SETITIS TINTA PENGETUA

Assalamualaikum wbt dan Salam Muafakat Johor,
Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam Muafakat Johor. Bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia serta izin-Nya, kita dapat meneruskan khidmat bakti di sekolah tercinta ini. Semoga kegemilangan dan kejayaan terus menerangi kehidupan kita semua yang mempunyai amanah besar untuk meningkatkan akses pendidikan berkualiti di sekolah kita. Marilah kita memperbaharui tekad dan menyuntik semangat baru dalam melonjakkan kecemerlangan SMK Dato Penggawa Barat pada tahun 2018 dan tahun- tahun yang mendatang. Sesungguhnya, sekolah adalah nadi utama dalam usaha membangunkan modal insan yang memacu kemajuan negara pada masa hadapan. Matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju amat bergantung kepada keupayaan warga sekolah terutamanya para pendidik yan berpengetahuan kelas pertama, berketrampilan dan berdaya saing yang sihat bagi melakar pembangunan modal insan dalam kalangan murid SMK Dato Penggawa Barat berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Para pendidik harus mempunyai hala tuju yang jelas dan mengutamakan aktiviti peningkatan profesionalisme agar mampu memberi impak yang tinggi terhadap kecemerlangan anak didik dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah. Dalam menghadapi persaingan pada peringkat global, kejayaan sesebuah sekolah amat bergantung pada pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang dimiliki oleh warga sekolah. Oleh itu, setiap warga pendidik perlu meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran serta melipatgandakan usaha bagi melahirkan modal insan yang berilmu, kreatif dan inovatif untuk mengisi keperluan masa kini dan masa hadapan. Bagi memastikan kelangsungan pembangunan pendidikan, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) dilaksanakan. Pelan ini melakarkan visi sistem pendidikan dan murid yang memenuhi keperluan negara pada masa hadapan. Pelan ini berhasrat mencapai lima keberhasilan teras pendidikan bagi menentukan kejayaan sistem pendidikan. Lima aspirasi sistem pendidikan Malaysia ialah akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Justeru, PPPM juga telah menyusun transformasi yang dilaksanakan dalam tiga gelombang. Gelombang pertama memberi sokongan kepada para pendidik, gelombang kedua mempercepat peningkatan kemajuan sistem, dan gelombang ketiga ialah beranjak ke arah kecemerlangan dengan peningkatan keluwesan operasi. Oleh itu, sebagai pendidik kita hendaklah menerima transformasi ini dengan minda yang terbuka dan melaksanakannya bagi mencapai visi yang dihasratkan. Pengajaran yang berkesan melibatkan proses memindahkan ilmu oleh guru di samping memperkembang potensi murid. Bagi murid, pembelajaran merupakan suatu proses mengumpul maklumat dan pengalaman secara berterusan. Dalam hal ini, pengintegrasian ICT dalam PdPc memberikan kesan berganda kepada murid-murid bagi melahirkan murid yang kreatif dan inovatif. Oleh hal yang demikian, pelbagai aplikasi seperti e-pembelajaran, sidang video dan pelbagai inovasi teknologi yang diperkenalkan amat relevan dengan keperluan semasa murid kerana teknologi ini membolehkan murid mendapat maklumat dalam masa yang singkat. Dalam era globalisasi, warga sekolah semestinya melengkapkan diri dengan maklumat terkini supaya dapat bertindak balas terhadap pembangunan teknologi baru. Kejayaan-kejayaan yang dilakar selama ini adalah disebabkan pengamalan budaya kerja cemerlang oleh semua warga sekolah ini. Budaya kerja ini bukan sahaja dapat melahirkan golongan pendidik dan murid yang berdedikasi tetapi juga memberi impak yang besar kepada ‘output’ dan ‘outcome’ hasil daripada pengamalan budaya kerja tersebut. Diharapkan generasi yang dihasilkan kelak adalah golongan murid yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik tetapi merangkumi semua aspek kehidupan sebagaimana yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga SMK Dato Penggawa Barat dalam memberikan sumbangan kepada pihak sekolah. Segala usaha murni ini perlu diteruskan lagi agar mencapai kejayaan yang lebih cemerlang seterusnya dapat menyumbang bakti pula kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat hendaklah dijadikan amalan. Semoga segala tugas yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Ingatlah, orang hebat mampu melahirkan beberapa karya berkualiti, tapi guru berkualiti mampu melahirkan ribuan orang hebat. Selamat menjalankan tugas kepada semua warga SMK Dato Penggawa Barat, moga 2018 kita berada di mercu. Yakinlah dan pastikan SDPB MENJUARAI.
MOHD SHAPHRI BIN MOHD YUSOF

PENGUMUMAN

MESYUARAT AGUNG PIBG 2018 TARIKH : 24HB FEBRUARI 2018 MASA : 8.00 PAGI TEMPAT DSG

Majlis Pelancaran Kerja Rumah Terancang Atas Talian pada 26 Ogos 2011 7.00 pagi


Sistem ini diwujudkan bagi memastikan pengurusan Kerja Rumah Terancang Cuti Persekolahan dapat dilakukan secara lebih efisien melalui perkhidmatan secara atas talian. Murid-murid boleh mengekses soalan kerja rumah masing-masing di seluruh tempat. Sistem ini juga merupakan perintis kepada Projek Pembudayaan Perkhidmatan Pendidikan Berasaskan Jalur Lebar 2012 SMK Dato'Penggawa Barat



Majlis Khatam Al-Quran Pelajar Sesi Petang dan Ceramah Motivasi



24 Ogos 2011: Satu Majlis khatam al-quran telah dijalankan bagi semua pelajar islam sesi petang di Surau SMKDPB di bawah anjuran Panitia Pendidikan Islam

10 orang pelajar lelaki telah terpilih untuk memimpin Majlis Kahatam Al-Quran tersebut. Tahniah kepada semua pelajar atas kerjasama yang diberikan dalam melaksanakan Program Tadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan ini. Semoga usaha yang diberikan diberkati Allah.

Serentak dengan itu satu majlis ceramah motivasi dijalankan di Dewan Seri gemilang kepada semua pelajar bukan islam oleh Guru Kaunseling SMK Tan Sri Osman Mohd saat di bawah kendalian Unit Bimbingan dan Kaunseling.

Ole-ole Duit Raya dan Kerja Rumah di Aidilfitri



24 Ogos 2011: Satu majlis penyampaian ole-ole duit raya kepada 30 pelajar terpilih Tingkatan 1 dan 2 telah dilangsungkan di Dewan Seri Gemilang. Tujuan utama ole-ole ini adalah untuk membantu dan meringankan beban pelajar dalam menghadapi persediaan menyambut hari lebaran yang bakal tiba.

Selesai sahaja pemberian ole-ole duit raya satu taklimat ringkas diberikan kepada pelajar berkaitan kerja rumah terancang sewaktu cuti sekolah yang secara kebetulan jatuh pada minggu menyambut kedatangan aidil fitri.

Kaedah pemberian kerjarumah kali ini berbeza daripada sebelumnya kerana pada kali ini semua pelajar dikehendaki memuat turun daripada blog rasmi sekolah. Berikut adalah langkah yang perlu dibuat untuk menyempurnakan kerja rumah:
  1. Buka laman blog rasmi http://smkdpb-kluster.blogspot.com/
  2. Klik pada "MUAT TURUN"
  3. Klik pada "Tingkatan" di bawah tajuk KERJA RUMAH TERANCANG
  4. Download semua file mata pelajaran
  5. 'save' atau terus 'print' setiap mata pelajaran
  6. Kumpulkan dalam fail dengan Kulit Muka hadapan berada paling atas.
  7. Jawablah soalan dan hantar pada 4 September (pelajar asrama) atau 5 September (pelajar harian)
Sila klik di sini untuk gambar-gambar seterusnya

Majlis Penyampaian Hadiah Mingguan, Bulan Patriotik 2011 SMK'Dato Penggawa Barat

Majlis yang berobjektif untuk melahirkan semangat cintakan tanah air dan menanamkan semangat patriotisme ini akan diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik. Antaranya ialah Pertandingan Mewarna , Pertandingan Membuat Kolaj , Pertandingan Mencipta Poster Menggunakan ICT , Tayangan, Kuiz, dan Pertandingan Kelas Ceria Merdeka.

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE-47 SMK DATO’ PENGGAWA BARAT


Pada 21 Julai 2011 yang lalu, SMK Dato’ Penggawa
barat telah menganjurkan Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-47 bertempat di padang
sekolah. Acara dimulakan dengan ketibaan tetamu kehormat pada jam 8.00 pagi,
Kemudian, acara hari sukan dimulakan dengan perbarisan yang disertai oleh
rumah-rumah sukan, dan dimeriahkan dengan barisan MPP tingkatan 6 dan
pelajar-pelajar pendidikan khas.




Aturcara diteruskan dengan J-robik oleh Kelab
J-robik SMKDPB. Setelah itu, bermula acara 55 hingga 66. Setelah acara sukan
tamat, aturcara Kejohanan Sukan diteruskan lagi dengan acara guru iaitu 4 x 50m
guru lelaki dan perempuan mewakili rumah masing-masing.




Setelah itu, Kejohanan
Sukan Sekolah terus dimeriahkan dengan
acara tarik tali antara guru lelaki dan pelajar tingkatan 6 yang kemudian
akhirnya diungguli oleh pasukan guru-guru lelaki. Sebelum kejohanan berakhir,
sesi penyampaian hadiah telah diadakan dan berikut adalah keputusan penuh Kejohanan
Sukan Tahunan kali ke-47:




KEPUTUSAN RASMI JOHAN KESELURUHAN

BIL


RUMAH
SUKAN


KUTIPAN
PINGAT


ACARA
55-66


MATA


KEDUDUKAN


1


BENDAHARA (KUNING)


1E,6P,2G


97


115


1


2


LAKSAMANA (HIJAU)


1E,3P,4G


94


110


2


3


PANGLIMA (MERAH)


7E,1P,3G


68


100


3


4


TEMENGGONG (BIRU)


3E,2P,3G


64


82


4


KEPUTUSAN RASMI JOHAN KATEGORI

BIL


KATEGORI


PEMENANG


RUMAH SUKAN


1


ANUGERAH KECERMELANGAN SUKAN (LELAKI)


MUHAMMAD IKHWAN BIN YAHYA


BENDAHARA


2


ANUGERAH KECERMELANGAN SUKAN (PEREMPUAN)


NURUL NAZIRAH BTE AZMIN


LAKSAMANA


3


PERBARISAN


PANGLIMA


PANGLIMA


4


HIASAN RUMAH SUKAN


PANGLIMA


PANGLIMA


5


JOHAN KESELURUHAN


BENDAHARA


BENDAHARA















Membentuk peribadi Islam melalui tadarus al-Quran

 











2 - 26 Ogos 2011: Bagi membentuk peribadi pelajar yang terpuji, SMKDPB dibawah kendalian Panitia Pendidikan Islam turut mengatur aktiviti tadarus al-quran sepanjang bulan Ramadhan.

Di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, Islam menganjurkan umatnya agar bertadarus membaca al-Quran. Ia berdasarkan kepada apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dengan Jibril berdasarkan sebuah hadis yang maksudnya:

Daripada Ibn Abbas r.a. katanya: “Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang sangat pemurah. Baginda sangat pemurah khususnya dalam bulan Ramadhan ketika Jibril menemuinya. Jibril menemuinya pada setiap malam dalam bulan Ramadhan lalu bertadarus al-Quran dengan baginda.” (Hadis riwayat Bukhari).

Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:
“Tidak berhimpun sesuatu kaum dalam sebuah rumah dari rumah-rumah Allah – mereka membaca kitab Allah dan bertadarus di antara mereka – melainkan turun kepada mereka ketenangan, diliputi dengan limpahan rahmat, dilingkungi oleh para malaikat dan dipuji oleh Allah Taala dalam kalangan (malaikat) yang ada disisinya.” (Hadis riwayat Abi Daud).

Menurut Mohd Shamsul Haqqil ‘Azim, penulis kitab Aunul Ma’bud, maksud tadarus dalam hadis di atas ialah berkongsi membaca al-Quran di antara satu sama lain.

Jelasnya, tadarus al-Quran adalah merupakan syiar yang diamalkan semenjak zaman awal Islam. Hasil daripada syiar inilah terbentuknya keperibadian Islam yang sebenarnya. Antara ciri-ciri keperibadian Islam adalah mempunyai akidah yang benar, ibadat yang betul, akhlak yang mulia, teratur dalam setiap urusannya, disiplin menggunakan waktu dan bermanfaat kepada orang lain.

Justeru, seseorang yang mempunyai keperibadian Islam tidak akan meninggalkan syiar tadarus ini. Ia adalah merupakan amalan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat bahkan diberikan kelebihan yang banyak oleh Allah SWT. Ketenangan dan limpahan rahmat daripada Allah hasil daripada tadarus ini menjadikan seseorang itu mempunyai keperibadian yang istimewa dan tersendiri berbanding dengan mereka yang tidak bertadarus.

Dengan bertadarus, seseorang akan lebih rapat dengan al-Quran. Ia menjadi temannya yang akrab, menunjukkan jalan yang lurus dan menegurnya jika melakukan kesalahan. Generasi para sabahat r.a. lahir daripada keakraban ini. Bermula dengan keruntuhan akhlak dan moral sehingga digelar hidup dalam masyarakat jahiliyyah akhirnya menjadi peribadi insan yang mulia yang digelar sebagai generasi al-Quran yang unik.

Pun begitu, bertadarus tanpa beramal dengan isi kandungan al-Quran merupakan satu penyakit yang wujud di kalangan umat Islam yang merosakkan keperibadian muslim. Mereka tidak menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan.

Firman Allah yang maksudnya: Dan berkatalah Rasul: “Wahai Tuhanku Sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan Yang ditinggalkan, tidak dipakai”. (Al-Furqan: 30).
Sebagai contoh kesan daripada bertadarus al-Quran sebagaimana firman Allah s.w.t di dalam surah al-Jumuah ayat 2 yang bermaksud: “Dialah yang mengutus seorang rasul kepada kaum yang buta huruf dari kalangan mereka sendiri,yang membacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya,menyucikan ( jiwa ) mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah ( sunnah ),meskipun sebelumnya,mereka benar-benar dalam kesesatan yang nyata.”

Ayat ini menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. dalam keadaan ummi iaitu tidak tahu membaca dan menulis akhirnya apabila alQuran diturunkan nabi membaca dan mengajar kepada sahabat-sahabatnya maka kesan daripada tindakan itu lahir satu generasi seperti Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman Bin Affan, Ali bin Abi Talib dan AbdurRahman bin Auf. Walaupun mereka itu pada zaman jahiliyah tergolong dalam golongan yang sesat.

Oleh kerana itulah tadarus al-Quran merupakan satu amalan yang dituntut untuk diamalkan oleh seluruh umat Islam khususnya para pendokong pejuang Islam supaya memahami tuntutan Islam itu melalui al-Quran itu sendiri.

PERTANDINGAN JROBIK PERINGKAT NEGERI 2011

           Pertandingan Jrobik anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor telah diadakan semenjak tahun 2005, iaitu setelah JROBIK diistiharkan sebagai senaman bagi rakyat negeri Johor pada bulan Februari 2003, oleh Menteri Besar Johor Dato Abdul Ghani b. Othman.
           
Daerah Pontian, telah diwakili oleh Sekolah Rendah Andik Mori, Serkat, Jabatan Kesihatan bergabung dengan Majlis Daerah mewakili kategori terbuka serta SMK Dato’ Penggawa Barat, bagi kategori sekolah menengah. 

Tahun 2011, merupakan penyertaan SMKDPB kali ke 5.  Alhamdulillah, setelah 5 kali mencuba, akhirnya Pontian telah diistiharkan pemenang tempat ke 4, di belakang SMK Convent Muar (ke 3), Kota Tinggi (Naib Johan) dan SMK Tinggi Segamat (Johan).  Walaupun meletakkan sasaran yang lebih baik, namun disebabkan beberapa kesilapan kecil, peserta-peserta SMKDPB terpaksa berpuashati dengan keputusan tersebut.


Tahniah dan tingkatkan usaha agar mencapai kejayaan lebih baik lagi tahun hadapan!!!! JOHOR CERGAS…..