buat guru-guru dan pelajar-pelajar yang bertugas menjayakan pertandingan ini.




















MAKLUMAN MAJLIS GRADUASI PELAJAR SPM 2013

MAJLIS GRADUASI PELAJAR CEMERLANG SPM 2013 AKAN DIADAKAN SEPERTI KETETAPAN BERIKUT:

TARIKH : 14 APRIL 2014
HARI : ISNIN
MASA : 7.00 PAGI * Para Graduasi diminta berkumpul di asrama puteri untuk mengambil jubah.
TEMPAT : DEWAN SERI GEMILANG, SMK DATO PENGGAWA BARAT.

Sehubungan itu, para graduasi diminta mematuhi ketetapan berpakaian seperti gambar di bawah dan mematuhi  Peraturan Am kekemasan diri para graduasi semasa menghadiri majlis berkenaan:

1.     Pakaian Perempuan:
1.1   Pakaian  yang sopan.
1.2   Digalakkan berbaju kurung.

2.     Pakaian Lelaki:
2.1   Pakaian yang kemas.
2.2   Digalakkan berbaju kemeja dan seluar ‘slack’

3.     Larangan (Tidak dibenarkan):
3.1       Memakai selipar.
3.2       Memakai seluar jeans.
3.3       Memakai baju/ t-shirt yang mempunyai lambang parti politik.
3.4       Memakai lain-lain pakaian yang mencolok mata.

4.     Rambut lelaki dan perempuan bukan muslim.
4.1      Kemas
4.2      Pendek (lelaki)
4.3      Tidak diwarnakan.


PERINGATAN: PARA GRADUASI DIMINTA TIBA DI SEKOLAH PADA JAM 7.00 PAGI. - (Terus ke asrama puteri untuk mengambil jubah.)

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN 2

21-23 Mac 2014 – Kursus Latihan Dalam perkhidmatan 2 (LDP 2 ) telah diadakan di Hotel Bayview, Melaka.  Semua guru dan staf sokongan terlibat dalam siri LADAP 2 ini. Antara pengisiannya ialah Ceramah VLE oleh En Choo Loy Yew dari SMK Dato’ Sri Amar Diraja, Muar, Ceramah KBAT oleh Dr. Johari bin Surif dari Fakulti Pendidikan UTM, Johor dan Ceramah Tatatertib & Tatalaku oleh En Misnan bin Sikin dari JPNJ.  Semoga LADAP 2 ini dapat menambah ilmu dan member manfaat kepada warga SMKDPB.