PENGUMUMAN SEMASA

Assalamualaikum wbt dan Salam Muafakat Johor, JEMPUTAN "MAJLIS JEJAK KASIH BEKAS PELAJAR TN.HJ HASHIM BIN MOHD DOM PADA 19HB OGOS 2017, JAM 2.00 PETANG
HUBUNGI :ISMAIL BIN HJ AHMAD : 0137257475 SEBARANG SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN MELALUI AKAUN MAYBANK (151025740046-ISMAIL BIN JH AHMAD)

MAJLIS GRADUASI PELAJAR CEMERLANG SPM 2013


14 April – Majlis Graduasi Pelajar Cemerlang SPM 2013 telah diadakan pada pagi ini bertempat di Dewan Seri  Gemilang, SMK Dato’ Penggawa Barat, Pontian, Johor. Majlis ini bertujuan meraikan dan menghargai para pelajar yang telah mengharumkan nama sekolah. Majlis perasmian disempurnakan oleh Tn Hj Hashim bin Mohd Dom, Pengetua Cemerlang, SMKDPB. Dalam ucapan perasmiannya beliau menyeru para graduasi agar terus kekal cemerlang dan membawa nama baik sekolah ke alam pendidikan tinggi dan seterusnya ke alam pekerjaan.  Seramai 122 orang graduasi telah menerima pengiktirafan ini.  Dalam majlis ini juga para guru yang telah menaikkan GPS sekolah telah diberikan Anugerah Perdana dan Anugerah Emas.  Sementara adik Aminnur Rusydi bin Mohd Pairus telah dipilih menerima Anugerah Khas Kokurikulum. Tahniah diucapkan.