PUSAT SUMBER SEKOLAH


PERANCANGAN PEMBANGUNAN 2013-2015
KE ARAH KEGEMILANGAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
SMK DATO’ PENGGAWA BARAT, 82000 PONTIAN, JOHOR.


PENGENALAN

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Penggawa Barat mempunyai 9 buah blok yang terdiri daripada blok Gemilang, Fajar, Elok, Damai, Cahaya, Bakti, Intelek dan Aman . Pusat Sumber Sekolah menngunakan bangunan Balai Islam sebagai bangunan sementara.

VISI

Membudayakan teknologi pendidikan secara ‘SEKOLAH UNGGUL’ dan ‘PENJANA GENERASI TERBILANG’ selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

MISI

Menjadikan Pusat Sumber SMK Dato’ Penggawa Barat sebagai tempat ‘MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI’  bagi melahirkan pelajar-pelajar  yang INTELEK, BERDISPLIN, BERILMU, BERWAWASAN, BERMORAL DAN BERDEDIKASI dalam membudayakan tekonologi pendidikan bertaraf dunia.


MOTTO

“Komitmen Tinggi Teras Kegemilangan”



PIAGAM PELANGGAN

“MEMBUDAYAKAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN’’

  • Menyediakan semua kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematik kepada guru dan pelajar.
  • Merancang dan melaksanakan semua rancangan dan aktiviti mengikut jadual yang telah ditetapkan.
  • Memberi layanan yang terbaik kepada guru dan pelajar yang menggunakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran di dalam Pusat Sumber Sekolah.
  • Memberi khidmat nasihat, tunjuk ajar dan galakan kepada guru dan pelajar bagi mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran.
  • Menyediakan khidmat pengawas Pusat Sumber Sekolah yang penuh dedikasi dan beriltizam penuh terhadap tugas yang diamanahkan.


FALSAFAH

Cabaran alaf baru memerlukan pendekatan yang lebih strategik untuk menggunakan sumber pendidikan sedia ada secara cekap dan optimum bagi mewujudkan sistem pendidikan yang berkualiti dan seterusnya melahirkan individu yang terbaik. Pendekatan yang berbentuk menyeluruh dan bersepadu akan menjadi teras utama pembangunan pusat sumber dalam tempoh 10 tahun bagi memenuhi permintaan maklumat dan ilmu yang meningkat, menangani kekangan sumber maklumat yang terhad dan memenuhi era teknologi maklumat yang sedang berkembang pesat. Justeru itu, satu perancangan strategik yang jitu dan berkesan diperlukan bagi menjana peranan besar pusat sumber di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Penggawa Barat.



MATLAMAT

  1. Menyediakan sumber maklumat yang berkesan untuk keperluan pelajar dan guru dalam memajukan pendidikan ke arah sekolah yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
  2. Meningkatkan kemahiran pelajar dan guru dalam menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi di sekolah.
  3. Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah.
  4. Membentuk murid-murid yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisiplin untuk membantu pembinaan sahsiah murid-murid supaya dapat memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan negara, bangsa dan agama.
  5. Mendedahkan pelajar dengan pengetahuan teknologi maklumat menerusi penggunaan komputer.

OBJEKTIF
  1. Menyediakan sumber-sumber bagi kemudahan guru dan pelajar.
  2. Menyediakan tempat untuk guru-guru merancang dan menghasilkan sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran.
  3. Mengumpul, menyimpan dan mengedar pelbagai jenis maklumat.
  4. Membina program media untuk pengajaran dan pembelajaran.
  5. Menyediakan perisian pendidikan untuk kegunaan guru dan pelajar.





Oleh:

En.Shairul Azman bin Bahari

 Pengerusi
 Majlis Guru Perpustakaan dan Media,
 Daerah Pontian.