PERFECT SCORE MILIKKU (SPM DAN PT3 2015)

28 Januari 2015 – Pelancaran Program Perfect Score Milikku telah diadakan pada hari ini di Dewan Seri Gemilang SMKDPB. Majlis ini telah disempurnakan oleh YDP PIBG SMKDPB Dato’ Nasir Safar. Dalam ucapannya beliau menyeru para pelajar, guru dan ibu bapa bersinergi dalam mencapai impian untuk menggapai kecemerlangan dalam peperiksaan SPM dan PT3. Beliau menyeru pelajar muslim supaya istiqamah dengan usaha yang dilakukan dan menjadikan Al-Quran sebagai ‘teman sejati’. Semoga kata-kata perangsang oleh Dato’ Nasir dijadikan azimat dan perangsang untuk pelajar mencipta kejayaan yang cemerlang.











KURSUS KETUA PATROL 2015

23 Januari 2015 – Kursus Ketua Patrol Pengakap Muda telah diadakan di SMK Seri Perhentian. Kursus ini dikendalikan oleh Tuan Mohd Fikri bin Rusni, Penolong Pesuruhjaya Pengakap laut negeri Johor. Pengakap Laut Kumpulan 14 Pontian telah menghantar 5 orang peserta yang berpotensi dilantik sebagai Ketua Patrol.





UJIAN PRA PENTARAFAN PENGAKAP RAJA 2015

22-24 Januari 2014 – Ujian Pra Pentarafan Pengakap Raja telah diadakan di Kem Jubli Intan, Tanjung Labuh, Batu Pahat, Johor. Pengakap Kumpulan 14 Pontian telah menghantar seramai 9 orang peserta untuk menyertai ujian ini. Selama 3 hari 2 malam mereka diuji dengan pelbagai kriteria kemahiran dan buku log. Alhamdulillah 9 orang peserta ini berjaya lulus dan akan mengikuti ujian pentarafan Pengakap Raja pada bulan Mac nanti. Tahniah dan didoakan semoga terus berjaya.










PELANCARAN PROGRAM NILAM PERINGKAT SEKOLAH 2015

21 JANUARI 2015 : Majlis Pelancaran Program NILAM peringkat sekolah telah diadakan sebagai pembuka tirai program galakkan membaca yang dilaksanakan di SMK Dato' Penggawa Barat. Majlis pelancaran telah disempernakan oleh Tn.Hj. Hashim bin Mohd Dom, Pengetua Cemerlang SMK Dato' Penggawa Barat. sepanjang majlis tersebut beberapa aktiviti persembahan telah diadakan seperti Pengucapan Promosi Buku, Deklamasi Sajak, Nyanyian lagu NILAM dan lagu Mari Membaca secara beramai-ramai dan persembahan koir daripada kumpulan Kelab Kebudayaan SMK Dato' Penggawa Barat. ‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.
Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat
membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini.
 Membaca dan merekod bahan bacaan
Murid perlu membaca buku yang sesuai dengan tahap kebolehan mereka dan mencatat maklumat pengarang, judul, bilangan mukasurat, penerbit dan sinopsis atau peta minda tentang buku yang dibaca ke dalam buku rekod.
Komponen-komponen yang terdapat dalam Program NILAM ini antaranya ialah: 
Mengesahkan rekod dan mengumpul data
Tugas guru adalah untuk mengesahkan serta menandatangani rekod bacaan murid dan ia merupakan tanggungjawab semua guru di sekolah. Data rekod hendaklah dikumpulkan oleh guru kelas dan diserahkan kepada penyelaras Pusat Sumber Sekolah atau guru penyelaras NILAM untuk dianalisa dan direkodkan. Data pembacaan murid perlu dikumpulkan dan diserahkan kepada Pusat Kegiatan Guru di kawasan sekolah tersebut untuk dipanjangkan ke Pusat Sumber Pendidikan Negeri dan Bahagian Teknologi Pendidikan,Kementerian Pelajaran Malaysia.
Memberi Pengiktirafan dan Ganjaran
Sekolah dan semua peringkat Kementerian Pelajaran juga perlu memberi pengiktirafan dan ganjaran kepada murid yang telah banyak membaca dan berusaha mengisi rekod bacaan mereka mengikut sistem ganjaran dan pengiktirafan NILAM, misalnya dengan memberikan buku sebagai hadiah, sijil pengiktirafan NILAM atau dinyatakan bilangan buku yang sudah dibaca dalam rekod kemajuan murid dan sijil berhenti.

Pada tahun 2014 SMK dato Pemggawa Barat telah berjaya mendapat penganugerahan Tokoh NILAM peringkat daerah dengan pencapaian Johon Tokoh Nilam bagi kategori bahasa melayu dan bahasa inggeris. Berikut adalah pencapaian pengiktirafan Program Nilam peringkat sekolah :

PROGRAM HALUAN MURID TINGKATAN 1 & 4 TAHUN 2015

 14 JAN 2015 :  Program ini diadakan kerana apabila murid-murid berada di tingkatan menengah rendah, aspek pembelajaran serta pemilihan matapelajaran agak berbeza semasa di tingkatan 3. Oleh itu, program ini diharapkan dapat membantu mengubah secara ansur maju budaya harian mereka di sekolah yang melibatkan aspek budaya belajar, pemilihan subjek secara pakej, halatuju kerjaya, bijak sosial dan berketrampilan. Program ini tela dikendalikan oleh Unit Kaunseling, SMKDPB dibawah kendalian Tn.Hj.Rahmat b. Sarbani, Pn. Zaiton bt. Hitam dan Pn.Zahriah bt. Abu Talib. Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Tn.Hj.Hashim bin Mohd.Dom, Pengetua Cemerlang SMK Dato' Penggawa Barat.


Perhimpunan Rasmi Persekolahan Pertama Tahun 2015

11 Jan 2015 : Majlis perhimpunan rasmi telah diadakan dengan ucapan pembukaan oleh Tn.Hj Hashim bin Mohd Dom, Pengetua Cemerlang SMK Dato' Penggawa Barat dan Ucapan Tn.Hj Msduki bin Hj Shahri, Pegawai Pelajaran Daerah, Daerah Pontian. Majlis Perhimpunan telah bermula pada jam 7.10 pagi hingga 8.00 pagi.



PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN SATU 2015

10  Januari 2015 – Pendaftaran pelajar Tingkatan Satu Tahun 2015 telah berlangsung di Dewan seri Gemilang SMKDPB. Majlis yang bermula pada pukul 8.00 pagi telah dirasmikan oleh En Nazarali bin Ali, wakil PPD Pontian. Seramai 126 pelajar yang mendaftar pada hari ini. Tahniah dan selamat datang kepada para pelajar Tingkatan Satu. Semoga kecemerlangan anda diteruskan di SMKDPB.









SUKARELAWAN MAULIDUR RASUL 1436H


2 Januari 2015 – Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Pontian telah berlangsung di Masjid Jamek Bandar Pontian. Seramai 10 orang ahli Pengakap Laut Kumpulan 14 SMKDPB telah menjalankan tugas sebagai sukarelawan dengan menghidangkan makanan kepada tetamu. Mereka diiringi oleh Ustaz Abd Shukur dan En Suhizulhisam. Terima kasih atas khidmat bantu anda.





GOTONG-ROYONG PERDANA 2015

1 Januari 2015 – Gotong-royong perdana pelajar diadakan pada pagi ini bertujuan untuk menceriakan kelas yang bakal dihuni selama setahun bermula sesi persekolahan nanti. Suasana kelas pembelajaran Abad ke-21 diaplikasikan di SMKDPB agar objektif pembelajaran dapat dicapai secara optiomun. Pada hari ini juga para pelajar Tingkatan 5 sesi 2015 mengambil buku teks.





MESYUARAT GURU KALI PERTAMA SESI 2015

29 Disember 2014 – Mesyuarat kali Pertama Guru SMKDPB telah diadakan di Dewan Seri Gemilang SMKDPB. Mesyuarat yang dilaksanakan pada hari ini merupakan rutin bagi memulakan sesi persekolahan yang baharu pada tahun 2015. Mesyuarat ini diteruskan pada 30 dan 31 Disember bagi unit-unit panitia, kokurikulum dan HEM. Semoga tahun 2015 menjanjikan kecemerlangan yang berterusan buat SMKDPB dan seluruh warganya.