PENGUMUMAN SEMASA

Assalamualaikum wbt dan Salam Muafakat Johor,
TAHNIAH KEPADA EN.MOHD SHAPHRI BIN MOHD YUSOF
DIATAS PERLANTIKAN SEBAGAI PENGETUA SMK DATO PENGGAWA BARAT

Projek Batik Craft oleh Murid Program Pendidikan Khas Masalah Pendengaran SMKDPB

1 Mac 2017 - Berikut adalah beberapa produk Batik Craft yang telah berjaya dihasilkan oleh murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi (Masalah Pendengaran) SMKDPB. Kebanyakan produk yang dihasilkan telah dibawa menyertai beberapa pameran seni dan jualan amal di sekitar Johor. Projek Batik Craft ini bertujuan untuk mencungkil bakat seni dan menambah kemahiran kerjaya kepada murid-murid Pendidikan Khas selain bertujuan untuk menambah dana bagi program pendidikan khas di SMKDPB. Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh terus menghubungi Cikgu Ehsan di talian 013-6330990. Terima Kasih.