PENGUMUMAN SEMASA

Assalamualaikum wbt dan Salam Muafakat Johor,
TAHNIAH KEPADA EN.MOHD SHAPHRI BIN MOHD YUSOF
DIATAS PERLANTIKAN SEBAGAI PENGETUA SMK DATO PENGGAWA BARAT

UJIAN PRA PENARAFAN PENGAKAP RAJA 2017


23-25 FEB 2017, Bertempat di SMK Dato' Penggawa Barat seramai 12 orang ahli pengakap SMKDPB telah menyertai 103 orang ahli pengakap dari seluruh Negeri Johor untuk menjalani Ujian Pra Penarafan Pengakap Raja 2017. Ujian selama 3 hari 2 malam itu menguji kemahiran peserta membina bivouac, ujian ekspedisi sejauh 12 km, kemahiran pertolongan cemas serta sesi temuduga individu dan berkumpulan. Pada akhir ujian ini kesemua 12 orang ahli pengakap SMKDPB telah LULUS dan layak menyertai Ujian Penarafan Pengakap Raja 2017 yang dijadualkan akan dijalankan pada 18-20 Mac 2017 di Kem Jubli Intan, Tanjung Labuh, Batu Pahat. Syabas dan tahniah.









KEJOHANAN OLAHHRAGA TAHUNAN KE 53

22 FEB 2017 : Kejohanan Olahraga Tahunan Peringkat Sekolah ke 53 telah mendapat sambutan gemilangan daripada seluruh warga SMK Dato' Pengawa Barat. Majlis perasmian telah di sempurnakan oleh Dato' Hj Salim bin Daud, Pengerusi Biro Kebajikan Alumni SMK Dato' Penggawa Barat. Sejumlah 11 acara telah dipertandingkan antaranya adalah Lontar Peluru, Lompat Jauh, Lontar Cakera, acara balapan 400m, 800m, 1500m, 200m, 100m,4 X 200m, 4 X 400m dan Tarik Tali. Rumah sukan Laksamana telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan dengan memperoleh 379 mata,diikuti Naib Johan rumah sukan Temenggung dengan memperoleh 344 mata, diikuti tempat ke-3 rumah sukan Panglima dengan memperoleh 337 mata dan diikhiri dengan rumah sukan Bendahara dengan memperoleh 313 mata. Khairil Haikal Akmal bin Adnan (Bendahara) telah dinobatkan sebagai Olahragawan sekolah manakala Husna Athiefah binti Mohd Hatta (Temenggung) dinobatkan sebagai Olahragawati. Muhammad Amirul Hakim bin Yahya (laksamana) telah dinobatkan Olahragawan Harapan manakala Angel Lim dinobatkan Olahragawati Harapan.










KEPUTUSAN PERTANDINGAN


Rumah  Sukam
Pencapaian
Tarik Tali
Perbarisan Rumah
Hiasan Khemah
Kontinjen Perbarisan
Perbarisan Terbaik
Laksamana
3
1
2
KRS
1
Temenggung
2
4
1
Kadet Polis
2
Panglima
1
2
3
Pengakap
3
Bendahara
4
3
4
PKBM
4