HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN PASCA COVID-19

24 Jun 2020 - Barisan pentadbir dan guru-guru  menyambut kedatangan murid-murid Tingkatan 5 untuk memulakan sesi persekolahan yang tergendala hampir 3 bulan akibat Pandemik Covid-19. Murid-murid datang dengan penuh semangat dan ceria sambil mengikuti semua SOP yang ditetapkan. Pemantau-pemantau dari JPNJ iaitu Tn Hj Yazid, dari PPD Tn Hj Roslan dan Tn Mohd Fadzil dari IPD Pontian turut bersama-sama meninjau sesi persekolahan pada hari ini. Semoga murid-murid dan guru-guru SDPB Menjuarai dilindungi daripada wabak yang melanda.
#kitajagakita 
#kitamestimenang