Majlis Solat Hajat Perdana PMR, SPM & STPM 2013

20 Sept 2013 : Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua raka’at.”    (Riwayat At-Tarmizi)
Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Darda’ bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian solat dua raka’at dengan sempurna, nescaya Allah memberikan apa saja yang dimintanya, sama ada cepat ataupun lambat.”

 Majlis Solat Hajat Perdana PMR, SPM & STPM 2013 telah diadakan bagi mengharapkan pertolongan daripada Allah SWT dan memohon kecemerlangan para pelajar muslim dalam peperiksaan awam PMR, SPM dan STPM seluruh daerah pontian khususnya anak-anak didik di SMK Dato' Penggawa Barat. Majlis telah diteruskan dengan bacaan Surah 'Ya- Seen', diukuti dzikir dan selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Diagarkan lebih 500 jemaah yang telah hadir yang terdiri daripada para pelajar, guru-guru, ibubapa dan kaum kelaurga di majlis ini. Majlis telah diakhiri dengan ucapan ringkas daripada Tuan Pengetua sebagai motivasi khususnya kepada calon-calon yang akan menduduki peperiksaan.

Alhakim berkata,Sesiapa yang melaksanakan solat sunat hajat, hendaklah ia mandi pada malam Jumaat dan memakai pakaian yang bersih dan solatlah di waktu sahur dengan niat mohon dipenuhi hajatnya.”


“Katakanlah : Allah itu Esa! Allah tempat meminta. Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu pun yang setara dengan-Nya.”   Surah Al-Ikhlas