7-11 Feb 2017 : Pada 7-11 Februari, seramai 33 murid SMKDPB yang terdiri dari ahli Persatuan Kadet Bersatu Malaysia dan ahli Kelab Landskap dan 5 orang guru pengiring telah berjaya menjalankan Program Khidmat Bakti di Kampung Orang Asli Semelor, RPS Banun, Gerik, Perak. Program ini juga ditaja oleh Yayasan Emkay dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja Negeri Perak, Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Perak, dan RTM.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung. Antaranya projek membuat landskap, klinik lompat tali, sukaneka, gotong royong, perkongsian ilmu hutan dan kemahiran survival hutan, program forum agama, jungle tracking dan pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang lain.
Secara keseluruhannya, program dijalankan dengan jayanya atas semangat bekerjasama dan berpegang dengan motto SMKDPB MENJUARAI!