PAMERAN KERJAYA IPTS


28 Ogos – Satu Pameran Kerjaya IPTS telah diadakan di Dewan Seri Gemilang pada hari ini. Pameran yang bertujuan memberi panduan laluan kerjaya kepada pelajar-pelajar yang akan tamat belajar di sekolah ini untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Pameran ini telah disertai oleh  10 IPTS, antaranya The One Academy College, Crescendo International College, MIA College, KBU College, Metropoint College, Taylor’s University, Manipal International University (MIA), SEGI College, ENYA School of Beauty dan Sunway College. Semoga para pelajar mendapat maklumat yang berguna.


Program Ziarah Rumah Orang-orang Tua Roseville Villa

14 Ogos 2012: Seramai 50 pelajar bukan islam sesi petang telah mengikuti program ziarah Rumah Orang-orang Tua di Roseville Villa, Pontian. Program yang di rancang rapi oleh Unit Kaunseling ini bertujuan bagi menyedarkan kepada pelajar betapa orang-orang tua yang kurang berupaya ini perlukan perhatian.
Menurut Pn. Hjh. Zaiton Hitam (Kaunselor), beliau amat berpuashati dengan kerjasama yang diberikan oleh pelajar sepanjang lawatan berkenaan. Secara keseluruhannya objektif yang disasarkan adalah berjaya.
Terima kasih kepada Unit Kaunseling dan guru-guru pengiring atas komitmen mereka dalam menjayakan program ini.

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2012 / 1433 H


15 Ogos 2012 – Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan pada petang ini di Surau Nur Hidayah, SMKDPB. Program ini disertai pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 serta para jemputan terdiri daripada kaum keluarga guru. Majlis yang dimulakan seawal jam 4.15 petang dan berakhir jam 6.30 pagi  keesokan harinya.
Antara pengisian program kali ini ialah Khatam Al-Quran, Tahlil Perdana, Tazkirah Ramadan, Iftar , Solat Tarawih dan Qiamullail. Program yang dijalankan setiap tahun ini bertujuan memupuk kesedaran kepada pelajar untuk menghargai kelebihan Ramadan dan memanfaatkan  kelebihan 10 malam terakhir. Semoga usaha murni ini mendapat keberkatan di dunia dan akhirat. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini.


BINGKISAN SYAWAL


15 Ogos 2012 – Program Bingkisan Syawal diteruskan lagi pada tahun ini. Menjadi tradisi, program ini bertujuan membantu dan meringankan beban pelajar kurang berkemampuan untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri.  Seramai 79 orang pelajar dipilih untuk menerimanya wang tunai yang disumbangkan oleh guru-guru SMKDPB, Kakitangan SMKDPB dan Koperasi SMKDPB.
                Program ini disempurnakan oleh Tuan Haji Hashim, Pengetua SMKDPB. Dalam ucapannya beliau menyeru pelajar-pelajar agar jangan menjadikan kemiskinan sebagai alasan untuk tidak berusaha dengan gigih dalam pelajaran sebaliknya pelajar perlu berusaha belajar untuk keluar dari kepompong kemiskinan dan pelajaran sahajalah yang dapat membantu. Beliau turut menasihatkan para pelajar agar menjaga budi bahasa sepanjang masa.
                Semoga dengan bantuan kecil yang dihulurkan ini mampu menceriakan seisi rumah pelajar. Terima kasih tidak terhingga kepada semua penyumbang. Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir dan Batin.


Kebakaran Rumah Warga Pelajar SMK Dato 'Penggawa Barat

8 Ogos 2012 ; JERAM BATU, PEKAN NANAS – Sebuah rumah milik keluarga Siti Nazilah binti Mazlan pelajar Tingkatan 6 Bawah Mawar di Kampung Jeram Batu, Pekan Nanas musnah dalam satu kebakaran di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 9.00 pagi, itu telah memusnahkan keseluruhan kediaman dan harta benda yang terdapat di dalam rumah tersebut. Bapa Nazilah telah memaklumkan bahawa tiada kemalangan jiwa berlaku. Semasa kejadian, pasangan ibu bapa Nazilah berada di tempat kerja dan dua orang adiknya berada di sekolah. Masing-masing sedang bersekolah di Tahun 6, SK Jeram Batu dan seorang lagi berada di Tingkatan 4, SMK Pekan Nenas.

Nazilah yang tinggal di Asrama, SMK Dato’ Penggawa Barat, telah dibawa melawat rumah keluarganya yang musnah oleh sekumpulan guru yang diketuai oleh Tn. Hj. Hashim bin Mohd. Dom, Pengetua SMK Dato’ Penggawa Barat yang turut menyampaikan sumbangan hasil pungutan derma kilat kepada keluarga berkenaan kira-kira jam 2.30 petang. Bapa Nazilah memberitahu bahawa, isterinya menerima panggilan telefon daripada jirannya, yang memaklumkan bahawa rumah mereka telah terbakar, kemudian menghubungi beliau di tempat kerja. Beliau bergegas pulang, namun tidak dapat menyelamatkan sebarang harta benda dan barang persiapan menjelang aidilfitri ini kerana api marak dengan cepat. “Sampai di rumah, api sedang marak dan memusnahkan seluruh harta benda dan rumah pusaka kediaman kami, kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas” katanya.


Naziran Sistem Perancangan dan Kawalan Belanjawan (eSPKB) 2012

8 Ogos 2012: Dua orang pegawai dari Jabatan Akauntan Negara malaysia Negeri Johor iaitu Puan Liyana binti Ibrahim dan Puan Nasijah binti Salmon telah hadir ke SMKDPB bagi memantau pelaksanaan eSPKB.

Secara ummnya Program Naziran ini dirancang bagi memberi khidmat nasihat serta memastikan peraturan Panduan Penggunaan PTJ eSPKB dan pertauran-peraturan semasa yang berkuatkuasa dipatuhi.

Dalam ucapan penutup Tuan Pengetua, beliau amat berterima kasih kepada pegawai pemantau atas nasihat yang diberikan dan Insya Allah hasil daripada Program Naziran ini SMKDPB akan terus berusaha bagi memantapkan serta membuat penambahbaikan pelaksanaan eSPKB.



Verifikasi SPSK SMKDPB 2012 di Tahap Cemerlang

7 Ogos 2012: Tiga orang Pegawai Verifikator yang diketuai oleh Tn. Hj. Abd.Wahid bin Md.Yusof ( Penolong PPD Pontian, Unit Pengurusan Kualiti ) telah hadir untuk menjalankan verifikasi SPSK 2012.

Dalam mesyuarat Penutup yang turut dihadiri oleh semua Pengurus Kualiti PK01 hingga PK13 Tn. Hj. Abd.Wahid bin Md.Yusof mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada AJK kerana SMKDPB menjalankan SPSK sepenuhnya.

Hasil daripada semakan dokumen-dokumen dan perbincangan bersama Pengurus-pengurus Kualiti, beliau berasa bangga dengan kecemerlangan yang ditunjukkan oleh SMKDPB dalam pengurusan SPSK. Atas kecemerlangan itu, beliau mengumumkan markah verifikasi SPSK SMKDPB ialah 98.97%.


Kempen Kibar Jalur Gemilang & Perayaan Bulan Kemerdekaan Ke 55

1 Ogos 2012 : Kempen Kibar Jalur Gemilang & Perayaan Bulan Kemerdekaan Ke 55 telah diadakan agar murid-murid dapat menghayati dan mencintai serta menyayangi Malaysia seterusnya menghargai dan mempertahankan kedaulatan negara. Majlis bermula 7.00 pagi dengan upacara menaikan Jalur Gemilang diikuti majlis pelancaran, simbolik penyerahan bendera, tayangan multimedia, tokoh kemerdekaan, deklamasi sajak dan nyanyian lagu jalur gemilang secara beramai-ramai.