Apresiasi Kecemerlangan Kelab Pelaburan Bijak PNB

30 Mac 2011: Satu Majlis Apresiasi Kecemerlangan Kelab Pelaburan Bijak PNB telah diadakan buat julung-julung kalinya bagi meraikan kejayaan kelab atas kehebatan menjuarai Kuiz PNB Peringkat Kebangsaan 3 tahun berturut-turut.

Majlis dimulakan dengan perarakan masuk peserta-peserta kuiz PNB tahun 2008, 2009 dan 2010. Tidak ketinggalan guru-guru penasihat, Pegawai-pegawai PNB dan Pegawai-pegawai PPD Pontian.

Majlis ucapan didahului dengan ucapan alu-aluan Tn. Pengetua diikuti dengan ucapan En. Hamid Bin Selamat selaku wakil rasmi Tn. Pegawai Pelajaran Daerah Pontian. Dalam ucapan Tn. Pengetua, SMKDPB ingin membuktikan kepada semua bahawa pada tahun 2011 juara kuiz PNB juga akan dinobatkan kepada SMKDPB untuk 4 tahun berturut-turut.

Majlis ini dirasmikan sendiri oleh En. Abd. Aziz Bin Anuar selaku Naib Presiden 1 Bahagian Pembangunan Pendidikan dan Komunikasi Korporat PNB. Dalam ucapan beliau, PNB amat kagum dengan kehebatan SMKDPB kerana bukan sahaja sekolah ini hebat dengan kokurikulum malah dari segi pencapaian akademik juga amat cemerlang.

Atas kejayaan 3 tahun berturut-turut pihak PNB dengan berbesar hati mematikan piala pusingan Kuiz PNB di SMKDPB. Tahniah kepada semua yang terlibat kerana bukan sahaja ia menjadi kebanggan sekolah tetapi bahang kebanggaan juga dirasai oleh warga daerah Pontian dan seterusnya Negeri Johor. Tahniah!



Tahniah Atas Kecemerlangan SPM dan STPM 2010

29 Mac 2011: Majlis Anugerah Cemerlang SPM dan STPM telah diadakan dengan penuh gemilang dan penuh bermakna kepada 108 calon SPM dan 55 calon STPM tahun 2010. Majlis dimulakan dengan perarakan masuk pelajar-pelajar cemerlang ke dalam dewan. Seterusnya nyayian lagu Negaraku dan bacaan doa.

Yang Berbahagia Datuk Nasir Safar selaku YDP PIBG telah sudi merasmikan Majlis Anugerah tersebut. Antara lain dalam ucapannya beliau sangat bangga dengan pencapaian yang sentiasa cemerlang. Oleh yang demikian beliau menyarankan sasaran tahun ini ialah pencapaian berganda mesti diraih dan beliau memberikan cabaran kepada semua warga SMKDPB untuk membuktikan pencapaian berganda tersebut.

Rekod SPM

Tahun

2010

2009

2008

Perfect Score

23

22

20

GPS

2.37

2.24

2.37

% kelulusan

100

100

100

Jum. Calon

207

199

190


Rekod STPM

Tahun

2010

2009

Perfect Score

2

0

GPS

2.69

2.63

% kelulusan

97.25

100

Jum. Calon

109

113





Sila klik pada galeri gambar atau di sini untuk gambar-gambar seterusnya.

Ujian SEGAK dijalankan mengikut prosedur

22 Mac 2011:

Ujian SEGAK bagi pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2 telah dijalankan di Dewan Sri Gemilang di bawah kendalian Cik Siti Norisme, Pn. Farizah dan En. Mohd Fahmi dengan jayanya.

Semua pelajar memberikan kerjasama yang sangat baik dengan mematuhi semua arahan guru yang terlibat.

Pergerakan kelas ke dewan juga terkawal dan pelajar dalam keadaan selamat. Tahniah!!

Kursus Kemasukan Data i-Nilam Guru-guru Tingkatan

8 Mac 2011: Semua Guru Tingkatan sesi petang telah menghadiri kursus kemasukan data i-Nilam di Makmal Komputer. Kursus ini berjalan dari jam 10.30 pagi hingga 12.45 tengahari yang dikendalikan oleh En. Sairul Azman dan Pn. Sharifah Ain.

Secara keseluruhannya, objektif kursus ini tercapai dengan kerjasama yang cukup baik oleh semua peserta. Tahniah kepada semua Guru Tingkatan.

Pengurusan Peperiksaan 1 Berjalan Lancar


7 Mac 2011:- Peperiksaan 1 bagi pelajar tingkatan 2 bermula dengan lancar. Bagi pelajar-pelajar tingkatan 2, mereka ditempatkan di dewan Seri Gemilang bagi mengelakkan gangguan P&P kelas tingkatan 1. Peperiksaan bagi tingkatan 1 pula, mereka bermula pada 8 Mac jam 5.30 petang.

Peperiksaan ini berakhir pada 11 Mac.