MAJLIS PERPISAHAN DAN PERPINDAHAN TINGKATAN ENAM

30 April – Satu majlis perpisahan guru-guru dan pelajar-pelajar prauniversiti telah diadakan pada hari ini bagi mengiringi perpindahan guru-guru dan pelajar-pelajar prauniversiti ke SMK Seri  Bandar, Taman Megah iaitu sekolah pusat tingkatan enam. Walaupun tarikh sebenar perpindahan tersebut belum pasti namun majlis meraikan perpindahan tetap diadakan seperti yang dirancangkan. Sejarah baharu bermula apabila selepas ini SMK Dato’ Penggawa Barat akan hanya dihuni oleh pelajar arus perdana.  Memandangkan Tingkatan Enam telah mengalami transformasi pendidikan selaras dengan PPPM maka berpindah ke sekolah SMK Seri Bandar adalah sesuatu yang pasti demi melonjakkan prestasi pendidikan negara. Terima kasih yang tidak terhingga kepada para pelajar prauniversiti yang selama ini banyak mengharumkan nama SMKDPB sehingga ke pentas antarabangsa. Jua tidak dilupakan buat tenaga pengajar Tingkatan Enam yang terlalu banyak mencurah bakti dalam memastikan SMKDPB di puncak jaya. Malah ada tenaga pengajar yang telah bertugas melebihi 20 tahun di SMKDPB. Sesungguhnya budi , jasa dan curahan baktimu akan dikenang sepanjang zaman. Terima kasih…