"CAMAR YANG PULANG" Majlis Pesaraan Pn. Siti Hasnah binti Haji Bahari, Mantan Pen.Kanan HEM, SMK Dato'Penggawa Barat

14 Julai 2016 :Bakti Disanjung, Budi Dijunjung’ Tuai padi antara masak, Esok jangan layu-layuan. Intai kami antara nampak, Esok jangan rindu-rinduan. Bila memandang ke muka laut, Nampak sampan mudik ke hulu. Hati terkenang mulut menyebut, Budi yang baik ingat selalu. Akar keladi melilit selasih, Selasih tumbuh di dalam taman. Junjungan budi kenangan kasih, Mesra kenangan sepanjang zaman. Mengait rambutan menggunakan galah, Disimpan bersama buah berangan. Walau sezarah silap dan salah, Harap dimaafkan disimpan jangan. Subuh hari memetik kangkung, Kangkung dipetik bersama serai. Setelah semusim kita berkampung, Tiba masanya Pn. Siti Hasnah bt. Hj Bahari bersara pilihan selaku guru dan Penolong Kanana Hal Ehwal Murid di SMK Dato'Penggawa Barat. Majlis pesaraaan telah diadakan dengan gilang gemilang di Dewan Sri Gemilang .
















  



CUTI PERISTIWA 10HB JULAI 2016 NEGERI JOHOR

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...
Kpd semua ibubapa/penjaga pelajar asrama SMK Dato Penggawa Barat
سلام عيد الفطر من العائدين والفائزين وكل عام وانتم بخير......
Berikutan pengumuman cuti umum penjawat awam negeri Johor oleh YAB MB pada hari Ahad 10 Julai, maka sekolah akan  dibuka semula pada 11 Julai 2016.
Justeru, pelajar asrama dikehendaki pulang ke asrama pada hari Ahad 10 Julai sebelum jam 6 petang.
Sekian untuk makluman.  SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...MAAF ZAHIR  BATIN....
Wassalam..