ETIKA PAKAIAN KETIKA MENGAMBIL SLIP KEPUTUSAN SPM 2016



PEMBERITAHUAN CALON SPM  2016

PERHATIAN KEPADA SEMUA CALON SPM 2016

                Keputusan Peperiksaan SPM  akan dikeluarkan pada  16 Mac 2017 (SPM) selepas  pukul 10.00 pagbertempat di Dewan Seri Gemilang, SMK Dato Penggawa Barat.

Berikut adalah Peraturan Am kekemasan diri para calon semasa mengambil slip keputusan berkenaan:

1.     Pakaian Perempuan:
1.1   Pakaian  yang sopan.
1.2   Digalakkan berbaju kurung.

2.     Pakaian Lelaki:
2.1   Pakaian yang kemas.
2.2   Digalakkan berbaju kemeja dan seluar ‘slack’

3.     Larangan (Tidak dibenarkan):
3.1       Memakai selipar.
3.2       Memakai seluar jeans.
3.3       Memakai baju/ t-shirt yang mempunyai lambang parti politik.
3.4       Memakai lain-lain pakaian yang mencolok mata.

4.     Rambut lelaki dan perempuan bukan muslim.
4.1      Kemas
4.2      Pendek (lelaki)
4.3      Tidak diwarnakan.

5.   Peringatan tambahan.
5.1              Para pelajar yang masih belum mengambil fail peribadi diminta berjumpa kaunselor di kaunter kaunseling untuk mendapatkannya.
5.2              Para pelajar yang masih belum memulangkan buku yang dipinjam di perpustakaan diminta berbuat demikian di kaunter perpustakaan.  


“Terima kasih atas kerjasama dan keprihatinan anda”

MAKLUMAT PENGAMBILAN SLIP KEPUTUSAN SPM 2016
Tarikh  :          16 Mac 2016
Hari     :           Khamis
Masa   :           10.00 pagi
Tempat:           Dewan Seri Gemilang, SMK Dato’ Penggawa Barat
·        Pelajar diingatkan untuk menepati garis panduan disiplin pemakaian yang telah ditetapkan semasa hari pengambilan.
·         Bermula tahun ini, semua bekas pelajar SMK Dato’ Penggawa Barat perlu membayar yuran pendaftaran ALUMNI sebanyak RM 10.00 di kaunter ALUMNI.

·         Pelajar yang belum menjelaskan sebarang bayaran yuran tahun 2016 diminta berbuat demikian pada hari pengambilan slip.