Program Lawatan Sambil Belajar AGROTOURISM Anjuran Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Johor


Pada 6-8 September yang lalu, kami telah menyertai sebuah lawatan ke kampung Parit Tengah, Rengit, Batu Pahat. Sekolah kami disertai oleh 10 orang plajar tingkatan 2. Kami diiringi seramai 2 orang guru iaitu Cik Marlia Awang and Pn Farizwana Md Hair. Kami dibahagikan kepada keluarga angkat masing-masing setelah mendaftar nama sekolah.

Tepat jam 3 petang, kami memasuki pertandingan menangguk udang. Persembahan malam kebudayaan oleh penduduk kampung. Kami pulang ke rumah masing-masing tepat jam 11 malam. Pada hari kedua, kami bertolak ke UK Farm, Kluang tepat jam 7.30 pagi. Tepat jam 2 petang pula, kami mengadakan perbincangan untuk persembahan pada malam tersebut. SMKDPB telah bergabung dengan SMK Seri Kenangan. Kami tiba di dewan tepat jam 7.45 malam untuk menyaksikan persembahan dari setiap kumpulan . Aktiviti berakhir pada jam 11.15 malam.

Pada hari terakhir kami berkumpul di Masjid Besar Kampung Parit Tengah untuk mengecat dewan di sana. Kami pulang ke rumah masing-masing sekitar jam 3 petang dengan perasaan yang sangat gembira.




Penyerahan Sumbangan Kelab Bilik Guru SMKDPB kepada waris En. Azman bin Sabran

22 Sept 2013 : Tanggal 19 Sept 2013 En. Azman bin Sabran merupakan salah pekerja Pengawal Keselamatan di SMK Dato' Penggawa Barat telah kebali ke rahmatullah. Mengikut laporan doktor kematiannya disebabkan serangan penyakit buah pinggang yang kritikal dan serangan paru-paru berair. Seluruh warga sekolah mengucapkan takziah di atas pemergiannya kepada keluarganya dan mendoakan semoga pemergiannya dicucuri rahmat. Justeru, pihak Kelab Bilik Guru yang diwakili oleh Pn.Siti Hasnah bin Hj. Bahari telah menyampaikan sedikit kutipan sumbangan kepada keluarga En Azman bin Sabran.






Majlis Program Habitat Moment Dan Program Bank Kitar Semula sempena Sambutan Hari Habitat Sedunia 2013

23 Sept 2013: Majlis Program Habitat Moment Dan Program Bank Kitar Semula sempena Sambutan Hari Habitat Sedunia 2013 telah diadakan pada hari bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pelajar terhadap isu-isu semasa petempatan manusia dan perancangan alam sekitar. Program diadakan serentak seluruh negara dimana seluruh para pelajar sekolah di Malaysia akan melafazkan ikrar serentak pada jam 8.00 pagi  'Aku Janji' untuk lebih bertanggungjawab dalam memelihara kemampanan petempatan manusia dan alam sekitar.













Majlis Apresiasi Sekolah Berprestasi Tinggi

21 Sept 2013 : Kesinambungan penganugerahan Sekolah Berprestasi Tinggi SMK Dato' Penggawa Barat, Pontian, Johor. Majlis apresiasi anugerah tersebut telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Seri Gemilang, SMKDPB. Majlis telah disempurnakan oleh YDP PIBG, Y.Bhg Dato' Nasir bin Safar.









KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 2013

22 September – Majlis penutupan rasmi Kursus Kepimpinan Pengawas 2013 (KEMPINTAR 2013 ) telah disempurnakan oleh Pengetua Kolej Tun Razak Dr. Ahmad Johari bin Sihes. Turut hadir Pengetua Cemerlang  SMKDPB iaitu Tn. Hj. Hashim bin Mohd Dom. Tujuan kursus kepimpinan ini diadakan adalah untuk mendedahkan aspek kepimpinan kepada pengawas-pengawas baharu SMKDPB. Pelbagai aktiviti dijalankan termasuklah sesi ceramah kepimpinan, kembara malam, permainan dan LDK. Kursus yang diadakan selama 3 hari 2 malam itu turut disertai oleh pelajar-pelajar dari SMK Bandar Putra, Kulai .Seramai 55 orang peserta dari SMKDPB dan  40 orang pelajar SMKBP terlibat mengikuti kursus ini. Kolaborasi antara SMKDPB dan SMKBP diharapkan memberi satu pengalaman kepada pelajar-pelajar dari kedua-dua buah sekolah.




















Majlis Solat Hajat Perdana PMR, SPM & STPM 2013

20 Sept 2013 : Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua raka’at.”    (Riwayat At-Tarmizi)
Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Darda’ bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian solat dua raka’at dengan sempurna, nescaya Allah memberikan apa saja yang dimintanya, sama ada cepat ataupun lambat.”

 Majlis Solat Hajat Perdana PMR, SPM & STPM 2013 telah diadakan bagi mengharapkan pertolongan daripada Allah SWT dan memohon kecemerlangan para pelajar muslim dalam peperiksaan awam PMR, SPM dan STPM seluruh daerah pontian khususnya anak-anak didik di SMK Dato' Penggawa Barat. Majlis telah diteruskan dengan bacaan Surah 'Ya- Seen', diukuti dzikir dan selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Diagarkan lebih 500 jemaah yang telah hadir yang terdiri daripada para pelajar, guru-guru, ibubapa dan kaum kelaurga di majlis ini. Majlis telah diakhiri dengan ucapan ringkas daripada Tuan Pengetua sebagai motivasi khususnya kepada calon-calon yang akan menduduki peperiksaan.

Alhakim berkata,Sesiapa yang melaksanakan solat sunat hajat, hendaklah ia mandi pada malam Jumaat dan memakai pakaian yang bersih dan solatlah di waktu sahur dengan niat mohon dipenuhi hajatnya.”


“Katakanlah : Allah itu Esa! Allah tempat meminta. Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu pun yang setara dengan-Nya.”   Surah Al-Ikhlas

Tahniah: 10 Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012 SMKDPB



Barisan Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012 SMKDPB

19 September 2013: Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kementerian Pendidikan Malaysia peringkat daerah Pontian tahun 2012  telah berlangsung di Dewan Seri Gemilang SMK Dato' Penggawa Barat. Seramai 269 kakitangan pendidikan daerah Pontian telah menerima anugerah tersebut.

Majlis disempurnakan oleh  En Abdul Aziz Bin Hj. Redwan (Ketua Sektor Pengurusan Sekolah JPNJ) selaku wakil rasmi Tuan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

Tahniah kepada semua penerima anugerah tersebut. Semoga ianya akan memberikan satu suntikan lagi ke arah kualiti pendidikan yang lebih cemerlang.

24 lagi Sekolah Berprestasi Tinggi diiktiraf : Tahniah SMKDPB

 PUTRAJAYA 18 Sept. - Sejumlah 24 lagi sekolah diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), membabitkan 14 sekolah rendah dan 10 sekolah menengah di bawah kohort keempat tahun ini.
Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan SBT di seluruh negara sebanyak 115. "Sehubungan itu, sasaran kementerian bagi membangunkan dan mewujudkan sepuluh buah SBT setiap tahun dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2.0 telah tercapai serta melepasi sasaran," katanya pada majlis penyerahan sijil pengiktirafan SBT di sini hari ini.
Beliau berkata, pengiktirafan itu membolehkan setiap sekolah berkenaan menerima peruntukan khas berjumlah RM700,000 untuk tahun pertama, RM500,000 tahun kedua dan RM3000,000 tahun ketiga.
Senarai kali ini, katanya, turut menyaksikan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SKJT) Ladang Rem, Kota Tinggi Johor menjadi SKJT pertama menerima pengiktirafan sebagai SBT.
Sekolah-sekolah lain yang terpilih ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Mariam dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Penggawa Barat di Johor; Sekolah Menengah (SM) Sains Kubang Pasu Kedah, SM Sains Machang Kelantan; SK Convent Pahang, Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Jempol Negeri Sembilan; dan SK Putrajaya Presint 11 (1), Putrajaya.
SK Convent Of The Infant Jesus 1 (M) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sharifah Rodziah di Melaka; SK Sultan Idris II, SK Marian Convent, SM Sains Raja Tun Azlan Shah dan SBP Integrasi Gopeng di Perak; dan SK Convent Green Lane, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Han Chiang dan SMKA Al-Irshad di Pulau Pinang.
SK Taman Megah, SK Bukit Jelutong, SK Sri Petaling, Sekolah Menengah Agama (SMA) Persekutuan Kajang dan SBP Integrasi Rawang di Selangor; serta SK Convent Bukit Nanas (1) dan SJKC Kuen Cheng 2 di Kuala Lumpur. - BERNAMA



PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan mengiktiraf 24 lagi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) membabitkan 14 sekolah rendah dan 10 sekolah menengah bagi kohort empat tahun ini.
Ia juga menyaksikan pengiktirafan kali pertama yang diterima Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) iaitu SJKT Ladang Rem, Johor.
Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pengiktirafan itu menjadikan jumlah keseluruhan SBT sehingga kini adalah 115 berbanding sasaran sebanyak 110 sekolah.

"Menerusi pengiktirafan itu, setiap sekolah akan menerima peruntukan RM700,000 bagi tahun pertama; RM500,00 (kedua) dan RM300,000 bagi tahun seterusnya.

"Selain itu, setiap pengetua, guru besar, uru dan Anggota Khidmat Sokongan (AKS) yang layak akan menerima Bayaran Insentif SBT berbentuk bayaran sekali sahaja (one-off) sebanyak RM1000.00 untuk sekolah menengah dan RM700.00 untuk sekolah rendah.

"Ini bermakna pada hari ini kerajaan akan memberikan peruntukan khas berjumlah RM 16.8 juta kepada 24 SBT berkenaan," katanya ketika mengumumkan senarai SBT di sini, sebentar tadi.


Senarai SBT Kohort 4 Tahun 2013

Johor
SK Tengku Mariam
SJKT Ladang Rem
SMK Dato' Penggawa Barat

Kedah
SM Sains Kubang Pasu

Kelantan
SM Sains Machang

Melaka
SK Convent of the Infant Jesus 1 (M)
SMKA Sharifah Rodziah

Negeri Sembilan
SBP Integrasi Jempol

Pahang
SK Convent

Perak
SK Sultan Idris II
SK Marian Convent
SM Sains Raja Tun Azlan Shah
SBP Integrasi Gopeng

Pulau Pinang
SK Convent Green Lane
SJK (C) Han Chiang
SMKA Al-Irshad

Selangor
SK Taman Megah
SK Bukit Jelutong
SK Sri Petaling
SMA Persekutuan Kajang
SBP Integrasi Rawang

Putrajaya
SK Putrajaya Presint 11 (1)

Kuala Lumpur
SK Convent Bukit Nanas (1)
SJK (C) Kuen Cheng 2


... sumber berita: MyMetro 18 September 2013 (klik di sini)

SOLAT HAJAT PERDANA PMR-SPM-STPM 2013

SOLAT HAJAT PERDANA PMR- SPM - STPM 2013.

Tarikh:    20 September 2013  ( Jumaat )
Masa :    5.30 petang - 6.30 petang ( Pendaftaran)
Tempat:  Dewan Sri Gemilang.
Pakaian : Lelaki (Baju Melayu lengkap bersamping)
               Perempuan ( Baju kurung bertudung / pakaian solat)
Sumbangan : Kuih Teriak.

PROGRAM JITU DAN MOTIVASI KECEMERLANGAN PMR 2013

14 September – Program JITU ( Jumpa Individu Tumpuan Utama ) dan Program Motivasi PMR telah diadakan pada pagi ini. Program ini merupakan sentuhan akhir bagi pelajar-pelajar menghadapi PMR. Program JITU membolehkan Tn Hj Hashim Mohd Dom (Pengetua) dan En Mohd Shahpri ( PK Pentadbiran ) membuat  perjumpaan dengan pelajar-pelajar PMR dan menyampaikan amanat dan perangsang kepada para pelajar.
                Seterusnya program motivasi  yang bertajuk Motivasi Kecemerlangan PMR pula di sampaikan oleh Tn Hj Fauzi bin Mustafa  daripada Fauzi Mustafa & Association . Program ini diharapkan dapat memberikan perangsang  kepada para calon PMR  meningkatkan motivasi diri untuk menghadapi peperiksaan PMR. Semoga semua pelajar memanfaat ilmu yang diperoleh seterusnya mencipta kecemerlangan dalam peperiksaan PMR 2013. Insyaallah.









CERAMAH KESALAHAN JENAYAH SYARIAH NEGERI JOHOR


 
 
 
13 September – Satu ceramah berkaitan Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor telah disampaikan oleh Ustaz Shafie bin Mohd Debuan,  Ketua Unit Penguatkuasaan, Pejabat Agama Daerah Pontian. Ceramah ini bermula pukul 7.30 pagi  sebagai mengisi slot pagi Jumaat. Tujuan ceramah ini disampaikan adalah untuk memberi pengetahuan kepada warga SMKDPB hal-hal yang berkaitan kesalahan jenayah syariah. Diharapkan ceramah ini dapat dijadikan panduan dan pedoman  kepada warga SMKDPB dalam mengharungi hari-hari mendatang sebagai muslim sejati. Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohd Shafie dan Pejabat Agama Daerah Pontian.