PENGUMUMAN SEMASA

Assalamualaikum wbt dan Salam Muafakat Johor,
TAHNIAH KEPADA EN.MOHD SHAPHRI BIN MOHD YUSOF
DIATAS PERLANTIKAN SEBAGAI PENGETUA SMK DATO PENGGAWA BARAT

UJIAN PRA PENARAFAN PENGAKAP RAJA 2017


23-25 FEB 2017, Bertempat di SMK Dato' Penggawa Barat seramai 12 orang ahli pengakap SMKDPB telah menyertai 103 orang ahli pengakap dari seluruh Negeri Johor untuk menjalani Ujian Pra Penarafan Pengakap Raja 2017. Ujian selama 3 hari 2 malam itu menguji kemahiran peserta membina bivouac, ujian ekspedisi sejauh 12 km, kemahiran pertolongan cemas serta sesi temuduga individu dan berkumpulan. Pada akhir ujian ini kesemua 12 orang ahli pengakap SMKDPB telah LULUS dan layak menyertai Ujian Penarafan Pengakap Raja 2017 yang dijadualkan akan dijalankan pada 18-20 Mac 2017 di Kem Jubli Intan, Tanjung Labuh, Batu Pahat. Syabas dan tahniah.