PENGUMUMAN SEMASA

Assalamualaikum wbt dan Salam Muafakat Johor, JEMPUTAN "MAJLIS JEJAK KASIH BEKAS PELAJAR TN.HJ HASHIM BIN MOHD DOM PADA 19HB OGOS 2017, JAM 2.00 PETANG
HUBUNGI :ISMAIL BIN HJ AHMAD : 0137257475 SEBARANG SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN MELALUI AKAUN MAYBANK (151025740046-ISMAIL BIN JH AHMAD)

LATIHAN KEBAKARAN 2014

26 Mei – Satu latihan kebakaran telah diadakan pada hari ini. Latihan ini dibantu dan dipantau oleh Pasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Cawangan Pontian. Latihan yang bermula pada pukul 11.45 pagi dan 1.45 petang ini dimulakan dengan loceng kecemasan. Setelah warga SMKDPB bergerak ke tempat yang selamat, pihak JPAM telah membuat tunjuk cara memadam api dan langkah-langkah keselamatan ketika berlaku kebakaran. Terima kasih kepada petugas-petugas JPAM Pontian.


















SARINGAN AIR KENCING OLEH AADK

25 Mei 2014- Saringan air kencing ke atas 27 orang pelajar telah dilakukan oleh petugas-petugas dari AADK Pontian. Tujuan saringan ini adalah untuk menguji sama ada pelajar-pelajar di SMKDPB terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Alhamdulillah , saringan yang dijalankan tidak menemui petanda yang pelajar-pelajar SMKDPB terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat. Terima kasih kepada pihak AADK Pontian.
 



PEMERIKSAAN KESIHATAN DIRI 2014

25 Mei – Pemeriksaan kesihatan pelajar-pelajar telah dilakukan oleh petugas-petugas dari Hospital Pontian. Tujuan pemeriksaan rutin  ini adalah untuk memastikan tahap kebersihan diri serta nasihat-nasihat kesihatan oleh jururawat bertugas. Pelajar-pelajar juga diberi suntikan. Terima kasih kepada jururawat-jururawat dari Hospital Pontian.



MUATURUN BAHAN KAJIAN TINDAKAN 2014

Guru yang berkenaan sila muaturun bahan Kajian Tindakan 2014 Penulisan Format Baru di sini : Muaturun

Pemantauan Tawaran Baharu 2013

20 Mei 2014 : Pemantauan Tawaran Baharu 2013 telah dijalanakan pada hari ini. Seramai 4 orang Jemaah Nazir yang terdiri daripada Tn. Hj. Tamrin Bin Zaharudin (JNJK Putrajaya), En. Muhamad Rizal Abdul Rasol (JNJK Muar), En. Pandiaraj A/L Sodalayandy (JNJK Muar) dan Tn. Hj. Arbain bin Miswan (JNJK Johor).

Pemantauan dimulakan dengan pembentangan power point oleh Tn. Pengetua. Setelah itu penyemakan dokumen dilakukan dan seterusnya pencerapan P&P.

Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2014

18 Mei 2014 : Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalam tahun yang sama 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council ) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report Of The Education Commitee ) sebagai dasar pelajaran negara kita. Dokumen tersebut dikenali sebagai Laporan Razak, telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu. Sempena Sambutan Hari Guru pada tahun ini, pihak sekolah telah mengadakan sambutan peringkat sekolah pada 18 Mei 2014. Dengan bertemakan  Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi sambutan hari guru pada tahun ini telah disambut dengan begitu neriah sekali.






Majlis Taklimat Penataraan Penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS – PT3) dan Sarana Ibu Bapa

16Mei 2014 – Majlis Taklimat Penataraan Penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan  Sekolah (PBS – PT3) dan Sarana Ibu Bapa telah diadakan pada pagi ini. Majlis yang dimulakan dengan  Ucapan Perasmian  oleh Tn Hj Hashim bin Mohd Dom, Pengetua Cemerlang SMKDPB. Seterusnya taklimat PBS-PT3 telah disampaikan oleh En Mohd Shahpri bin Mohd Mohd Yusof, Penolong Kanan Pentadbiran.  Tujuan taklimat ini adalah untuk memberi kefahaman dan penjelasan kepada ibu bapa penjaga pelajar tentang penambahbaikan PBS. Ini bagi memudahkan ibu bapa dan penjaga pelajar untuk  memantau prestasi akademik anak-anak.
Seterusnya YDP PIBG, Datuk Nasir bin Safar turut memberi penerangan tentang Program sarana  Ibu Bapa. Tujuan program sarana adalah untuk melibatkan ibu bapa dalam program-program sekolah. Di samping itu juga, Datuk Nasir Safar  turut melancarkan  jaringan komunikasi antara ibu bapa penjaga dengan guru-guru  melalui platform WhatsApp . Tujuannya supaya ibu bapa penjaga dan guru-guru dapat bertukar idea dan pandangan dalam memajukan prestasi akademik anak-anak.
Terima kasih atas kehadiran para ibu bapa penjaga walaupun hujan lebat membasahi bumi Pontian. Sesungguhnya apa yang kita lakukan pada hari ini adalah untuk masa hadapan anak-anak kita.











PERTANDINGAN BADMINTON KELAB BILIK GURU 2014

13 Mei 2014 – Pertandingan badminton  antara guru-guru lelaki SMKDPB sempena perayaan Hari Guru 2014 telah diadakan pada hari ini. Pertandingan ini merupakan aktiviti tahunan sempena sambutan Hari Guru peringkat SMKDPB. Pertandingan ini dianjurkan oleh Kelab Bilik Guru SMKDPB yang diterajui oleh Hj Md Razi bin Md Jidi.
                Dalam pertandingan ini, En Norhisham bin Abd Rashid telah menjadi johan, naib johan pula disandang oleh En Muhammad Fahmi bin Mohamad @ Sail dan tempat ketiga  En Zahari bin Zait dan En Rashid bin Saini. Tahniah diucapkan kepada para pemenang.




















JOHAN DAN NAIB JOHAN KUIZ PENDIDIKAN MARIN PENGAKAP LAUT PERINGKAT KEBANGSAAN 2014


9-11 Mei 2014 – Kem Pendidikan Marin Pengakap Laut Kali Ke-3 Peringkat Kebangsaan telah diadakan selama 3 hari bertempat di Taman Laut, Pulau Tioman, Pahang. Seramai 2 orang peserta Pengakap Laut Kumpulan 14 Pontian telah terpilih untuk mengikutinya. Peserta tersebut ialah Muhammad Ariff Helmi dan Nur Syaidatul Adlin. Mereka merupakan pelajar tingkatan dua yang telah menyiapkan buku log Lencana Usaha dan Lencana Ahli Bot. Pelbagai aktiviti diadakan seperti  water confidence & water rescue, Turtle Watching, Colors, Jungle Trekking, Snorkeling dan Kuiz Pendidikan Marin. Dalam pertandingan Kuiz Pendidikan Marin Adik Nur Syaidatul Adlin mendapat tempat pertama dan Adik Muhammad Ariff Helmi mendapat tempat kedua. Syabas dan tahniah buat para pelajar.














Salam Pengakap!




JOHAN PERTANDINGAN BERCERITA KISAH NABI MENGGUNAKAN BAHASA ISYARAT PERINGKAT NEGERI JOHOR 2014

9 MEI 2014 - Bertempat di SMA Johor Bahru telah berlangsung pertandingan bercerita kisah nabi menggunakan bahasa isyarat peringkat negeri Johor. Peserta pertandingan bercerita iaitu adik Muhd Azni bin Nuardin telah menjuarai pertandingan kategori tersebut. Adik Muhd Azni telah dibimbing oleh Ustaz Md Amin bin Kasbin dengan dibantu oleh En Mohd Ehsan bin Mohamed Saad dan Pn Suhana binti Abd Aziz. Tahniah dan terima kasih kepada 'team' Pendidikan Khas. SDPB Menjuarai!

JOHAN KUIZ ILMU WAHYU PERINGKAT NEGERI JOHOR 2014

9 – 10 Mei 2014  bertempat di SMKA Segamat,  pasukan Kuiz Ilmu Wahyu yang dibimbing oleh Tn Hj Abd Shukor telah membawa khabar gembira buat warga SMKDPB. Hal ini kerana mereka telah menjuarai pertandingan tersebut di peringkat negeri Johor. Pasukan ini yang diwakili oleh adik Hanis Hanani Istanadana, Maisarah Nabilah Mohd Nasir dan Siti Hajar Zulkifli. Mereka akan mewakili negeri Johor dalam pertandingan yang akan dijadualkan akan berlangsung pada 12-15 Jun di SMKA Sharifah Rodziah, Melaka. Marilah seluruh warga SMKDPB memanjatkan doa agar mereka berjaya di peringkat kebangsaan. Tahniah Tn Hj Abd Shukor dan para pelajar yang mengharumkan nama sekolah. SDPB Menjuarai!

KURSUS SENAMROBIK

25 APRIL 2014 - Kursus Asas Senamrobik anjuran bersama SMK Dato’ Penggawa Barat serta Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pontian dengan kerjasama Kelab Kecergasan Pulai Sebatang telah diadakan pada 25 April 2014 (Jumaat) di Dewan Seri Gemilang.  

Seramai 70 orang pelajar terdiri daripada pemimpin tertinggi Kelab, Persatuan dan Unit Uniform serta 5 orang guru SMKDPB telah turut serta.  Bermula seawal jam 8.00 pagi sehingga 5.30 petang, peserta kursus telah diajar gerak-gerak asas senamrobik, pengiraan beat lagu serta ciri-ciri lagu yang sesuai untuk senamrobik.

Aktiviti ini bukan sahaja berjaya menjana badan yang sihat dan minda yang cerdas, malah telah dapat melahirkan bakat-bakat baru sebagai instruktor senamrobik.  Kesemua peserta telah menunjukkan komitment yang amat tinggi.  Menurut Ketua Instruktor, Puan Norzana beliau amat kagum dengan keupayaan peserta-peserta yang memiliki ‘pick up’ yang cukup baik walaupun ini merupakan kali pertama mereka menghadiri kursus seumpama ini. 

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat!!!

MAJLIS PERPISAHAN DAN PERPINDAHAN TINGKATAN ENAM

30 April – Satu majlis perpisahan guru-guru dan pelajar-pelajar prauniversiti telah diadakan pada hari ini bagi mengiringi perpindahan guru-guru dan pelajar-pelajar prauniversiti ke SMK Seri  Bandar, Taman Megah iaitu sekolah pusat tingkatan enam. Walaupun tarikh sebenar perpindahan tersebut belum pasti namun majlis meraikan perpindahan tetap diadakan seperti yang dirancangkan. Sejarah baharu bermula apabila selepas ini SMK Dato’ Penggawa Barat akan hanya dihuni oleh pelajar arus perdana.  Memandangkan Tingkatan Enam telah mengalami transformasi pendidikan selaras dengan PPPM maka berpindah ke sekolah SMK Seri Bandar adalah sesuatu yang pasti demi melonjakkan prestasi pendidikan negara. Terima kasih yang tidak terhingga kepada para pelajar prauniversiti yang selama ini banyak mengharumkan nama SMKDPB sehingga ke pentas antarabangsa. Jua tidak dilupakan buat tenaga pengajar Tingkatan Enam yang terlalu banyak mencurah bakti dalam memastikan SMKDPB di puncak jaya. Malah ada tenaga pengajar yang telah bertugas melebihi 20 tahun di SMKDPB. Sesungguhnya budi , jasa dan curahan baktimu akan dikenang sepanjang zaman. Terima kasih…