Jadual Waktu Harian (JWH) T3,T4 & T5, 2013

31 Disember 2012 :  Pelajar-pelajar yang tidak mendapatkan Jadual Waktu Harian (JWH) persekolahan pada hari ini, boleh muat turun jadual berkenaan dengan mengklik di sini.

MESYUARAT PANITIA-PANITIA MATA PELAJARAN 2013


Perkara di atas di rujuk.

2.            Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketentuan berikut;
             Tarikh                   : 29 Disember 2012 ( Sabtu )
                                Masa                     : 8.30 pagi – 12.00 thr
                                Tempat                  : Sila rujuk plan lokasi mesyuarat di Bilik Ketua Bidang
                                Pengerusi               : Ketua Panitia

3.            Agenda mesyuarat adalah seperti berikut;
                3.1          Ucapan Pengerusi
                3.2          Membaca dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu
                3.3          Perkara Berbangkit
                3.4          Pembentangan kertas kerja isu semasa mata pelajaran 2013
                                3.4.1      Sukatan pelajaran
                                3.4.2      Rancangan tahunan
                                3.4.3      Buku rekod mengajar
                                               
                3.5          Sistem pengurusan sekolah kualiti ( SPSK )& standard kualiti pendidikan Malayssia 
                3.6          Keputusan peperiksaan PMR 2012
                3.7          Analisa peperiksaan Akhir Tahun Ting 1,2 dan 4
                3.8          Takwim Peperiksaan
                3.9          Headcount 2013.
                3.10        Modul soalan  dan latihan ulangkaji
                3.11        Perancangan strategi Kurikulum 2013
                                3.11.1    Aktiviti kecemerlangan Panitia 2013
                                3.11.2    Atikviti kokurikulum Akademik
                3.12        Anggaran belanja mengurus
                3.13        Pelaksanaan PBS
                3.14        Penggunaan Bilik Khas
                3.15        Buku pengesanan kehadiran pelajar
                3.16        Buku keluar masuk pelajar
                3.17        Pelaksanaan P & P
      3.18        Program NILAM
                3.19        Hal-hal lain

Kehadiran dan kerjasama tuan/puan diucapkan terima kasih.

Mesyuarat Guru Pertama, 2013

Taklimat Program KPM & JPNJ 2013
27 Disember 2012 : Seramai  109 daripada 122 orang guru menghadiri Mesyuarat Guru Pertama 2013 di Bilik Wadah Informasi. Pada hari  ini juga guru-guru telah diberikan Taklimat Program Kementerian dan Jabatan Pelajaran Negeri Johor 2013. Tahniah diucapkan kepada semua warga pendidik SMK Dato' Penggawa Barat yang telah mula bertugas mulai hari ini dengan azam dan semangat baru yang lebih inovatif. Semoga gelombang perubahan 2013 akan merealisasikan SMKDPB sebagai sebuah sekolah yang terunggul dan berprestasi tinggi.
Taklimat Program Kurikulum 2013
Warga Pendidik SMKDPB, Mesyuarat Guru 2013

KEPUTUSAN PMR 2012



19 Disember – Keputusan PMR 2012 diumumkan secara rasminya  dan SMK Dato’ Penggawa Barat telah menerima DUA anugerah  peringkat negeri iaitu :

                i.             ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG INTEGRASI CALON 
                               PENDIDIKAN KHAS.
                ii.            ANUGERAH GRED PURATA SEKOLAH (GPS) TERBAIK MENGAMBILKIRA 
                              CALON PENDIDIKAN KHAS ( KELAS INTEGRASI).

Seramai 87 orang calon daripada 236 calon PMR mendapat Perfect Score dalam peperiksaan PMR yang diumumkan pada pagi ini. 17 orang calon mendapat 9A dan 70 orang calon mendapat 8A.  Kelulusan 100% / GPS 1.25 ( tanpa pendidikan khas) dan 99.15% / GPS 1.27 ( termasuk calon Pendidikan Khas). Tahniah diucapkan atas kejayaan anak-anak warga SMKDPB. Tahniah dan terima kasih juga diucapkan kepada guru-guru serta  PIBG dalam memastikan kejayaan ini.

PERLAWANAN PERSAHABATAN HOKI ANTARABANGSA SMKDPB, MALAYSIA LWN NORTHLAND SECONDARY SCHOOL, SINGAPORE


Tarikh: 4 Dis 2012
Tempat: Stadium Hoki SMK Dato Bentara Luar, BP
Masa: 8 pagi -2ptg
Keputusan: Northland menang kedua2 perlawanan (Lelaki n Perempuan)

Agihan Buku Teks Tingkatan 5 & Gotong Royong Membersih Kelas Ting 2, 3, 5 dan Pra-U2 2013

Untuk makluman:

Agihan Buku Teks Tingkatan 5, 2013 dan Gotong Royong membersih kelas Tingkatan 2, 3, 5 dan Pra-U2 Tahun 2013 akan dijalankan seperti ketetapan berikut:
  • Tarikh             : 31 Disember 2012
  • Hari                : Isnin
  • Masa              : 8.30 pagi
  • Pakaian          : Pakaian PJ Sekolah
SEMUA murid berkenaan DIWAJIBKAN hadir. Terima kasih

PERHATIAN - KEPUTUSAN PMR 2012

Keputusan PMR 2012 dijangka akan diumumkan pada 19 Disember 2012 (Rabu). Semua pelajar berkenaan yang akan mengambil keputusan diminta hadir ke sekolah dengan pakaian seragam sekolah selepas jam 10.00 pagi di Dewan Seri Gemilang. SEMUA PELAJAR diingatkan untuk menyelasaikan bayaran-bayaran tertunggak (Yuran PIBG, Yuran PAKAD dll) serta memulangkan buku-buku Pusat Sumber Sekolah, buku-buku rujukan/latihan Panitia/SBPT sebelum keputusan boleh diperoleh. Senarai nama pelajar yang belum menjelaskan yuran atau memulangkan buku boleh dirujuk di Bilik Ketua Bidang atau guru kelas anda.
Sehubungan itu, guru-guru berkenaan (Penyelaras Tingkatan 3, Guru Kelas Tingkatan 3 dan yang berkaitan) sila hadir ke sekolah sebelum jam 8.30 pagi pada hari berkenaan untuk membuat persiapan dan mengurus slip keputusan PMR pelajar.
Terima kasih.
Pentadbir Sekolah.

Perhatian Kepada Semua Pelajar Tingkatan 4, 2012

Kelas pemulihan MP Metematik untuk pelajar yang mendapat Markah Matematik Kurang 45% dalam Peperiksaan Akhir tahun 2012

Pelajar berkenaan di minta untuk hadir ke Kelas Pemulihan berkenaan pada :

                Tarikh   : 19 Disember 2012 (Rabu)
                Tempat : Bilik Khawaridzmi
                Masa    : 8.00 pagi
                Pakaian : Baju PJ Sekolah
                Guru Mengajar : En. Mohd Shaphri bin Mohd Yusof

Sila rujuk atau membuat semakan di Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) untuk mengetahui  markah Matematik bagi Peperiksaan Akhir Tahun 2012.

Sekian, terima kasih.



KELAS PEMULIHAN DISEMBER 2012



Hasil inisiatif beberapa orang guru, sebilangan pelajar tingkatan dua 2012 / tingkatan tiga 2013 telah terpilih untuk mengikuti kelas pemulihan yang akan diadakan pada masa dan tempat yang ditentukan. Senarai nama pelajar boleh dilihat di sini :


JADUAL WAKTU 

TARIKH/HARI
8.00 – 10.00 PAGI

24 DISEMBER 2012
(ISNIN)


BAHASA INGGERIS TING. 2
(1AK)
Pn. Zanariah




25 DISEMBER 2012
(SELASA)

GEOGRAFI TING. 2
(1AK)
Pn. Rohati

BAHASA INGGERIS TING 2
(1AS)
Pn. Zanariah



26 DISEMBER 2012
(RABU)

BAHASA ARAB TING. 2
(1AK)
Pn. Ummu Atikah

BAHASA INGGERIS TING 2
(1AS)
Pn. Zanariah

·       Kedatangan pelajar-pelajar lain, yang nama tidak tersenarai
AMAT DI ALU-ALUKAN)
·       Pakaian – PJ atau T-shirt Koko, lengkap berkasut dan berstokin.  Tudung putih, bagi pelajar-pelajar perempuan.

LAWATAN PENANDAARASAN



12 November – Pada pagi ini satu rombongan Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Langat, Banting, Selangor  telah tiba untuk mengadakan  Lawatan Penandaarasan ke SMK Dato’ Penggawa Barat, Pontian, Johor. Rombongan diketuai Pn. Hjh. Foziah bt Hj. Mohamad Azahari ( Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Langat ) bersama 19 orang  pegawai  tiba pada pukul  10.30 pagi  dan disambut oleh Tn Hj Hashim bin Mohd Dom ( Pengetua Cemerlang) bersama-sama barisan pentadbir sekolah.
                Lawatan ini bertujuan mengukuhkan jalinan kerjasama antara pihak Pejabat Pelajaran Daerah dan pihak sekolah. Selain itu, lawatan ini juga bertujuan untuk melihat sendiri keberkesanan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) yang diamalkan oleh sekolah-sekolah di dalam negeri Johor. Semoga jalinan kerjasama ini akan terus utuh dalam memartabatkan dunia pendidikan selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Terima kasih.
                       



TAKZIAH

8 November - Salah seorang pelajar Tingkatan 3 Dahlia iaitu Adik Siti Nurhidayah binti Hamidon telah kembali ke Rahmatullah pada pukul 11.30 pagi ini akibat sakit perut. Allahyarhamah yang tinggal di Kayu Ara Pasong mengadu sakit perut dan rebah di rumah dibawa ke hospital oleh keluarganya dan pihak hospital mengesahkan kematiannya. Seluruh warga SMKDPB merakamkan ucapan takziah kepada keluarga allahyarhamah. Al-Fatihah.

Majlis Penutupan Bulan Membaca 2012


6 Nov 2012 : Bulan Membaca merupakan agenda tahunan yang dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah SMK Dato’ Penggawa Barat selama sebulan dengan pelbagai aktiviti dirangkakan dan dilaksanakan bagi menggalakkan budaya membaca dalam kalangan warga SMK Dato’ Penggawa Barat.

Membaca merupakan suatu proses untuk memperolehi ilmu dan maklumat dengan menggunakan deria dan minda samaada melalui bahan-bahan bercetak atau media elektronik seperti komputer dan sebagainya. Deria dan minda yang dicerna dengan ilmu pengetahuan hasil pembacaan akan menjana kehidupan manusia yang sentiasa inginkan perubahan. sedikit ilmu yang diperolehi akan merangsang minat dan naluri dalam diri untuk menambah ilmu pengetahuan yang lain seterusnya akan terbentuk satu budaya membaca di kalangan masyarakat. Jesteru, Majlis Penutupan Bulan membaca telah diadakan pada 31 Oktober 2012 di Dewan Seri Gemilang mulai 7.15 pagi. Majlis penutupan telah disempurnakan oleh En Ahmad Rahim bin Senawi Pegawai Hal Ehwal Lembaga Pertubuhan Peladang, Daerah Johor Bahru. Berikut adalah kategori hadiah yang telah disampaikan dalam majlis tersebut:

v Kategori Peminjam  Buku Terbanyak sempena Program Membaca Bestari
-         Sesi pagi 2 orang
            Sesi petang 2 orang
v Kategori Ulasan Buku Sijil Penyertaan  kepada peserta
v Kategori Penyampai Ulasan Buku Terbaik
Sumbangan  hadiah daripada En Mohd Shapri bin Mohd Yusof (GPK 1) bernilai RM200
-Kategori Bahasa Melayu
-Kategori Bahasa Inggeris
v Kategori Public Speaking Tingkatan 3
-         Peserta 3 orang
-         Pemenang Tempat ketiga.Kedua dan Pertama
v Kategori Jejak Maklumat
-Ahli jawatankuasa atau urusetia Jejak Maklumat  (23 orang)
-Pemenang  Jejak Maklumat 2012  (wakil kumpulan)
  Tempat Ketiga menerima set alat tulis dan sijil
  Tempat Kedua dan Tempat Pertama menerima  buku dan sijil
v Pengiktirafan Kategori  100 Pembacaan Tertinggi Program Membaca Bestari
-mengikut Tingkatan 5, 4 dan 3
v Pengiktirafan  Jauhari  Anugerah Gangsa Kategori Individu setiap Tingkatan
-Tingkatan 5
-Tingkatan 4
-Tingkatan 3 
v Pengiktirafan Jauhari Anugerah Perak Kategori Individu setiap Tingkatan
-Tingkatan 5
-Tingkatan  4
v Pengiktirafan Jauhari Anugerah Emas Kategori Individu (sijil dan buku)
-         5 orang (sesi pagi) 1 orang (sesi petang) 
v Pengiktirafan Jauhari Anugerah NILAM Kategori Individu (sijil dan buku)
-         4 orang
v Pengiktirafan Jauhari Tertinggi Kategori Kelas (Guru Tingkatan sesi pagi/petang)
Masing-masing Menerima wang tunai sebanyak RM 100
Sumbangan daripada PIBG
-         Sesi pagi  Tingkatan 3 Cemara
-         Sesi petang  Tingkatan 2 Kenanga
v Pengiktirafan Tokoh NILAM  2012-  sesi pagi dan sesi petang
-Sijil, buku  & Trofi Piala Pengetua
Sumbangan daripada Tn Haji Hashim bin Mohd Dom bernlai RM300



Bengkel Penggunaan GeoGebra untu guru-guru


4 Nov 2012: Bengkel penggunaan GeoGebra dalam Matematik telah dilaksanakan di Pusat Akses,  SMKDP. Peserta bengkel terdiri daripada wakil guru-guru Matematik dari 17 buah sekolah-sekolah menengah daerah Pontian. Penceramah ialah Pengerusi Institut GeoGebra Johor Bahru iaitu Profesor Madya Dr Zaleha binti Ismail. Para peserta perlu mengikuti bengkel ini selama 10 jam bagi melayakkan mereka mendapat Sijil Pengiktirafan GeoGebra. Bengkel  ini bertujuan mendedahkan guru-guru Matematik perisian GeoGebra untuk digunakan dalam p&p. Semoga ilmu yang diperolehi dapat diaplikasi secara konsisten.


SPM/STPM 2012 BERMULA

5 Nov 2012 : Seramai 215 calon SPM dan 298 calon STPM SMKDPB kini sedang bertarung di medan pertempuran SPM/STPM 2012 bagi memiliki sempurna A+/A yang diimpikan. Seluruh warga SMK Dato'Penggawa Barat sentiasa mendoa'kan kejayaan yang diimpikan akan dikecapi bersama.






HARI KETIGA - KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 2012/2013


4 November 2012
7.00 pagi             -Senam robik.
9.00 pagi             -Aktiviti ‘Explorace’ – Pelajar didedahkan dengan pelbagai permainan yang berkaitan 
                            dengan kepimpinan.  Objektifnya untuk melatih pelajar membina strategi, mendengar 
                            arahan dan memberi arahan dengan betul dan tepat.
12.30 t.hari         -Majlis penutupan rasmi disempurnakan oleh Pengetua Kolej Tun Razak. Majlis turut 
                            diserikan dengan kehadiran Tn Hj Hashim bin Mohd Dom ( Pengetua SMKDPB), 
                            Pn Siti Hasnah binti Bahari ( PK HEM SMKDPB) serta guru-guru. Pada majlis ini juga 
                            Tn Hj Hashim bin Mohd Dom menyampaikan watikah pelantikan pengawas sesi 
                            2012/2013 kepada Ketua Pengawas iaitu adik Mohd Hamzi  bin  Mohd Kasmadi.
2.45 petang        -Bertolak pulang ke sekolah.

·         Catatan oleh Adik Nur Hanani binti Mohd Hanafiah ( 4 Anggerik)


Majlis Solat Hajat Khusus SPM & STPM 2012

4 Nov 2012 : Majlis Solat Hajat Khusus SPM & STPM 2012 telah diadakan sebagai usaha terakhir mendoakan kecemerlangan calon-calon SPM/STPM SMKDPB yang akan bertempur di medan perjuangan mulai hari esok 5 November 2012. Majlis bermula dengan tazkirah oleh Ustaz Wan Yusli Wan Ibrahim dan diikuti dengan solat dhuha, solat taubat, solat hajat dan bacaan surah Ya Sin.

Mesyuarat Guru dan Jamuan Akhir Tahun 2012


3 Nov 2012 : Mesyuarat guru SMKDPB telah diadakan di Hotel GoodHope, Skudai, Johor Bahru sebagai satu anjakan paradigma bagi merancang dan menjana idea pengurusan dan perlaksanaan sekolah yang lebih inovatif, profesional dan efektif. Majlis diteruskan dengan Mesyuarat Agung Kelab Bilik Guru SMKDPB. Tahniah diucapkan kepada Tn.Hj.Mohd.Razi bin Jidi kerana telah menerajui kepimpinan Kelab Bilik Guru SMKDPB bagi sesi 2013/2014.

HARI KEDUA - KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 2012 / 2013


3 November 2012

7.00 pagi –   Pelajar dilatih  kawad kaki oleh bakal Leftenan Muda, iaitu Rahmat.
8.30 pagi  –  Aktiviti diteruskan dengan sesi ceramah oleh Saudara Mohd Nur Al-Sufi bin Romele tentang
                    ‘Kepimpinan dan Pengaruh’. Daripada sesi ceramah ini, para pengawas didedahkan dengan
                     cara-cara menjadi lebih yakin dan pandai memberi arahan.
10.00 pagi  – Pelajar dikehendaki membuat ‘cheers’, ‘trademark’ dan bendera bagi kumpulan masing-
                     masing.
11.00 pagi  – Pelajar diajar untuk melakukan energizer. Seterusnya, para pelajar dibahagikan  kepada tiga
                     kumpulan dan setiap kumpulan diberikan tali yang panjang. Mereka dikehendaki mengikat
                     simpulan tali tanpa melepaskan tangan.
12.30 t.hari –Makan tengah hari, solat, rehat.
2.30 petang –Pelajar melakukan  aktiviti mendengar arahan ketua dengan betul.
4.30 petang –Pelajar melakukan aktiviti ‘team building’.
6.00 petang –Makan, solat berjemaah serta tazkirah.
8.45 malam –Sesi ‘Kembara Malam’.

HARI PERTAMA - KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS SESI 2012 / 2013


 2 November 2012

11.00 pagi            – Pelajar perempuan bertolak dari SMKDPB ke UTM
12.00 pagi            – Pelajar perempuan tiba di Kolej Tun Razak UTM
12.30 tengah hari  – Pelajar mendaftar dan taklimat ringkas oleh Kem Komanden, Rustam mengenai 
                               perjalanan kem. Sementara menunggu pelajar lelaki tiba dan program selanjutnya, kami  
                               bermain permainan ‘Roller-Coaster’.
3.40 petang           –Ketibaan pelajar lelaki dan semua  pelajar ke Dewan Sultan Iskandar untuk sesi 
                               ceramah oleh Astronaut Amerika Syarikat, Dr. Daniel T Barry yang bertajuk ‘Dream 
                               Comes True’. Daripada sesi ceramah ini, pelajar didedahkan bahawa setiap insan perlu 
                               mengekalkan cita-cita dari kecil dan tidak berputus asa mencapainya.
6.00 petang          – Pelajar diserahkan kepada kakak dan abang angkat dan diberikan bilik. Mereka 
                               dikehendaki berkenal-kenalan dan beramah-mesra bersama kakak dan abang angkat  
                               mereka.
8.00 malam          – Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut ‘Superhero’.  Sesi bual 
                               santai dilaksanakan oleh Abang Rustam. Daripada sesi bual santai ini, mereka 
                               mendapati terdapat pelbagai cara untuk menjadi seorang pemimpin yang berwibawa.  
                               Antara aktiviti yang diadakan ialah ‘Tali ilusi’, ‘Catwalk’, ‘Gantung diri’ dan 
                               ‘Mengenali kawan baik pemimpin iaitu mikrofon’.

JAMUAN AKHIR TAHUN DAN DOA RESTU PELAJAR TINGKATAN 5


1 Nov – Jamuan Akhir Tahun dan Doa Restu pelajar Tingkatan 5 diadakan di Dewan Sri Gemilang pada pagi ini. Majlis ini dimulakan dengan jamuan dan seterusnya memohon doa restu daripada guru-guru.
Majlis yang gilang-gemilang ini disempurnakan oleh En Mohd Shahpri bin Mohd Yusof (Penolong Kanan). Dalam ucapannya En Mohd Shahpri meminta agar pelajar-pelajar Tingkatan 5 membuktikan transformasi nilai berganda dapat direalisasikan sekali lagi pada tahun ini. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5 yang mengharumkan nama sekolah dalam pelbagai bidang kurikulum dan kokurikulum sehingga ke pentas antarabangsa sepanjang berada di SMKDPB.
Didoakan semoga pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM bermula  pada hari Isnin, 5 November ini akan berjaya dengan ‘Perfect Score’. Anda boleh! Ayuh buktikannya!.


JAMUAN AKHIR TAHUN PELAJAR TINGKATAN 3

30 Oktober - Majlis Jamuan Akhir Tahun khusus untuk pelajar-pelajar Tingkatan 3 telah diadakan di Dewan Sri Gemilang pada pagi ini. Majlis yang dimulakan pada pukul 11.30 pagi dikelolakan oleh pelajar-pelajar sendiri. Majlis ini diserikan dengan kehadiran Pengetua serta barisan pentadbir SMKDPB. Dalam ucapannya Tn Hj Hashim menasihatkan pelajar-pelajar agar memanfaatkan masa terluang sepanjang cuti sekolah ini dengan membaca buku-buku Komsas  Tingkatan 4. Ini bagi memudahkan pelajar memahami pelajaran yang akan dipelajari semasa berada di Tingkatan 4 nanti. Beliau turut mendoakan kejayaan pelajar-pelajar dalam peperiksaan PMR yang lalu. Majlis dimeriahkan dengan persembahan pelajar dan cabutan nombor bertuah. majlis ini berakhir tepat jam 1.00 tengah hari.



Majlis Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M 2012)



24 Oktober 2012 : Membaca merupakan satu proses kognitif dengan cara membina, memberi makna atau pengertian kepada kod-kod seperti huruf. Hasil daripada proses itu maka akan terhasil maklumat yang digunakan untuk berkomunikasi, berkongsi pendapat dan idea.
Melalui pembacaan juga, kita boleh mendidik diri dengan meningkatkan ilmu pengetahuan yang ada bagi mempertingkatkan kualiti hidup, mampu berdaya saing dan bergerak maju dalam dunia kini yang mencabar.
Malah individu yang suka membaca merupakan aset kerajaan yang tidak terhingga nilainya kerana kehidupan pada hari esok banyak bergantung kepada apa yang kita pelajari masa kini. Program Kem Membaca 1 Malaysia telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Pelajaran iaitu YB Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong pada 24 Oktober 2012, bertempat di SMK Seksyen 9, Shah Alam. Pada masa yang  sama, bagi sekolah yang mengambil bahagian, program membaca selama 2012 saat atau 33.5 minit dijalankan diseluruh negara. Ini bermakna ini berjalan serentak di seluruh negara. Antara objektif program ini adalah mengisi masa lapang murid selepas peperiksaan, menggerakkan program galakan membaca, memupuk minat membaca secara berterusan dan menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan. Di sekolah kita Majlis Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia telah disempurnakan oleh Yang Berusaha En. Mohd. Shaphri bin Mohd Yusof, Penolong Kanan Pentadbiran, SMK Dato' Penggawa Barat pada masa yang sama. 




Program Jejak Maklumat Sempena KM1M 2012

 23 Oktober 2012 : Program Jejak Maklumat adalah berbentuk pertandingan berkonsepkan ‘Treasure Hunt’ atau ‘Explorace’. Pertandingan ini adalah berasaskan pembacaan yang mencabar minda dan kreativiti setiap murid bagi mendorong kepada penerokaan khazanah ilmu yang terdapat dalam bahan bacaan. Pertandingan ini turut menguji ketahanan mental dan fizikal para peserta termasuk semangat berpasukan serta kerjasama dalam kumpulan. Seramai 89 pelajar tingkatan 3 telah menyertai Program Jejak Maklumat yang telah diadakan SMKDPB sempena KM1M 2012. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kemahiran para pelajard dalam pencarian maklumat dengan menggunakan koleksi yang terdapat di Pusat Sumber Sekolah khususnya dan sumber ilmu lain amnya.

  

Pertandingan 'Public Speaking' sempena KM1M 2012


22 Oktober 2012: Sempena Kem Membaca 1 Malaysia pertandingan 'Public Speaking' telah diadakan bagi para pelajar tingkatan 3. Seramai 8 peserta telah mengambil bahagian. Tujuan pertandingan ini diadakan selain daripada mencungkil bakat-bakat yang ada, adalah untuk  menjana pelajar-pelajar SMKDPB mahir berkomunikasi secara lisan dan bertulis dengan penuh yakin dan berkualiti.

Bengkel Amali 'Pengurusan Jenazah'


19 Oktober 2012: Sesungguhnya kematian itu tidak pernah diundang atau dijemput, ia tidak pernah berkompromi, tidak memilih martabat atau dalam keadaan sedar atau berkhayal, dalam taqwa atau maksiat. Kematian itu pasti mencari di mana saja roh berada.

Maksud Firman Allah s.w.t :
"Di mana saja kamu berada, kematian itu akan mendapatkan kamu sekalipun kamu berada dalam kubu yang kukuh."
(Surah an-Nisaa' ayat 78)



Mati adalah bercerai roh dari badan, tetapi ianya bukanlah satu babak yang penyudah dalam arena kehidupan di dunia, malah ianya sebagai suatu proses sementara bagi menempuh kehidupan yang kekal abadi yang bermula dari alam kubur. Setiap makhluk ini tidak terlepas dari mati. 
Maksud Firman Allah s.w.t :
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Khiamat."
( Surah Ali Imran ayat 185 )




Justeru, sempena Program Pendidikan Selepas PMR 2012, Bengkel Amali 'Pengurusan Jenazah' telah diadakan khusus bagi para pelajar tingkatan 3 selama satu hari. Bengkel ini bertujuan untuk memberi latihan praktikal kepada peserta agar mereka bukan sahaja tahu malah mampu untuk mengendalikan jenazah secara praktikal.








Lawatan Kerja dan Perkongsian Pintar Sekolah Tinggi Melaka (MHS) ke SMK Dato' Penggawa Barat


19 Oktober 2012 : Lawatan Kerja dan Perkongsian Pintar Sekolah Tinggi Melaka (MHS) ke  SMK Dato' Penggawa Barat bertujuan  untuk menjalinkan hubungan perkongsian maklumat yang cemerlang di antara kedua buah sekolah kluster.MHS atau kini dikenali sebagai SMK Tinggi Melaka (Malacca Free School, 1826) merupakan sekolah yang tidak asing lagi di kalangan penuntut Malaysia. Ia merupakan sekolah premier kedua tertua di Malaya selepas  Penang Free Namun. Sekolah Tinggi Melaka dilahirkan pada 9 April 1825 oleh suatu badan amal yang dipanggil "Trustee Of Orphan, church,poor, Leper and School Fund".

Namun sekolah ini berfungsi pada 7 disember 1826 di parsonage house dengan hanya 18 orang murid lelaki dan diketuai oleh Mr. T.h. Moore sebagai pengetua. bangunan ini sekarang ialah Muzium Belia Melaka pada 6 mac 1878, kerajaan telah mengambil alih pentadbiran sekolah ini dan dipindah ke bangunan gudang Belanda di Stadthuys bagi menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah .Nama sekolah telah ditukar dari 'Malacca Free School' kepada 'The Malacca High School' pada 1878.'Malacca High School' telah memulakan sesi persekolahan di bangunannya sendiri iaitu bangunan lama Mahkamah Melaka di Jalan Kota pada 1 September 1884.
Sepanjang lawatan ini, kedua-dua pihak telah dapat menerima input yang berbeza yang saling menguntungkan. Justeru pihak SMK Dato' Penggawa Barat juga telah berhasrat untuk membuat lawatan balas semula ke SMK Tinggi Melaka selepas ini.





TRAGEDI KEBAKARAN


16 Oktober – Satu kebakaran telah memusnahkan rumah seorang pelajar SMKDPB iaitu adik Muhammad Nurhidayat bin Mohd. Jun dari kelas 2 Anggerik. Rumah mangsa letaknyadi Kampung Parit Sapran, Pontian. Kebakaran tersebut berlaku pada pukul 11.45 malam ketika keluarga berkenaan baru  sahaja tidur. Kebakaran disedari ibu mangsa yang bertindak mengejutkan seluruh ahli keluarganya untuk menyelamatkan diri. Semua dokumen-dokumen penting turut musnah dalam kebakaran itu. Menurut  bapa mangsa kebakaran dipercayai berlaku akibat litar pintas di bilik air. Kebakaran yang berlaku dalam masa 10 minit itu memusnahkan struktur rumah kediaman keluarga mangsa. Walaubagaimanapun tiada kemalangan jiwa yang berlaku.
     Adik Muhammad Nurhidayat yang tinggal di asrama mengetahui kebakaran yang berlaku itu pagi ini. Pengetua ( Tn Hj Hashim), Penolong Kanan HEM ( Pn Siti Hasnah) Kaunselor ( Pn Zahriah ), Tn Hj Md Radzi serta En Anuar berkunjung ke rumah mangsa bersama-sama mangsa untuk menziarahi keluarga mangsa. Dalam kunjungan tersebut juga Tn Hj Hashim menyampaikan sumbangan derma PIBG serta sumbangan peribadi kepada keluarga mangsa.
     Seluruh warga SMKDPB merakamkan rasa dukacita atas kejadian yang menimpa Adik Muhammad Nurhidayat dan mendoakan agar beliau dan keluarganya tabah menempuh ujian ini.

Tahniah, Naib Johan Kejohanan Hoki Sukan Prestasi Tinggi (SPTS) Peringkat Negeri Johor Tahun 2012



15 Oktober 2012 : Tahniah dan syabas kepada Pasukan Hawkeyers SMKDPB diatas kejayaan menghantar 10 pemain terbaik bagi meawakili daerah Pontian dan menjuarai Naib Johan Kejohanan Hoki Sukan Prestasi Tinggi (SPTS) Peringkat Negeri Johor Tahun 2012 yang telah diadakan di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru, Johor pada 30 September 2012. Pemain pasukan daerah ini terdiri daripada pelajar bawah 14 tahun.

Motivasi Khas : Kelas Perakaunan SPM 2012

9 Oktober 2012 : Motivasi Khas calon-calon SPM Kelas Perakaunan 2012 telah diadakan bagi memberi suntikan kayakinan dan kesungguhan kepada para pelajar untuk mencapai impian kegemilangan sempurna A+ dalam SPM 2012 yang akan dihadapi tidak lama lagi. Sesi ini telah dikendalikan oleh Ayahanda Pengetua dan dibantu oleh En.Mohd.Shapri Mohd Yusof selama 2 jam di bilik Wadah Informasi. Para calon sangat teruja mendengar nasihat dan kata perangsang dengan nada yang ceria dan bersemangat daripada Pengetua dan Penolong Kanan Pentadbiran, SMK Dato' Penggawa Barat.