HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN PASCA COVID-19

24 Jun 2020 - Barisan pentadbir dan guru-guru  menyambut kedatangan murid-murid Tingkatan 5 untuk memulakan sesi persekolahan yang tergendala hampir 3 bulan akibat Pandemik Covid-19. Murid-murid datang dengan penuh semangat dan ceria sambil mengikuti semua SOP yang ditetapkan. Pemantau-pemantau dari JPNJ iaitu Tn Hj Yazid, dari PPD Tn Hj Roslan dan Tn Mohd Fadzil dari IPD Pontian turut bersama-sama meninjau sesi persekolahan pada hari ini. Semoga murid-murid dan guru-guru SDPB Menjuarai dilindungi daripada wabak yang melanda.
#kitajagakita 
#kitamestimenang

  







 

Pertandingan Kuiz Denggi

 15 Jun 2020 – Pertandingan Kuiz Denggi atas talian peringkat negeri Johor telah diadakan sempena Hari Denggi Asean 2020. Peserta dinilai melalui jawapan tepat dan pantas. Adik Rabiatul Adawiyah binti Mohd Yusof telah mendapat tempat ke-10. Tahniah diucapkan kepada pelajar tersebut dan guru pembimbing iaitu Pn Norhafizah Nasiron, Pn Rafidah Rajimin dan Pn Nurul Natrah Nor Bashah