KURSUS ASAS PERTOLONGAN CEMAS 2015


28 Feb 2015 –Kursus Asas Pertolongan Cemas telah diadakan pada hari ini. Kursus anjuran Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Cabang Pontian dengan kerjasama Unit Kokurikulum SMK Dato’ Penggawa Barat, Pontian, Johor. Tujuan kursus ini adalah untuk mendedahkan para pelajar terutamanya pelajar-pelajar beruniform dengan asas pertolongan cemas yang wajib diketahui.
                Lebih menariknya kursus ini dikendalikan oleh 4 daripada 5 orang bekas pelajar SMKDPB. Sesuai dengan sambutan Jubli Emas pada tahun ini, maka kehadiran bekas pelajar ini ibarat sirih pulang ke gagang dengan  menabur bakti di SMKDPB. Penceramah tersebut terdiri daripada Tn Hj Sulaiman bin Kimin ( Pengerusi BSMM Cabang Pontian), En Bakhtiar bin Hj Sulaiman, Noraizan binti Hj Sulaiman, Muhammad Farhan bin Ishak dan Rodziah bt Md said.
                Semoga para pelajar mendapat manfaat daripada kursus ini dan mempraktikkannya dalam situasi kecemasan. Terima kasih tidak terhingga kepada BSMM Cabang Pontian.















MTQ DAERAH PONTIAN 2015

28 Februari 2015 – Pertandingan MTQ daerah Pontian telah diadakan di SMK Tan Sri Osman MohdSaat ( STOM). Pasukan SMKDPB telah menjadi Johan dalam pertandingan Kuiz dan Naib Johan dalam acara Tilawah Perempuan, Naib Johan  Tahfiz Perempuan dan Naib Johan Syarahan Agama perempuan. Tahniah diucapkan.

SELAWAT PERDANA

27 Februari 2015 – Selawat Perdana di Masjid kampung Parit Selangor telah disertai oleh anak pelajar asrama SMKDPB. Mereka diiringi oleh Cikgu Zaid bin Man. Semoga amalan berselawat menjadi ikutan kita dalam kehidupan seharian.





JOHAN PROGRAM BAKAT TUNAS REMAJA DAERAH PONTIAN 2015

26 Feb 2015 – Program Bakat Tunas Remaja Daerah Pontian telah diadakan di PKG Bandar. SMK Dato’ Penggawa Barat telah menghantar dua orang peserta iaitu adik Khairunnisa bt Harun dan Siti Nurfadzrinisha bt Mohd Haffeny. Program ini bertujuan mencari pelajar-pelajar berbakat dalam bidang penulisan cerpen dan puisi. Alhamdulillah dalam pertandingan ini adik Siti Nurfadzrinisha binti Mohd Haffeny telah muncul sebagai johan. Tahniah.






KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG 2015

26 Februari 2015- Kejohanan Balapan dan Padang Kali Ke-51 telah diadakan di Padang Kejora SMK Dato’ Penggawa Barat. Perasmian kejohanan ini disempurnakan oleh Datuk Azhar bin Aziz, Pengusaha Kantin Asrama SMKDPB. Majlis dimulakan dengan perarakan rumah-rumah sukan serta unit beruniform. Rumah Laksamana telah mengungguli kejohanan kali ini. Tahniah diucapkan.














LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN 2 : AMANAT PENGARAH, SENI MEMPERTAHANKAN DIRI DAN PNP ABAD 21

14 Februari 2015 : Program Latihan Dalam Perkhidmatan 2 telah diadakan di kelas 4 Kekwa dan kelas 4 Cemara. Seramai 82 guru dan staf sokongan telah mengikuti latihan tesebut mulai jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 1.30 petang. 




MAULIDUR RASUL 2015 / 1436

7 Februari 2015 – Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SMKDPB telah diadakan pada pagi ini. Majlis dimulai dengan perarakan, persembahan pelajar dan ceramah. Pihak SMKDPB telah menjemput Al-Fadhil Tn Hj Hidris bin Shahri, Pegawai Pendidikan Agama. Bertemakan Perpaduan Nadi Transformasi Negara, majlis ini berlangsung dengan jayanya. Turut hadir Datuk Nasir bin Safar, YDP PIBG, AJK-AJK PIBG, Alumni SMKDPB dan para jemputan.
Dalam majlis ini Tn Hj Rahmat Sarbani dipilih sebagai Tokoh Maulidur Rasul Kategori Guru sementara adik Nor Hazirah dipilih Tokoh Maulidur Rasul Kategori Pelajar.
Pihak majlis juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi sumbangan dalam menjayakan majlis ini.















'Cereer Path' 2015

1 Februari 2015 – ‘Career Path’ telah diadakan pada pagi ini di Dewan Seri Gemilang SMK Dato’ Penggawa Barat. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang peluang kerjaya dan mengenalpasti kerjaya yang bersesuaian dengan kelayakan dan minat. Sasaran utama ialah pelajar Tingkatan Lima dan Tingkatan Empat.
Lebih mengujakan apabila Unit Bimbingan dan Kaunseling mengundang bekas pelajar SMKDPB iaitu Tn Hj Hamdan, seorang Geoscientist di syarikat Petronas untuk memberi ceramah. Ibarat Sirih Pulang Ke Gagang majlis ini berlangsung dengan jayanya.