BINGKISAN SYAWAL


15 Ogos 2012 – Program Bingkisan Syawal diteruskan lagi pada tahun ini. Menjadi tradisi, program ini bertujuan membantu dan meringankan beban pelajar kurang berkemampuan untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri.  Seramai 79 orang pelajar dipilih untuk menerimanya wang tunai yang disumbangkan oleh guru-guru SMKDPB, Kakitangan SMKDPB dan Koperasi SMKDPB.
                Program ini disempurnakan oleh Tuan Haji Hashim, Pengetua SMKDPB. Dalam ucapannya beliau menyeru pelajar-pelajar agar jangan menjadikan kemiskinan sebagai alasan untuk tidak berusaha dengan gigih dalam pelajaran sebaliknya pelajar perlu berusaha belajar untuk keluar dari kepompong kemiskinan dan pelajaran sahajalah yang dapat membantu. Beliau turut menasihatkan para pelajar agar menjaga budi bahasa sepanjang masa.
                Semoga dengan bantuan kecil yang dihulurkan ini mampu menceriakan seisi rumah pelajar. Terima kasih tidak terhingga kepada semua penyumbang. Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir dan Batin.