PENGUMUMAN

PARA PELAJAR DIMINTA HADIR KE SEKOLAH SEPERTI KETETAPAN BERIKUT:

TARIKH: 31 DIS 2015

HARI : KHAMIS

MASA : 8.30 AM - 11.00 AM

AKTIVITI : GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN KELAS.
                    # TING.5 MENGAMBIL BUKU TEKS

PAKAIAN: PAKAIAN PENDIDIKAN JASMANI LENGKAP.
       
# SILA  BAWA KAIN LAP TINGKAP.

TERIMA KASIH.

KERJASAMA ANDA DIHARGAI.

MESYUARAT AWAL TAHUN : PERHIMPINAN PROFESIONAL PENDIDIKAN AKHIR TAHUN 2015 DAN PERSEDIAAN SEKOLAH AWAL TAHUN 2016


28 Disember 2015: Seramai 79 guru telah hadir mesyuarat awal tahun 2016 . Mesyuarat telah diadakan di Bilik Kuliah Wadah Informasi. Mesyurat telah disempurnakan oleh Tn.Hj.Hashim bin Mohd Dom, Pengetua Cemerlang, SMK Dato'Penggawa Barat.





PENDAFTARAN TINGKATAN 1, 2016

TARIKH : 2 JANUARI 2016

MASA     : 8.30 PAGI

TEMPAT: DEWAN SRI GEMILANG

ICOMPEX 2016


#Para pelajar yang berminat boleh bersedia dari sekarang. Hubungi En Rashid bin Saini

SUKARELAWAN MAULIDUR RASUL

24 Disember 2015 - Seramai 20 orang pelajar SMKDPB bersama En Suhizulhisam telah membantu mengedarkan makanan kepada para tetamu Majlis Sambutan Maulidur Rasul di Masjid Jamek Pontian pada hari ini. Semoga khidmat masyarakat ini menjadi amalan para pelajar.
                


MESYUARAT GURU 2015/2016


28 Disember 2015 ( Isnin )
8.00 – 9.30 pagi
Taklimat Pengetua
9.30 – 10.15 pagi
Buku Pengurusan 2016
10.15 – 10.45 pagi
Rehat
10.45 – 12.30 t.hari
Mesyuarat Kurikulum

29 Disember 2015 ( Selasa )
8.00 – 10.00 pagi
Taklimat HEM
10.00 – 10.30 pagi
Rehat
10.30 – 12.30 T.Hari
Mesyuarat Kokurikulum
12.30 – 1.00 petang
Mesyuarat AJK Pendaftaran Tg. 1

30 Disember 2015 (Rabu)
8.00 – 12.00 T.Hari
Mesyuarat Panitia
(Mengikut Panitia Masing-masing)

31 Disember 2015 ( Khamis )
8.30 – 11.00 pagi
- Gotong Royong Kelas Tingkatan 2,  
   Tingkatan 3 dan Tingkatan 5.
- Penyerahan Buku Teks Tingkatan 5

2 Januari 2016 ( Sabtu )
8.00 – 12.30 T.Hari
Pendaftaran Tingkatan 1 dan Pendaftaran Asrama


LATIHAN PRA PENTARAFAN PENGAKAP RAJA 2015/2016

20-21 Disember 2015- Latihan Pra Pentarafan Pengakap Raja Daerah Pontian telah diadakan di SMKDPB. Latihan ini disertai oleh 30 orang ahli pengakap dari daerah Pontian iaitu 19 orang SMKDPB, 6 orang SMKB dan 5 orang SMKSSP. Tenaga pengajar terdiri daripada 5 orang ahli Pengakap Raja SMKDPB 2015 dan dibantu oleh guru pemimpin serta kelana daerah Pontian. Tujuan latihan ini adalah sebagai persediaan ke ujian pra pentarafan pengakap raja pada bulan Januari 2016. Semoga mereka berjaya!.















ASEAN ROPE SKIPPING WORKSHOP 2015

17-20 Disember 2015 - Pn Zanariah binti Othman telah menyertai Bengkel Lompat Tali Asean yang diadakan di Hotel Grand Blue Wave, Johor Bahru. Bengkel selama 4 hari ini memberi pendedahan kepada beliau untuk mengetahui teknik dan aspek penting dalam lompat tali. Semoga ilmu yang diperoleh dapat disalurkan kepada para pelajar di Malaysia khususnya di SMKDPB. Tahniah!





KEPUTUSAN PT3 2015

14 Disember 2015 - Keputusan PT3 telah diumumkan secara rasmi pada hari ini. Seramai 5 orang pelajar mendapat perfect score 11A dan 10A. Tahniah diucapkan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada kejayaan seterusnya.










PENGUMUMAN :
  1. KEPUTUSAN PT3 2015 AKAN DIUMUMKAN PADA HARI ISNIN 14 DISEMBER 2015.
  2. CALON PT3 2015 BOLEH MENGAMBIL SLIP PEPERIKSAAN DI DEWAN SRI GEMILANG SELEPAS JAM 10.00 PAGI HINGGA 12.00 TENGAH HARI.
  3. CALON DIKEHENDAKI DATANG KE SEKOLAH DENGAN MEMAKAI UNIFORM/ BAJU SERAGAM SEKOLAH DENGAN KEMAS.
SEKIAN.