SETITIS TINTA PENGETUA

Assalamualaikum wbt dan Salam Muafakat Johor,
Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam Muafakat Johor. Bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia serta izin-Nya, kita dapat meneruskan khidmat bakti di sekolah tercinta ini. Semoga kegemilangan dan kejayaan terus menerangi kehidupan kita semua yang mempunyai amanah besar untuk meningkatkan akses pendidikan berkualiti di sekolah kita. Marilah kita memperbaharui tekad dan menyuntik semangat baru dalam melonjakkan kecemerlangan SMK Dato Penggawa Barat pada tahun 2018 dan tahun- tahun yang mendatang. Sesungguhnya, sekolah adalah nadi utama dalam usaha membangunkan modal insan yang memacu kemajuan negara pada masa hadapan. Matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju amat bergantung kepada keupayaan warga sekolah terutamanya para pendidik yan berpengetahuan kelas pertama, berketrampilan dan berdaya saing yang sihat bagi melakar pembangunan modal insan dalam kalangan murid SMK Dato Penggawa Barat berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Para pendidik harus mempunyai hala tuju yang jelas dan mengutamakan aktiviti peningkatan profesionalisme agar mampu memberi impak yang tinggi terhadap kecemerlangan anak didik dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah. Dalam menghadapi persaingan pada peringkat global, kejayaan sesebuah sekolah amat bergantung pada pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang dimiliki oleh warga sekolah. Oleh itu, setiap warga pendidik perlu meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran serta melipatgandakan usaha bagi melahirkan modal insan yang berilmu, kreatif dan inovatif untuk mengisi keperluan masa kini dan masa hadapan. Bagi memastikan kelangsungan pembangunan pendidikan, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) dilaksanakan. Pelan ini melakarkan visi sistem pendidikan dan murid yang memenuhi keperluan negara pada masa hadapan. Pelan ini berhasrat mencapai lima keberhasilan teras pendidikan bagi menentukan kejayaan sistem pendidikan. Lima aspirasi sistem pendidikan Malaysia ialah akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Justeru, PPPM juga telah menyusun transformasi yang dilaksanakan dalam tiga gelombang. Gelombang pertama memberi sokongan kepada para pendidik, gelombang kedua mempercepat peningkatan kemajuan sistem, dan gelombang ketiga ialah beranjak ke arah kecemerlangan dengan peningkatan keluwesan operasi. Oleh itu, sebagai pendidik kita hendaklah menerima transformasi ini dengan minda yang terbuka dan melaksanakannya bagi mencapai visi yang dihasratkan. Pengajaran yang berkesan melibatkan proses memindahkan ilmu oleh guru di samping memperkembang potensi murid. Bagi murid, pembelajaran merupakan suatu proses mengumpul maklumat dan pengalaman secara berterusan. Dalam hal ini, pengintegrasian ICT dalam PdPc memberikan kesan berganda kepada murid-murid bagi melahirkan murid yang kreatif dan inovatif. Oleh hal yang demikian, pelbagai aplikasi seperti e-pembelajaran, sidang video dan pelbagai inovasi teknologi yang diperkenalkan amat relevan dengan keperluan semasa murid kerana teknologi ini membolehkan murid mendapat maklumat dalam masa yang singkat. Dalam era globalisasi, warga sekolah semestinya melengkapkan diri dengan maklumat terkini supaya dapat bertindak balas terhadap pembangunan teknologi baru. Kejayaan-kejayaan yang dilakar selama ini adalah disebabkan pengamalan budaya kerja cemerlang oleh semua warga sekolah ini. Budaya kerja ini bukan sahaja dapat melahirkan golongan pendidik dan murid yang berdedikasi tetapi juga memberi impak yang besar kepada ‘output’ dan ‘outcome’ hasil daripada pengamalan budaya kerja tersebut. Diharapkan generasi yang dihasilkan kelak adalah golongan murid yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik tetapi merangkumi semua aspek kehidupan sebagaimana yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga SMK Dato Penggawa Barat dalam memberikan sumbangan kepada pihak sekolah. Segala usaha murni ini perlu diteruskan lagi agar mencapai kejayaan yang lebih cemerlang seterusnya dapat menyumbang bakti pula kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat hendaklah dijadikan amalan. Semoga segala tugas yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Ingatlah, orang hebat mampu melahirkan beberapa karya berkualiti, tapi guru berkualiti mampu melahirkan ribuan orang hebat. Selamat menjalankan tugas kepada semua warga SMK Dato Penggawa Barat, moga 2018 kita berada di mercu. Yakinlah dan pastikan SDPB MENJUARAI.
MOHD SHAPHRI BIN MOHD YUSOF

KEJOHANAN CATUR MSSD 2013

KEJOHANAN CATUR MSSD 2013

Kejohanan Catur MSSD 2013 telah berlangsung pada 30, 31 Januari dan 1hb Februari yang lepas di PKG Bandar.
Sekolah kita telah mendapat naib johan bagi kategori lelaki 18 dan naib johan juga bagi kategori perempuan bawah 15.
Seramai 5 orang pelajar yang telah terpilih ke peringkat negeri yang akan diadakan pada 22 dan 23hb. Februari ini di Kluang Johor.
Latihan pusat akan diadakan di PKG Teluk Kerang pada 18 hingga 21 hb Februari ini.
Berikut ialah senarai nama pelajar yang layak ke peringkat negeri. 
Tahniah diucapkan!
Sama-sama kita doakan SMKDPB Menjuarai di peringkat negeri.

BIL
NAMA
TING
KP
1
FATIN BINTI MD. HATTA
3 DA
980413-01-5726
2
NADRAH NUR FAZLIN BINTI AZMI
3 DA
980913-01-5028
3
NUR AKILLA BINTI AHMAD
2 MA
990815-01-5402
4
AMIRUL SYAFI BIN MAHSURI
5 AS
961011-01-5105
5
MUJAMMAD HARUSSANI BIN MOKLIS
5 AK
961117-01-6501

TAHNIAH : JOHON ANEGERAH NILAM DAERAH PONTIAN 2013

  • 5 Feb 2013 :  Anugerah Nilam merupakan pengiktirafan tertinggi KPM dalam usaha membina tabiat membaca di kalangan murid selaras dengan hasrat negara melahirkan masyarakat bermaklumat dan berpengatahuan. Program NILAM juga merupakan KPI Jabatan Pelajaran Negeri Johor  dengan sasaran 100% penyertaan setiap pelajar seluruh negeri bagi tahun 2013.

  •  Anugerah Nilam Daerah Pontian telah  diadakan pada 4 dan 5 Februari 2013 bertempat di PKG Kukup. Anugerah ini dibahagikan kepada empat kategori
    • Anugerah Nilam Bahasa Malaysia Sekolah Rendah
    • Anugerah Nilam Bahasa Inggeris Sekolah Rendah
    • Anugerah Nilam Bahasa Malaysia Sekolah Menengah
    • Anugerah Nilam Bahasa Inggeris Sekolah Menengah
    Tahniah & syabas diucapkan kepada Saudara Muhammad Muhibbuddin Fadhlullah bin Yusof Johan Anugerah Nilam Daerah Pontian kategori Bahasa Inggeris dan Saudari Wafa' Raihana bt Rosman Johan Anugerah Nilam Daerah Pontian kategori bahasa Melayu. Masing-masing telah menerima hadiah wang tunai RM 200, Piala, buku dan sijil. Syabas sekali lagi kepada  Saudara Muhammad Muhibbuddin Fadhlullah bin Yusof kerana telah dinobatkan sebagai TOKOH NILAM DAERAH PONTIAN 2013 dan telah menerima hadiah wang tunai RM300, Piala, buku dan sijil. 




PELANCARAN PROGRAM 3K TAHUN 2013

4 Januari 2013 - Pelancaran Program 3K (Kebersihan , Keselamatan dan Kesihatan ) telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Hashim bin Mohd. Dom, Pengetua SMKDPB. Pelbagai program telah dan akan dijalankan sepanjang program ini. Kemuncak program ini akan diadakan pada Hari Kokurikulum 2013. Dalam ucapan perasmiannya Tn Hj Hashim mengharapkan agar SMKDPB berjaya dengan cemerlang kerana SMKDPB pernah dinobatkan sebagai Johan antara Johan 3K. Semoga program yang dirancang dapat dimanfaatkan oleh warga SMKDPB.

TEKNIK MENJAWAB PENGAJIAN AM 2013

31 Januari 2013 - Satu ceramah Teknik Menjawab Pengajian Am Peringkat Daerah Pontian telah diadakan di dewan Sri Gemilang SMKDPB. Penceramah jemputan ialah Tn Hj  Md Lasa bin Yahya,Panel Penggubal Sukatan Sistem Pentaksiran Baru STPM. Ceramah ini dihadiri oleh pelajar-pelajar Tingkatan Enam sekolah-sekolah sekitar Daerah Pontian. Semoga semua pihak mendapat manfaatnya.


Kem kepimpinan di Kem Kaizen 2013

3 Feb 2013 : Kem kepimpinan di Kem Kaizen, Gunung Pulai, Pontian 2013 merupakan Kem Kepimpinan anjuran Unit Ko-Kurikulum SMKDPB. Seramai 36 orang pelajar yang telah menyertai program ini .



Program ini bertujuan mengembangkan kebolehan “SOFT SKILL” atau kemahiran asas pelajar –  pelajar dalam mengetuai sesebuah organisasi dan pada masa yang sama boleh dipraktikkan dalam kehidupan. Selain itu, program ini bertujuan mengeratkan ikatan perhubungan sesama pelajar selaku barisan pimpinan di sekolah.

Latihan Dalam Perkhidmatan 1 : Team Buiding 2013

Penceramah :  En. Fauzi bin Mustafa
2 Feb 2013 : Seramai 120 guru telah menghadiri ke Program Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP 1) yang telah diadakan di Bilik Wadah Informasi bertajuk 'Team Building'. Program ini telah dikendalikan oleh Fauzi Mustafa & Association. 

Satu Impian Lebih Baik Dari Seribu Mimpi, Satu Kesedaran Lebih Baik Dari Seribu Impian, 
Para peserta program
Satu Tindakan Lebih Baik Dari Seribu Kesedaran, Satu Matlamat Lebih Baik Dari Seribu Tindakan, 
Satu Keihklasan Lebih Baik Dari Seribu Matlamat.
Mulakanlah Walaupun Sedikit, Melencong Seinci Rugi Seribu Batu '
KEAZAMAN UNTUK BERJAYA
di atas kegagalan anda semalam

Binalah bangunan hidupmu buat hari esok letakkan batu-bata tujuan yang teguh, dan sediakan puing-puing raksasa dari kejatuhanmu yang silam,Ukirkan menara-menara yang hebat, bagi
membenam lembah-lembah air mata kehampaan.
Usahalah dengan sabar, walaupun usaha anda itu perlahan.
Namun dari hari ke sehari, binaan itu akan tumbuh cemerlang.Percayalah kepada Tuhan, dan dengan penuh keyakinan, Bahawa anda akan berjaya dari apa yang anda usahakan (Sumber daripada : http://tatabahasabm.tripod.com/motivasi.htm)


Senyum itu kebahagian
Majlis bersurai

Majlis Penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan 2013


31 Jan 2013: Majlis Penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan 2013telah disempuranakan oleh Ustaz Hj Shapie bin Kadar
   Di dalam ucapan  beliau ada menyatakan bahawa penyerahan bantuan awal persekolahan sebanyak RM100 itu adalah merupakan anugerah Allah s.w.t yang telah diamanahkan kepada barisan pemimpin  kita  menjadi  salah satu  agenda kerajaan dalam menunjukkan  keprihatinan pihak kerajaan yang memahami akan permasalahan yang dihadapi oleh rakyat terutamannya sewaktu di awal persekolahan yang mana memerlukan kewangan yang banyak untuk menguruskan perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka Kita hendaklah menghargai pemberian ini. Semoga dengan bantuan yang diberikan itu dapat memotivasikan semua pelajar dalam usaha meningkatkan prestasi kecemerlangan akademik, insyallah. Berbelanja pada jalan yang diredhai Allah kerana ia merupakan duit rakyat dan juga amanah dari Allah.